Showing posts with label tarbiyah. Show all posts
Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

Monday, April 13, 2020

ADOPTION PROGRAMME


Dari Abu Hurairah radliallahu ‘anhu bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Ada seorang laki-laki yang sedang berjalan lalu dia merasakan kehausan yang sangat sehingga dia turun ke suatu perigi lalu minum dari air perigi tersebut. Ketika dia keluar dari perigi, didapatkannya seekor anjing yang sedang menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah karena kehausan. Orang itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti yang aku alami tadi”. Maka dia (turun kembali ke dalam perigi) dan diisi kasutnya dengan air dan sambil menggigit kasutnya dengan mulutnya dia naik keatas lalu memberi anjing itu minum. Kemudian dia bersyukur kepada Allah maka Allah mengampuninya”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kita akan dapat pahala dengan berbuat baik kepada haiwan?” Baginda SAW menjawab: “Terhadap setiap makhluk bernyawa diberi pahala”.
 (HR Bukhari No: 2190)

Assalamualaikum dan hye!
😍

Recently zoo negara ada buat program adoption sebab masalah kekurangan dana untuk haiwan2 dalam zoo. Ada yang tanya kenapa tak dilepaskan je haiwan2 tu ke habibat semulajadi dia rather than kurung haiwan2 tu dalam zoo?...

Dulu pun aku pernah terfikir juga kesian kan dekat diorang kurung dalam tu..
Tapi bila aku faham betul2 sebenarnya tujuan zoo tu sendiri untuk selamatkan dan peliharan haiwan2 yang terancam dan ada yang suka diburu oleh pemburu haram.
Jadi, sebenarnya wujudnya zoo ni bukanlah sebab manusia kejam. 


Bila sebut tentang zoo ni terasa dekat dihati sebab dulu pernah rancang nak jadikan tempat melancong masa awal2 kahwin (baca: honey moon gitew).. hahahhaa.. orang lain sibuk nak gi tempat percutian best2.. yang kami ni duk plan nak gi zoo sudahnya sampai 5 tahun kahwin tak pernah lagi jejak kaki kat zoo negara..hahahahhaa... sadis.


Ok back to the story.
Menariknya program adoption ni sebab kita semakin kenal haiwan dekat zoo ni  dan semakin rasa sayang dengan haiwan2 ni😍😍😍

Sebelum ni kita cuma tahu ada harimau la, gajah la, panda la... 
tapi kita tak tahu sebenarnya semua tu ada nama diorang sendiri sebab tu kita semakin kenal diorang...

Jadi bila pihak zoo buat poster setiap haiwan tu dengan tulis nama diorang
terus rasa sayangnye and soooo adorable 😍😍😍
aishhh....


Sempena nak sahut seruan program adoption ni,
aku dah adopt 3 orang ..hahaha.. (eh 3 ekor ke? πŸ˜‚πŸ˜…)



Mula dengan giraffe sebab nama dia macam dekat2 dengan zira lagipun dulu masa kecik kakak aku suka sangat nyanyi satu lagu entah apa2 tentang zirafah dekat aku.....hahahahaha.. jadi aku pun adopt la si giraffe ni...
then aku tengok ada 2 budak kecik yang macam kesian je.. aku pun adopt la juga
Flash and Yiyi  yang macam kesian je..macam comel je.. hahaha..

Yang ni giraffe😍moga sihat selalu giraffe😘

yang ni Flash..si kecik yang garangπŸ˜‚

sebenarnya aku tak tahu umur Yiyi ni berapa..aku agak Yiyi memang kecik lagi sebab tengok size cam kecik je..
harapnya YIYI ni keturunan kungfu Panda la...hahahaha

sebenarnya ada banyak lagi haiwan lain yang boleh adopt.
Target aku duit BPN masuk nanti aku nak adopt
Si Ben yang macam tengah berduka lara je..
Si Kayla yang macam manja je..hahaha
and
Si Omi yang macam 'i like to move it move it'
hahhaha

btw duit BPN aku tak masuk lagi sebab aku baru tahu dalam LHDN tak ada mklumat no acc
😭
sedih betullll..
harini baru update no acc



Macam mana nak join program adoption ni?
Ni aku paste iklan..
aku daftar kat ticket2u.
BTW bayaran ni just on off taw, bukan every month..
Korang bayar sekali je.. then kalau nak adopted lagi boleh je bayar lagi anytimes..
okay...
.
.
.

