Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Saturday, April 11, 2015

BENGKEL PENULISAN JEJAK TARBIYAH



O4 april 2015.
UKM. (jejak tarbiyah).
jemputan: ust. zahiruddin zabidi dan ust. pahrol mohamad juoi

Ust. Zahiruddin Zabidi memetik kata-kata HAMKA, syarat untuk menjadi penulis ada 5:
1) membaca
2) membaca
3) membaca
4) membaca
5) menulis

perkongsian yang sangat menarik juga diberikan oleh ust pahrol mohamad juoi mengenai penulisan dan mungkin juga motivasi untuk menjadi penulis. Kata ust. pahrol menulis itu adalah 'try to express not to be impress'. Rasanya berkali-kali juga diulang bahawa menulis itu adalah skill, maka untuk belajar menulis, tidak dapat tidak kita perlu menulis. Dan dibawah ini beberapa inti pati yang dapat dikutip walaupun masa talk session tu kadang2 terbawa diri ke minda bawah sedar ^^''..huhu..


  • Setiap orang memiliki titik buta masing2 dan ia membuatkan kita mempunyai perbezaan dan perbezaan itu fitrah. Raikan perbezaan.
  • Bila ada tujuan pasti ada jalan. So, bila menulis dengan tujuan maka ayat-ayat untuk menulis itu pasti akan ada.
  • Penulis itu daie. Perasaan, fikiran dan segalanya akan terjadi bila melihat ummah. Dari situ jiwanya akan menghasilkan ayat/kata-kata yang sesuai.
  • Penulis ada tiga tugas: pendakwah, murabbi dan pemimpin tidak rasmi
  • Keyakinan akan membentuk keyakinan
  • Terdapat dua jenis penulis yang menulis mengenai dirinya, iaitu sama ada menulis berdasarkan pengalaman peribadi atau menulis berkaitan prinsip/perjuangan diri
  • Menulis dari hati iaitu menulis hasil mujahadah sendiri. Jangan sampai tunggu jadi betul2 baik atau betul2 sempurna baru nak menulis. JANGAN MENANTI SEMPURNA BARU NAK MENULIS
  • Penulis menulis dengan tujuan: to inform, to entertain, untuk menyakinkan dan to influence. 
  • Jiwa yang tidak mempunyai MOOD adalah JIWA YANG TIDAK HIDUP
  • kalau kita tak mula menulis, ada dua kemungkinan sama ada kita PEMALAS atau PENAKUT. kalau kita tulis kerana Allah, maka kita tidak kejar idea

dan point yang sangat penting, kalau kita tersekat menulis mungkin kerana beberapa sebab berikut:
  • dosa
  • kita fikir apa yang orang kata
  • terlalu ingin sempurna (seadaanya sudah cukup)
  • kerana buah fikiran tidak masak (fikir dan buat kajian/bacaan dahulu)
  • tidak cukup bahasa (dan ini dapat diatasi dengan terus menulis dan jangan berhenti)
dan terakhirnya, rasa cinta itu yang akan mencari kata-kata.... jadi, kalau sudah punya rasa cinta pada penulisan, maka rasa itu yang akan menghasilkan kata... 



tulisan diatas ini adalah nota peribadi yang sempat dicatat dan hasil pemahaman diri sendiri.. btw, alhamdulillah berkesempatan join bengkel penulisan buat kali pertama...huhu... tq wan nor yang tolong daftarkan... tq rai yang promote bengkel ni.. dan tq qiqi utk hadiah buku ^_^...

and the most and special thanks to en. heaven sebab sudi bawa ke ukm ^___^..
apa pun... kesimpulannya, kalau nak menulis, kena menulis.. jangan tunggu!
walaupun penulisan tu bukanlah ilmiah pun.. macam dekat teratak ni.. uhuk!.
hehe... moga beri manfaat...




nur insan
t.g.u
11 april 2015. (08.00am)

Tuesday, April 22, 2014

SPACE.

cover depan SPACE

Alhamdulillah.
akhirnya SPACE berjaya juga dibukukan.

untuk makluman semua.
SPACE adalah himpunan catatan dari 3 orang penulis blog.
iaitu cikmawarbbungo, luqluq dan saya sendiri nur insan :D

 3 orang penulis yang biasa-biasa.

Bukan superwomen.
Apatah lagi catwomen
eh.

penulis yang tulisannya tidak seperti hlovate.
sentiasa dinanti dan padat isi.

tidak juga seperti en.gabbana yang mencuit rasa
dan menjentik jiwa.

tapi.
tulisan 'cakar ayam'
di SPACE punya makna.
'tulisan dari hati, mohon redha Ilahi'


jika anda ingin mendapatkan naskah SPACE
bolehlah like dan membuat tempahan di page SPACE bermula
23 april 2014 (rabu) ini.
InsyaAllah.
:D



_mohon doanya_


nur insan
presint 5
22 april 2014 (02.23am)


Wednesday, January 2, 2013

HIJAB VIDEO CONTEST!

