Showing posts with label catatan diri. Show all posts
Showing posts with label catatan diri. Show all posts

Saturday, April 18, 2020

PELAJAR SEGAN SOMBONG





"Maaf cikgu, saya malu nak tanya."

Kata dia yang secara tak langsung sebenarnya dah hancurkan harapan diri sendiri untuk membuat permohonan masuk universiti gara-gara tarikh permohonan berakhir semalam.

Tahu apa yang menyedihkan menjadi pelajar segan tak bertempat?
Banyak perkara yang ketinggalan!

Tak apa menjadi pelajar penyenyap dan lemah.
Diam seribu bahasa hingga dikatakan ada emas didalam mulut!
Tak apa!
Yes, tak apa sebab aku dulu pun zaman sekolah rendah memang ada emas dalam mulut.

Janji tidak menjadi pelajar yang segan bertanya yang tidak bertempat hingga hal yang tidak tahu akan terus tidak tahu dan mungkin sebenarnya tidak mahu ambil tahu kerana segan telah bertukar menjadi sombong!

Geram.
Kecewa rasa nak marah dan menghemburkan semua yang ada dalam mulut yang ringan menutur kata.

Tahu apa yang lebih kecewa?
Ini bukan baru semalam dia mesej dan bertanya soalan tentang ini.

Since last year I have mention about alumni group.
Kenapa tak cakap tak ada dalam group.

Yang lagi menyakitkan hati...
15 april he did message me.
Tanya tentang tarikh tutup permohonan.
Tapi kenapa tak bagitahu masalah sebelum tarikh tutup.
Kenapa mesti 19 minit sebelum tutup?!
What are you expected?

Kawan satu batch dia sebelum ni bukan tak pernah message cakap lupa password dan bagai2...
tapi diorang tanya dan aku usaha dengan diorang bagi dapat semula password walau berjam2 mencuba...
then kawan yang tak ambil spm dekat sekolah ni yang dah lama pindah pun boleh ada dalam group macam mana dia yang ambil spm dekat sekolah ni and lepas tu hari2 boleh jumpa aku dekat sekolah...
tapi dia yang tercicir maklumat.
I just don't get it.

Bila pelajar duk segan sombong ni...
aku rasa nak ketuk je kepala dia dengan mentol.

No body knows apa yang kita tahu apa kita tak tahu sebab tak ada siapa yang boleh baca fikiran kita.
Kita sendiri kalau tak tahu kita kena tanya.
Jangan disebabkan 'segan' tak bertempat tu sebenarnya dah makan diri kita dengan menjadi sombong tak bertempat.

Siapa pun yang membaca tulisan ini, kalau awak tu pelajar... please..
tolonglah.. tak tahu tanya.
Jangan jadikan alasan segan hingga makan diri sendiri.
Cukuplah segan tu sebenarnya membuatkan kita lemah dalam menuntut ilmu.
Akui itu.
Berubah sebab perubahan tu datang dalam diri sendiri.


Apa pun, hidup ni pilihan.
Awak pilih nak segan sombong...
Then awak hadaplah dengan pilihan yang dah dibuat.
.
.
.
Aku,
masih kecewa?
seperti kata dia yang segan sombong
'tak apa lah saya dah ada career saya sendiri'.

Fine!
U have your own life.
So do I.

tak bersungguh sebenarnya.
kan?



_nurinsan
teratak kasih A &  E
18/04/20 (07.30am)

pagi2 dah membebel๐Ÿ˜ท๐Ÿ˜ญ
aku tetap doakan yang terbaik untuk dia.



Monday, April 13, 2020

ADOPTION PROGRAMME


Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Ada seorang laki-laki yang sedang berjalan lalu dia merasakan kehausan yang sangat sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, didapatkannya seekor anjing yang sedang menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku alami tadi”. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisi kasutnya dengan air dan sambil menggigit kasutnya dengan mulutnya dia naik keatas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab: “Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala”.
 (HR Bukhari No: 2190)

Assalamualaikum dan hye!
๐Ÿ˜

Recently zoo negara ada buat program adoption sebab masalah kekurangan dana untuk haiwan2 dalam zoo. Ada yang tanya kenapa tak dilepaskan je haiwan2 tu ke habibat semulajadi dia rather than kurung haiwan2 tu dalam zoo?...

Dulu pun aku pernah terfikir juga kesian kan dekat diorang kurung dalam tu..
Tapi bila aku faham betul2 sebenarnya tujuan zoo tu sendiri untuk selamatkan dan peliharan haiwan2 yang terancam dan ada yang suka diburu oleh pemburu haram.
Jadi, sebenarnya wujudnya zoo ni bukanlah sebab manusia kejam. 


Bila sebut tentang zoo ni terasa dekat dihati sebab dulu pernah rancang nak jadikan tempat melancong masa awal2 kahwin (baca: honey moon gitew).. hahahhaa.. orang lain sibuk nak gi tempat percutian best2.. yang kami ni duk plan nak gi zoo sudahnya sampai 5 tahun kahwin tak pernah lagi jejak kaki kat zoo negara..hahahahhaa... sadis.


Ok back to the story.
Menariknya program adoption ni sebab kita semakin kenal haiwan dekat zoo ni  dan semakin rasa sayang dengan haiwan2 ni๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Sebelum ni kita cuma tahu ada harimau la, gajah la, panda la... 
tapi kita tak tahu sebenarnya semua tu ada nama diorang sendiri sebab tu kita semakin kenal diorang...

Jadi bila pihak zoo buat poster setiap haiwan tu dengan tulis nama diorang
terus rasa sayangnye and soooo adorable ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
aishhh....


Sempena nak sahut seruan program adoption ni,
aku dah adopt 3 orang ..hahaha.. (eh 3 ekor ke? ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜…)



Mula dengan giraffe sebab nama dia macam dekat2 dengan zira lagipun dulu masa kecik kakak aku suka sangat nyanyi satu lagu entah apa2 tentang zirafah dekat aku.....hahahahaha.. jadi aku pun adopt la si giraffe ni...
then aku tengok ada 2 budak kecik yang macam kesian je.. aku pun adopt la juga
Flash and Yiyi  yang macam kesian je..macam comel je.. hahaha..

Yang ni giraffe๐Ÿ˜moga sihat selalu giraffe๐Ÿ˜˜

yang ni Flash..si kecik yang garang๐Ÿ˜‚

sebenarnya aku tak tahu umur Yiyi ni berapa..aku agak Yiyi memang kecik lagi sebab tengok size cam kecik je..
harapnya YIYI ni keturunan kungfu Panda la...hahahaha

sebenarnya ada banyak lagi haiwan lain yang boleh adopt.
Target aku duit BPN masuk nanti aku nak adopt
Si Ben yang macam tengah berduka lara je..
Si Kayla yang macam manja je..hahaha
and
Si Omi yang macam 'i like to move it move it'
hahhaha

btw duit BPN aku tak masuk lagi sebab aku baru tahu dalam LHDN tak ada mklumat no acc
๐Ÿ˜ญ
sedih betullll..
harini baru update no acc



Macam mana nak join program adoption ni?
Ni aku paste iklan..
aku daftar kat ticket2u.
BTW bayaran ni just on off taw, bukan every month..
Korang bayar sekali je.. then kalau nak adopted lagi boleh je bayar lagi anytimes..
okay...
.
.
.

