Saturday, June 25, 2016

CEO NOVEL CINTA! uh~~~



'Cikgu, sekarang ni... orang ada master pun tak ada kerja.'
'Orang tak ada SPM pun boleh kaya dan berjaya.'

Saya diam.

Apabila berdepan dengan pelajar yang punya sikap malas, rasanya dua ayat diatas sangat famous untuk digunakan. Seolah2 macam nak bagitahu, cikgu saya gagal SPM pun nanti saya boleh jadi kaya tahu?

No.

Siapa cakap awak gagal SPM awak tak boleh berjaya? Awak tak boleh kaya?

Saya tak pernah cakap atau doakan semoga student saya gagal. Sekali pun tak pernah. Malah saya selalu membayangkan studen saya nanti lebih bagus  dari saya. Lebih baik dunia dan akhirat dari saya.


Tapi bukan isunya LULUS atau GAGAL SPM yang lebih penting disini. Tapi isu sikap!

Bila sekarang malas nak belajar, sedangkan belajar tu cuma perlu buka buku duduk dekat meja dan baca atau jawab soalan. Makan, minum, pakaian hatta duit topup sekalipun orang bagi. Agak2nya, boleh jadi rajin tak kalau tengah panas terik terpaksa cari duit sebab nak kaya? ataupun boleh jadi rajin tak nak layan customer online yang macam2 kerenah yang tanya berpuluh2 soalan, pastu last2 1 benda pun dia tak beli?

Ulang soalan, boleh jadi rajin tak?

Boleh jadi masa tu awak rajin, sebab awak fikir tu customer.
Customer is money!

Tapi,
Bila awak tak belajar sungguh2 sekarang, sedangkan mak ayah awak habiskan duit bayar yuran bagai. Tu bukan membazir ke namanya?


Anak2 murid cikgu,
Bukan SPM itu yang menjadi penentu kejayaan. Tapi Allah janji, orang yang berusaha pasti akan berjaya. Allah juga sangat suka orang yang bersungguh tuntut ilmu. Kaya harta sahaja tak cukup.


Kadang2 terlalu sukar untuk memahamkan bahawa belajar disekolah bukan semata2 nak A, tapi kita bersungguh menuntut ilmu demi mencari keredhaan Allah. Tapi disebabkan persekitaran memerlukan A. Maka jadilah pelajar yang tiada A terus-terusan malas berusaha dan memberi alasan. Lebih sedih lagi, mereka hanyut dengan khayalan yang datang dari novel cinta!

Aduhai.
Tepuk dahi rasanya.
Sudah2lah dengan khayalan novel cinta.
Semakin lama saya lihat ia langsung tidak memberi impak positif!

Hingga pernah saya tanya dalam kelas, apa cita-cita awak?
'Saya nak jadi CEO cikgu!'

Saya katakan, bagus. Impian awak besar.
Awak nak jadi CEO syarikat apa?

'Entahlah cikgu, saya baca novel semua jadi CEO.'
Sambil senyum kambing.

Wake Up!
Awak lelaki. Bakal imam, bakal pemimpin, bakal CEO!
Macam mana awak nak memimpin kalau terus hanyut dengan khayalan dalam novel.

Serius,
Novel cinta seperti itu langsung tidak membantu untuk meningkatkan daya tahan diri untuk berdepan dengan dunia selepas sekolah yang lebih mencabar.

Dan terbaru,
'Cikgu, saya datang jumpa cikgu sebab saya harap saya boleh berubah macam dalam novel yang saya baca.'

'Apa yang berlaku dengan watak dalam novel tersebut selepas jumpa dengan kaunselor?' Saya bertanya kembali.

'Dia jadi rajin study. Dia kawan dengan orang yang baik2. Dia dah tak ponteng sekolah.'
Pelajar saya menjawab sambil cuba mengingati novel yang dibaca.

Saya senyum mendengarnya. Saya katakan, saya bukan Magician atau Witch walaupun pernah berangan-angan menjadi 'Nanny Mcphee' yang berjaya mengasuh pelajar nakal . But I have to admit saya hanyalah seorang manusia biasa yang tiada upaya untuk mengubah sesiapa. Kalau betul nak berubah, semuanya perlu usaha yang datang dari diri sendiri. Sama seperti watak dalam novel yang dibaca. Kalau bukan dia sendiri yang ingin mengubah, tiada siapa yang mampu mengubahnya.



Nota: sekarang awak dah jumpa kaunselor, so bila pula awak nak rajin study macam dalam novel tu?. Persoalan yang hanya bermain difikiran. Namun, ternyata 15 minit terakhir bersama dia. Dia hanya mampu mendengar dan sudah tidak mampu berkata apa2 selepas di-dispute. Harap awak berubahlah. Ya! Mudah2an.



Nur Insan
Teratak Bonda
25 Jun 2016 @ 4.49pm


No comments: