Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Wednesday, April 8, 2020

RESEPI MUSHROOM SOUP


mushroom soup and bread

Semalam try buat mushroom soupπŸ˜‹
masa sebelum buat just tengok senarai bahan je
tak baca betul2 step dia...

Lepas tu..mula la was-was dengan resepi tu..
sebab tak faham..
tapi tapi..
hentam je la...buat2 faham step dia..
hahaha..
alhamdulillah jadiiii


BAHAN2:
500 ml susu segar
300 ml air
1/2  sudu lada hitam
1/2 sudu daun parsley (aku tak ada ni, ganti dengan mixed herb sebab tu je ada dekat rumah)
1/2 sudu garam
1 kiub pati ayam
1/2 mentega
1/2 cawan tepung gandum (ni bahan yang pelik dan buat aku confuse)
cendawan butang




ni cendawan butang yang dah dipotong potong dadu kecik2

campuran susu  dan air

CARA2:
masukkan susu segar dan air dalam periuk dan panas hingga mendidih.
Kemudian masukkan cendawan butang dan lada hitam. Kacau sebati.
Lepastu masuk kiub ayam, daun parsley (aku guna mix herb), mentega dan garam.

Kemudian bancuh tepung dengan air dan masukkan bancuhan tepung ini dalam periuk sup.
(step ni yang aku confuse, sebab dalam resepi tu tulis bancuh tepung dengan air lepas tu tapis.. jadi aku confuse nak masuk tepung ke nak masuk air yang ditapis tu.. atau sebenarnya tak payah tapis bancuh dan hancurkan je la tepung tu lepas tu masuk dalam sup..hahahaha.. aku keliru...hahaha.. then aku syak ni tujuan dia nak bagi pekat la kot)

Dan step terakhir biarkan mendidih hingga pekat...
Taraaaaaaaaaaaaaa... siap mushroom soup😘


RESEPI ROTI:
aku malas buat garlic bread. sebab malas cincang bawang putih..jadi aku buat
Sapu butter atas roti, then tabur mixed herb (patut guna parsley) then bakar roti...


Beza bila guna mixed herbs dan parsley ialah bau dan mungkin beza rasa sikit.. kalau guna parsley bau dia lagi perghhhhh... sedangkan guna mixed herbs pun dah sedapkan ini kan pula guna parsley sahaja.


sebagai penutup amati gambar dibawah


hahahahahaπŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†



teratak kasih A & E
nurinsan
08 april 2020 (10.20am)


UPDATE: Ya ampuuunnnn... kiub pati ayam lupa nak tulis,... harini aku buat sekali lagi resepi ni patut tak sedap, rupanya kiub ayam lupa letak.. πŸ‘€

Monday, March 30, 2020

RESEPI: ROTI SANGKAYA



Haaa.. semalam aku baru try resepi baru.. jadi aku nak post kat sini supaya aku ingat resepi ni. Sebelum ni nak post resepi Scone... last2 aku pun lupa dah macam mana cara nak masak scone, sebab dah lama tak buat. Jadi penting sangat post resepi yang aku try kat blog. Senang nak rujuk. 

p/s: padahal bukan reti sangat masak pun.. tapi sis cuba yaπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚



BAHAN:
Daun pandan (panjang) 3 helai kalau kecik maybe 5 helai la kot. (Blend utk dapatkan air je)
Santan 200ml
Telur 1 biji 
Susu segar 100ml (dalam resepi lain aku tengok semua guna susu cair, tapi kat rumah ni tak ada, ada susu segar je)
Susu pekat 2 sudu  (kalau nak manis lagi, letak lebih...)
Pewarna hijau
Tepung jagung 2 sudu (kalau nak pekat letak banyak lagi)



CARA:
Kacau semua bahan atas api perlahan. kacau sampai mendidih. 
Then tadddaaaaaaa siap😍😍😍


CARA NAK MAKAN:
kalau nak sedap, kukus roti gardenia tu bagi  lembut dan panas. Then cicah dengan kuah tadi. 
Sedap!


 Biasa beli kat kedai sekali makan je RM6  😭
mahal kot. Tapi boleh dikatakan setiap hari ajak suami pi kedai beli. adehhh...
Ni buat ni boleh makan banyak kali.
Marvellous.😘





sejenis tak pandai masak.πŸ˜‚
nur insan
teratak kasih A & E
30 mac 2020 (4.20pm)
Hari ke-13 cuti kuarantin COVID-19

Wednesday, October 18, 2017

RESEPI SHEPHERD'S PIE SIMPLE!

