Saturday, April 11, 2015

BENGKEL PENULISAN JEJAK TARBIYAH



O4 april 2015.
UKM. (jejak tarbiyah).
jemputan: ust. zahiruddin zabidi dan ust. pahrol mohamad juoi

Ust. Zahiruddin Zabidi memetik kata-kata HAMKA, syarat untuk menjadi penulis ada 5:
1) membaca
2) membaca
3) membaca
4) membaca
5) menulis

perkongsian yang sangat menarik juga diberikan oleh ust pahrol mohamad juoi mengenai penulisan dan mungkin juga motivasi untuk menjadi penulis. Kata ust. pahrol menulis itu adalah 'try to express not to be impress'. Rasanya berkali-kali juga diulang bahawa menulis itu adalah skill, maka untuk belajar menulis, tidak dapat tidak kita perlu menulis. Dan dibawah ini beberapa inti pati yang dapat dikutip walaupun masa talk session tu kadang2 terbawa diri ke minda bawah sedar ^^''..huhu..


  • Setiap orang memiliki titik buta masing2 dan ia membuatkan kita mempunyai perbezaan dan perbezaan itu fitrah. Raikan perbezaan.
  • Bila ada tujuan pasti ada jalan. So, bila menulis dengan tujuan maka ayat-ayat untuk menulis itu pasti akan ada.
  • Penulis itu daie. Perasaan, fikiran dan segalanya akan terjadi bila melihat ummah. Dari situ jiwanya akan menghasilkan ayat/kata-kata yang sesuai.
  • Penulis ada tiga tugas: pendakwah, murabbi dan pemimpin tidak rasmi
  • Keyakinan akan membentuk keyakinan
  • Terdapat dua jenis penulis yang menulis mengenai dirinya, iaitu sama ada menulis berdasarkan pengalaman peribadi atau menulis berkaitan prinsip/perjuangan diri
  • Menulis dari hati iaitu menulis hasil mujahadah sendiri. Jangan sampai tunggu jadi betul2 baik atau betul2 sempurna baru nak menulis. JANGAN MENANTI SEMPURNA BARU NAK MENULIS
  • Penulis menulis dengan tujuan: to inform, to entertain, untuk menyakinkan dan to influence. 
  • Jiwa yang tidak mempunyai MOOD adalah JIWA YANG TIDAK HIDUP
  • kalau kita tak mula menulis, ada dua kemungkinan sama ada kita PEMALAS atau PENAKUT. kalau kita tulis kerana Allah, maka kita tidak kejar idea

dan point yang sangat penting, kalau kita tersekat menulis mungkin kerana beberapa sebab berikut:
  • dosa
  • kita fikir apa yang orang kata
  • terlalu ingin sempurna (seadaanya sudah cukup)
  • kerana buah fikiran tidak masak (fikir dan buat kajian/bacaan dahulu)
  • tidak cukup bahasa (dan ini dapat diatasi dengan terus menulis dan jangan berhenti)
dan terakhirnya, rasa cinta itu yang akan mencari kata-kata.... jadi, kalau sudah punya rasa cinta pada penulisan, maka rasa itu yang akan menghasilkan kata... 



tulisan diatas ini adalah nota peribadi yang sempat dicatat dan hasil pemahaman diri sendiri.. btw, alhamdulillah berkesempatan join bengkel penulisan buat kali pertama...huhu... tq wan nor yang tolong daftarkan... tq rai yang promote bengkel ni.. dan tq qiqi utk hadiah buku ^_^...

and the most and special thanks to en. heaven sebab sudi bawa ke ukm ^___^..
apa pun... kesimpulannya, kalau nak menulis, kena menulis.. jangan tunggu!
walaupun penulisan tu bukanlah ilmiah pun.. macam dekat teratak ni.. uhuk!.
hehe... moga beri manfaat...




nur insan
t.g.u
11 april 2015. (08.00am)

No comments: