Showing posts with label copy paste. Show all posts
Showing posts with label copy paste. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

CINTA KITA...

::indahnya mengikut syariat::




::juz nk kngsi diz::

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?


Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.


“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.


Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum

nak tahu sambungannya???...
klik link dibawah ^_^







COPY & PASTE FROM NAJAH

::Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)::

nur insan
kayangan
30 disember 2012 (10.00am)
::okay sila study wahai cik nur insan^^''   ::

Saturday, December 1, 2012

HUJAH PENOLAKAN TIADA ISTILAH JIHAD GAZA

::peringatan untuk diriku dan sesiapa yang ingin mengambil iktibar darinya::

artikel ini dipetik daripada:  http://langitilahi.com/11121


Kritikan Sosial: Hujah Penolakan Tiada Istilah Jihad di Gaza

 ~yang ditanya bukan natijah, tetapi usaha untuk merubah~
(picture by IbnuFuad of LangitIlahi)
Semalam ada seseorang minta saya ulas isu berkenaan seorang ustaz yang menyatakan bahawa “tiada jihad di Gaza” dan beberapa pandangan yang berlainan dari kebiasaan. Kepelbagaian pandangan itu adalah perlu dan ia diterima selagi mana ada dalil yang tepat mengukuhkan hujah masing-masing.
Cuma bagi pendapat saya ada perkara yang kurang sesuai diketengahkan kepada masyarakat. Adapun saya mengkritik mereka bukan kerana saya orang paling berilmu tetapi atas amanah ilmu sekadar yang saya tahu yang agak berlainan sisi pandangan, justeru saya menulis artikel ini sekadar kemampuan.
Namun, mereka-mereka yang berada dalam video tersebut atau seangkatan dengannya merupakan orang yang celik ilmu, tetapi agak tersasar dari segi pertimbangan. Beberapa perkara yang cuba saya gariskan berdasarkan video tersebut dan saya rasa  perlu diperbetulkan adalah:
1- Jihad sepertimana yang disebutkan di dalam Al-Quran perlu menepati syarat bahawa musuh tidak boleh lebih dua kali ganda dari tentera Islam. Jika lebih yang membawa maksud kekurangan tentera di pihak Islam maka tiada istilah jihad seperti yang berlaku di Palestin sekarang. Disebutkan secara jelas jika musuh 200 tentera islam perlu lebih dari 100 berdasarkan dalil dari firman Allah s.w.t bersama tafsir dari Ibn Kathir:
Maksudnya : Sekarang Allah telah meringankan daripada kamu (apa yang telah diwajibkan dahulu) kerana Ia mengetahui bahawa pada kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada di antara kamu seratus orang yang sabar, nescaya mereka akan dapat menewaskan dua ratus orang; dan jika ada di antara kamu seribu orang, nescaya mereka dapat menewaskan dua ribu orang dengan izin Allah. Dan (ingatlah) Allah beserta orang-orang yang sabar.(AL-Anfal:66)
Berkata Ibn Katsir rahimahullah : Jika umat Islam adalah separuh daripada jumlah musuh maka tidak dibenarkan bagi mereka melarikan diri daripada musuh (yakni wajib diperangi) manakala jika selain daripada sedemikian (yakni umat Islam kurang daripada separuh) maka tidak diwajibkan ke atas mereka memerangi musuh dan dibenarkan bagi mereka menjauhkan diri dari musuh.

