F F F Sumber : http://sandydoank12.blogspot.com/2011/10/cara-buat-headlines-slide-show-pada.html#ixzz1ciRYCobR
...Tanganku akan hancur di dalam tanah,Yang kekal hanya tulisanku di atas buku, Mujurlah sesiapa yang membaca tulisan aku, Doakan keselamatan aku dari azab ~Imam Shafie~ ....

NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN

Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...

BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA

Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.

MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM

Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

Monday, May 21, 2012

KISAH 9 HARI



subjek: Pengurusan pembelajaran
tempat: dewan kuliah J
masa: 9:57 am


Hari ni kelas macam biasa.... Tapi rasanya luar biasa...
Aku tengok2 budak2 kelas untuk pastikan aku tak salah kelas....

"amboi...awai datang hari ni..."
suara itu....urm...sah! memang ni kelas aku...

"hehe..."

dalam kelas, lec lambat masuk... aku buka buku contengan jalanan....mash banyak muka surat yang belum ku baca... tiba2, aku teringtkan seseorg... orang yg menegurku tadi... aku toleh belakang, dia duduk je... tak taula mengelamun ke apa...aku capai nset... nak kacau dia... bukan selalu kn...lepas ni blum tentu satu kelas lagi....


=).. hijaunye..hu2..


mesej ku hantar...


Euwww.. jlez k? 9 hr lg kak...

Uwekzzzz...

Hehehe... dlm hti sp tau... :-(


Tasik.. tenang d permukaan... tp dasar punya cerita yang xsama


Tunduk je.. tido ea.. ha3


Jap3... tgh krg msj la


Tasik 2 mnyeramkan... tsik kn bnyk cta hn2.. haha..
B'desir air pntai mmbwa sepi, b'deru air sungai m'gegar snyi, b'sma ssidang xpnah d impi,
tnggal ms kaki mlgkah pergi...


Andai pantai membawa sepi, andai sungai mngegar sunyi, andai ssidang x prnah d impi...
jangan biarkan memori itu trut pergi... jgn benarkan hati i2 mati...
krn btemu kta, walau ada pemisah... namun ia tlah bjanji utk bsa2 dgn rabitah...


Andai janji i2 utuh,,,xkn dbiarkn hati ini mati n luluh... andai bsarnya pmisah...xkn dbiarkn jasad ini rebah...andai ad pganti... xkn kubiarkan memori kta trut t'ganti... seribu mimpi pnuh erti.. dlm tangis ku syukuri nkmat ilahi.. mga t'ubat Qalbi dan Shauqi...


Ok... kelas tamat hari ni... selamat menduduki final....
Suara En. Azli bergema didalam dewan...

Ada air mata yg mengalir dgn mesej terakhir ini....

Assalamualaikum cinta.... ^_~

Waalaikumussalam rindu..(-_@)





YA ALLAH,
Engkau mengetahui hati-hati ini,
Telah berkumpul kerana mengasihi-Mu,
Bertemu untuk mematuhi perintah-Mu,
Bersatu memikul beban dakwah-Mu,
Hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya,
Kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini,
Akan jalan-Nya yang sebenar,
Penuhkanlah hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu,
Yang tidak kunjung malap,
Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan Iman dan keyakinan,
Dan keindahan tawakkal kepada-Mu,
Hidup suburkanlah hati-hati ini dengan ma'rifat (pengetahuan sebenar) tentang-Mu,
Jika Engkau mentakdirkan mati,
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini,
Sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu,
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong,
YA ALLAH,
Perkenankanlah permintaan ini."






























