Showing posts with label alam kampus. Show all posts
Showing posts with label alam kampus. Show all posts

Sunday, May 20, 2018

S.T.U.C.K

Image result for stuck



S.t.u.c.k

I'm just stuck.
Dont know what to do.
^^''
Sepatutnya aku siapkan bahan untuk submit report internship this coming friday...
tapi aku stuck.. tak boleh buat T_T
aku tak tahu pasai apa????


lastly aku habaq mai kat husben.. ce abg ruqyah sayang..hahaha
oh my Allah!
@_@


maybe aku tak tahu nak mula dari mana..
aku tak tahu apa yang aku kena buat dulu..
sebab banyak kot T_Y

Haaaaa... tolong laaa... susahnya... nak lawan diri sendiri..
tak tahu pasai apa..
maybe sebab dah boring dan memang tak suka intern..
ditambah dengan persekitaran sekolah yang tak membantu..
tengok tu!
salahkan orang lain -_-


entahlah......



btw for the first time in 2018.
wallaaaaaaaaaaaaa...
sebelum ni taip.. delete.. draft..
huhu...


nurinsan
teratak kasih A&E
20.05.18 (08.15pm)


Sunday, November 12, 2017

ROAD TO CONVO!

Image result for danbo CONVO



11 Disember 2018 (Tengah drive dari sekolah ke rumah)
Dr.B: call sy 
menggigil baca message tu.. haa... apa Dr nak cakap ni.. takutnya..
12 Disember 2018 
 Aku: Dr... saya takut la nak call dr... dr jangan marah saya T_T
(siap dengan emoji air mata. haha.. aduhh.. tak boleh betul kalau dr msg)
 Dr. B: Selalunya semester akhir tak dibenar buat rayuan tambah semester.  Kena buat sekarang. Buat rayuan tambah semester dulu. Kalau boleh bentang sem ni. Sebab sem depan internship.
 Fuh.... lega dr. tak marah.. tapi Dr. bagi solution.. macam selalu... cuma aku je...
Aku tak tahu lah sebenarnya bila tarikh konvo aku yang sebenarnya..
tapi aku set goal 2019 wajib konvo!
dan 2019 tu hanya tunggu untuk konvo!

tapi..
sekarang aku dah berada disemester 6..
maximum sem yang aku ada hanya 7 semester... itupun setelah aku tukar status dari fulltime ke part time..

separuh jiwa aku kata, aku boleh konvo..
tapi separuh lagi tak tahu dan diawang-awangan...

aku patut bersyukur sebab penyelia aku selalu bagi solution untuk selesaikan dilema yang aku alami..
aku pun patut bersyukur sebab en.heaven selalu paksa aku buat proposal sebab dia tahu aku malas..
dengan paksaan dia, buat aku bergerak.. walaupun aku tak suka dipaksa2...haha.. tapi law tak paksa aku akan statik dan tak bergerak!

Hari ni, setelah aku semak semula takwim akademik..
baru aku tahu..
aku baru diminggu yang ke-10!
aku ingatkan aku dah diminggu ke-13..
maknanya, aku masih ada waktu!


ouh emy!
go and get what you really want..
en.heaven bakal konvo 2018!
aku?

aku tak nak tertinggal kapal!
if I can do so...
if not...tak apalah, sayang selalu support abang!
hahahaha :p
wekkkx

nota: sebenarnya bukan konvo tu yang diharap2kan.. tapi...'perjalanan sehingga ke titik akhir tu' yang sangat bernilai..


nurinsan
teratak kasih A&E
12.11.17 (12.39pm)





Friday, August 15, 2014

end of the story here....




dulu,
masa susah payah belajar dekat sekolah.
cikgu selalu cakap,
xpe... nanti masuk u mudah je...

bila masuk u,
first semester kelas memang jarak2... xpadat macam sekolah..
tapi aku stay dekat kampus dari jam 7pg sampai 7malam..
sebab tak nak berebut bas dan bersesak2 banyak kali turun naik bas.
dan bukan aku sorang je... sekali dengan hajar. #haha.
masa tu kami housemate.

ingat lagi first day masa kak tini (rumet) aku 'mengadu' sal hajar.
kak tini kata, dia masuk bilik hajar nak bertegur sapa. tiba2 hajar tanya dia 'ada kereta x???.'

kak tini mengadu dekat aku,
'kenapa baru je kita nak kenal2 dengan housemate, tiba2 housemate kita sorang tu boleh tanya kita ada kereta ke x?.'

aku pun xcakap apa waktu tu. aku syak maybe hajar mamai kot sebab dia tengah tidur masa tu.
then malam tu, sepatutnya kitorang pergi SITC jam7 malam... tapi kitaorang lewat 2 jam... hahaha... ni satu lagi kes... masa tu akak2 RSK pandang xpuas hati sebab kami je yang lambat 2 jam...