osem ^_^



Urm...
rasa nak sangat join contest ni...
tapi xtahu sempat ke x nak buat video ni...
law ada rezeki, adala... law xde, mybe next year...
urm.. hope so...
exam... exam.... exam...
final sem 5!....

moga semua yang join contest ni dapat pahala disisi-Nya ^_^...
amin...
insya'Allah...
untuk maklumat lanjut hijab i'm in love

::third paper in que, 2mrrow 9am::

nur insan
kayangan
02 disember 2013 (01.29pm)

Sunday, November 18, 2012

SETEGUH HATI....

writing is my passion



sedar tak sedar...

dah lama aku ada 'seteguh hati'

masa mula2 aku ada seteguh hati.... aku suka orang follow... tapi lama2 macam malu pulak bila ada orang follow... http://www.emocutez.comhuhu... kelakar kan...

sebab aku kan suka mengarut kat sni...
walaupun aku tahu kadang2 org tu follow je, bukan baca pun...
but then, law difikirkan, bila follow maksudnya dia akan singgah ke teratak seteguh hati ni...
dan kemungkinan untuk baca tu ada...
sampai kadang2 aku rasa susah nak buat entry...
sebab menulis ni salah satu cara aku nak luahkan apa aku rasa
takut orang salah faham bila baca...
takut orang terlebih faham...
urm....
susah2...

bila masuk U,

aku tinggalkan diari aku kat umah...
jadi setiap apa yang aku rasa, dah tak boleh tulis dalam diari macam dulu...
jadi yang ada teratak ni...
untuk aku conteng2...

urm...

aku sayang seteguh hati ni...
sebab seteguh hati ni, aku belajar banyak perkara...

dengan seteguh hati...

belajar untuk sabar..
law tulis diari, aku tahu yang diari tu berkunci...jadi aku je yang boleh baca...makanya sesedap rasa aku tulis apa yang aku nak...
nak kata suka, sedih, ketawa....
apa2 jela...
semuanya boleh...
tapi bila dalam blog...
tak semua benda aku boleh taip...
macam tu jugak dengan FB sebenarnya...
sebab insan bertuah yang baca tu tidak aku kenali...
macam tu jugala dalam kehidupan seharian ni...
tak semua benda kita boleh buat..
ada yang perlu kita jaga demi menjaga hubungan baik dengan manusia juga pencipta....


dengan seteguh hati..

juga belajar untuk jadi pemberi...
semalam, ustaz rosli komen status fb aku...
huhu... (malunya!)...http://www.emocutez.com
ustaz kata,


Untuk belajar menerima itu tidak susah... lebih susah belajar untuk memberi...kerana apa yang kita 

terima  hakikatnya adalah apa yang kita berikan kepada orang lain...



kadang2 kita kata kena belajar menerima,
tapi hakikatnya kadang2 kita lupa belajar memberi...
sebab what u gift, u get back...
thankz ustaz.... 
jadi aku kena belajar jadi pemberi yang baik....


sebenarnya..

nak kata kat sini..
aku ada blog baru..
TRAVELOG PENDIDIK nama diberi....
tapi aku sayang sangat pada seteguh hati...
harap seteguh hati tak merajuk sebab aku ada travelog pendidik sekarang selain darinya...huhu...
travelog ni blog untuk assignment sebenarnya...
tapi law difikirkan, takkan bila dah dapat markah assignment tu aku nak delete terus travelog pendidik yang penat2 aku buat tu...
jadinya untuk makluman, travelog pendidik akan aku muatkan semua kisah2 yang berkaitan persiapan aku sebagai seorang bakal pendidik atau lebih spesifiknya KAUNSELOR (insya'Allah) kelak dan turut dimuatkan info berkaitan dunia kaunseling...http://www.emocutez.com
kat situ juga ada ruangan U ARE NOT ALONE... 
law ada problem atau cerita yg nk di share apa2 boleh la ke ruangan itu...
moga ada manfaat...
k la... tu jerk... 

sebelum berpisah nak doa, jom tadah tangan sama2....


"wahai tuhan kami, berilah kemenangan kepada islam dan muslimin,
ya Allah, tuhan kami... berilah kemenangan kepada muslimin di semua tempat...
ya Allah tuhan kami.... berilah kemenangan kepada orang islam di Palestin...
ya Allah tuhan kami... berilah kemenangan kepada orang islam di Palestin...
ya Allah tuhan kami... berilah kemenangan kepada orang islam di Palestin...
Ya  Allah, Ya Allah, Ya Allah, Ya Tuhan kami...
Kalahkan mereka, dan menangkan kami ke atas mereka...
amin...amin...amin... ya Rabbal alamin..."




::writing is my passion::
http://www.emocutez.com

nur insan
kayangan
18 nov 2012 (04.26am)

Friday, November 4, 2011

SENYUM^^

pesan untuk hari ini.....



(p/s: Actually nk maklumkan Teratak Nur Insan sedang dalam menjalani proses 'mencantikkan' diri..huhu)...

Salam senyum selalu...