~bos, k.ika, man, k.zurin, jeda, hala, mieza, husairi, adam, syida, adonis, ifah, mariduan, maria, shamim, maria, abah, intan, kamal, k.tina, k.shanti, k.glo, sharon, ali, ilham, lai, kuntum, hairiel, zati, nisa', su, nathiya~





p/s: utk shitoh... akak tunggu wasiat shitoh.... 
      utk smua sahabat2 JMK yg lain... all da best dan thankz 4 da best moments dat we hve 2gether....
      utk adik2 rexco dan rakan surau... sayang kalian kerana Allah... syukran sebab kalian ajar akak erti banyak perkara...
      utk sahabat seperjuangan husairi... asif jiddan utk smua amanah andai ada terkurang atau terlebih...syukran utk smua...
      utk Qilah dan Usamah, bakal pengganti kami... kalian mampu buat lebih baik dari kami berdua=)...
    


salam sayang buat semua....


nur insan
KHAR
12:31 pm
21 mei 2012 (isnin)



...




tasik...
tenang dipermukaan,
namun didasar,
punya cerita yang tidak diketahui....







"Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia. 
Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau." 









nur insan
khar
2.13 am
21mei2012.....









Sunday, May 20, 2012

I AM NEVER ALONE



Cerita hati...
Tidak pernah putus untuk dimengerti...
Mungkin ia ada pasang dan surut...
Namun ceritanya, tidak pernah berhenti...

Ya Allah...
Langkah ini masih jauh perjalanannya...
Beri aku kekuatan...

"Mukmin yang bijaksana adalah mukmin yang tidak terlalu cepat merungut dan mencari manusia untuk

bercerita.."

Moga aku adalah mukmin yang bijaksana itu.....
Ya Allah... semalam Engkau telah membantuku keluar dari kesulitan...
Aku yakin, esok Kau pasti ada sekali lagi untuk membantuku....






I am never alone...
and you too...








Nur Insan...
Kolej Pentarbiyahan Syuhada' Islam,
1:43 am,
20 mei 2012 (ahad)





Wednesday, April 11, 2012

KISAH PEMUDA IKHLAS DAN SYAITAN



Dalam Kitab Minhajul Qasidin, Ibnu Qudamah al-Maqdisy sempat mencatatkan sebuah kisah yang mahsyur mengenai keikhlasan. Kisah ini diriwayatkan oleh al-Hassan. Ayuh kita hayati kisah ini dan mengambil ibrah daripadanya.

Pada zaman dahulu ada sebatang pokok yang disembah oleh orang ramai, seorang lelaki pergi kepadanya dan berkata, "Aku akan menebang pokok ini."

Dia pun pergi bagi menebang pokok itu. Di pertengahan jalan, dia terjumpa syaitan yang menjelma sebagai seorang lelaki, dan berkata kepadanya, "Apa yang engkau ingin lakukan?"

Dia menjawab, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Jika kamu tidak menyembahnya, apakah mudarat kepadamu jika orang lain menyembahnya?"

Lelaki itu berkata, "Aku tetap menebangnya."

Syaitan itu berkata kepadanya, "Adakah kamu mahu perkara yang lebih baik lagi daripada melakukan perkara ini? Jangan tebang itu dan kamu akan mendapat sebanyak dua dinar yang terletak di bawah bantalmu setiap pagi."

Lelaki itu berkata, "Siapa yang akan bagi?" Syaitan berkata, "Aku." Dia pun pulang ke rumah dan keesokan paginya, dia mendapati ada dua dinar di bawah bantalnya.

Pagi seterusnya, dia mengangkat bantal tetapi tidak menjumpai apa-apa. Serta merta dia menjadi marah dan berazam mahu menebang pokok itu semula.

Syaitan kembali menjelma di hadapannya dalam bentuk yang serupa dan berkata, "Apa yang kamu mahu lakukan?"

Dia berkata, "Aku ingin menebang pokok ini yang disembah selain Allah taala."

Syaitan berkata, "Kamu bohong, kamu tidak akan mampu menebangnya."

Lalu lelaki itu mara ke depan untuk menebang, tiba-tiba syaitan itu memukulnya hingga jatuh tersungkur, lantas mengcekik sehingga hampir membunuhnya.

Kemudian syaitan berkata kepadanya, "Kamu tahu siapa aku? Aku adalah syaitan."

Syaitan berkata lagi, "Kali pertama kamu datang untuk menebang pokok itu kamu memang marah kerana Allah dan ketika itu aku tidak boleh mengalahkan kamu.