#junior dah buat hal.

 sebenarnya kitorang xupdate info masa tu...mula2 memang kata jam9pm.. tapi kena turun jam7.. kami turun lepas isya'.

lepas tu barulah get to know each other dalam rumah tu dengan lebih baik. then timbullah story tentang kereta tu semula...

rupanya, hajar tanya kak tini ada kettle ke x???
yang kak tini dengar ada kereta ke x??...
#hahaha.
serius lawak!.

kak tini ingat hajar sombong nak kawan dengan orang ada kereta je..
hajar pulak ingat kak tini kedekut sebab xnak bagi pinjam sedangkan hajar nampak kak tini ada kettle.
#hahaha...
lawakkan!.

then beberapa bulan lepas tu... ramadhan is coming... and rupanya minggu first ramadhan that year, adalah ramadhan terakhir kami sekeluarga dengan ayah... terasa sem satu tu susah sangat... maka bertapalah aku di kolej k.eizan (KAB) sehingga tamat paper exam sem tu... dan aku mula sedar, xmudah sebenarnya belajar dekat u...

tapi sekarang, alhamdulillah.
semuanya 4 tahun dah selesai.
tesis.. eh.. nak jugak sebut tentang tesis.. #haha.
assignment paling susah tu berjaya juga disiapkan...

4 tahun dah berlalu.
dah pun aku harungi semua cerita yang tertulis.
and now kena pandang depan.
cipta masa depan yang lebih baik dan perlu pandai ambil peluang!.
>.<

maybe entry ni penutup kepada kisah aku sepanjang belajar diperingkat degree... maybe dah xde dah tagging 'presint' sebagai tempat aku menulis entry... huhu...
lepas ni... xtahu lah apa akan jadi.. dan sedar xsedar.. betullah, melalui penulisan blog kita boleh nilai dan lihat perkembangan diri kita sendiri.


untuk tatapan diri sendiri.


sebenarnya malas nak pi konvo ni... boleh?.
-_-''


p/s: alfatihah buat ayah... yang banyak berkorban...
doakan kesihatan yang baik buat emak dan akif...
love my family sooooo much!.
and this coming september... present utk bufday mak, zudin and aku sekali.
so, konvo ni nak xnak kena pi lah kan?.
>.<






maybe lagu dibawah ni boleh suntik sedikit semangat dan inspirasi.
ahaks!



nur insan
TB
15 ogos 2014 (9.15pm)




Thursday, June 12, 2014

Cup of Coffee.
















A cup of coffee.
It comes with a story.
.
.
.
.
.

cup of coffee,
it will bring a smile to me.
after all.
thanks.



_HCM & BGCR 
in memory 
with coffee time.



nur insan
presint 5
12 jun 2014 (07.50am)

Wednesday, June 11, 2014

jejak.


.
..
...
....
.....
jejak.
pada ukiran peninggalan.
aku mahu ia sebuah senyuman.

jejak.
pada ukiran kejayaan.
aku mahu ia membahagiakan.

jejak.
pada ukiran pengorbanan,
aku mahu beri sebuah penghargaan.

jejak.
jejak apa yang aku tinggalkan?
jejak apa yang bakal ku bawa pergi bersama?
.....
....
...
..
.


Allah,
limpahkanlah rahmat dan kasih sayang-Mu,
buat ibu dan ayahku.
buat kakak 
serta 
adikku,
buat sahabat 
dan 
para guru.


last semester track.



nur insan
presint 5
11 jun 2014 (02.19pm)





Tuesday, May 6, 2014

BEST TAK JADI MT???

kadangkala macam perlu pekakkan telinga. haha. jahatnya aku. tapi sekejap je. paling lama setengah hari. dan seterusnya aku akan cuba selesaikan masalah yang ada. sebab masalah untuk diselesaikan. seronok! enjoy!




soalan: best tak jadi MT

lepas fikir 5 saat.

jawapan: best! sebab boleh arah orang buat itu.
buat ini.