Kindly adopted they as LOW RM26.00.

▪️
What happening here in Malaysia now is National Zoo Negara facing a major challenge during MCO period. They are non profit organisation and depend mainly on donations and ticket sales to cover their operating costs.
▪️
So the least you can do during this critical period is donating some money to them for covering up all wildlife's food supplies,veterinary care and etc.
▪️
Fast and simple move, and you even enquire an e-certificate and entrance ticket on that.
▪️
Click on the link below:
▪️
We do believe that little by little, a little becomes a lot at the end. Show your support, hooman!❤️

 #adoptanimals #animalovers #zoonegaramalaysia


more info: facebook zoo negara




okay lah..
moga Giraffe, Flash and Yiyi sihat dan bahagia selalu ๐Ÿ˜˜


teratak kasih A & E
nurinsan
13/04/2020 (05.00pm)

Sunday, January 19, 2020

ZAMAN KERETA TERBANG!

Alhamdulillah...macam tak percaya sekarang i'm here at 2020๐Ÿ˜‚
zaman kereta terbang... wow!
dulu cikgu suruh bayangkan apa akan jadi tahun 2020...
tapi tak nampak pun ada kereta terbang๐Ÿ˜†


okaylah.. sebenarnya dah lama tak update blog..
ingat haritu last sebelum tutup 2019 nak update tentang resepi scone..hahaha
tapi tak berjaya nak update... tiba2 macam2 hal nak kena settle, last2 blog berhabuk dan bersawang lagi...
adehhh...


Di penghujung 2019 yang lalu...
banyak projek yang terpaksa dilepaskan..
antaranya projek AKU DIA DAN SEKOLAH 3๐Ÿ˜ญ
*nangis kat bucu katil*
gara-gara kejar submit tesis untuk masuk meeting IPS dan senat sebelum boleh jilid...
jadinya untuk tahun 2020 ni, harapnya adalah projek lain untu aku...
atleast dapat terbit 1 buku setahun pun okay dah... ameen
*pray for me pleaseee*


erm..
2 inggu lepas pulak, patutnya pergi meeting abstrak kat upsi..
U know what..
Aku langsung tak baca email Cik. Sumathi tentang meeting abstrak tu...
padahal minggu sebelum2 tu aku memang setiap hari buka email..peliknya langsung tak perasaan ada email dari fakulti...
ya Allahhh... stress aku...
jam 10 pagi saat semangat nak masuk kelas relief,
tiba2 dr.b call..
aku punya tahap blurrrrr masa tu tak tahu nak kata macam mana...

Last2 Dr.B jadi wakil aku defense abtsrak aku...
boleh bayangkan tak lecture yang defense abstrak kajian student!๐Ÿ™‡
Aku tak tahu pula mood B ni mula2 kena bentang proposal.... lepas tu  VIVA... lepas tu ada pula defense abstrak..
allahu rabbi... macam2 laa.. adehhh...
finally, ada sikit lagi pembetulan pemilihan perkataan... dan Dr. B dah tolong aku untuk betulkan dan aku akan ke UPSI sekali lagi.... I have to write this one... supaya mengenang jasa DR.B yang tak tahu macam mana aku nak balas.

Bak kata Dr.B... "awak tahu tak emy... student lain jeles taw tengok lecture yang bentang untuk student.." hahahahaha...adeehhhhh.... *facepalm*

Jadi sekarang ni aku masih ada benda belum setle untuk submit thesis master aku...
doakan la... sikit lagi.. tapi renyahhh!


erm..
0kay next...
tahun ni aku nak berehat sepuas2nya...
i wanna feel freeeeee.. ๐Ÿ˜‚
en.heaven nak sambung belajar.. aku doakan dia berjaya lah sebab sekolah dia dah makin stress je aku rasa sebab tukar pengetua baru.. its okay baby.. u can face it...hahaha *gelak jahat!*

aku pula, aim tahun 2020 memandangkan ni masuk umur 30 tahun...
jadi aku kena lebih matang gittewww...

target untuk diri sendiri tahun ni:
1. nak baca 1 buku 1 bulan... can i?
2. nak terbitkan buku atleast 1 buku tahun ni...
3. nak exercise 20 minit setiap sesi. 1 minggu 3x... haa...menarik ni...๐Ÿ˜†


sebenarnya entry kali ni just nak main tulis2 apa yang aku rasa nak tulis..
rasa macam jari ni dah lama tak menaip dan otak dah lama tak berfikir untuk menulis...
adehhh...!

so untuk tahun ni...
moga semuanya indah dan bahagia selalu....
U are awesome just the way you are ๐Ÿ’‹
next entry maybe update resepi scone๐Ÿ˜‚



with love,
_nurinsan
teratak kasih A&E
3.13pm (19.01.20)

Friday, September 13, 2019

Tentang Masa





Semalam...
Akhirnya dia temuiku....
Setelah beberapa kali jejaknya hilang.

Ada khabar baru yang menyentak.
Dia bercerita dengan sesal.
Dan aku masih lagi menjadi pendengarnya yang cuba untuk setia.

Jauh disudut hati...
Aku juga kesal...
Marah?
atau lebih tepat lagi kecewa!

Namun cerita semalam sudah berlalu...
Yang nyata hanya hari ini.
Untuk dilalui dengan kebijaksanaan
agar tidak terulang kesilapan yang menjadi kebodohan.


Saat dia mengakhiri cerita duka...
Aku sempat bertanya ke mana dia?
Beberapa kali hilang dari sudut pandang.


Katanya,
Tentang masa!
.
.
"Ingat lagi tak saya ada cakap nak jumpa, tapi masa tu cikgu nak bergambar majalah sekolah. Saya taknak ganggu masa cikgu. Lepas tu cikgu selalu sibuk je."

.

Aku yang selalu tidak punya masa.
Hingga akhirnya dia, hilang rasa...
.
.
.
.
.
Tentang masa.
Adakala bukan jarak yang menjauhkan,
Tapi masa yang memisahkan ....
.
.
Maaf...
Untuk masa masa yang sering tiada.
buat semua......
.
.
Ternyata saat ku pinjamkan hanya sedikit masa,
jarak yang menjauh terasa dekat semula.




_A.F.mentee

buat masa masa yang tiada...
nurinsan
ruang kosong
13 sept 2019 (06.20pm)

Wednesday, April 3, 2019

Nur 2 (Tetap Kamu)




Drama Nur 2 dah start tayangan semalam..
Tengok teaser dia, rasa 'bimbang' betul dengan scene yang rasanya hanya untuk kontroversi.
Tak perlu kot scene tu... tak ada scene tu pun rakyat Malaysia memang menanti tayangan Nur 2.