Dengan dua dinar, aku berjaya menipu kamu dan kamu tidak jadi menebangnya. Apabila kamu kembali untuk kali kedua, ketika itu kamu marah kerana dua dinar tersebut.

Oleh sebab itulah, aku berjaya mengalahkanmu."


Muhasabah Pemuda tersebut adalah pelambangan diri kita sebagai hamba Allah, kedua-dua sifat itu maujud dalam diri kita yang serba daif ini.

Kita mungkin sahaja seorang yang ikhlas pada awalan babak namun berakhir dengan sebaliknya, atau sahaja mungkin kita bermula dengan terpaksa namun akhiran adalah keikhlasan dan kelazatan iman yang membuak-buak.


Al-Quran sendiri banyak kali menekankan mengenai keikhlasan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud:

"Padahal mereka tidak diperintah melainkan mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas beribadat kepada-Nya, malah tetap teguh di atas tauhid." (Surah al-Bayinah, ayat 5)

Kemudian Allah berfirman lagi yang bermaksud:

"Ingatlah! (Hak yang wajib dipersembahkan kepada Allah) ialah segala ibadat dan amalan yang suci bersih (daripada segala bentuk kesyirikan)." (Surah az-Zumar, ayat 3)

Jelas dan nyata umat Islam perlu ikhlas malah diwajibkan ikhlas dalam menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Bukan sahaja dalam ibadat khusus, dalam setiap amalan dan perbuatan harian yang lain juga mesti diikhlaskan kerana Allah.

Ini kerana lawan kepada ikhlas dalam berakidah kepada Allah adalah syirik kepada Allah, dan sebesar-besar dosa di sisi Allah adalah syirik.

Muaz bin Jabal meriwayatkan sebuah hadis daripada Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Ikhlaskanlah (amalan) agama kamu, nescaya amalan yang sedikitpun akan mencukupkan kamu." (al-Hakim dan al-Dailami, disebut juga dalam Jami' As-Sangir karangan

Imam as-Sayuti)


Ujian keikhlasan Waktu keikhlasan paling teruji adalah ketika dalam solat, sama ada wajib ataupun sunat.

Sebagaimana yang dinyatakan, kita mungkin bermula dengan penuh keikhlasan namun berkakhir dengan sebaliknya dan mungkin kita bermula dengan kurang memberikan perhatian namun tiba-tiba terasa nikmat dan kelazatan raja' kepada Allah saat dalam rukuk dan sujud dan sebagainya.

Solat adalah medan yang terbaik bagi menguji keikhlasan. Kalau dalam solat kita boleh berlaku ikhlas nescaya dalam urusan dan ibadat lain juga tidak menjadi masalah.

Diceritakan kepada kami dalam satu kuliah, ustaz berkata, "Kalau mahu tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam solatnya, maka lihatlah apakah kualiti beliau bersembahyang di masjid sama dengan kualiti beliau sembahyang seorang diri di rumah atau depan lembu!?" Kata kuncinya adalah usaha.

Allah menyatakan yang bermaksud: "Maka berazamlah, dan bertawakal kepada Allah."




~ya Allah... aku mohon, jagalah keikhlasan ini sepanjang jalan yang ku tempuh~
~dipetik dari iluvislam ~

nur insan
teratak bonda
11 apr.2012 (2.25 am)

Saturday, March 17, 2012

WANITA TUA YANG SEMAKIN TUA!

(old women get older)



Seorang wanita tua yang semakin tua...
Wanita ini mungkin sukar dimengerti kerana ketuaannya...
Kerana tua, hatinya semakin rapuh dan lelah....
Kerana tua, kakinya hampir rebah...
Kerana tua, dia semakin gusar dengan anak2nya...


Seorang wanita tua yang semakin tua...
Dirinya semakin sukar dimengerti...
Usianya yang meningkat, dia semakin hampir untuk pergi...
Namun kegusaran kian menakung dihati...
Gusar memikirkan generasi yang dirasakan tidak habis dibakti...
Gusar kerana ia terjadi akibat kesilapan diri...
Gusar kerana anak2nya dirasakan kurang menjadi...