-_-

tapi sebenarnya disebalik 'arah orang buat itu, buat ini' ialah:

1) orang senang ke nak terima arahan????
cth: ok, minggu ni study week. so kita kena buat gerak kerja program seterusnya.

respon: alamak... xleh cuti lagi =.=''
#huhuhu.

so macam mana nak fahamkan diorang bahawa gerak kerja tu perlu?.
*question mark*


2) nak terangkan bagaimana kefungsian AJK.
cth: awak jadi AJK 3K ya. then, awak teknikal, awak makanan, awak persiapan pentas. bla.. bla.. bla...

respon: urm... akak, 3K perlu buat apa ya untuk program ni?, teknikal tu PA system kita rosak. then macam mana?, persiapan pentas nak buat konsep macam mana?.. bla... bla...bla..bla...
=.=''



baru dua soalan diatas.
itupun bukan senang nak jawab.
so soalan2 yg diluar jangka lain yg mungkin akan ditanya.
kena bersedia dengan jawapan.

whatever it is.
andai awak dah terpilih,
berusaha buat yang terbaik!
yakinlah pertolongan Allah itu datang.
seindah sinar, mata memandang
:)


_dah lama pencen.
just nak tulis sebab ada yang bertanya.
dan itu menggamit memori.
:)

dan ada 1 lagi perkara yang penting untuk difikirkan sbg MT.
how to copy paste diri kita pada orang lain dan yang pasti hasil copy paste tersebut perlu lebih baik.
sedangkan kita bukan mesin pencetak.



btw, MT tu apa??
#haha
Majlis Tertinggi.
tapi saya selalu rasa saya rendah .




nur insan
presint 5
06 mei 2014 (09.00pm)

Sunday, April 27, 2014

final student.

Add caption
bila terlalu banyak hiburan melampau.
kita kata, kenapa tidak ada yang mencegah.
atau kenapa sekarang makin banyak perkara lagha.


bila banyak pula ruang-ruang/platform dan peluang dakwah.
kita kata pula, kenapa tidak disatukan sahaja ruang-ruang itu menjadi satu.
kerana matlamatnya kan sama.
iaitu dakwah.

puzzle,
hakikatnya bermula dengan cebisan yang kecil.
dan setiap cebisan berlainan bentuk.
namun hakikat ia melengkapi.
semakin banyak cebisan.
semakin besar saiz puzzle yang akan terhasil.
dan semakin gembira kita dengan hasilnya.


kita tidak selamanya menjadi pelajar.
Suatu saat dan ketika, we are going out.

begin with the end in mind.

kadangkala keterbukaan dalam menerima perbezaan itu akan menghasilkan sesuatu yang sangat positif.
Sebagai pelajar tahun akhir,
aku akui perkara paling takut adalah melepasi final exam dan keluar dari bumi murobbi ini.
Kerana itu aku melihat 'ia' adalah peluang sebagai alumni untuk masih melaksanakan aktiviti dakwah.
ntahlah... it just my opinion.. opinion, xde yang betul dan tak de yang salah.. masing2 pandang dari sudut yang lain... its ok.


btw-----> 
first time demam disebabkan buat asaimen.
ya Allah, beri kekuatan.
3 minggu ini, ternyata sangat melelahkan!

_thesis_
_weekenders_
_program_


nur insan
presint 5
27 april 2014 (05.35am)




Tuesday, April 22, 2014

SPACE.

cover depan SPACE

Alhamdulillah.
akhirnya SPACE berjaya juga dibukukan.

untuk makluman semua.
SPACE adalah himpunan catatan dari 3 orang penulis blog.
iaitu cikmawarbbungo, luqluq dan saya sendiri nur insan :D

 3 orang penulis yang biasa-biasa.