Kindly adopted they as LOW RM26.00.

▪️
What happening here in Malaysia now is National Zoo Negara facing a major challenge during MCO period. They are non profit organisation and depend mainly on donations and ticket sales to cover their operating costs.
▪️
So the least you can do during this critical period is donating some money to them for covering up all wildlife's food supplies,veterinary care and etc.
▪️
Fast and simple move, and you even enquire an e-certificate and entrance ticket on that.
▪️
Click on the link below:
▪️
We do believe that little by little, a little becomes a lot at the end. Show your support, hooman!❤️

 #adoptanimals #animalovers #zoonegaramalaysia


more info: facebook zoo negara




okay lah..
moga Giraffe, Flash and Yiyi sihat dan bahagia selalu 😘


teratak kasih A & E
nurinsan
13/04/2020 (05.00pm)

Tuesday, April 22, 2014

SPACE.

cover depan SPACE

Alhamdulillah.
akhirnya SPACE berjaya juga dibukukan.

untuk makluman semua.
SPACE adalah himpunan catatan dari 3 orang penulis blog.
iaitu cikmawarbbungo, luqluq dan saya sendiri nur insan :D

 3 orang penulis yang biasa-biasa.

Bukan superwomen.
Apatah lagi catwomen
eh.

penulis yang tulisannya tidak seperti hlovate.
sentiasa dinanti dan padat isi.

tidak juga seperti en.gabbana yang mencuit rasa
dan menjentik jiwa.

tapi.
tulisan 'cakar ayam'
di SPACE punya makna.
'tulisan dari hati, mohon redha Ilahi'


jika anda ingin mendapatkan naskah SPACE
bolehlah like dan membuat tempahan di page SPACE bermula
23 april 2014 (rabu) ini.
InsyaAllah.
:D



_mohon doanya_


nur insan
presint 5
22 april 2014 (02.23am)


Saturday, April 5, 2014

harapan...


terbaca status afiq sazlan di facebooknya.


Impian seorang penulis.
Untuk mati di jalan dakwah,
kerna menulis untuk ikhwah akhawat.

ya. 
impian seorang penulis.
aku juga berharap begitu.


namun aku juga takut.
andai namaku hanya ada pada mahkluk bumi.
namun langsung tidak dikenali makhluk langit.

ya Allah.
"pada awan-awan,
selalu aku bisikkan harapan pada tuhan...."




nur insan
presint 5
05 april 2014 (11.03pm)




Sunday, March 30, 2014

MY NAME IS ISLAM






Let me, introduce myself.
My name, is Islam.
The root word of peace- salam,
Or even salema- meaning submission.
Which to a Muslim, is like his tuition.
It's his ticket in,
But before I begin,
Let me greet you, like I'm supposed to do,
So Assalamu alaikum, may peace be upon you!

You know? It's kinda' funny...
I'm accused of oppressing, when really I'm oppressed.
I've become on the list of things to detest.
I'm screamed in rage, in almost every protest,
& I've become the "red scare", a "threat to the west".

You see?
If you look at me, and all my obligations,
You'll see why I have such a great population,
It's cause there's the motivation,
And that sense of inspiration,
That keeps "Muslim" as their occupation.
To me, being a good Muslim means being a good person.
'cause I'll never ask you to kill or to slay,
Or to lie at least 5 times a day.
I'll never ask you steal, or to hate,
Or to swear or discriminate.

I actually tell you to smile to everyone you see,
Cause a smile's the best form of charity.
I tell you to not smoke and not to drink,
To stay clean and take showers so you simply don't stink.
I tell you to care for animals and treat them with care,
So yes, I'm against animal testing & abuse in case you weren't aware.
I tell you to treat those who treat you bitter...better.
I tell you not to be mad at someone for more than 3 days,
I tell you to respect women and lower your gaze.
I tell you that paradise lies under the feet of your mother,
I tell you to passionately love your significant other.
I tell you to never mistreat your wife!
I mean...if I tell you to care for animals, then what about the love of your life?