Nur Insan @ Srikandi Nazira
KHAR

Thursday, February 10, 2011

OPSSS BENCI VALENTINE'S! SAYANG ISLAM...


Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat.

Insya'Allah sahabat2 sekalian, pada 12 rabiul awal 1432 atau 15 februari 2011 (selasa), kita akan bersama kembali mengenang kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Moga2 hari tersebut
membawa satu lembaran baru buat kita dalam menyemai benih cinta kepada Rasulullah s.a.w...

Membesarkan Maulidurrasul sebenarnya samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"...


Namun sahabat2 sekalian, adalah menjadi sesuatu yg sangat mengkhuatirkn! apabila virus menyambut hari 'menebalkan buku catatan kiri' atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day akn b'laku sehari sblm tanggal 15 feb 2011@12 rabiul awal 1432 itu..(nauzubillahi min zalik, mga kte dilindungi dri kejahatan n kemungkaran)...


Jadi sahabat2 sekalian, apa kata kita saling ingat mengingati n tegur menegur antara satu sma lain demi mengelakkn kita dari terjebak dgn kegiatan yg tidak mencerminkan peribadi muslim ini...


Sedikit perkongsian mengenai hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32


Sebagai penutup sahabat2 sekalian, kita semua sudah sekian lama dikhabarkn mengenai Valentine's (14 feb) bukan budaya atau perayaan ISLAM dan seorang muslim... bukalah hati n minda untuk memasakkan dalam diri bahawa kita ISLAM dan MAHU HIDUP SEBAGAI ISLAM, MUSLIM DAN INSYA'ALLAH MUKMIN SEJATI... JOM SEMAIKAN BENIH CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA...MOGA ALLAH REDHA DENGAN KELAHIRAN KITA SEBAGAI KHALIFAH MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W ...

Wassalam...

BERSAMA OPSSS BENCI VALENTINE'S!, SAYANG ISLAM...
TAKBIR!!!... ALLAHU AKHBAR!!!




Akhirul Kalam moga kita terhindar dari masalah kebenjatan sosial ini...

Nur Insan@Srikandi Nazira,
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam,
~12.34 pm @ 10 februari 2011~

Sunday, February 6, 2011

KRISIS SEBENAR DARURAT DI MESIR


Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

edit 2 : beberapa rujukan telah ditambah.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.

1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.

2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.

3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI

4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.

edit : Berikutan ada menyangkal point ini…ada baiknya anda lihat blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita dan mungkin rujuk entri ini juga

http://goo.gl/iE5Y4 dan juga http://goo.gl/aU1uI

5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.

6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.

7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:

Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch

Twitter: DyyaDizarch

Blog: Nadia-ism

YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia

8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.

9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. Facebook Pages – Selamatkan Pelajar kita di Egypt

3. What’s happening in Egypt

4. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

5. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesi.

dipetik dar

http://jomphp.com/serius-krisis-sebenar-darurat-di-mesir-sebarkan-kepada-semua.html

Monday, December 13, 2010

MENANTI EMAIL SAHABAT...


Salam mahabbah dalam kesegaran iman [mood menghirup udara segar, sesegar dan seindah ciptaan-Nya].. Urmmm… alhamdulillah dah sampai bentong, melihat gunung ganang dan awan yang cantik.. Wow!!! Subhanallah… Hebat^^,v… semakin aku berfikir , Allah semakin ada…

Dalam menelusuri hari2 dengan nafas kurniaan-Mu, tidak terucap lafaz terima kasihku… Alhamdulillah…^^


[mood hepy2 habiskan cuti^^… dan tengah berfikir menghasilkan entry berkaitan kaunseling… demi perkongsian ilmu…ermmm.. moga di ilhamkan idea=]….


Justeru, hari ini saya pemilik TERATAK NUR INSAN dengan ini mengisytiharkan bahawa saya sedang MENANTI kunjungan email dari seorang sahabat… erm… sudah hampir berapa bulan yer, tapi email tersebut belum juga berkunjung tiba… saya sendiri tidak pasti siapa yang bakal mengirimkan email tersebut… cuma saya pasti akan menanti kehadiran email tersebut kerana saya pasti isi email itu mampu membawa saya berfikir dan akhirnya insya’Allah mampu membawa kepada perkongsian yang bermanfaat dan seterusnya menjalinkan ukhwah… insya’Allah…


Buat sesiapa yang merasakan bahawa entry ini ditujukan buatnya… ketahuilah saya menanti email anda… insya’Allah jika ianya adalah persoalan, mungkin kita boleh bersama-sama merungkai permasalahan tersebut… andainya ianya perkongsian pendapat, mungkin kita sama2 dapat menimba ilmu^^,.. akhir kata dari saya, hidup baik2… moga Allah sayang kita semua… smile=)…




Nur Insan @ Srikandi Nazira

Disaksikan Allah, Bukit dan Bintang yang indah,

Teratak Bonda

Bentong, Pahang.

~11.44 pm@13 Disember 2010~


Alamat email = pemilik_cintaku@yahoo.com...