Bukan superwomen.
Apatah lagi catwomen
eh.

penulis yang tulisannya tidak seperti hlovate.
sentiasa dinanti dan padat isi.

tidak juga seperti en.gabbana yang mencuit rasa
dan menjentik jiwa.

tapi.
tulisan 'cakar ayam'
di SPACE punya makna.
'tulisan dari hati, mohon redha Ilahi'


jika anda ingin mendapatkan naskah SPACE
bolehlah like dan membuat tempahan di page SPACE bermula
23 april 2014 (rabu) ini.
InsyaAllah.
:D



_mohon doanya_


nur insan
presint 5
22 april 2014 (02.23am)


Saturday, July 27, 2013

KISAH HUJUNG MINGGU




selepas dua minggu bergelar GBK pelatih, aku kembali ke bumi murobbi...
huhu...
mencari INSPIRASI...ahak... hehehe...
perjalanan hujung minggu ni bermula dengan
mun datang ke bota dari setiawan ambil aku dan cik sufi dari rumah sewa kami..
eh.... sewa ke??..hahaha... sebenarnya xperlu bayar sewa pun... free jer...
baik kan tuan rumah.. alhamdulillah... terima kasih tuan rumah dan terima kasih ya Allah ^___^
kemudian kami ke kuala kangsar jemput kak long a.k.a anis...
lepas tu ke kg. gajah ambil kak thiah... dan seterusnya ke tm...huhu..
rasa macam balik kg halaman jer...
berkumpul adik beradik...hehehehe...

pagi tadi, jumpa Dr. Tan...
berbincang tentang Fight For Future...
urm... masih banyak yang perlu diperbaiki...
dan Dr. Tan sangat bagus dalam gerak kerja...
*mohon doakan produk tersebut membuahkan hasil yang baik buat ummah*


lepas jumpa Dr. Tan,
lepas zuhur tadi jumpa dengan farah, atiq, kinah dan yuni...huhu
adik2 comey... hehe...
sempatlah berusrah bersama...di tempat itu lagi ^___^
dan ketika itu juga, sahli, zizi dan zaza bertolak pulang ke daerah masing2...
untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang guru...

dan seterusnya,
petang tadi walaupun langit gelap...
angin kencang dan awan kelihatan mendung...
namun akhirnya kami berkumpul juga di kafe dan berbuka bersama...
walaupun tak ramai... tapi alhamdulillah... rasa meriahnya...
geng perak pulang ke gagang....huhu...

dan esok pagi...
agendanya adalah qiam dan sahur bersama di bawah lembayung langit ^_____^
sebelum pulang kembali ke daerah masing2...
bertebaran dan mencari redha ilahi... 
*ceh... ayat pembakor semangat! ^____^ *

alhamdulillah..
terima kasih ya Allah untuk berita gembira dari Dr. Tan...
yang membawa impian menjadi kenyataan...

alhamdulillah...
terima kasih ya Allah untuk kasih sayang yang tidak ternilai...
untuk sebuah pertemuan...
inspirasi dihati...
sebuah hikmah suratan sebuah pertemuan...

bertemu tak jemu
berpisah tak gelisah

*manusia, andai tidak disibukkan dengan urusan  kebaikan... nescaya akan lalai mengingati Tuhan*


nur insan
MPL, blok 2...^___^
27 julai 2013 (10.45pm)

Sunday, June 30, 2013

37 WONDERS ... #PART 2



...inspirasiku....
"sayang semua... 'mahsuri' takut nak berpisah... 'mahsuri' nak tarbiyah... ya  Allah..."
zupppppp... satu perasaan masuk.
aku terpukul... aku  kaku... aku takut....
ya Allah... aku juga menangis dalam pelukannya...
terasa tak sanggup pula melepaskan dirinya...
kerana hakikatnya, aku juga takut pada perpisahan ini
-fairy tales nite-

37 wonders....
terlalu banyak mengajar aku...
terlalu banyak hikmah pertemuan antara kita...
jasadnya, kita sering dilihat 36... namun hakikatnya, kita adalah 37...
buktinya, diakhir ini... 'dia' yang dulu mengajar erti perpisahan, hadir kembali menghulurkan tangan...
Allahu akhbar! hebatnya caturan-Mu ya Allah...
berpisah tak gelisah, bertemu tak jemu ^____^

jalan ini...
memang terlalu banyak mengajar aku...
tarbiyah dan dakwah...
mungkin hakikatnya, orang tak nampak...
tapi aku yang merasa...
bitter sweet..=,)