I tell you to be precious, and save yourself for the "one".
So you don't keep giving yourself away...till you're literally done.
I tell you to be moderate and that balance is key,
Just in the middle is the perfect place to be.
I tell you to excel in all that you do,
From that essay to that slam-dunk too!
I tell you to clear your ignorance and to never judge,
To love for your bro what you love for yourself; & to never hold a grudge.
I tell you how to be a good person. A person of peace, and a person of love.

-&
They say I'm a terrorist,
An extremist.
And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.
Yes, there are those who kill and bomb in my name,
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit,
To do wrong.

A religion maybe perfect, but the followers may not be.
So when mine commit mistakes, don't blame it on me.
I give what I got, and what I got is good.
So if they do otherwise...they misunderstood.
& I'm not here to preach, I'm only here to teach.
I'm a professor in politics, economy and sociology.
In manners and etiquette, I got my PHD.
To all my teachings, I have two sources.
The book of God, and the words of the prophet are my resources.
I teach for free and to whoever desires to learn,
It's all for the sake of Allah, I ask for nothing in return.

& Listen,
I'm not here to convert, but just to clear misconceptions.
With the way I'm viewed and my common perception.
Because yes, it hurts when I'm literally abused,
By some, who do it for pleasure, just to be amused.

& By some, who just follow the "trend" cause they're clearly confused.
In a nutshell, my name is Islam,
And everything I do, goes back to Salam..peace.
& so as your prof, I need to make sure you pass this test called Life.



By: Amal Ahmed Albaz | My Islam Media 


nur insan
presint 5
30 mac 2014 (12.36pm)

Friday, March 14, 2014

Buat Dirimu Disana....




Walau dunia dan seluruh isinya tidak memihak kepadamu,
yakinlah Allah sentiasa ada untuk dirimu...

Buat dia yang dirindui.

Kini,
Langkahmu telah jauh,
meninggalkan semalam bersama waktu.

Jika dulu larianmu bagai anak kecil minta diberi sesuatu.

Kini,
Larian itu umpama petani yang tak henti-henti menyuburkan bumi.

Andai bumi itu masih tandus,
Jangan lelah mencari solusi.
Mintalah pada Allah untuk turunkan rezeki.
Allah kan Maha Memberi ^__^

Moga hari-hari yang dilalui tidak pernah menjadikan dirimu lelah sendiri.
Namun,
semakin matang dalam fikiran,
dan semakin bijak dalam membuat keputusan.


Perjalanan ini,
telah lama kau mulakan.
Jangan sesekali berhenti ditengah jalan.
Itu bukan penyelesaian.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan jangan (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman."
_Ali ‘Imran (3:139)_


"Verily, with hardship there is relief" 
(94:6) 

Insyirah...
 walau ayat cinta itu ringkas, tapi padat.
thanks Allah for once again...



nur insan,
Sg. Buloh,
14mac2014 (09.11am)

day 7 #PrayForMH370

Sunday, March 2, 2014

Lompat Pagar =.=''



L: Ish... L risau ni, ada seorang budak tu... bila buat sesi... rupanya 'mengucap' pun xpandai.
Aku: Ha?! =.=''
L: tadi dalam sesi sampai kena ajar dia 'mengucap'... tu solat xtau ke mana..

*peluh*

ni dah masuk bab aqidah dah ni.
dialog tu beberapa bulan yang lalu.
hairannya, pelajar sekarang even pihak sekolah dah sediakan waktu amali solat.
tapi depa xmau pi... dah tu lagu mana?..
lebih sanggup panjat pagaq dari pi surau masuk kut pintu..
=.=''
_tiba2 cakap utara_