Terimbau pula kisah tahun lepas,
Haritu aku sekali lagi dapat kelas ganti untuk pelajar tingkatan satu. Seperti biasa setiap awal waktu persekolahan aku perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan kelas ganti yang aku dapat, kemudian menyusun jadual waktu serta temujanji yang ada.  
Sebaik loceng berbunyi, aku melangkah ke kelas tingkatan satu itu. Mereka sangat teruja melihatku. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dikelas mereka. Lagi pula, seperti biasa aku akan ada hadiah misteri untuk yang berjaya membuat aktiviti yang aku minta dengan baik. Rasanya mana-mana pelajar walaupun tingkatan lima sekalipun pasti suka jika diberi hadiah kan. Cikgu pun suka kalau dapat hadiah kan? 
“Okay kelas, semua dah dapat sehelai kertas A4 yang cikgu bagi ya?” Aku bertanya sambil melihat semua pelajar dihadapanku. 
Mereka mengangguk. 
“Okay bagus. Boleh cikgu tanya satu soalan?”
“Boleh!” Mereka menjawab serentak dengan nada teruja.
“Apa pekerjaan yang awak tahu ada dekat sekolah ni?” Aku bertanya sambil tersenyum. 
“Cikgu!” Beberapa orang pelajar menjawab.
“Lagi?” Soalku, mahu mereka terus berfikir.
“Pengawal keselamatan” 
“Bagus!” Aku memberikan pujian. Dia tersenyum bangga.  
“Okay, jadi harini aktiviti yang cikgu nak awak buat adalah pertama sekali tulis nama dan kelas awak pada kertas yang cikgu bagi.” 
Mereka mula menulis nama dan kelas masing-masing.  
“Dah cikgu!” Beberapa orang berkata serentak. Aku lihat semua sudah merenungku menanti arahan seterusnya, bermakna semua sudah siap menulis nama dan kelas. 
“Okay, sekarang cikgu nak awak senaraikan semua pekerjaan yang awak tahu yang ada dalam dunia ni.” 
Mereka mula berfikir. 
“Berapa-berapa ke cikgu?”
“Ya, seberapa banyak yang awak dapat. Mesti lebih 20 pekerjaan.” Kataku.
Mereka mula menulis, aku membenarkan mereka berbincang dan merujuk mana-mana buku yang dirasakan sesuai.  
“Cikgu jurutera boleh ke?” 
“Awak rasa jurutera tu pekerjaan tak?”
Dia mengangguk. 
“Jadi boleh tulis.” Aku menjawab.  
“Pelacur cikgu?” Tiba-tiba seorang murid bertanya.
Aku tersentak. (...baca sambungannya didalam buku AKU, DIA dan Sekolah)


Hari ini, walaupun kita cuba menafikan dengan mewujudkan helah bela diri 'ada message yang ingin disampaikan'... tapi ketahuilah ia tidak seharusnya dilakonkan hingga ke tahap itu.

Nota: Sungguh aku juga antara yang 'terkesan' dengan drama ini. Tapi kerisauan turut hadir bersama dengannya!

Apa pun, lagu OST Nur 2 ni sangat sedap untuk didengari.


Tetap Kamu 
Amylea X Megat 
Komposer : Farouk Roman 
Lirik: Amylea


Benarkah yang derita
Sulit untuk aku bertahan
Ada hati yang tersimpan
Menginginmu

Ternyata dan teruntuk
Buat diriku hanya kamu
Yang tak mudah meruntuhkan
Setia ku

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bukah
Terangi ku

Mungkinkah jalan kita
Kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu
Merindumu haa

Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut

Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku

Janjikan aku
Tak kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut





Nurinsan,
Teratak kasih A&E
03 April 2019 (09.12pm)


Friday, February 8, 2019

First In 2019!



Alhamdulillah untuk 2019!
Dah masuk bulan Februari pun..hehe
^____________^

Nak listkan azam tahun baru....
agaknya berjaya capai ke tidak ya?..
tak apa lah, capai ke tak..yang penting
 bak kata roosevelt:
"Believe you can and you're halfway there."



1. Nak ada buku kedua selepas 'AKU, DIA dan SEKOLAH'..
Haa..dah dapatkan ke belum buku ni?... diterbitkan oleh BUKU LONCATAN pada November 2018.
Kalau belum boleh beli sekarang tau. Tekan link ni BUKU AKU DIA DAN SEKOLAH. Beli jangan tak beli..hehe.. feedback ramai suruh menulis lagi, jadi kena tulis lagi ni.. ^_^


2. Nak tamatkan master T_T
Pleaseee.. *menangis untuk diri sendiri*.. Jelous sangat, 'budak UKM' dah dapat surat tamat pengajian dan konvo UKM kali ke -47.. kitewwww nak konvo jugakkkk T_T...

3. Nak kurus.. pleaseee... kenapa badan bagai dipam pam ni O.o ... kena kurus, sihat dan cantik *pengsan* target 50kg.. phewwww..hahaha

4. Nak baca buku target tahun ni habis 1 buah buku je kulit ke kulit. Haaaa... nampak sikit, tapi berat tu... ni kalau berjaya ni.. reward dia emas 1g.. haa.. hahaha :p

5. Nak simpan duit dan lebih berjimat cermat. target hujung disember 2019 berjaya saving RM4K... O.o... serius?.. agaknya ada yang baca ni simpanan setahun lebih dari ni.. tak apa lah...kita buat mana yang kita mampu... ok..kita tengok nanti.. kadang kita tengok orang seronok je banyak duit, tapi kita tahu macam mana 'sakitnya' dia saving.. jadi nak belajar 'sakit' saving duit.. phewww... berpeluh gini... harap berjaya lah...

tu je lah.. kang tulis banyak2 target to achieve last2 tak dapat apa pun..hahaha.. gelak untuk diri sendiri..
harap tahun ni lebih baik..

btw satu lagi yang nak dimasukkan dalam list..

6. anniversary tahun ni nak ke mana erk?.. hahaha... =p sebulan lagi ni... tahun pertama ke melaka ni betul2 cuti sambil 'larikan diri' ..hahahaha... tahun ke dua ke kelantan sambil attend wedding zati and adik ipar angah.. tahun ketiga ke UKM/ bangi, VIVA en.heaven.... tahun ke-4 ni... ermmm..selalu time anniversary sambut 'bersambil-sambil'.. tahun ni harap boleh tak sambil2..  penting ni..hahaha.. ke mana erk?


Okaylah.. malas dah nak menaip petang2 yang panas ni...lagipun tengah cari idea nak siapkan artikel... harap sempatlah siap sebelum 10 feb... supaya wishlist pertama tu berjaya dilaksanakan.


K. Tata...
Moga yang baik2 untuk kita sepanjang 2019 dan seterusnya.

fighting!

<3 p="">
nurinsan
teratak kasih A & E
8 Feb 2019 (04.00pm)



Thursday, December 27, 2018

Methotrexate (MTX)

Image result for danbo hospital

Assalamualaikum.. ^_^
Hari ni nak share tentang pengalaman MTX shoot yang kita ambil untuk gugurkan ectopic pregnancy.
Ada beberapa orang yang message minta share pengalaman apa jadi bila ambil MTX ni...

Disclaimed: ini hanyalah catatan pengalaman aku... setiap orang kena rujuk doc masing2 untuk lebih tepat sebab badan kita tak sama.