Hujah saya: Saya mengambil ayat dari surah yang sama dan merujuk dari rujukan yang sama untuk menjelaskan pandangan saya. Ayat itu berserta tafsiran menyatakan bahawa:
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.(Al-Anfal:64)
Dalam menafsirkan ayat ini Ibn Kathir menyebutkan:
Cukuplah ke atas kamu bantuan Allah dan orang-orang beriman yang mengikuti kamu meskipun bilangannya sedikit.
Ayat ini dikuatkan lagi dengan sirah Rasulullah s.a.w dalam peperangan Badar yang merupakan peperangan pertama terbesar umat islam. Adapun bilangan tentera islam hanyalah 313 berbanding 1000 orang tentera musuh. Dan adakah 14 orang yang islam yang meninggal dalam peperangan tersebut tidak dikira syahid kerana ia bukan sebahagian daripada jihad disebabkan bilangan yang kurang?
Benar  dalam tafsir ibn kathir menyebutkn tafsiran ayat 66 seperti yang disebutkan diatas. Cuma jika dilihat lebih teliti ia adalah keringanan Allah terhadap tentera islam yang tidak berkemampuan berkenaan dengan bilangan yang diwajibkan terlebih dahulu. Adapun jika bilangan melebihi separuh wajib teruskan perjuangan dan jika sebaliknya bisa menjauhi diri dari musuh juga betul.
Persoalan yang saya ingin timbulkan disini, adakah keringanan itu yang mempengaruhi kewajipan tentera islam berperang juga merupakan syarat menunjukkan bahawa jihad itu diiktiraf? Bagi saya tidak kerana sirah yang saya bawakan di atas dan beberapa peperangan yang lain menunjukkan bahawa tiada masalahpun jika bilangan itu kurang kerana kewajipan itu disebutkan jika ia melebihi separuh, sebaliknya jika ia berkurang dan jatuh kewajipan itu bukan bermakna jihad itu tidak diambil kira dan ia bukan perkara yang terhalang meski tentera islam ingin meneruskan perjuangan dengan bilangan yang sedia ada.
2-  Seseorang yang ingin berperang perlu ada persediaan rohani, aqidah dan tauhid yang secukupnya sebelum turun ke medan. Peperangan perlu bersistem dengan pemimpin perlu mengangkat panji sebagai tanda. Jika tidak ia tidak dikira sebagai jihad.
Hujah saya: Sejauh mana dia melihat pembangunan dan persediaan tentera Islam di sana. Saya secara jujur juga bukan orang yang paling tahu tentang persediaan mereka. Namun ketika saya berada di Jordan ini, yang mana tragedi ini berlaku disebelah negara ini, saya mendapati sumber-sumber yang sahih berkenaan ketenteraan di Palestin.
Antaranya adalah tentera mereka kebanyakannya adalah orang yang menghafal Al-Quran dan kerap  bersolat malam. Ini dari aspek rohani. Dari sudut aqidah, jika benar mereka ini masih lemah dari sudut ini mustahil mereka berani pertaruhkan nyawa untuk membela negara. Namun kerana kekuatan keimananlah mereka sanggup berjuang bermati-matian kerana Allah untuk membebaskan bukan hanya negara sebenarnya  tetapi juga membela agama islam melalui Al-Aqsa yang menjadi tunggak utama di sana.
Lihat sirah Khalid AL-Walid. Beliau memeluk Islam pada bulan Safar tahun 8Hijrah tetapi menjadi bukan tentera biasa tetapi panglima tentera Mu’tah pada bulan Jamadilawal tahun yang sama. Tempoh persediaan itu lebih singkat berbanding persediaan yang tentera muslim di Palestin kerana jika dilihat dari sudut hafalan sahaja ia sudah memakan masa.
Peperangan yang bersistem bagi saya dewasa kini, bukanlah peperangan mengangkat panji dan menyerang musuh secara serentak seperti yang berlaku dahulu kerana peperangan era moden menggunakan pelbagai senjata berpeluru yang bisa ditembak dari jarak jauh. Justeru, perlu ada persiapan dan perancangan yang efektif. Juga ia dikira berstrategi meski dalam keadaan sembunyi kerana mengurangkan risiko kecederaan tentera.
3- Rakyat Palestin harus berhijrah dari tanah mereka untuk memelihara nyawa dan keluarga mereka dari tangan yahudi sebagaimana Nabi berhijrah dari tanah lahirnya Mekah ke Madinah.
Hujah saya: Perlu dilihat semula Rasulullah saw berhijrah atas beberapa sebab utama:
i) wahyu dari Allah.
ii) untuk menyelamatkan diri dan orang islam.
iii)ajakan dari Ahlul-Madinah
iv)berusaha mengembangkan dakwah
v)tidak mengusir kaum Quraisy sebab itu sebahagian tanah mereka juga.