back to the topic.
sebenarnya tadi terbaca status imam muda khairul azhar :
6,779 pelajar Melayu yang gagal subjek agama dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Keputusan kajian juga mengejutkan apabila 1,616 gagal mengucap, 1553 gagal dalam aspek Rukun Islam dan 1,901 lagi gagal dalam aspek Rukun Iman.  Kita tak rasa angka ini tepat kerana betapa ramai lagi yang hanya tahu mengucap tetapi tidak memahami prinsip syahadah itu.
Mafhum sabda ingatan dari Rasulullah SAW, di kalangan kita ada yang pagi nya beriman, petangnya kufur. Rapuh sungguh iman kita sekarang.
Pemerintah! Inilah tanggungjawab kalian! Adakah kalian para menteri masih sibuk membincangkan agihan projek-projek. Kalian masih sibuk mempertahan kemunkaran kalian sendiri dengan menjahilkan rakyat. Kalian masih suka anak-anak belajar agama hanya 2 kali seminggu. Anak-anak lebih kenal katak dan isi perutnya berbanding mengenal siapa pencipta katak itu.
Kalian tidak takutkah keadaan di mahsyar Allah nanti atas kedengkian kalian kepada anak-anak ini. Apakah dosa anak-anak ini kepada kalian hingga kalian butakan mereka dengan agama.
Ibu bapa mencorak adab! Para pendidik memahamkan agama! Pemerintah, sediakan kehidupan agama buat rakyat! 


Statistik tersebut merupakan hasil kajian pada tahun 1995. dan sekarang kita percaya mereka ini sudah dewasa dan mungkin sudah mempunyai keluarga dan anak, dan sekiranya mereka tidak berubah tidak mustahil anak mereka mewarisi sifat sama,” kata Pengarah JAKIM. Petikan akhbar Harian Metro 2012

dan ternyata.
kini perkara yang sama sedang berlaku.
*garu kepala*

as a counselor to be. or what ever u want to be as long as u are muslim.
banyak solusi yang perlu difikirkan.
kerana masalah ini masalah serius.

then, kalau se-serius ini.
maka orang yang punya kesedaran dan kefahaman namun masih berdalih untuk buat 'sesuatu' then how to overcome this problem?.

*double slap*

aduhai diri.
bangun dan melangkahlah!

'Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah, lalu berilah peringatan!.'
_74_

and awak,
adik yang akak sayang.
jangan takut nak belajar jadi baik,
Allah takkan ubah nasib kita.
melainkan kita sendiri yang mahu mengubahnya.
dik!

dan bila kata Allah takkan mengubah nasib kita, melainkan kita sendiri yang mahu mengubahnya. Bukan bermakna Allah menzalimi hambaNya. Tidak!. sebaliknya, Allah sudah mengurniakan akal pada kita untuk bersikap lebih positif dan berusaha!.

Jadi berusaha!
jangan hanya menunding jari menyatakan semua orang salah.
kalau kita betul.
then mana kebenarannya?.

ohoiii.

 Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata:

Rasulullah saw. bersabda: Allah Taala berfirman: Aku sesuai dengan persangkaan hamba-Ku terhadap-Ku dan Aku selalu bersamanya ketika dia mengingat-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam dirinya, maka Aku pun akan mengingatnya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingat-Ku dalam suatu jemaah manusia, maka Aku pun akan mengingatnya dalam suatu kumpulan makhluk yang lebih baik dari mereka. Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, maka Aku akan mendekatinya sedepa. Dan apabila dia datang kepada-Ku dengan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari.
 (Shahih Muslim No.4832)



kalau kita tahu indahnya syurga.
^__^



nur insan
presint 5
020314 (02:52am)

Thursday, October 17, 2013

sweet talk #1

.
chong: "U mahu beli apa untuk pembaharuan ??... u bagitau saja... "
siti:    "urm... huhu... tapi xde duit lagi kot..."
chong: " U minta saja... dapat ke xdapat.. tu semua kerja tuhan."
siti :   =.=''

=================================================

"Berdoalah kepada-Ku, Aku (Allah) 
akan memperkenankan doa 
permohonan kamu..."
(Surah al-Ghafir, ayat 60)


sometimes...
we afraid to ask...
because we think "arghh... it impossible" =.=''
but we forget...
we have Allah to help...
we have Allah to understand...
we have Allah that know everything...
now... or what happen next...
keep prayed...
Allah always be a good listener...
don't be sad sis and bro...
we are muslim...
the best ummah!
o.s.e.m.

conversation with Chong remind me that we just a slave...
urm.. cahaya... selalu ada...


nur insan
rumah batman
17 oktober 2013 (06.28pm)

Thursday, October 10, 2013

MADAH RINDU.. ohhoiii...



tukk... tuk... tuk...
mengetuk pintu hati...
bertanya pada diri...