Fisrt of all, bila kandungan berada diluar rahim ada 2 pilihan sama ada kita nak buat laparoscopic surgery atau cucuk MTX dekat muscle area... MTX ni ubat kemoterapi tapi dalam dose yang sangat sedikit menurut doc... untuk lebih info boleh baca info dekat intermountain healthcare ataupun North Bristol


Masa nak pilih ni mula2 confident nak surgery... tapi disebabkan banyak sangat tengok video laparoscopic surgery, makanya sis rasa macam tak sanggup nak hadapi yang namanya 'pembedahan'.. haha..dinasihatkan jangan tengok video orang buat laparoscopic kalau dah tekad nak buat...buat je... tapi untung bila pembedahan ni, sekali je (kot) pastu rehat dan sembuhkan luka (agaknya la.. bila baca dalam forum) seminggu je katanya....tak payah tunggu macam MTX.....


Tapi MTX ni.... untuk aku alhamdulillah hanya single dose dan lepas tu repeat blood test day 4, day 7 and repeat setiap seminggu sekali jika result BHCG  menurun dgn baik selepas hari ke-7 cucuk hingga mencapai result BHCG bawah 5. Bergantung pada individu, ada orang sehingga 3 bulan... ada yang ambil masa seminggu dah turun bacaan.

aku pula memang dah set dalam minda nak seminggu je repeat blood test.. tapi akhirnya 3 minggu juga ulang alik ambil darah dan jumpa doc...aku ambil darah setiap hari selasa dan jumpa doc hari rabu... disebabkan aku malas nak ambil darah dekat hospital sebab kena menunggu lama, jadi aku terus ke BP Lab every week untuk ambil darah dekat sana jam 7.30 pagi sebab nak result keluar awal pagi esoknya . Bayaran untuk ambil darah dan blood test tu RM36. Kalau ambil darah dekat hospital kena bayar RM25 sebab darah tu still pihak hospital akan hantar ke BP lab.. sebab dekat hospital ni tak ada (ke lambat) dapat result.. aku tak pasti..


Satu pengalaman yang tak best bila cucuk MTX  ni ialah bila kena repeat blood test untuk tahu bacaan BHCG.. memandangkan aku sejenis yang mempunyai urat kecil dan selalu urat hilang bila doc dah cucuk, maka setiap kali nak ambil darah kena cucuk sampai 7 kali padahal nak ambil darah sikit je T_T.. pastu lebam tangan, rasa nak pitam pun ada ^^''...huhu..


Antara benda yang aku selalu juga aku search kat internet adalah bacaan BHCG orang lain.. sebab aku nak tahu ada tak yang sama macam aku dan aku boleh expect result BCHG seterusnya berapa.. ni bacaan BHCG aku:


BHCG
15 nov - 3545 (bacaan BHCG kali pertama)
16 n0v- 3177 (bacaan kali kedua)
21nov- 2996 (first shot  MTX)
24nov-2143 (day 4)
27nov-1266 (day 7)
04dis-436.64 (every week)
11dis-32.89
18dis- <1 .20="" 1="" blood="" div="" last="" nbsp="" test="">


Selepas cucuk mtx.. bacaan hcg sepatutnya turun 15% dari hari ke-4 ke hari ke-7.. 
kalau tak turun 15% ada kemungkinan kena ambil second shoot...
Untuk mudahkan pengiraan, boleh ke laman web ni kira BHCG level masukkan je tarikh result bhcg dan berapa bacaanya, nanti website ni kirakan berapa %... 


Dalam pada menanti turunnya BHCG, aku alami juga turunnya darah... kalau baca entry sebelum ni aku start bleeding masa 30 November...

 tapi rupanya tu baru permulaan..

6 disember aku rasa sakit sangat perut, bangun pagi tu perut rasa mengeras sangat...aku agak aku masuk angin.. aku sapu la minyak panas la, en.heaven tolong keluarkan angin... rasa lega sikit.. tapi still rasa 'something' tak sedap dekat perut... last2 aku minum air halia+serai yang  direbus 30 minit... masa ni en.heaven tak ada dekat rumah, dia pergi beli bubur.. aku syak, kalau dia ada mesti dia tak bagi minum sebab bila dia balik dia tanya air apa dalam periuk tu sambil reaksi wajahnya yang..haha.. tapi aku tak tahan sangat nak minum juga air tu dengan harapan tak sakit dah... then alhamdulillah tak sakit dah.. tapi malam tu... 'seketul' keluar dengan jayanya...dan aku menjerit didalam bilik air serta muntah 2x.. pakej ^^''... tapi aku nasihatkan supaya mengelak dari apa2 tak diingini jangan minum lah air halia+serai tu (disclaimed siap2 ^^'')


Apa pun, alhamdulillah semuanya dah berakhir dengan jayanya untuk kali ini...
aku doakan aku tak alaminya lagi...
dan sesiapa pun yang alaminya moga terus kuatkan semangat...
aku juga doakan buat sahabatku yang masih menanti, 
moga kita sama2 sentiasa positif dan in sha'a Allah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
ameen.. in sha'a Allah... 


Di penghujung 2018 ni, 
diharapkan kita mampu melangkah ke 2019 dengan lebih bersemangat!
Apa pun, mudah2an kita semua bahagia dengan apa yang kita miliki...
^__^


“Aku tidak pernah mengkhuatirkan apakah doaku akan dimakbulkan oleh Allah atau tidak, 
kerana setiap kali Allah mengilhamkan hambaNya untuk berdoa, 
maka Dia sedang berkehendak untuk memberi karunia. 
Yang aku khawatirkan adalah jika aku tidak berdoa lagi.”
_Saidina Umar Ibn Al-Khattab


NOTA: 
Azam 2019 nak banyakkan entry review dan cerita tentang master journey lah
supaya habis cepat sikit.
Harapnya menjadilah..rasanya dah lama azam ni..haha
apa pun sayangnya dengan teratak ni, sebab dekat sini aku boleh menulis, menulis dan terus menulis
^_^



berjalan terus ke depan,
nur insan..
teratak kasih A&E
27.12.18(08.30pm)

.xoxo.

Sunday, June 24, 2018

Kitab Cintaku: Hikmah PJJ



'Macam mana Emy lalui PJJ?'.. soal dia yang juga bakal ber-PJJ (Perkahwinan Jarak Jauh) tidak lama lagi.

'Susahnya nak jawab soalan tu..' saya menjawab tanpa tahu bagaimana untuk menceritakan pengalaman itu.

'Masa Emy PJJ, emy duduk dengan mentua kan?.. lagi dahsyat." Dia menyambung.

"Haha.. tak ada yang dahsyat pun... biasa je.. " saya ketawa..

Susah hakikatnya nak jawab soalan bagaimana lalui kehidupan PJJ..
dan saya rasa ramai juga yang berkongsi tips untuk menjadi pasangan PJJ..
saya pun suka untuk baca perkongsian2 tersebut, tapi diakhir perkongsian tersebut, saya selalu ingatkan diri saya sendiri,

"Rumah tangga kita tak sama dengan 'rumah tangga' orang lain... kita yang corakkan warna apa yang kita mahu dalam rumah tangga kita..sebab hakikatnya hanya individu dalam rumah tangga itu yang faham isinya."


Cuma ada satu pengajaran yang sangat penting dalam hidup saya sepanjang 2 tahun lebih kami ber-PJJ... dengan kesibukan saya sebagai pelajar, isteri jarak jauh dan tiba2 dapat posting, semuanya satu fasa kehidupan yang baru dalam hidup saya... ya, bukan mudah.. tapi Allah mudahkan semuanya..