Friday, September 17, 2010

KELAHIRAN ANAK SULUNGKU^^,...



(book mark CATATAN SANG MURABBI)



Salam mahabbah buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menarik nafas secara percuma dan masih bernyawa lagi... Mudah-mudahan kesempatan ini digunakan dengan sebaiknya sebagai bekalan untuk kita menuju ke destinasi abadi..insya'Allah...


Sebenarnya hari ini adalah antara hari yang menyeronokkan dalam hidupku^^,... Maka untuk berkongsi kegembiraan itu, aku menulis diteratak buruk ini. Nak tahu kenapa begitu teruja hari ini?, sebab anak 'sulungku' bakal menjengah dunia lagi 3 hari...huhu... Sebenarnya sudah lama aku menanti kelahirannya, namun baru kini aku benar2 memilikinya. Anak sulungku ini aku namakan 'CATATAN SANG MURABBI'^^,... Aku harap sangat agar kelahiran CATATAN SANG MURABBI ini lahir dengan isi yang sarat agar mampu memberi manfaat buat pembacanya kerana penghasilannya adalah demi menaikkan semangat mujahid dan mujahidah anak-anak2 didik ku kelak, agar tidak mudah putus asa dimedan perjuangan kehidupan ini terutamanya saat berada di ladang kebanggaan iaitu medan menuntut ilmu. Justeru, tema yang ku pilih bagi novel sulungku ini ialah 'Let mistakes be a keystone of your success'.

Namun hakikatnya, novel ini bukanlah untuk tujuan komersial, iainya tidak terdapat dipasaran kerana merupakan sebahagian dari tugasan assignment^^...



Sekalung ucapan Terima Kasih buat lecture ku Encik Mohd Nor kerana memberi kesempatan dan tugasan assignment menerbitkan novel buat kami pelajar BnK sem1, hingga akhirnya aku berjaya menghasilkan anak sulung ku sendiri yang telah sekian lama aku impikan...huhu^^,... Memang pengalaman yang menyeronokkan kerana aku berpeluang menjadi penulis, editor, pereka grafik dan akulah juga yang menjadi penerbitnya dibawah syarikat penerbitan khayalanku iaitu ENE's Publication Sdn. Bhd^^...




Sedikit renungan buat diriku dan sesiapa yang ingin berfikir tentangnya:








Dalam menempuh perjalanan ini ya Allah,

Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan buatku,

Cepat atau lambat, keinginanku akan Kau penuhi sesuai dengan peraturan-Mu,

Namun seandainya keinginan itu tidak aku perolehi,

Kau hadiahkan pula sesuatu yang lebih baik dari itu,

Namun sudah cukup bersyukurkah aku dengan nikmat-Mu itu,

Sudah ikhlaskah aku menerima takdir-Mu,

Justeru andai ada salah satu nikmat itu Kau ambil kembali dariku,

Layakkah aku untuk mempersoalnya pada-Mu,

Kerana itu, aku mohon keredhaan hati dari-Mu

atas segala ketetapan-Mu...







Salam kejayaan buatku^^,.... ila liqa' ma assalama...





Sunday, June 6, 2010

AWARD UNTUK SAHABAT...




Assalamualaikum buat semua sahabat2 dan pengunjung teratak buruk ini... Segala puji bagi Allah kerana masih memberi kesempatan kepada kita semua untuk bernafas dengan nyaman sekali dan ayuh kita sama2 mendoakan kesejahteraan saudara kita yang sedang berjihad demi agama, mudah2an Allah memberkati dan merahmati perjuangan mereka dunia dan akhirat... insya-Allah...

Sudah lama tidak menaip dan meng-update blog, terasa kekok pula untuk menyusun 'ayat-ayat cinta' di teratak ini=)... Maka sekembalinya Nur Insan di teratak kesayangan ini, dengan berbesar hatinya ingin menganugerahkan 'award' tidak seberapa ini kepada sahabat2 alam maya... mudah2an dengan adanya award ini, maka ukhwah ini akan berpanjangan...insya-Allah... Sebelum itu tidak dilupakan untuk mengucapkan syukran jazilan buat ukhti suhana (http://ayam-jihad.blogspot.com) dan kacamata (http://didik-hatiku.blogspot.com/)
jazakallahu khairan kathira... atas award yang sangat bermakna buat diri ini, dan asif kerana lewat membuat entry ini....

Maka dengan itu, sudilah kiranya antum semua mengambil friendship award yang tak seberapa ini.... .