Image result for shepherd's pie DANBO
gambar ehsan google.. sebab gambar aku tak secantik ini..hahaha


Hai hai holla!
^______^
excited sangat hari ni nak share resepi yang baru je aku try minggu lepas..
tapi baru hari ni sempat nak update..haha


Siapa pernah makan shepherd pie?
rasa dia sedappppppppp sangat!
first aku makan dekat sidin cafe temerloh pahang.
lepas tu asyik teringat je..haha..over betul!


jadi aku pun google resepi kaedah nak buat sheperd pie ni..
yang aku makan masa di sidin cafe temerloh tu kambing inti dia..
kalau tak silap.. kali ni aku try buat guna daging lembu jenama ramly..
resepi aku tiru sebijik sebijik macam dalam ana suzana blog's ni..


BAHAN PIE:
===================================
1. Ubi kentang 7 biji (kalau nak tebal pie dia.. tambah lagi kuantiti)
2. susu segar 100 ml (aku beli yang kotak kecik 300 ml tu je..sebab memang guna sikit je)
3. 2 sudu besar butter yang tak beku
4. 1 sudu teh serbuk lada sulah (rasa aku guna lebih ni, sebab ikut selera tekak aku je..haha )
5. garam secukup rasa
6. Mazarella cheese untuk topping diatas


CARA2:
===================================
1.Rebus kentang dalam air sambil lembut (rasanya 20 min-30min juga masanya)
2.Tos kan air rebusan tadi.
3. Lenyekkan kentang sampai tak ada yang berketul
4. masukkan susu sikit demi sedikit. Sebab susu tu nak bagi tekstur dia lembut je. Jangan sampai cair pula kentang tu. Bila dah lembut jangan tuang susu dah nanti pie jadi lembik... tak sedap pula kan..
5. Masukkan butter 2 sudu. Kacau sebati
6. Masukkan lada sulah secukup rasa
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Gaul rata semua bahan. Masa gaul ni, aroma dia sedap yang amat! enak dimakan begitu sahaja.. haha!


kentang yang direbus 

susu goodday paling kecik 300ml.. tu pun guna tak habis

buttercup yang memang dah ada dirumah. nak guna 2 sudu je

ni gambar masa nak lenyekkan ubi kentang

ni hasil bila dah campur semua bahan.
tekstur dia akan jadi macam ni.
bau dia sedap sangat
makan pun sedap!



BAHAN INTI SHEPHERD'S PIE VERSI LASAGNA
=======================================
1. BAWANG HOLLAND 1 BIJI ((POTONG DADU))
2. DAGING KISAR RAMLY 400G
3. SOS PREGO
5. SERBUK LADA HITAM


CARA2
=====================================
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang dan goreng sampai layu
3. Masukkan daging dan masak hingga tukar warna
4. Tutup api dan buang minyak yang digunakan untuk masak daging dan bawang ni supaya hasilnya tidaklah berminyak yang amat pie tu nanti.. (tapi masa aku buat, lupa buang minyak. menyesal sangat sebab aku tak suka juga makan yang sangat berminyak ni.. ermmm)
5. Buka semula api perlahan. Dalam kuali yang sama goreng bawang dan daging tadi, masukkan sos prego. kacau sebati. kemudian masukkan serbuk lada hitam. jangan lupa rasa okay ke tak. kalau tak okay, tambah sikit garam pun boleh. ikutlah citarasa memasing.
6. lepas tu siap.

bawang holland 1 biji
                                
bawang + daging dimasak 


bawang+ daging+ sos + lada hitam=
jangan lupa buang minyak dulu sebelum tambah sos




CARA BUAT SHEPERD'S PIE
=======================
1. Masukkan pie (ubi kentang yang sudah digaul) tadi ke dalam acuan/ bekas yang kita nak guna.
(aku guna bekas aluminium yang biasa orang buat lasagna tu). Ratakan ubi kentang tu menutupi lapisan bekas
2. Masukkan inti pie diatas permukaan kentang/ pie yang dah diratakan
3. Lapiskan sekali lagi ubi kentang menutupi daging yang berada ditengah2 tadi.
4. Taburkan mozarella cheese diatas
5. Masuk dalam oven dan bakar suhu 180 dalam masa 10-15 minit.


ni hasil sebelum masak.
lapisan bawah: bahan pie
lapisan tengah: bahan inti
lapisan atas: bahan pie dan tabur cheese

ni gambar masa baru keluar oven.
bau dia!
perghhh!!!
>.<
menarik tak?
haha..
kalau tak faham apa yang aku tulis ni..
boleh pergi ke blog ana suzana sebab aku ambik sebijik cara dia buat shepherd pie ni..
maklum la first time cuba kan.. hehehe
nanti rajin, aku upgrade resepi ni guna kari kambing..
haha


okay!
tata.
selamat mencuba.


nurinsan
teratak kasih A&E
181017. 12:12pm





Sunday, October 8, 2017

RESEPI PUDING ROTI SIMPLE DAN SEDAP!