Pernah suatu ketika dahulu saya lost di KL selepas menghantar suami ke airport.. seperti biasa saya drive sendiri walaupun baru dapat lesen.... silap saya kerana ketika itu tersilap masuk simpang... ketika itu juga saya fikirkan keberadaan suami saya.. Ayat yang keluar dari mulut saya saat itu...  'Abang.. macam mana ni...' sambil gelabah bawak kereta.. sedangkan suami dah dalam flight...huhu


Kali kedua saya begitu ketika saya accident kali ketiga dan accident tersebut lebih teruk dari yang pertama dan kedua. Saya panik ketika itu hingga tidak tahu untuk berbuat apa.. dan sekali lagi terkeluar ayat dari mulut saya, 'abang.. macam mana sayang nak buat ni...' sambil tangan terketar2 tak tahu nak buat apa... last2 tutup radio je..


Dua peristiwa ini sebenarnya kembali menyedarkan saya bahawa saya silap besar!
Moga Allah ampunkan saya kerana kesalahan saya mengharapkan bantuan hamba-Nya lebih dari Diri-Nya saat saya buntu... T_T


saya sedar bahawa seharusnya pernikahan itu tidak membuatkan kita bergantung harap pada pasangan, sebaliknya pernikahan itu mendekatkan diri kita pada Dia lebih dari segalanya.. benarlah ini juga ujian dalam rumah tangga... kebergantungan hanya pada Allah dalam sekecil2 perkara!


Lepas dari peristiwa itu, saya muhasabah diri saya kembali...
Hingga beberapa bulan selepas itu, akhirnya suami saya dapat pindah ke daerah ini..
Sebenarnya ketika itu saya sudah tidak meletakkan apa2 harapan walaupun saya dan suami sudah mencuba pelbagai usaha, namun saya yakin bila tiba masanya permohonan pertukaran suami pasti akan berjaya.....dan ternyata... itulah saatnya..
hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan itu....

"Saat diri tidak lagi mengharapkan apa2 selain Tuhan mu..."
ramadhan yang penuh makna...setahun yang lalu...


Kesimpulannya, perkahwinan PJJ adalah satu fasa mendidik diri saya agar kembali meletakkan segala sesuatu hanya pada Allah... dalam susah ataupun senang... dan hakikat bahagia dalam perkahwinan bukanlah faktor jarak... Bahagia dalam rumah tangga itu bergantung pada diri pasangan itu sendiri dan sejauh mana kita meletakkan Allah dalam hati dan baitul muslim yang kita bina.. kita yang mencorakkan budaya rumah tangga itu.. dan pastinya tidak sama dengan orang lain...


Jauh tapi terasa selalu ada lebih bermakna dari dekat namun sering menghilang..
kan?
:)



moga terus menyulam kasih dan dimudahkan urusan buat yang masih ber-PJJ...
Allah tahu kemampuan kita...
Just put a smile on your face...
dan berharaplah hanya pada Tuhan mu...




"True of pure love should never contradict or compete with one's love for Allah. 
It should strengthen it. 
That is why true love is only possible within the boundaries of Allah has made permissble.."
::yasmin mogahed::

_from: ex tunang and now become husband a.k.a en.heaven












rainy day outside... with love,
nurinsan....
teratak kasih A&E
24.06.18 (08.15pm)





Sunday, May 20, 2018

S.T.U.C.K

Image result for stuck



S.t.u.c.k

I'm just stuck.
Dont know what to do.
^^''
Sepatutnya aku siapkan bahan untuk submit report internship this coming friday...
tapi aku stuck.. tak boleh buat T_T
aku tak tahu pasai apa????


lastly aku habaq mai kat husben.. ce abg ruqyah sayang..hahaha
oh my Allah!
@_@


maybe aku tak tahu nak mula dari mana..
aku tak tahu apa yang aku kena buat dulu..
sebab banyak kot T_Y

Haaaaa... tolong laaa... susahnya... nak lawan diri sendiri..
tak tahu pasai apa..
maybe sebab dah boring dan memang tak suka intern..
ditambah dengan persekitaran sekolah yang tak membantu..
tengok tu!
salahkan orang lain -_-


entahlah......



btw for the first time in 2018.
wallaaaaaaaaaaaaa...
sebelum ni taip.. delete.. draft..
huhu...


nurinsan
teratak kasih A&E
20.05.18 (08.15pm)


Saturday, December 16, 2017

Dia....



Tadi tiba2 teringatkan dia...
anak murid ku..
Aku pun tergerak hati nak message dia.. sambil tu nak tahu result PT3 dia..
tapi, macam straight to the point sangat kalau terus tanya result...
aku pun menyimpang cerita benda lain..
last2 tertanya tentang status perpindahan dia ke sekolah lain..

Ya, aku menangis la jugak sikit bila dia confirm pindah....
huhu..
Bila dekat dengan dia, kenapa aku rasa lain?
That feeling I have before..
mungkin sebab 'perasaan' tu sangat kuat untuk mereka2 yang aku anggap adik kandung aku sendiri..
Ouh.. hati..hihi..


Btw, student datang dan pergi kan..
yang penting, sepanjang bersama, aku ciptakan memori yang indah2 dengan mereka..
supaya nanti, moga aku selalu dikenang dalam doa2 mereka..
:)

moga terus istiqamah dlm kebaikan wani...

.
.
with love
nurinsan
16.12.2017@ 08:28pm

Sunday, November 12, 2017

ROAD TO CONVO!

Image result for danbo CONVO



11 Disember 2018 (Tengah drive dari sekolah ke rumah)
Dr.B: call sy 
menggigil baca message tu.. haa... apa Dr nak cakap ni.. takutnya..
12 Disember 2018 
 Aku: Dr... saya takut la nak call dr... dr jangan marah saya T_T
(siap dengan emoji air mata. haha.. aduhh.. tak boleh betul kalau dr msg)
 Dr. B: Selalunya semester akhir tak dibenar buat rayuan tambah semester.  Kena buat sekarang. Buat rayuan tambah semester dulu. Kalau boleh bentang sem ni. Sebab sem depan internship.
 Fuh.... lega dr. tak marah.. tapi Dr. bagi solution.. macam selalu... cuma aku je...
Aku tak tahu lah sebenarnya bila tarikh konvo aku yang sebenarnya..
tapi aku set goal 2019 wajib konvo!
dan 2019 tu hanya tunggu untuk konvo!

tapi..
sekarang aku dah berada disemester 6..
maximum sem yang aku ada hanya 7 semester... itupun setelah aku tukar status dari fulltime ke part time..

separuh jiwa aku kata, aku boleh konvo..
tapi separuh lagi tak tahu dan diawang-awangan...

aku patut bersyukur sebab penyelia aku selalu bagi solution untuk selesaikan dilema yang aku alami..
aku pun patut bersyukur sebab en.heaven selalu paksa aku buat proposal sebab dia tahu aku malas..
dengan paksaan dia, buat aku bergerak.. walaupun aku tak suka dipaksa2...haha.. tapi law tak paksa aku akan statik dan tak bergerak!