Anugerah ini disyaratkan supaya

1. Buat N3 tentang award ini

Sudah

2. Copy badge "friendship Award" ini

Sudah

3. Ucapkan terima kasih kepada pemberi award

Sudah

4. Senaraikan 15 penerima award.


1. Kacamata
2.ukhti suhana
3. Ukhti Ina Nailofar
4. Ukhti Eizan
5. Ukhti Haslina Mohamad (catatan seorang isteri)
6. Resepi Rahsiaku
7. Mas Ali Maruf (Let's Learn and Share With Other)
8. Nur Kasih (Bicara Nur Kasih)
7. Ukhti Sofya (Bila Hati Berbicara)
9. Ukhti Airda82 (Perjalanan Hidup Seorang Wanita)
10.Akhi Zulbo
11. Abah Aman
12. Shameel Iskandar
13. Nota Kelana Faqir
14. Kembara Kehidupan
15. Qdine (Iltizam dan impian)


semoga antum semua tersenyum dengan award ini...

p/s: the latest up-date award... award hari tu cam tak cntik, jadi ana tukar yg lebih sesuai...harap maklum

Thursday, March 25, 2010

PADAMKAN, DEMI KESEJAHTERAAN


Sayangi Bumi, Padamkan Lampu Kediaman Anda,

27 Mac 2010 : 8.30pm-9.30pm


Pameran
26 Mac 2010 (9.30pagi-5.00 petang)
27 Mac 2010 (9.30pagi-5.00 petang)

Bertempat di :
Aras 1, Dewan Serbaguna
Kompleks Menteri Besar
79503 Kota Iskandar,
Nusajaya, Johor

Aturcara Sampingan:
Pameran,Ceramah,Cara Bio-Composting,Pertandingan dan lain-lain



p/s:Alhamdulillah sebuah kempen yang baik, semoga mendapat sambutan ramai dan berjalan lancar. Namun bimbang andai ada yang mengambil kesempatan. Semoga Allah melindungi hamba2Nya dari melakukan kemungkaran. amin...

Thursday, March 4, 2010

29th K.Lumpur International Book Fair 2010


Tahun ni, seperti tahun2 sebelumnya bila bulan Mac menjelma pasti kami adik beradik akan menghitung hari "bilalah agaknya book fair tahun ni???" sebab 'kebiasaannya' time book fairlah kami dapat berkumpul sama2... dan alhamdulillah tahun ni sekali lagi book fair diadakan dan apa yang pasti, kami semua tidak mahu ketinggalan untuk turut menyertai kemeriahannya...

Macam2 jenis buku dari keluaran atau terbitan syarikat mana sekalipun ada terdapat disini (book fair)... Malah bukan setakat 'berjumpa' dengan buku yang anda inginkan, tetapi mungkin berpeluang untuk berjumpa dengan penulisnya sekali... erm... contohnya tahun lepas, sempatlah berjumpa dengan Dr. Danial pada sebelah pagi... tapi tak berkesempatan untuk bertemu dengan adik Nik Nur Madihah di sebelah petangnya kerana kami terpaksa pulang awal...huhu.. (tu semua gara2 aku buat 'hal'..http://www.emocutez.com.. ) tapi tahun ni insya-Allah segalanya akan berjalan dengan lancar... http://www.emocutez.com

Jadi jika anda berpeluang, luangkanlah masa untuk sama2 menyertai KLIBF2010 ni... insya-Allah walaupun ramai orang, tapi anda takkan menyesal... Malah mungkin juga tahun ni anda berpeluang untuk berjumpa dengan penulis seteguh hati.blogspot. ..http://www.emocutez.com... mane tau kan...huhu...


Maka dengan senang hatinya marilah kita sama2 mengunjungi KLIBF2010 ni bermula dari 19-28 mac ini, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC)... datang jangan tak datang...http://www.emocutez.com


p/s: nak cari buku tulisan Sarinah Banuase ...

Saturday, January 30, 2010

Blog Reconstruction


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Blog ini dalam proses penambahbaikan. Maaf diatas segala kesukaran yang dihadapi sepanjang anda melayari blog ini. Terima kasih atas kunjungan.... (",)v

Friday, January 15, 2010

Manokwari Indonesia: Kota Injil???


Sebentar tadi (15/01/10) ana baru sahaja menerima satu kiriman SMS (forward) dari ukhti Iezan, bunyinya:
Mohon kesudian umat Muslim malam ini tolong lakukan solat sunat tahajud dan hajat serta berdoa untuk penolakan pengisytiharan Manokwari di Irian, Indonesia sebagai Kota/Bandaraya Injil dan ini akan melarang:

  1. Berjilbab/bertudung
  2. Azan
  3. Pembinaan masjid

dan message tersebut disudahi dengan 'tolong 4wardkn max demi islam'

Memandangkan ana tak tahu apa2 tentang isu ini, maka ana pun mencari maklumatnya (dengan susah payah, sebab banyak maklumat yang dijumpai, ana tak faham). Namun terjumpalah satu blog Malaysia... Maka inilah linknya Diskriminasi Bandaraya Injil.... mudah2an ianya bermanfaat.




p/s: trima kasih tuk tuan punya blog http://tintaberdakwat.blogspot.com.

Wednesday, January 6, 2010

QUIT SMOKING CLINIC (QSC)


Diatas keprihatinan yang dimiliki, suka citanya dan dengan bangga sekali disini ingin saya menguar2kan bahawasanya sejak tahun 2009 (kalau tak silap) pihak Institut Jantung Negara (IJN) ada menyediakan Klinik Berhenti Merokok (QSC) kepada smoker yang berminat dan mempunyai kesedaran tentang bahaya merokok dan ingin berhenti meroko.