Pernah rasa rindu???
Pernah rasa cinta???
Pernah rasa hilang??
Pernah rasa jauh???

rindu pada dia yang namanya tarbiyah
cinta pada dia yang mencintai Allah
hilang dia yang mendamaikan jiwa
jauh dari dia yang selalu menasihati.....

urm...
berfikir sejenak...
benih yang baik, andai dicampak ke darat menjadi gunung...
jatuh ke darat menjadi pulau...
=_=''


kita..
manusia...
kita boleh cipta suasana rindu itu...
kita boleh pilih cinta itu...
kita boleh jumpa kedamaian jiwa...
kita boleh dekat dengan nasihat itu..
kerana hakikatnya...
itulah erti memberi.... pasti akan menerima...
mencari.. pasti akan bertemu...

"bijaksana"
orang yang bijak pasti tahu caranya...
berdoalah agar diilhamkan kebijaksanaan itu... 


madah rindu...
buat perindu...
ohhoiiii... ^___^


nur insan
rumah batman
10 okt 2013 (6:31 pm)

Friday, June 14, 2013

MUWASAFAT TARBIYAH---------->






“Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami.”
Imam Hassan Al-Banna


Muwasafat Tarbiyah yang telah dikemukakan oleh As-Syahid Hassan Al-Banna adalah kriteria yang perlu ditanamkan dalam diri untuk membentuk keperibadian Muslim yang unggul. Insyaallah...

Hassan Albanna...
first time aku mula betul2 mengenali nama ini masa usrah dengan along...
masa tu... aku kagum sangat bila along ceita tentang pengurusan masa Imam Hassan Albanna...

Umum mengetahui jadual harian Hassan Al Banna sangat padat. Dalam masa 15 tahun selepas penubuhan Ikhwanul Muslimin, beliau telah berjaya melebarkan sayap jamaah tersebut di 20 buah negara. Di Kaherah sendiri, beliau berjaya menubuhkan 2000 cawangan ikhwan. Pun begitu, beliau masih sempat meluangkan masa untuk makan bersama-sama dengan anak-anaknya di rumah. Seorang puteri beliau, Tsana menceritakan Hassan Al Banna hanya tidur 4 jam sehari. Namun begitu, beliau tetap berusaha untuk makan bersama ahli keluarganya biarpun ada tetamu yang mengunjung.

one of my idol...
tapi takkan idola selamanya hanya untuk dikagumi???...
T_T .. harus perbaiki  diri!



nur insan
presint 5
14 jun 2013 (04:19am)

Wednesday, June 12, 2013

TANGGUNGJAWAB DAN IMPIANKU....


impianku...
terlalu banyak..
aku pernah mengimpikan untuk ke -----.... dimana tu? .. sebuah negara bersalji..
belajar disana... dan mentarbiyah diri ditempat orang... ya... sejak dari SPM hingga ke saat ini...impian itu belum pernah terpadam... malah semakin mendalam... insya'Allah....

 semasa di penghujung semester 2, Penasihat akademik menawarkan exchange student program...ke tempat yang menjadi impianku... -----...Allahu akhbar!!.. (memang nak sangat....!) aku terlalu teruja untuk pergi..pergi memenuhi impianku...impian yang telah lama ada...

impianku...
pernah juga aku bermimpi untuk menghasilkan produkku sendiri.....sebagaimana aku pernah dengar mengenai produk congkak tax dan pelbagai lagi modul2 kaunseling yang berada dipasaran... impian ini hadir saat aku menerima tawaran untuk melanjutkan palajar dalam bidang ini.... bidang ku kini.... aku sedar... demi memenuhi impian, aku perlu bertindak... oleh itu, aku sudah membina timeline... dari sem 1 hingga sem 8... bagi memenuhi hasrat itu...dan poduk itu harus terhasil sebaik sahaja segulung ijazah berada ditangan...namun... hanya pada semester 1 dan 2 sahaja timeline itu aku patuhi.... bila berada disemester 3 dan seterusnya... semua itu masih ada... namun, caranya berbeza.. aku harus akur... takdirku berbeza...