diri mereka, inspirasiku:
kak pah a.k.a puan: perahsia dan ceria orangnya... ^__________^
ifa: kental diluar, lembut didalam
aina: maaf...maaf...maaf... pandai jual beli pantun...huhu
una: quilling... cita2 nak jadi quiller terkenal...=.=''
muni: manja...huhuhu.... anok umi dier...
shiuman: pengsan.... huhu... tq banyak bagi pahala kat kami ^___^
a. daus: hero malaya...huhu... serba boleh.. cikgu tutor karipap gergasi =.=''
sahli: bibir....huhu... lawak... kedah celup...peristiwa petang tadi memang mencabar kewibawaan dia..hahaha
wahyu: wahyuuuuu... huhu...suka panggil nama dia... unik... periang dan cool.. comel ^__^
paan: tarian... pergh.. tarian dia ala2 jabbawockeez.. terpegun orang tengok =.=''
azrin: dulu xtau pula azrin blogger popular..hehehe... azrin rileks sak...
mun: selalu pinjam kete dia... banyak berjasa.. jom road to johor =.=''
hanis: felt craft... pandai jahit.. tq untuk tudung hijau yang hanis tolong jahitkan aritu ^___^
sufia: semut... mana2 dia pergi, ada semut =.=''.. dia manis kot *angkat tangan dibahu sambil mata ke atas*
anip: hitam putih... tu faberet warna dia..malam fairy aritupun dia pakai warna tu...
raihana: stalker no 1...hahaha... aku pun belajar dari dia..eh =.='' .. hehehe
ipin: suka sangat korea tudung labuh =.=''... jaga pandangan ipin..
shidi: chipsmore...hahahaha.... shidi ... aku 'rasa' dulu shidi pernah try nak jaga masa macam hassan albanna...harap lepas ni shidi mampu!..berusaha ^___^
zimah: comel jer..  cara zimah jalan mesti aku xboleh lupa...huhu....
shah: suka merajuk ^___^... tapi shah baik ati.. dulu, shah selalu duk kat tingkap bilik jmk.. tapi xmau masuk..hehehe... shah..shah...
kak asiah: AJE yang banyak berjasa...huhu... kak asiah pandai melukis n mewarna... suka tengok
shirley: hehe... first time jumpa masa xplorasi warisan... orang kuat cenderahati ^___^...moga ayah shirley sembuh dan baik2 aje...
nita: horayyyy... kak nita nak kawen dah..huhu...inspirasi first wedding...mybe bleh buat road to sabah =.=''
kak fiqah: assalamualaikum dan selamat petang...huhu.. trademark... insya'Allah nnti nak p t'ganu wat program COCAP...huhu... moga jadi kenyataan...amin...
fred: aron aziz...huhu... first2 tengok fred dulu, ayat dalam hati "matangnya exco aku sorang ni"...hahaa =.=''.. dia pula kata.. dari awal dia jumpa aku, aku macam nanny mcphee =.=''
yoke: 'jika sekiranya'...huhu... 'mummy..mummy..." *mesti rindu nak dengar dia panggil aku dgn ayat2 dia*
faiz: 'kek kek kekkkk khar...'..huhu... faiz masak cucur kat PC ...huhu... sedapnya.. jadi darah daging kami =.=''
usamah: misi dia dulu 'meng kelate' kan JMK...hahaha... namun, akhirnya melanjutkan pelajaran ke madinah dan bertemu kembali disini..bersama-sama kami semula diakhirnya ^___^
fiqry: "awieee"... huhu.... berakit sambil ber'ratuku'  di pangkor dulu.. huhu ...
qilah: sejuk.... dia xboleh sejuk...huhu.. dulu pelik, 'napelah dia asyik dengan sweater snow kelabu?'... huhu...
budak kecik yang dah jadi 'orang besar'  ^____^

mereka... yang 394 hari.. selalu berada dalam fikiran...
dan mereka yang seterusnya... 759 hari bersama...
selalu luangkan masa untuk brainstorm dari dulu...
merancang, memikir dan menyelesaikan...
-hairieyl-mari-su-nisa-zati-adon-

tq for everything u ol 36 wonders....
playing, road to remember, program, picnic, cooking....
ketawa bersama... menangis bersama..
osem.. ordinary student. extraordinary mahasiswa...
kami, JMK bongsu dalam legasi...

jalan mencari keredhaan takkan pernah berhenti...
let's do the best...for future...
tq and sorry for everything that I have done...



nur insan a.k.a nanny mcphee
presint 4
30 jun 2013 (10:41pm)

p/s: insya'Allah we will back and reunite again #next sem

::in memory::



Saturday, June 29, 2013

KESABARAN SUPER SAIYA...

tq for 'dia' yang selalu ada...
dia yang sering mendengar kisah kami...
dia yang akan kami rindui...
maaf kerana pernah mengecewakan cinta....
jauh dihati kami... dia selalu ada di jalan ini...
moga dia kembali seperti dulu....