QSC ini dibuka pada setiap hari Jumaat, dari jam 2.30-5.15 pm. Sebarang maklumat lanjut dan untuk pendaftaran boleh menghubungi pihak IJN


no tel: 03-2617 8585
fax: 03-2692 8395
e-mail: info@ijn.com.my
alamat: Institut Jantung Negara,
145, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur




Berhentilah merokok demi kesejahteraan anda dan insan sekeliling anda.
...LoVe yOuR HeArT...
StOp sMoKiNg sTaRt LiViNg




p/s:bencinya bau asap rokok!!! tolonglah...

Tuesday, December 22, 2009

KEM KRISTAL 09...


Alhamdulillah dalam KESULITAN serta ketidak kesediaan akhirnya pada 18/12/2009 (jumaat) aku masih dipilih oleh Allah untuk mengikuti Kem Kristal (Remaja Unggul) di Taman Pertanian Kuantan sehingga 20/12/2009.Jadi banyak perkara yang ingin aku ceritakan dan kongsi ni, jadi jalan ceritanya ada dibawah... semoga ianya tidak membuang masa insan2 yang membaca=)...


Dalam jam 9 aisah dan aku telah menunggu di stesen bas bentong. Dalam jam 11 kami menerima SMS yang menyatakan kemungkinan besar kami tidak dapat mengikuti program tersebut kerana beberapa masalah (masalah paling berat ialah pengangkutan)... akhrnya aku mengambil keputusan untuk membatalkan sahaja niat untuk mengikuti program tersebut. Namun Aisah kelihatannya masih bersemangat. Akhirnya dalam jam 12.30 adikku telefon (dia ketawa terbahak2 sebab kami masih tersadai dekat bas stand, kurang asam jawa betul budak ni=)... kata adikku lebih baik kami balik je rumah dan makan nasi, lepas solat jumaat dia sendiri yang akan hantar kami ke kuantan...huhu...

Akhirnya jam 4.45 kot, kami sampai juga selepas tersesat..huhu... sampai je dekat pintu masuk taman tu (sementara menunggu seseorang yang akan menunjukkan jalan ke tempat program sebenar diadakan) aku excited jugalah sebab berdasarkan pengalaman adikku yang pernah menginap disini (time pertandingan marhaban negeri), dia tidur di villa, lagi pun keadaan sekeliling taman tu agak cantik... dalam hati aku berbisik 'wah bestnya, baru selesa..hehe..." bila dah betul2 sampai dekat tempat program tu, "alamak... tido dalam khemah rupanya...kwang kwang kwang...jauh dari pintu masuk, dan paling best sekali terlalu banyak lalat (coz ari hujan)...haha.. tergelak sorang aku memikirkan keadaan ini.."

Selepas menunaikan solat asar, aku melihat insan2 yang berada disekelilingku... terkeluar ayat dari mulutku dan Aisah "aku tersesat ke dekat sini ke atau aku bermimpi yang aku dah sampai????".. arghh... macam2 perasaan yang wujud termasuklah menyesal!! nak tau sebab apa... sebab semua insan2 disini ex-student SMA malah ada yang lepasan STAM, sedangkan aku... SMK, malah pernah pula bersekolah di sekolah Khatolik... terasa terlalu kecil diri ini... rasa nak balik time tu jugak!!! tapi macam kata Aisah buat jelah muka tak malu.. kwang kwang kwang...

Malam tu bermula aktiviti Ta'aruf dalam keadaan hujan dan atap bocor malah kejap2 black-out...pengajaran yang aku dapat dari sesi ta'aruf ni, tak salah kalau nak berurusan dengan kaum lawan (maksudnya antara hawa dengan adam) tapi masih ada batas2nya... Malam ni jgalah aku berkenalan dengan Kak Husna (fasi aku..huhu)... sebelum tidur malam tu kitorang baca Al-Mulk(first time aku join kem macam ni...) lepas tu, aku perasan rasa menyesal tu dah takde (lebih2 lagi bila diingatkan agar perbetulkan niat dan ikhlas)

Pukul 4 lebih aku melangkah ke surau untuk Qiyam (ni saat yang paling aku tunggu) sebab sebelum ni tak berkesempatan untuk buat secara berjamaah... Lepas solat subuh, baca Mathurat... kemudian ada tazkirah 7 min oleh setiap peserta dengan tajuk yang diberikan... "alamak... tazkirah..." hati aku gusar memikirkannya..hehe..aku tak tahu kenapa, sepanjang program ni aku tak dapat menjana minda dengan baik, malah seringkali dalam keadaan 'blur' sehingga menjadikan aku seorang pelupa dan segala ilmu yang sedikit dimiliki, tak tahu lepas kemana malah 'pertuturanku juga tidak selancar biasa' (mungkin kerana perasaan terlalu segan dengan insan2 disekelilingku yang bagiku pasti lebih mantop ilmunya)...tapi dalam kedua2 sesi tazkirah ni aku tidak terpilih untuk memberi tazkirah, mungkin aku boleh memanjatkan syukur kerana aku tidak terpilih...