kenapa tidak aku penuhi impian-impian itu???
sedangkan peluang hanya datang sekali???


jawapanku...
kerana antara impian dan tanggungjawab...
tanggungjawab yang perlu dipenuhi terlebih dahulu..berbanding impian...

aku menolak tawaran exchange student... bukan sebab aku tidak mahu...atau sudah tidak berminat...
tapi, aku yakin.... lepas ni... insya'Allah...aku mungkin boleh sambung master disana...
biarlah... surat tawaran itu masih kemas dalam fail peribadi aku...
nanti boleh tunjuk pada suami dan anak2...=.=''


aku tidak mematuhi timeline...
bukan sebab aku tidak mahu memenuhi impian...
tapi aku yakin... aku mampu buat  lebih baik jika tanggungjawab aku utamakan...
akhirnya, sebelum segulung ijazah itu berada ditangan..alhamdulillah...
Fight For Future telah terhasil...malah memenangi tempat pertama dan anugerah emas di USIM tahun lalu...
dan sedang dalam proses untuk diinovasikan menjadi Fight For Future 2.0...


tanggungjawab...
tanggung di dunia.... jawab di akhirat...
aku... tidak pernah bermimpi untuk memegang jawatan yang tinggi di universiti ...
walau dulu aku sering merenung gambar2 exco dalam poster dirumah setiap kali masuk dan keluar rumah =.=''...
namun, kerana tanggungjawab.... sejak dari mengisi borang (walau tak dapat jawapan lagi)
"jika aku isi borang, bermakna, aku sudah sedia untuk tanggung didunia..dan jawab diakhirat..."

sebab kalau aku tarik diri...maka aku perlu sediakan jawapan dihadapan Allah...begitu juga jika aku terima...
dan aku sedar sebaik sahaja aku kata aku terima jawatan itu walaupun berat
 (sebab aku bukan ustazah... aku xpandai buat usrah..aku bukan kaki musolla)
namun... atas dasar kefahaman, aku faham bahawa jalan ini jalan mencari keredhaan... dan Allah nak bantu aku jadi lebih baik...maka aku teruskan... walaupun 3 hari 3 malam aku menangis... kerana jalan ini.. bukan kerana nama.... bukan kerana pangkat aku pilih... namun sekali lagi... ia tanggungjawab dan amanah...

2 tahun... 2 sidang...
aku pendamkan impian... demi memenuhi tanggungjawab...
walau peluang sering dikatakan hanya datang sekali...
namun aku yakin... andai kita mudahkan urusan orang lain...
Allah pasti memudahkan urusan kita...
dan alhamdulillah... Allah selalu ada..

alhamdulillah... dengan tanggungjawab ini....
impianku sedikit sebaik tercapai....
tanggungjawab ini, terlalu banyak mentarbiyah diri aku...
jika dulu tak tahu... kini menjadi tahu dan terlebih tahu =.=''
apa2pun... aku tak pernah menyesali pilihanku....
kerana aku yakin... Allah... ada untuk bantu hambaNya...


Dari Abu Hurairah r.a  Nabi SAW bersabda :
“Barang siapa melepaskan seorang mukmin dari kesusahan hidup di dunia, niscaya Allah akan melepaskan darinya kesusahan di hari kiamat, barang siapa memudahkan urusan (mukmin) yang sulit nescaya Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan akhirat. Barang siapa menutup aib seorang muslim, maka Allah akan menutup aibnya di dunia dan akhirat. Allah akan menolong seorang hamba, selama hamba itu sentiasa menolong saudaranya.” – Imam Muslim


impian,
sebuah harapan yang ditanam dalam diri untuk diri....

tanggungjawab,
sebuah amanah untuk diri dan orang lain...

impian boleh dikejar... bila masanya sesuai, impian masih ada...
tapi tanggungjawab...tidak boleh lari.... kerana itu,tiada orang lain boleh memikulnya..
melainkan kita...


ya Allah...
aku mohon...ampuni segala kekhilafan ku sepanjang taklifan ini...