Lihat realiti di Palestin kini, wahyu itu sudah tentulah tiada tetapi ia masih boleh menggunapakai ijtihad ulama’ tertakluk kepada membawa kebaikan yang lebih besar. Tambahan, tanah Palestin bukan hak milik yahudi jadi seperti yang dicanang-canangkan tetapi ia milik kaum kan’an. Justeru, seharusnya umat islam terus bergesa untuk membebaskan Palestin dari cengkaman musuh.
Dari satu sudut sebenarnya saya bersetuju untuk orang Palestin berhijrah dari sana berdasarkan beberapa syarat:
i)jika kekurangan kelengkapan dan persediaan (tetapi benarkah mereka di sana kurang bersedia?)
ii)golongan lemah terdiri dari orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Adapaun bagi saya orang yang berkemampuan untuk meneruskan perjuangan bagi membebaskan Palestin perlu meneruskan niat murni itu kerana itu adalah medan jihad mereka (dan kita juga sebenarnya cuma bukan korbankan nyawa tetapi apa yang termampu) yang wajib mereka pertahankan. Hal ini kerana Allah berfirman:
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu – kecuali ia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan, atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain – maka sesungguhnya ia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah, dan tempatnya ialah neraka jahanam; sedang neraka jahanam ialah seburuk-buruk tempat kembali. (Al-Anfal: 16)
Berdasarkan ayat ini jelas sebenarnya menunjukkan kepada kita bahawa jika seseorang itu berada dalam medan jihad tidak boleh dia melarikan diri kecuali dalam keadaan yang disebutkan dalam ayat tersebut. Bahkan melarikan diri dari medan pertempuran juga merupakan salah satu daripada tujuh dosa besar yang disebutkan nabi yang mana juga disebutkan dalam ayat di atas tentang azab yang bakal diterima jika mereka berbuat demikian.
4-  Boikot adalah perkara yang tidak realistik kerana tak memberi kesan kepada yahudi. Nabi sendiri bermuamalah dengan yahudi.
Hujah saya: Jika melihat kisah burung yang cuba memadamkan api ketika nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup menggunakan paruh kecil amatlah tidak relevan dari sudut logiknya. Namun perkara ini perlu diberi perhatian kerana yang bakal ditanya bukanlah soal natijahnya tapi apa usaha kita dalam membantu umat islam.
Boikot merupakan senjata yang bisa digunakan kita kerana kita tidak mampu untuk berjuang seperti mereka di sana. Tidak timbul soal memboikot perkara yang halal sebenarnya seperti yang diutarakan. Orang yang memboikot bukan kerana makanan itu haram tetapi di atas sensitivity dan prihatin kepada saudara se-Islam yang ditimpa musibah disana. Saya bagi satu analogi:
Bayangkan ada satu syarikat yang datang merobohkan rumah anda, dan syarikat itu amat dikenali di kawasan anda.  Selepas peristiwa itu, jiran-jiran anda tetap menggunakan produk dari syarikat brkenaan. Justeru apa perasaan anda? Sebab itu dalam soal ini pemboikot bagi saya bukan menimbulkan  isu halal atau haram tetapi soal sensitiviti.
Namun satu perkara yang perlu kita jaga adalah bagi orang memboikot tidak mempersenda mereka yang tidak berbuat demikian sebaliknya cuba fahamkan tentang kefahaman perlu adanya usaha membantu umat Islam walau sekecil-kecil usaha. Bagi mereka yang tidak boikot pula jangan memperlekehkan usaha mereka yang berbuat demikian kerana sekurang-kurangnya mereka telah berusaha sekadar terdaya.
Berkenaan dengan muamalah nabi dengan yahudi perlu dilihat lebih mendalam yakni, baginda berbuat demikian kerana telahpun ada ikatan janji untuk saling membantu dalam Piagam Madinah. Justeru, dengan keterikatan kepada perjanjian ini kedua-dua pihak perlu berbuat baik antara satu sama lain kecuali ada pihak mencerobohinya.

Kesimpulan
Ada beberapa perkara lagi yang disebutkan cuma saya tidak nyatakan di sini kerana saya tidak berniat memanjangkan perbahasan isu ini kerana apa yang lebih penting bagi kita adalah usaha sedaya mampu melalui bidang masing-masing dan juga seperti yang terdapat dalam gambar di atas .
Adapun saya berkongsi ini juga sekadar pandangan peribadi yang mungkin ada betul dan salahnya. Tetapi saya masih ingin menulis artikel ini kerana saya tidak mahu dengan pandangan yang berbeza ini menyebabkan umat Islam hilang sensitivity terhadap saudara kita di sana.
Ketahuilah perkara ini akan berterusan dan tidak akan ditelan dek zaman, selagi Al-Aqsa tiada dalam genggaman!


sumber: http://langitilahi.com/11121