Masa ceramah pulak dengan tajuk Akidah Penjana Kecemerlangan Insan (ustaz Mahfuzan Ghadafi B. Mahmud) banyak perkara yang aku belajar, malah aku sangat tersentuh dengan cerita tentang Tsunami yang diceritakan kerana cerita tersebut menunjukkan betapa berkuasanya Allah dalam menentukan segalanya... cerita tersebut turut mengingatkan apa yang pernah berlaku dalam hidupku walaupun apa yang aku lalui hanyalah kisah 'biasa2' sahaja namun terlalu bermakna... Sesungguhnya Allah berkuasa dalam tiap2 sesuatu dan tidak pernah menghampakan hamba-Nya...

Ceramah kedua pula dengan tajuk Akhlak Islamiah Remaja Masa Kini (Ustaz Mohd Khairi B. Abd Ghani) juga menarik dan banyak input. Antaranya adalah persoalan mengenai kenapa syahadah itu nombor 1 dalam rukun islam sedangkan syahadah itu kalau dilihat hanyalah mengucapkan satu kesaksian sahaja. Namun tanpa kita (atau mungkin aku sahaja) sedari sebenarnya itulah yang paling berat berbanding solat dan lain2, kerana dari kita mula2 baligh sebagai islam hinggalah meninggal dunia, kita dituntut untuk meyampaikan islam kepada semua... namun aku tersedar berapa ramai yang menyedarinya, malah aku sendiri, sejauhmana aku menyampaikan islam atau dalam erti kata lain berdakwah dengan ilmu yang sedikit ini (atas prinsip sampaikanlah walau satu ayat)....

Namun, berdasarkan kedua2 ceramah ini aku memahami bahawa akidah, ibadah, akhlak dan syariat islam boleh disimbolikkan sebagai pokok. Akidah adalah akar (kuat akar maka pokok akan berdiri teguh), akhlak (adalah buah, baik pokok maka akan menghasilkan buah yang baik), ibadah (baja yang menambah baikkan pokok) dan syariat islam (pagar yang membentengkan pokok agar terhindar dari ancaman tumbesaran yang baik)... jadi manusia itulah pokok=)..


Masa LDK pula, kami banyak berbincang tentang cabaran di universiti. Ahli kumpulanku (4 orang termasuk aku) rata2 menyatakan kegusaran untuk menghadapi cabaran alam kampus dan pengaruhnya. Sebenarnya, time mendengar cerita ahli group aku juga berdoa agar Allah tetapkan hati2 kami dan aku turut bersyukur kerana aku telah terbiasa berhadapan dengan insan2 yang menganggap hak itu sesuatu yang pelik, semoga pengalamanku mampu mentarbiah diriku agar lebih kuat... Pesan Kak Una (fasiku) yang penting kita sendiri kena kuat!. Ibarat akar pokok yang besar.

Dalam banyak2 aktiviti sepanjang program, yang paling aku suka slot resolusi yang ala2 explorace. Ada 5 check point dengan tema yang berbeza2. Pertama tema pengorbanan, yang penting disini ialah MATLAMAT TIDAK PERNAH MENGHALALKAN CARA. seterusnya tak ingat temanya apa, tapi pengajarannya HATI PERLU DIISI DENGAN PENIGISIAN YANG BERMANFAAT JIKA TIDAK IA AKAN MUDAH PECAH SEPERTI BELON KOSONG YANG TERKENA FANA'NYA DUNIA... seterunya tema dakwah, yang penting dalam DAKWAH ITU ADA CARANYA TAK BOLEH MAIN TERJAH. Malah aku bertambah sedar bahawa dakwah itu perlu kesabaran yang tinggi (tapi aku ni kurang sabar orgnya..huhu) maklumlah banyak cabarannya... kemudian check point ukhwah (yang ni bagiku tak best, sebab aku jatuh longkang...huhu...time otw nak g check point, maklumlah jadi orang buta). Dan akhir sekali check point Ibadah (yang paling best)... first time aku solat dhuha atas tanah. sedih sangat sampai aku menitikkan air mata time sujud). malah ada juga ahli group aku yang menagis teruk (tapi atas reason yang berbeza dengan aku).

Tapi satu lagi pengalaman baru ialah makan dalam talam. First time aku buat dan terus terang aku cakap makanan dalam talam memang banyak, aku memang tak mampu nak habiskan malah aku fikir lepas ni lebih baik aku makan dalam pinggan je, bukan kerana tak nak amalkan konsep sharing, caring and loving dan merapatkan ukhwah...huhu... tapi untuk mengelakkan pembaziran..