Exco Latihan dan Pembangunan Sahsiah 11/12
Timbalan yang Dipertua 12/13
Jawatankuasa Mahasiswa Kolej, Kolej Harun Aminurrashid...
insya'Allah...
dalam kenangan....
saranghae lillah... dan asif jiddan unuk semua salah dan silap
^________________^

#insya'Allah nak buat novel buat anak cucu lepas ni ^____^#

jika nak baca...sila comment...eh...hehehe
insya'Allah... now time for run for my dream 'impian'...huhu


nanny mcphee a.k.a nur insan
presint 5
12 jun 2013 (02:55am)

p/s: sanah helwah boss...YDP 12/13.. jasamu dikenang...wahai orang tua...hehehehe  ^_____^


sedikit cebisan untuk adik2 penerus generasi inpirasi...
"everything is going to be just fine"
^_________________^



Friday, May 31, 2013

KARIPAP KARIPAP CINTA ^________^



************************************************************
wahai rakyat jelata sekalian...
pengumuman... aku dah dapat anak buah baru...huhu...
Wardah Humairah <3 p="">huhu... alhamdulillah....
tarikh lahir: 28 mei 2013 jam 4.20 petang kot...huhu
pe2 pun tahniah kak eizan n abang fir ^__^
and now rabiatul najihah (anak k.long n abang long) dah ada adik...
jangan nakal2 ya dua2 nih... huhu...moga jadi anak yang baik dan mujahidah sejati ^__________^
************************************************************

ok back to the topics....
Alhamdulillah...
semalam dapat karipap...huhu...
tq orang yang buat karipap tu  sebab karipap tu hadir macam harapan ^_________^
#lepas ni nak belajar buat karipap la... eh... motif#
hehehehe
Allah hadirkan bantuan sebenarnya kadang2 dari pelbagai cara
hingga kita sendiri tak sangka... alhamdulillah...

Sebenarnya semalam dah berlangsung Himpunan Bidadari II di Journey of Mardhatillah 515 ^_______^
dengan tema Karipap2 Cinta <3 huhu...="" p="">antara xtviti menarik semalam:
*diskusi Filpen Sebelah Sayap sambil makan ais krim kak lin...hehe
*melawat rumah hantu.... hahahaha...
*persembahan dari BIDADARI ^_______^

nak shared sikit solusi....

4 solusi hasil forum Bedah Filpen 'Sebelah Sayap':


#Doa + Usaha = Takkan pernah melahirkan putus asa dalam berjuang# 
#Harapan.... agama tu harapan...jika tidak ia bukan dari Tuhan.. oleh itu, berilah peluang untuk kita semua merasai harapan itu# 
#Persepsi... Kadangkala tindakan kita sendiri yang melahirkan persepsi buat orang sekeliling, oleh itu, jangan salahkan orang sekeliling andai mempunyai persepsi begitu.. cuma pesan buat diri sendiri.... andai benar ingin berubah, tulis kesalahan itu dengan pensil... jangan tulis dengan pen dan berharap untuk menghapuskannya dengan menggunakan liquid... kerana hakikatnya, ia tidak terhapus... cuma berselindung disebalik penyesalan yang  hanya zahirnya diungkap... namun batinnya masih tersisa#
*pesan buat diri juga... jangan sesekali persepsi terus kepada konklusi... itu zalim namanya*

#Diantara tanda-tanda benar dalam ukhwah (persaudaraan) ialah menerima kritikan teman, menutupi aib teman, dan mengampuni kesalahannya[imam asy-syafi']....Saranghae lillah :,) #

dan ziemah ada kongsikan, kalau kita nak menegur sahabat2... kita should solat dulu 2 rakaat...mohon pada Allah untuk bukakan hatinya... untuk mendengar nasihat kita...
pesanan yoke pula, nikah akan membantu menyelesaikan konflik jiwa..huhu..
shiuman pula kata, nasihat yang baik perlu juga disampaikan dengan cara yang baik...huhu

urm... dan pesan tok guru:
Kalau sahabat tegur kita kata kita ego,keras kepala,degil,malas, n dll dan ketika itu kita terasa dan marah maknanya sifat itu mmg ada pada kita sebab klu sifat itu tiada pada kita bila sahabat tegur kita xakan terasa n marah...