S: "betul ke jadi nak buat?..saya risau nanti jadi macam dulu jer...last2 xde pun".
.sinis.
aku: insya'Allah, kami dan plan... dan insya'Allah, kali ni takkan jadi macam dulu."
dialog 2 bulan lalu...


alhamdulillah...
Allah mengizinkan 'ia' terjadi...

namun kini, 
aku bertanya pada diri...
mana dia yang sepatutnya menasihati???
mana dia yang seharusnya memberi???
dia berlalu pergi..
dimana lagi silap kami...?
kehadirannya bagai tidak sudi...
bukankah tugas guru adalah memberi....!
dan kami pula dimarahi sesuka hati...
demand-nya tahap tinggi....?=.=''

bukankah mereka yang awalnya inginkan perubahan...
dan kami hanya ingin memudahkan jalan...
kerana hakikatnya, kami tidak pernah tahu mengenai hal ini...
kami tidak berpeluang dahulu untuk merasainya...
ajarkan kami dan bukan komplen itu ini....=.=''

jika....
aku berdoa mereka berubah...
dan komited dalam membawa perubahan...

dan buat dia yang sering bersedih hati...
moga kembali senyum...
rindu mendengar bebelannya...
bukan senyumannya...
kerana hakikatnya, bebelannya lebih bahagia dari senyuman manis itu...
aku sayang dia walau mungkin tak mampu untuk ku luahkan...
*inginjumpawalauadasegan*

buat sahabat seperjalanan...
kalian kuat...
kalian tabah...
dan aku tak sanggup melihat airmata kalian lagi..
gembiralah wahai hati yang sedang bersedih...


-buat 'mereka'-
Jika memang masih bisa mulut ku berbicara 
Santun kata yang ingin terucap 
Kan ku dengar CACI dan PUJI dirimu padaku... 
dan kami masih MUDA dalam mencari keputusan ....

*kamimasihmudadalammencarikeputusan*


-buat al-fateh generation-
Jika teringat tentang dikau 
Jauh di mata dekat di hati 
Tak ada niat untuk selamanya pergi

Jika teringat tentang dikau 
Jauh di mata dekat di hati 
Tak ada niat untuk berpisah denganmu



ya Allah...
mudahkanlah urusan kami...
bantulah kami agar segalanya baik...
berikan kami kekuatan ya Allah...
kurniakanlah kesabaran dihati2 kami...
-kesabaran super saiya-

guru..hakikatnya juga adalah pelajar...
belajar memberi, kerana hakikatnya apa yang kita miliki adalah hasil apa yang kita beri...
-ThinkOfThat-


nur insan
S2-01-02
BGRC
29 jun 2013 (02.33am)

Wednesday, March 20, 2013

kisah seram

jam menunjukkan angka 05:11 am...
aku masih dibangku dengan menghadap laptop...
tingkap bilik terbuka luas.
angin sepoi2 menyerbu masuk....
tiba2....

kenangan travelog ke subang + s.alam bersama CAP members



aku upload gambar diatas ni...
huhu...
baru belajar edit gambar dari my roomate sebelum dia tido tadi...hehe...
tq roomate...
this is my first try...
seram tak..huhu..
ok lah...

::masih dengan etika sebenarnya... tapi stop kejap untuk memberi laluan iklan 30 minit::


k continue my work...
figthing!

nur insan
presint 5
20 mac 2013 (05:15am)

Tuesday, February 5, 2013

KITARAN HIDUP...

life with no regret
Hidup ni satu kitaran yang singkat...
sidang JMK KHAR yang lepas, kami belajar seronoknya menjadi ibu yang membesarkan anak2 kecil semasa pendaftaran pelajar baru GSTT di kolej... kali ini, kami mengambil ibrah pula dari kematian.... begitula dunia dan kehidupan... hakikatnya terlalu singkat!...

kitaran hidup yang berbeza2 ceritanya....
ada yang putih, lurus...
ada yang gelap, bersimpang...
berdoalah agar kitaran kita sentiasa disinari dengan cahaya dariNya...
hidup dan mati hanya untukMu dan kepadaMu... ya Allah...

kerana ia singkat juga, maka perlu untuk dimanfaatkan dengan sebaiknya....
adalah sia2 jika kitaran hidup kita hanyalah...
dilahirkan---> alam sekolah ----> alam u ----> alam p'kerjaan dan alam rumah tangga ----.> kemudia last kali mati....



