Saturday, April 18, 2020

PELAJAR SEGAN SOMBONG





"Maaf cikgu, saya malu nak tanya."

Kata dia yang secara tak langsung sebenarnya dah hancurkan harapan diri sendiri untuk membuat permohonan masuk universiti gara-gara tarikh permohonan berakhir semalam.

Tahu apa yang menyedihkan menjadi pelajar segan tak bertempat?
Banyak perkara yang ketinggalan!

Tak apa menjadi pelajar penyenyap dan lemah.
Diam seribu bahasa hingga dikatakan ada emas didalam mulut!
Tak apa!
Yes, tak apa sebab aku dulu pun zaman sekolah rendah memang ada emas dalam mulut.

Janji tidak menjadi pelajar yang segan bertanya yang tidak bertempat hingga hal yang tidak tahu akan terus tidak tahu dan mungkin sebenarnya tidak mahu ambil tahu kerana segan telah bertukar menjadi sombong!

Geram.
Kecewa rasa nak marah dan menghemburkan semua yang ada dalam mulut yang ringan menutur kata.

Tahu apa yang lebih kecewa?
Ini bukan baru semalam dia mesej dan bertanya soalan tentang ini.

Since last year I have mention about alumni group.
Kenapa tak cakap tak ada dalam group.

Yang lagi menyakitkan hati...
15 april he did message me.
Tanya tentang tarikh tutup permohonan.
Tapi kenapa tak bagitahu masalah sebelum tarikh tutup.
Kenapa mesti 19 minit sebelum tutup?!
What are you expected?

Kawan satu batch dia sebelum ni bukan tak pernah message cakap lupa password dan bagai2...
tapi diorang tanya dan aku usaha dengan diorang bagi dapat semula password walau berjam2 mencuba...
then kawan yang tak ambil spm dekat sekolah ni yang dah lama pindah pun boleh ada dalam group macam mana dia yang ambil spm dekat sekolah ni and lepas tu hari2 boleh jumpa aku dekat sekolah...
tapi dia yang tercicir maklumat.
I just don't get it.

Bila pelajar duk segan sombong ni...
aku rasa nak ketuk je kepala dia dengan mentol.

No body knows apa yang kita tahu apa kita tak tahu sebab tak ada siapa yang boleh baca fikiran kita.
Kita sendiri kalau tak tahu kita kena tanya.
Jangan disebabkan 'segan' tak bertempat tu sebenarnya dah makan diri kita dengan menjadi sombong tak bertempat.

Siapa pun yang membaca tulisan ini, kalau awak tu pelajar... please..
tolonglah.. tak tahu tanya.
Jangan jadikan alasan segan hingga makan diri sendiri.
Cukuplah segan tu sebenarnya membuatkan kita lemah dalam menuntut ilmu.
Akui itu.
Berubah sebab perubahan tu datang dalam diri sendiri.


Apa pun, hidup ni pilihan.
Awak pilih nak segan sombong...
Then awak hadaplah dengan pilihan yang dah dibuat.
.
.
.
Aku,
masih kecewa?
seperti kata dia yang segan sombong
'tak apa lah saya dah ada career saya sendiri'.

Fine!
U have your own life.
So do I.

tak bersungguh sebenarnya.
kan?



_nurinsan
teratak kasih A &  E
18/04/20 (07.30am)

pagi2 dah membebel😷😭
aku tetap doakan yang terbaik untuk dia.



Monday, April 13, 2020

MARRIAGE STORY


Aku sebenarnya baru habis tengok film ni.
Seriously masa mula2 kakak ku suggest film ni aku macam tak nak tengok.
Sebab aku membayangkan cerita ni mesti la slow, drama.
Musim2 PKP ni semua benda nak cepat dan nak suspen, baru la tak boring.Haha

Tapi ya, finally I'm done and feel worth to watch this.
dan tak ada la slow sangat.
Scene yang berlaku pun ada makna.

Scarlett Johansson dari watak super heroes black widow tiba2 jadi housewife dan seorang pelakon sendu disebabkan suami suruh jadi pelakon teater biasa dan lebih banyak jadi housewife sebenarnya. Sampai dia sendiri dah tak tahu apa yang dia nak dan apa yang dia suka. Dan sebenarnya, bukan sebab suami dia kejam atau jahat. Suami dia baik dan dia pun baik. Diorang pun mak ayah yang baik.

Tapi...
That a marriage story.

She want to feel belongs.
Belong to herself
Belong to her personal things
Belong to her home.
Belong to her own space that she want its.
Dan semua rasa tu, adakah sebab suami dia jahat?
Tak of coz not sampaikan dia sendiri tak sanggup nak baca kebaikan suami dia sebab dia masih sayangkan suami dia dan suami dia pun kalau boleh tak mahu perceraian ni berlaku.

Tapi dari sekecil-kecil benda dia kecil hati hingga benda yang kecil akhirnya membesar dan tak tahu puncanya apa.

Kenapa dengan perkara yang kecil?
sebab perkara yang kecil tu bermula dari dia sendiri yang cuba untuk pleasure kan suaminya...
menjadi yang menurut hingga akhirnya tersedar dan cuba mengubah... namun kerana kebiasaannya begitu maka suaminya tidak sedar 'pleasure' yang awalnya dulu mula memakan isterinya. Hingga isteri penat.
Then that is the problem.

Kalau rasa 'pleasure' seorang isteri untuk suami itu disambut dengan pertanyaan suami sekali sekala
 "honey what did u want to do today?" _nicole

mungkin perkara akan berubah.

Marriage Story.
Kadang perpisahan bukan kerana semuanya yang buruk.
Kadang ia indah tapi mungkin menyakitkan.

Just like a rose,
nice to see but once u hold it,
it might hurts you.

Marriage Story,
ending-nya kita di tinggalkan dengan rasa 'terpinga-pinga'..
semua macam mimpi...
'is that real?'

'Kalau dia memelukku dan berkata, 
'sayang, aku sangat senang dengan mu dan tentunya aku mahu kau punya cebisan duniamu sendiri' Mungkin perceraian tidak akan berlaku antara kami.'
_nicole.


Nak tahu betul ke Nicole dan Charlie (suami) akhirnya berpisah dan sebenarnya apa yang berlaku?

kena tengok.
This is marriage story.
why not tengok untuk reflek diri.

Aku bagi skor 9/10.
Worth to watch.


_tukang cari cerita sebab bosan PKP
nurinsan
teratak kasih A & E
13/04/20 (10.00pm)