Sepanjang kem ni juga, sebenarnya aku dapat rasakan betapa 'cemburunya' aku insan2 yang menuntut di sekolah agama ni (berdasarkan satu ayat dinyatakan oleh salah seorang peserta "dekat sekolah kita dah biasa dengar ceramah ustaz2)... sedangkan kami pelajar sekolah biasa hanya dapat mendengar ceramah di sekolah pada hari sambutan tertentu sahaja. Malah ukhwah yang terjalin antara mereka juga atas ikatan satu akidah yang mana menunjukkan ukhwah itu adalah ukhwah fillah, sedangkan di bumi SMK adalah sukar untuk mencari sahabat atas dasar ukhwah fillah. Jadi disini aku ingin sekali menyatakan bahawa kalian beruntung dan seharusnya bersyukur kerana dipilih oleh Allah... walau bagaimanapun, aku masih juga bersyukur dengan apa yang aku miliki, kerana apa yang aku lalui juga banyak mentarbiah diri ini. Malah aku sentiasa proud to be myself =)... agar aku tidak berasa rendah diri dalam kalangan manusia...

Akhir kata, sekali lagi dengan tegasnya aku menyatakan kem ni memang best dalam mentarbiah diri (jadi law bersempatan joinlah..huhu..) aku belajar banyak perkara... malah insya-Allah inilah yang aku jadikan sebagai penguat diriku dalam misi pencari redha Ilahi...



SEBAHAGIAN MEMORI KRISTAL 09...




(khemah yang menjadi tempat penginapan kami)



(sebahagian fasilitator dan urusetia yang terlibat)



(peserta muslimin seramai 8 orang) (peserta muslimat seramai 18 orang)



(group LDK ku )




(time riadah) (time resolusi-check point ukhwah)

















Thursday, October 1, 2009

...my last posting...

Assalamualaikum... insya-Allah ini merupakan my last posting before STPM. Sepatutnya aku dah 'berhenti' lama dah..huhu... tapi disebabkan minat yang 'terlalu' mendalam, jadi aku teruskan juga menulis blog ini (walaupun tak taulah ada yang sudi membacanya ataupun tidak...hehe..) apa2pun aku mendoakan semoga semua pejuang yang telah mendaftarkan diri sebagai calon STPM 09 berjaya dalam semua subjek yang diambil. Buktikan, kita bukanlah sebarangan pelajar walaupun kita still memakai kain biru/hitam dan masih bergelar pelajar sekolah walaupun hampir berusia 20 tahun!. Buat adikku Aizuddin, semoga berjaya mencipta kejayaaan baru, lakukan lebih=)..!. Insya-Allah doakan kami semua berjaya! Chaiyok semua sahabat.
Wahai blog kesayanganku, insya-Allah nanti kita citer2 lagi ye..hehe..
ayuwah, sampai disini sesi kali ini. Panjang umur, murah rezeki dan diizikan Allah, kita jumpa lagi...insya-Allah.
Untuk diri sendiri:Proud 2 be myself! yakin akan kemampuan dirimu. Dan jangan kecewakan mak,ayah,all sis,bro,sahabat2 and cikgu2 yang selalu mendoakan diri ini dan mengharapkan kejayaanku!! Lakukan Lebih, 'masa sekarang, penen2 masa hadapan'!
Sayonara... Adiosss
p/s: maaf andai terkasar bahasa, tersilap kata, terlanjur bicara...

Tuesday, September 22, 2009

Selamat Hari Lahir...


Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya, hari ini (22 september) merupakan hari lahir ku yang ke-19...hehe... dah tua rupanya aku... hehe... lawak2... sepanjang hidup aku yang dah 19 tahun menghirup oksigen yang free ni, aku banyak terfikir 'apakah aku telah banyak 'menyumbangkan' diriku kejalan yang diredhai-Nya?' ...

Aku sedar, diri ini terlalu banyak kekurangan dan kelemahan, malah adakala iman yang ku sangka teguh bertapak dihati rupanya rapuh dan goyah untuk bangun dari kekecewaan.

" Ya Allah, bantulah aku agar menggunakan kesempatan yang Engkau berikan untukku dengan sebaiknya... Ya Allah, janganlah Kau cabut hidayah yang telah Kau berikan kepadaku, lindungilah aku dari kemaksiatan dan jalan kemurkaan-Mu... Bantulah aku agar menjadi hamba-Mu yang patuh, anak yang solehah, adik yang baik, kakak yang terbaik, sahabat yang memberi manfaat buat sahabatnya, pelajar yang sentiasa menyenangkan hati gurunya, serta isteri yang yang sentiasa mendamaikan keresahan suaminya, dan ibu yang penyayang kepada mujahid dan mujahidah yang bakal lahir kedunia milik-Mu ya Allah. Bantulah aku agar aku mampu melawan godaan syaitan yang menghasut serta nafsu yang tidak tahu erti 'tidak'...."ameen.


....Semoga pertambahan usiaku, seiring kematangan akal dan fikiran....
Chaiyok!!! insya-Allah misi dan visi ku tahun ini pasti akan mejadi kenyataan!!!
...STPM just wait 4 me(",)...