 “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: ‘Rabb kami ialah Allah,’ kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan):’Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) Syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”
(Surah Fushshilat, ayat 30)

 “Sesungguhnya amalan itu (tergantung) dengan penutupnya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan selainnya)


~tentukanlah sebaik2 pengakhiran buat kami ya Allah~
::muhasabah pagi, alhamdulillah masih dikurniakan usia... moga ia berbakti::

JMK oSem
nur insan
kayangan
05 februari 2013 (7.27am)

Wednesday, January 16, 2013

SILENT PROTEST!


                          

hak bermain, hak kami!... ~lalala...


nur insan
teratak kasih 244
16 januari 2013 (07.33am)

Thursday, January 10, 2013

NOTA SEBELUM PULANG...

dengan mereka, sekecil kecil perkara dan sebesar besar benda, semua boleh dikongsi ^^,v

Aku bakal pulang ke pahang sebentar nanti...
tak sabar bersama syurgaku....
dan esok, akan bertolak ke kelantan...
untuk kenduri kak ngah sebagai menantu...
barakallahu fiq ya ukhti ^_^..
tapi sebelum tu...

semalam, sebuah perbualan yang sangat panjang...
mungkin boleh kami katakan ia bulatan gembira... eh ^_^..
tajuknya mengenai pembinaan baitul muslim dan pernikahan...
mentang2 nak p kenduri esok...
baitul muslim?.. nak kawen dah ke...eh...
uh.... bukan begitu...
bukan kawen yang jadi persoalan,
sebaliknya sebelum pernikahan dan selepas pernikahan itu yang lebih perlu diutamakan...
cinta yang bagaimana nak dikejar...
keluarga yang bagaimana nak dibentuk...
dan sebenarnya bagaimana nak didik diri buat masa sekarang ke arah yang lebih baik?...
semua sepakat bahawa ianya bermula dari diri sendiri...
tapi dalam masa yang sama pengaruh keluarga juga berkait rapat...
kita membentuk diri bermula dari keluarga kan?
jadi ianya macam circle..
kerana itu keluarga yang perlu dibentuk bukan sembarangan...
hingga kepada konklusi...
memetik kata2 angel pakai gucci...


Kita kata kita dah bekerja untuk Islam. En?
Betul ke? Cuba periksa:
1) Dah berapa ramai orang yang kita berjaya tarbiyah supaya lebih taat kepada Allah?

2) Dah berapa ramai orang yang berjaya kita Islamkan..?

3) Dah berapa ramai orang yang berjaya kita bina supaya sama-sama dapat bekerja dengan kita..?


Ye, Allah tak tengok pada hasil. Tapi Islam ni agama fitrah. Allah akan bagi hasil dan kejayaan bila kita kuat dan ikhlas bekerja!
"Sekiranya kamu membantu agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu!"
Jadi.. Adakah kita golongan yang bekerja..?


terdiam...
berfikir sejenak...
hakikatnya...


Cinta itu bukan pilihan...
Cinta itu ikhlas dari hati,
jika tepat pada masa ketika,
keadaan dan siapa,
Cinta itu adalah kuasa luar biasa,
yang tiada bandingannya...