Hari ni aku nak share resepi puding roti yang sangat simple dan sedap.
Aku dapat resepi ni dari Kak Azie, disebabkan aku suka sangat puding roti yang kak azie buat.. jadi aku pun tanpa ragu2 nak juga buat! haha :p


Tapi sorry, lupa nak ambik gambar step by step T_T
nanti law aku buat lagi aku update dengan gambar.. erm..




Bahan A
1 kotak susu putih
2 sudu gula (tak ada dalam gambar)
2 sudu mayonis
(dalam tupperware oren tu, aku beli ladies choice yang paket tu, then transfer dalam bekas)
2 sudu marjerin (dicairkan dulu)

Bahan B
roti gardenia putih (tak ada dalam gambar)
Cawan kertas

Add On
Nestum (topping)
Choclate chips


Cara2
Campur semua bahan A Kacau sampai sebati.

Lepastu,

Susun cawan kertas. Siat2 roti dan letak dalam cawan kertas tu. Kalau boleh roti tu biar banyak, sebab nak sebatikan dengan bahan A tadi. Disebabkan kita tak pakai tepung, jadi roti kena banyak dalam cawan kertas supaya susu tadi dapat menyerap ke dalam setiap kepingan roti. Jadi tidaklah cair sangat puding tu nanti kan.

Lepastu,  tambah Chip choclate kalau nak rasa manis lagi (sebab biasanya 2 sudu gula tu kurang manis) dan masukkan chipchoclate tu sebelum bakar supaya nanti dia cair dan nampak sedap.


Dah siap tu, bakar dengan suhu antara 180 hingga 200 celcius dalam masa 15-20 minit. Sampai nampak dah masak roti tu. Boleh cucuk untuk tengok okay ke tak okay.

Bila dah masak, boleh hidangkan panas atau sejukkan dulu. Kalau aku, aku suka makan panas2.. hehe..

Kalau nak letak nestum, boleh  letak masa nak hidang tau supaya nestum tu rangup je..


Okay boleh cuba ya <3 p="">Senang je!
Law nak ada rasa oren, boleh letak jus oren sikit.
Hari tu ada tambah jus oren, sedap juga rasa dia.
Kalau nak test rasa yang lain pun boleh. Ikut kreativiti..haha ^_^


puding roti dengan chipchoclate

puding roti dengan topping nestum


Selamat mencuba!
dah cuba share kat komen ya.
^_^

nurinsan
Teratak kasih A&E
08 oktober 2017 : 03.36pm






Wednesday, September 6, 2017

BUBUR NASI HALIA SIMPLE!




Hari ni aku still mc..
bangun pagi tadi memang rasa sejuk + panas tak tahu nak kata..
sangat2 tak larat..
last2 ajak en.H pergi klinik.. terpaksa la dia gi kerja lambat lagi hari ni...
sorrybutnotsory

Dr. kata tonsil bengkak.. patut la check suhu tak demam 36.9 je..
tapi rasa cam demam..

dapat la ubat lagi..
minggu ni macam2 ubat aku dapat ^^''

masa otw balik rumah
tekak nak sangat makan bubur...teringat bubur MCD tapi aku serius tak boleh makan bubur tu, nanti sakit kepala...
tiba2  dengar pulak iklan kat radio
'ZINGGER PORRIDGE KFC'
OMG!
haha..

Akhirnya, aku pun rasa macam tak larat nak drive gi beli bubur..
aku search je la resepi bubur nasi..
jumpa satu resepi tu, tapi aku confuz bila dia kata masak bubur guna rice cooker..
kenapa aku confuz?
sebab aku risau masak bubur ni air selalu melimpah ruahkan.. takut pula nak guna rice cooker..
satu lagi yang aku risau,... aku mana pernah masak bubur T_T
message chef H... katanya boleh je masak guna rice cooker...
tapi aku tak confident..
last2 jam2.00 petang tadi baru aku gi dapur tengok apa je yang ada dan buat2 confident je..



Maka jadilah resepi bubur nasi halia
bahan dia:
beras 1 pot
air ikut sedap janji banyak
halia 1
kentang 1
garam secukup rasa
(campur semua bahan ni dan kacau setiap 5 minit takut melimpah..)

ikan bilis goreng rangup (api perlahan+lama=)

aceh cehh cehhh...macam pandai sangat..padahal baru first time dalam hidup ni masak bubur..
haha.. =p
okay!
hari ini dalam sejarah...
so sesiapa yang tak pernah try masak bubur boleh try..
simple dan sedap

masak atas dapur je.. next time kita guna rice cooker ya
^_^




_nurinsan
Teratak kasih A&E
060917 @ 0813pm