Hari ni, setelah aku semak semula takwim akademik..
baru aku tahu..
aku baru diminggu yang ke-10!
aku ingatkan aku dah diminggu ke-13..
maknanya, aku masih ada waktu!


ouh emy!
go and get what you really want..
en.heaven bakal konvo 2018!
aku?

aku tak nak tertinggal kapal!
if I can do so...
if not...tak apalah, sayang selalu support abang!
hahahaha :p
wekkkx

nota: sebenarnya bukan konvo tu yang diharap2kan.. tapi...'perjalanan sehingga ke titik akhir tu' yang sangat bernilai..


nurinsan
teratak kasih A&E
12.11.17 (12.39pm)





Tuesday, March 14, 2017

Happy Anniversary For Us!




suami saya kata, kami dah kawen 3 tahun..
saya pun jadi confuz.. sebab saya rasa baru 2 tahun๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚
haha..


tp xpe..saya anggap dia menghiburkan hati saya..haha.. kawan gaduh saya dan tempat saya luahkan perasaan..kadang2 dia lagi 'kaunselor' dari 'kaunselor' ni..Dia ajar saya banyak benda.. ..dia..
dia suami saya.. ๐Ÿ˜


selamat ulang tahun suami๐Ÿ˜
such a long journey for us๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜
Distance never separates two hearts that really care, for our memories span the miles and in seconds we are there. But whenever I start feeling sad, because I miss you, I remind myself how lucky I am to have someone so special to miss.
๐Ÿ˜˜


tq Allah for the things happens..
surely must have a good reasons ๐Ÿ˜๐Ÿ˜˜


Alhamdulillah
Bahagia tu adalah dengan mensyukuri nikmat.
kan?


140315.
doakan yang baik2 buat kami๐Ÿ˜˜

duduk sekali..

grad sama2..

struggle sama2..

having a musleh junior..

in sha'a Allah one day๐Ÿ˜˜
๐Ÿ’ช๐ŸŒน

Wednesday, December 21, 2016

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM...





Salam mahabbah dalam kesegaran iman [insya'Allah]... Semakin aku berfikir, Allah semakin ada... Indah sekali kata2 ini... Itulah yang dimaksudkan dengan Cogito Allah Sum... Sebenarnya ianya merupakan tajuk sebuah buku tulisan saudara Lalu Mohamad Zainudin...

Aku telah beberapa kali menghabiskan masaku untuk menghadam buku ini... Sungguh, tulisan didalamnya sangat luar biasa.. Rasanya penulis tersebut seperti telah berpengalaman dalam bidang penulisan, walhal penulis baru pertama kali menulis...

Entah kenapa sejak sekian lama buku iniku baca, baru hari ini terlintas untuk menulis tentangnya diteratak ini setelah ditanyakan mengenai satu soalan...





Ada apa dengan Cogito Allah Sum???

Buku ini ditulis buat para pencari TUHAN... buku ini buat diri ini secara peribadi mampu menaikkan spirit dalam diri... Sungguh ada airmata saat menghayati apa yang berlaku pada Rayyan [watak utama]... Banyak liku2 yang perlu dilalui oleh Rayyan dalam misinya mencari Tuhan... Rayyan ini hakikatnya dilahirkan sebagai ISLAM, ayahnya pula seorang kiai yang sangat hebat...



Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.
~petikan dari Cogito Allah Sum~



Tidak tahu bagaimana hendak aku khabarkan mengenai buku ini... Terlalu hebat tulisannya... Syukaran Jazilan buat Kak Wani kerana meminjamkan buku ini [dah buat macam harta sendiri pula^^]... Andai ada yang ingin memilikinya boleh lah beli di KINOKUNIYA, KLCC dengan harga RM23.00 sahaja...


Soalan Apa yang Ditanya???

Pagi semalam, sempat membuka formspring setelah dihujani dengan kebosanan tahap melampau... Tiba2 tengok ada simbol merah... 'Wah... ada soalan ni.. maknanya pagi2 ni da boleh berfikir^^..' huhu... Akhirnya  membaca soalan tersebut dengan hati yang pelbagai... macam warna pelangi tu..kan ada macam2 warna..huhu... soalannya adalah berbunyi begini:


"bnar ke kita islam...? sape yg islamkn kite...? sedangkan zaman ini zaman akhir yang penuh tipu daya..."


Erm... soalan ni datangnya dari hamba Allah yang hanya diketahui berasal dari keturunan Adam, yang dijadikan dari tanah... Soalan ini mengingatkan aku pada antara part yang terdapat dalam Cogito Allah Sum...

Rayyan pernah bertanya pada Ustaz2 yang dikenalinya tentang islam...[namun soalannya adakala terlampau jauh] ...Rayyan benar2 inginkan jawapan, tapi seringkali Ustaz2 tersebut mengelak dari menjawab soalannya dengan jawapan bahawa, kita tidak perlu terlalu berfikir.... Hinggalah Rayyan berjumpa dengan seorang Pak Haji Misbah, Pak Haji tersebut ada menyatakan setiap persoalan pasti ada jawapannya... Namun saat Pak Haji tidak menemukan jawapan, Pak Haji telah meminta Rayyan bertemu dengan Kiai yang lebih hebat... Kiai tersebut hakikatnya adalah ayah Rayyan...

Memikirkan keadaan itu, aku pun cuba mencari jawapan melalui ilmu yang masih lagi terangkak-rangkak dan dalam proses belajar untuk memahami... Jadi jawapan aku sangat terhad dan ianya mungkin berdasarkan pandangan aku sendiri tentang apa yang ditanya... dan hanya itu sebaik2 jawapan yang mampu aku berikan berdasarkan kefahaman aku.. Mohon betulkan aku jika ada salah silap...


Memetik antara puisi yang terdapat didalam Cogito Allah Sum yang membawa keinsafan dihati ini... Betapa sukarnya memperoleh hidayah Allah... Mudah2an kita semua tetap dengan hati2 yang beriman kepada-Nya...


Aku semakin percaya dengan ketiadaan-Mu,
Ketiadaan-Mu dalam kekosongan hatiku,
Ia terbukti,
Ketika aku mengharapkan-Mu,
Engkau tidak peduli kesengsaraanku,
Aku benci pada-Mu,
Ketika ketiadaan-Mu dihatiku...

Ketika dijiwa mereka Engkau berada,
Mereka menganiayaku,
Tiada belas kasihan,
Tidak layak aku memuja-Mu,
Tidak harus aku mengagungkan-Mu,
Engkau menganiayaku ketika aku cuba mendekati-Mu,
Engkau tidak sudi memandangku disaat aku memeluk-Mu...

Tertulis sifat-Mu dalam lamunanku,
Selalunya Engkau pilih kasih pada orang tertentu,
Dan tidak orang yang mencari-Mu,
Aku bertanya benarkah Engkau seperti itu???
Benarkah diri-Mu seperti yang aku sangkakan
atau aku salah tanggapan terhadap-Mu.
Aku tidak mahu minta pada-Mu yang menyeksaku,
Berharap pada-Mu yang tidak memberi petunjuk padaku...