Bila kita memang dijodohkan,
Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dlm pernikahan,
Namun bila memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha
pastikan tiada hasilnya,

Ya Allah,

Ajarkan kami mencintai dgn sederhana,
Ajarkan kami agar lebih pandai memendam cinta,
Ajarkan kami untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu,

Ya Allah,

jagalah kami dari dosa dunia,
jagalah dia dari dosa cinta,
Aku mencintainya karana-Mu,
Aku pun rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki
dan gantikanlah yg terbaik menurut Engkau Ya Allah.



jadi...
ianya misteri...
lebih baik kita tumpukan pada apa yang kita miliki sekarang dengan sebaiknya...
kita masih punya kerja dari memikirkan sesuatu yang sangat misteri...
kerana ia belum masanya...
jom tanam tekad untuk laksanakan kerja2 ini dengan sebaiknya dahulu..
yakinlah..
message will delivered...

dan hari ni...
ternyata, ada misi penting yang perlu aku selesaikan...
moga Allah tunjukkan jalan...
dan beri kekuatan...

nur insan 
kayangan
10 januari 2013 (5.20 pm)

Friday, January 4, 2013

DEBAT BUKAN JEBAT!

together we strong


saya suka perbincangan yang berbentuk ilmiah... 
yang mampu menjana pemikiran untuk berfikir dan mencedok ilmu berbanding dengan perbincangan yang seolah2 pendapat satu pihak sahaja yang boleh diterima... 
pendapat yang lain salah...

seperti diserang tanpa diberi peluang menerang...
memang diakui, setiap pendapat individu itu berbeza...
dan ia kemungkinan dipengaruhi oleh faktor persekitaran atau latar belakang...
tapi kalau perbincangan untuk menunjukkan 
siapa hebat,
siapa Jebat,
siapa lebih kuat...
siapa tinggi,
siapa lagi rendah...

ah...
tidak mengapa...
mungkin saya hanya akan membuang masa...

'Aku boleh berdebat dengan 10 orang yang berilmu tetapi aku tidak boleh
berhujah dengan satu orang yang jahil'
~imam shafie'~

#ke arah memerdekakan pemikiran sebelum merdeka final sem 5 esok!#

andainya saya diberi peluang untuk mendengar penerangan dan mengikutinya dengan tenang.....

nur insan,
kayangan
04 disember 2013 (10.31pm)

Tuesday, January 1, 2013

TENANGKAN HATI ^_^





Esok second paper KKG 3032 (Kaunseling Kelompok),
jam 9.00pagi...
moga dapat buat yang terbaik ^_^...


لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ
“Bahawa tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim”


nur insan
kayangan
01 januari 2013 (8.41pm)

Monday, December 31, 2012

VIDEO DARI MADINAH ^_^

Semalam dapat video ni...
urm...
jauh datangnya...
dari Madinah...
tq usamah utk video ni....
touching sgt...
tergangu emosi nak study smalm...
huhu...
::usamah, exco LPS 12/13 sebelum melanjutkan pelajaran ke
U. Madinah::
all da best dik....
doakn kami sampai sna taun depan =)




first paper dah abeh ^_^

nur insan
kayangan
31 disember 2012 (12.49pm)

Sunday, December 30, 2012

SESUATU MENJELANG FINAL ESOK!

study itu amanah


Tadi nak g print nota..
ok... awal hijrah open...
lepas tu nak g beli stationery...
tp, kedai tutup depan kolej..
jadi ambik keputusan p depan kampus...

pinjam motor org..
sampai jambatan...
tiba2...
alamak!

minyak habisssssss!!!...

meter moto rosak, jadi xtau yg minyak btul2 empty...
allahu rabb....
alhamdulillah masa tu kat tepi jalan...
jadi terus berhenti...

errmmmm.....

nasib baik dengan cik hikmah...
jadi call la ifa...
minta tolong..
ifa pulak sepatutnya mmg guna moto yg kami naik tu... sepatutnya...
untuk ambik halawati yang baru mai...


tengah tunggu...
tiba2, nampak kat seberang jalan macam kenal je...
urm...
dapat ucapan TAHNIAH dan kena gelak!! dari mereka...
untungkan...

then afifah sampai...
mereka pun tolong isikan minyak yang ifa beli...

lepas tu, kami pun g bli stationery...

masa nak balik...
tiba2...
alamak!

aku salah motor....
huahuahua...



ok fine...
moral of story...
Allah nak ajarkan tentang hargai masa pada ku....
take note!



nur insan
kayangan
30 disember 2012 (4.20 pm)


NEW LOOK! o_O




^_^...
yeah blog dah wajah baru!!!...

huhu...

orang sibuk study,
nak final isnin ni...
oppppsss esok!!!
aku sibuk buat benda lain...

urm...

bila nak berubah??

bila exam je buat perangai!!...
elok betul...



::imtihan final sem 5::

nur insan
kayangan
30 disember 2012 (10.49am)