Dia bertanya pada diri...
Selama ini apa usahanya dalam membentuk generasi?...
Mengapa mereka seakan2 masih tidak mengerti?...
Tentang hakikat yang telah terjadi?...
Masih kurang apa lagi?...


Kini... duduknya menghitung hari...
Duduknya menanggung rindu pada anak yang dulu tidak jemu menadah ilmu...
Anak yang senang menerima tegurannya dan senang pula menegur kesilapannya...
Anak itu yang diharapkan...
Anak itu sentiasa memandang, dalam kebaikan dan mengharap kebaikan...
Anak itu tidak pernah memaling bila ketuaannya menguasai diri...
Anak itu yang sering mengubat luka saat berdepan dengan duka....
Anak itu lebih mengerti...


Wanita tua yang semakin tua...
Hakikat yang perlu dilalui...
Anaknya kini telah diberi ganti...
Yang dulu masih ada untuk berbakti...
dan yang kini masih perlu belajar lagi...
Ajarkan mereka dengan kesabaran walau hatimu berkata tidak...
Ajarkan mereka dengan kelembutan, walau kelembutan itu tidak pernah dihargai...
Ajarkan dirimu erti susah, kerana susah itu yang perlu kau hadapi...


Dalam doa, wanita tua itu menangis lagi...
"Anak2ku....sedarlah.. tidak selamanya kau bergelar anak...tidak lama lagi, kau juga bakal menjadi tua menggantikan aku yang telah pergi... sedia dan persiapkanlah dirimu ke arah itu... moga ketuaanmu kelak lebih baik dari tua ku... dan aku pasti, itulah harapanmu dan itulah yang bakal berlaku....maafkan aku kerana aku hanya seorang WANITA TUA, YANG SEMAKIN TUA... aku hanya WANITA TUA yang TIDAK PUNYA APA-APA... DAN AKU HANYA WANITA TUA YANG BANYAK DOSA!"



~Jangan ditangisi pada ketuaan...
Jangan pernah lelah memberi teguran...
Jangan pernah kecewa bila dipinggirkan...
Jangan pernah putus asa walau kau keseorangan...
dirimu yang mulakan, maka kau juga harus mengakhirinya....
Allah ada buat hambanya...cuma, dimana hambaNya berada~




Wanita tua yang semakin tua~
Nur insan
17 mac 2012 (Sabtu), 1.33am...
#akuhanyamampuberusahaAllahyangmenentukannya#

Wednesday, March 7, 2012

SEBUAH KEPASTIAN...




Tangisan itu bergema kembali
Dalam ruang waktu yang tidak pernah berhenti
Dalam ruang rindu yang kian mencengkam hati

Tangisan itu...
Hadir tatkala mengenangkan mereka...
Mereka yang telah pergi meninggalkan kita...
Pergi tanda menyahut panggilanNya yang pasti...
dan pemergian itu tidak mungkin kembali lagi...
Moga kalian tenang di sana...

~al-fatihah buat mereka yang telah pergi~




22 ramadhan 1431H/31 ogos 2010 : ayah yang aku cintai, jambatanku ke syurga
disember 2011 : mak sahabatku
awal sem 2 hingga akhir sem 3 (2011-2012): ayah beberapa orang sahabat AT04
28 feb 2012: ayah halawati (sahabat n room3)
04 mac 2012: ayah suriati (adik JMK)
06 mac 2012 (9.00 pagi): dua orang sahabat se-iman (fatini dan dayah)
06 mac 2012 (3.30 petang): ayah kak onechan
__ hb ____ (_____): aku....



p/s: aku dan semua yang sedang membaca entry ini juga bakal mengikuti mereka... namun bersediakah dengan bekalan???... Allahu rabbi... tuntunlah kami menuju redha-Mu...



Nur Insan
K.I.W.C
07 mac 2012 (05;30 pagi)






Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More