Aku sebenarnya berharap mendapat harapan,
Memohon diberi petunjuk jalan
Mendengar kisah hidupku,
Dapat berlindung kepada-Nya bila diperlukan...
Bukan memohon pada Tuhan dalam fikiranku,
Memohon pada Tuhan dalam khayalanku,
Tetapi memohon pada Tuhan yang sebenar wujud,
Meminta pada Dia yang sebenarnya Dia,
Mengadu yang sememangnya ada...


Setiap kali mendengar luahan Rayyan lewat puisi ini... Hati ini turut tersentuh(T.T)... Inilah antara puisi terbaik yang pernah ku baca...




Wassalam...


Selamat menyelami hati Rayyan...


Nur Insan@Srikandi Nazira
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam,

~5:00 am@21 disember 2010~






Saturday, June 25, 2016

CEO NOVEL CINTA! uh~~~



'Cikgu, sekarang ni... orang ada master pun tak ada kerja.'
'Orang tak ada SPM pun boleh kaya dan berjaya.'

Saya diam.

Apabila berdepan dengan pelajar yang punya sikap malas, rasanya dua ayat diatas sangat famous untuk digunakan. Seolah2 macam nak bagitahu, cikgu saya gagal SPM pun nanti saya boleh jadi kaya tahu?

No.

Siapa cakap awak gagal SPM awak tak boleh berjaya? Awak tak boleh kaya?

Saya tak pernah cakap atau doakan semoga student saya gagal. Sekali pun tak pernah. Malah saya selalu membayangkan studen saya nanti lebih bagus  dari saya. Lebih baik dunia dan akhirat dari saya.


Tapi bukan isunya LULUS atau GAGAL SPM yang lebih penting disini. Tapi isu sikap!

Bila sekarang malas nak belajar, sedangkan belajar tu cuma perlu buka buku duduk dekat meja dan baca atau jawab soalan. Makan, minum, pakaian hatta duit topup sekalipun orang bagi. Agak2nya, boleh jadi rajin tak kalau tengah panas terik terpaksa cari duit sebab nak kaya? ataupun boleh jadi rajin tak nak layan customer online yang macam2 kerenah yang tanya berpuluh2 soalan, pastu last2 1 benda pun dia tak beli?

Ulang soalan, boleh jadi rajin tak?

Boleh jadi masa tu awak rajin, sebab awak fikir tu customer.
Customer is money!

Tapi,
Bila awak tak belajar sungguh2 sekarang, sedangkan mak ayah awak habiskan duit bayar yuran bagai. Tu bukan membazir ke namanya?


Anak2 murid cikgu,
Bukan SPM itu yang menjadi penentu kejayaan. Tapi Allah janji, orang yang berusaha pasti akan berjaya. Allah juga sangat suka orang yang bersungguh tuntut ilmu. Kaya harta sahaja tak cukup.


Kadang2 terlalu sukar untuk memahamkan bahawa belajar disekolah bukan semata2 nak A, tapi kita bersungguh menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah. Tapi disebabkan persekitaran memerlukan A. Maka jadilah pelajar yang tiada A terus-terusan malas berusaha dan memberi alasan. Lebih sedih lagi, mereka hanyut dengan khayalan yang datang dari novel cinta!

Aduhai.
Tepuk dahi rasanya.
Sudah2lah dengan khayalan novel cinta.
Semakin lama saya lihat ia langsung tidak memberi impak positif!

Hingga pernah saya tanya dalam kelas, apa cita-cita awak?
'Saya nak jadi CEO cikgu!'

Saya katakan, bagus. Impian awak besar.
Awak nak jadi CEO syarikat apa?

'Entahlah cikgu, saya baca novel semua jadi CEO.'
Sambil senyum kambing.

Wake Up!
Awak lelaki. Bakal imam, bakal pemimpin, bakal CEO!
Macam mana awak nak memimpin kalau terus hanyut dengan khayalan dalam novel.

Serius,
Novel cinta seperti itu langsung tidak membantu untuk meningkatkan daya tahan diri untuk berdepan dengan dunia selepas sekolah yang lebih mencabar.

Dan terbaru,
'Cikgu, saya datang jumpa cikgu sebab saya harap saya boleh berubah macam dalam novel yang saya baca.'

'Apa yang berlaku dengan watak dalam novel tersebut selepas jumpa dengan kaunselor?' Saya bertanya kembali.

'Dia jadi rajin study. Dia kawan dengan orang yang baik2. Dia dah tak ponteng sekolah.'
Pelajar saya menjawab sambil cuba mengingati novel yang dibaca.

Saya senyum mendengarnya. Saya katakan, saya bukan Magician atau Witch walaupun pernah berangan-angan menjadi 'Nanny Mcphee' yang berjaya mengasuh pelajar nakal . But I have to admit saya hanyalah seorang manusia biasa yang tiada upaya untuk mengubah sesiapa. Kalau betul nak berubah, semuanya perlu usaha yang datang dari diri sendiri. Sama seperti watak dalam novel yang dibaca. Kalau bukan dia sendiri yang ingin mengubah, tiada siapa yang mampu mengubahnya.



Nota: sekarang awak dah jumpa kaunselor, so bila pula awak nak rajin study macam dalam novel tu?. Persoalan yang hanya bermain difikiran. Namun, ternyata 15 minit terakhir bersama dia. Dia hanya mampu mendengar dan sudah tidak mampu berkata apa2 selepas di-dispute. Harap awak berubahlah. Ya! Mudah2an.



Nur Insan
Teratak Bonda
25 Jun 2016 @ 4.49pm


2 telinga 1 mulut




Manusia dikurniakan 2 telinga dan 1 mulut.
Telinga, sinonimnya dengan deria pendengaran.
Mulut, dikaitkan dengan petuturan.

Allah anugerahkan kita lebih banyak telinga berbanding mulut.
Kan?

Sebenarnya, beberapa hari lalu ada pelajar menemui saya.
Katanya,
'Cikgu, saya ada something nak bagitahu pada ayah. Tapi saya takut. Tapi, saya tak boleh simpan. Saya dah tak tahan. Ayah selalu pesan, hal keluarga jangan bagitahu pada sesiapa melainkan keluarga kita sendiri. Tapi, kalau saya bagitahu ayah tentang apa yang saya rasa, ayah mesti marah.'

Dia menangis.

=========================================================

Saya rasa, semua orang tahu dan mahu merahsiakan hal atau masalah keluarga tanpa pengetahuan sesiapa melainkan ahli keluarganya sendiri. Tapi, sejauhmana sebenarnya kita meletakkan 'telinga' untuk mendengar masalah keluarga sebelum kita memilih 'mulut' untuk menilai masalah yang berlaku, Secara tidak sedar, kadangkala kita lebih mudah memarahi berbanding memilih untuk mendengar dahulu. Hingga akhirnya, seorang manusia yang sifatnya ingin didengari mungkin juga suatu saat akan memilih orang lain untuk berkongsi dan alangkah sedihnya kerana orang itu bukan kita (darah dagingnya).

Kes ini bukan kes pertama.

Bila difikirkan, sebenarnya ada banyak kebimbangan dan kemungkinan yang mungkin terjadi hanya kerana kita memilih untuk tidak mendengar. Misalnya dalam kes ini, pelajar saya telah pun terfikir untuk lari dari rumah dan punya perasaan untuk menamatkan hidupnya.

Isunya hanya sikit, sekadar bergaduh dengan ayah kerana berbeza pendapat hingga menyebabkan dia rasa tersisih dirumah. Isunya nampak kecil, tapi kesannya sangat besar.

Kenapa besar?

kerana penerimaan seseorang terhadap isu itu berbeza-beza. Ia bukan besar atau kecilnya isu, tapi ia tentang bagaimana kita sendiri melihat isu itu besar atau kecil.

Pinjamkanlah telinga untuk mendengar walaupun sedikit.
Once kita sudah mendengar,
penerimaan kita pada sesuatu mungkin sahaja boleh berubah.




_nur insan
teratak bonda.
25 jun 2016 @3.47pm




Thursday, November 12, 2015




saya tak mampu nak buat semua benda..
saya tak mampu nak terkejar sana sini..
saya tak mampu..
memang saya tak mampu..

faham ke?
tak kan.
sebab yang lalui tu saya.

Thanx untuk yang selalu kata saya kuat dan selalu percaya saya...
walaupun saya sendiri tahu saya tak kuat dan saya sendiri tak percaya diri...


Thanx juga untuk yang tak faham dan selalu saje perkecilkan usaha saya yang hanya itu yang saya mampu...
sebab dengan pandangan kecil itu.. selalu buat saya rasa down...
bila saya rasa down... saya patut berterima kasih.. sebab rasa tu sangat2 sakit...
sakit tu... rasa yang paling indah dalam hidup saya..



runtuhan tanah tu...
macam runtuhnya semangat saya untuk lalui jalan itu sekali lagi...
walaupun jalan itu yang paling saya cintai...



saya yang hilang.


rumah sebuah rumah.
12 November 2015 (11.05pm)


Monday, August 31, 2015

tulis,





Tak tahu nak tulis apa dalam blog.
Lama dah tak menulis.
nak tulis..
tapi...

tak tulis..
nak tulis...

tulis...
tak tulis.


urm.

semoga en,heaven selamat sampai ke rumah.
selamat hari merdeka.
cuti dah habeh!
esok sekolah.
aku cikgu.
urm.

how far is far?
rindu!


nur insan.
rumah sebuah rumah.
31 ogos 2015.
06.58pm

Saturday, April 11, 2015

BENGKEL PENULISAN JEJAK TARBIYAH



O4 april 2015.
UKM. (jejak tarbiyah).
jemputan: ust. zahiruddin zabidi dan ust. pahrol mohamad juoi

Ust. Zahiruddin Zabidi memetik kata-kata HAMKA, syarat untuk menjadi penulis ada 5:
1) membaca
2) membaca
3) membaca
4) membaca
5) menulis

perkongsian yang sangat menarik juga diberikan oleh ust pahrol mohamad juoi mengenai penulisan dan mungkin juga motivasi untuk menjadi penulis. Kata ust. pahrol menulis itu adalah 'try to express not to be impress'. Rasanya berkali-kali juga diulang bahawa menulis itu adalah skill, maka untuk belajar menulis, tidak dapat tidak kita perlu menulis. Dan dibawah ini beberapa inti pati yang dapat dikutip walaupun masa talk session tu kadang2 terbawa diri ke minda bawah sedar ^^''..huhu..


  • Setiap orang memiliki titik buta masing2 dan ia membuatkan kita mempunyai perbezaan dan perbezaan itu fitrah. Raikan perbezaan.
  • Bila ada tujuan pasti ada jalan. So, bila menulis dengan tujuan maka ayat-ayat untuk menulis itu pasti akan ada.
  • Penulis itu daie. Perasaan, fikiran dan segalanya akan terjadi bila melihat ummah. Dari situ jiwanya akan menghasilkan ayat/kata-kata yang sesuai.
  • Penulis ada tiga tugas: pendakwah, murabbi dan pemimpin tidak rasmi
  • Keyakinan akan membentuk keyakinan
  • Terdapat dua jenis penulis yang menulis mengenai dirinya, iaitu sama ada menulis berdasarkan pengalaman peribadi atau menulis berkaitan prinsip/perjuangan diri
  • Menulis dari hati iaitu menulis hasil mujahadah sendiri. Jangan sampai tunggu jadi betul2 baik atau betul2 sempurna baru nak menulis. JANGAN MENANTI SEMPURNA BARU NAK MENULIS
  • Penulis menulis dengan tujuan: to inform, to entertain, untuk menyakinkan dan to influence. 
  • Jiwa yang tidak mempunyai MOOD adalah JIWA YANG TIDAK HIDUP
  • kalau kita tak mula menulis, ada dua kemungkinan sama ada kita PEMALAS atau PENAKUT. kalau kita tulis kerana Allah, maka kita tidak kejar idea

dan point yang sangat penting, kalau kita tersekat menulis mungkin kerana beberapa sebab berikut:
  • dosa
  • kita fikir apa yang orang kata
  • terlalu ingin sempurna (seadaanya sudah cukup)
  • kerana buah fikiran tidak masak (fikir dan buat kajian/bacaan dahulu)
  • tidak cukup bahasa (dan ini dapat diatasi dengan terus menulis dan jangan berhenti)
dan terakhirnya, rasa cinta itu yang akan mencari kata-kata.... jadi, kalau sudah punya rasa cinta pada penulisan, maka rasa itu yang akan menghasilkan kata... 



tulisan diatas ini adalah nota peribadi yang sempat dicatat dan hasil pemahaman diri sendiri.. btw, alhamdulillah berkesempatan join bengkel penulisan buat kali pertama...huhu... tq wan nor yang tolong daftarkan... tq rai yang promote bengkel ni.. dan tq qiqi utk hadiah buku ^_^...

and the most and special thanks to en. heaven sebab sudi bawa ke ukm ^___^..
apa pun... kesimpulannya, kalau nak menulis, kena menulis.. jangan tunggu!
walaupun penulisan tu bukanlah ilmiah pun.. macam dekat teratak ni.. uhuk!.
hehe... moga beri manfaat...




nur insan
t.g.u
11 april 2015. (08.00am)

Wednesday, March 4, 2015

...



kerana aku selalu lupa.
maka
seringkali itu
aku terus mengulang 
dan 
ulang.
kata yang sama.
ayat yang sama.
untuk aku baca 
dan 
untuk aku faham.
supaya nanti aku tahu
aku harus terima...


lakukan apa sahaja dengan kesungguhan.
kerana itu tidak akan menjadi sesuatu yang sia-sia.
fighting!



revenge.writing.after long time. 
maybe..


nur insan
taman ilmu
04mac2015(2.13am)



...


When we pray, 
Allah hears more than we say, 
answers with more than we ask, 
and gives more than we imagine,
in His own time 
and 
in His own way.


Allah will lift you up when you're down. 
He'll make you strong when you're weak. 
He'll guide your path when you lose your way.


Dear Allah.. 
Sometimes, its hard for me to understand what You really want to happen. 
But I trust You, 
I know You will give me what's best.



For indeed, with hardship [will be] ease
Indeed, with hardship [will be] ease.
So when you have finished [your duties], then stand up [for worship].
And to your Lord direct [your] longing.


:)
I know.
everythings just fine.
and always be.


170215
110315
140315
and
what coming next.


nur insan,
taman ilmu
04mac2015(1.55am)