Apa2 pun... hijrah or change from good to be better memang sukar...
namun sekurang2nya... walaupun tak dapat pahala berubah... at least dapat pahala berusaha...
dan dalam berusaha perlu ada kesungguhan .... yeah!...huhu ^___________^
bila ada kesungguhan... insya'Allah Allah masih akan hadirkan bantuannya dengan cara yang tidak disangka2. mungkin. 

pengajaran buat aku:
"setiap apa yang diniatkan baik  dan sudah dirancang dari awal... jangan sesekali berfikir untuk cancelkan..sebab itu juga sebenarnya adalah harapan... dan paling penting mohon pada Allah untuk luruskan hati  dan sentiasa berlapang hati... Allah..will show u the way... trust Him ^___________^"




himpunan bidadari II.. osem ^__^
...Hanya lagu yang menjadi ingatan
Hanya lagu yang menjadi kenangan
Seandainya masa itu kembali semula
Ingin ku memiliki lebih dari itu...


nur insan
ketika hujan seakan memahami hati ini
presint 5
31 mei 2013 (6:02pm)




Thursday, May 9, 2013

IA.. UNTAIAN TASBIH...

u can do it... trust me, trust urself


Astaghfirullah al a'zim...
padanya tersimpan 1000 hikmah yang tak tersingkap...
Amanah ini terlalu banyak mengajarku...

 ia ibarat untaian tasbih...
Kita bukan pemula... kita juga bukan pengakhiran...
Allah tahu yang terbaik...
Berkali-kali aku berpesan pada diri...
Aku harap, mereka juga menyerahkan sepenuhnya pada yang lebih berkuasa...
Kita hanya merancang... 
Pada Allah lah segalanya kita serahkan...
Dia lebih mengetahui...
~Allah sedang berbicara soal kebergantungan pada kita~


ia bukan soal pangkat yang dikejarkan, tapi amanah yang menuntut pengorbanan...
ia bukan soal siapa hebat dalam kedudukan, tapi tentang kebersamaan dan kesanggupan...
aku, kau... tiada yang sempurna dalam bahtera ini...
egois, lebih membawa kehancuran dari membina keutuhan...
belajar dari kesilapan dan bukan memperlekehkan kelemahan...
kerana dari situ kita akan sedar bahawa kita... 
tiada yang sempurna....
kita juga hamba sepertinya...
masih perlu perbaiki diri dan maju ke depan serta membuat perubahan...




nur insan
presint 5
09 mei 2013 (05:36am)

Tuesday, May 7, 2013

NOTE BEFORE ELECTION ^____^

jom makan sini lagi ^____^

Dalam banyak2 raya...
raya apa yang suami dan isteri xkisah berpisah???...
ans: Pilihan raya...hehehe ^_________^

04 mei 2013(siang)
aku bertolak balik ke my hometown...
petang tu ada flashmob... kami adik beradik turun untuk join...
tapi sayang... orang semua dah balik.. kami pun g beli barang yang mak pesan^___^
Tiba2 kawan adik menegur... 'Din... lawa baju..." adik menoleh...
"hahahaha..." keTawa...
 aku pun pandang muka kawan adik aku Tu... 'owh..xkenal'
masa otw nak balik.. kami terserempak dengan dia lagi...
dia naik kereta...
owh.. patut dia 'memuji'... ada udang disebalik mee...
ngeh..ngeh..ngeh...


04 Mei 2013 (malam)
ada perhimpunan kat chineese town hall...
malam tu kami g makan... sementara tunggu makanan, aku dan adik pergi ke CTH...
masa kaT siTu, ada pakcik, uncle, aunTie.. macam2 bangsa n agama...
ada jugak yang kami kenal...^_____^
Tiba2 rasa macam nak nangeh pun ada...*moTif* ...semuanya bersatu...x racist...
beberapa miniT lepas Tu ada aunTie bawak Tabung...
ramai yang menyumbang.. Termasuk pakcik2 yang kami kenal Tu...
masa tu rasa macam dalam citer 'hati malaya'... masa nak tuntut kemerdekaan...
perghhh.. *sedih*
aku Tanya adik aku... 'weh..ko bawak duiT?'
dia Tengok walleT dia... xde...huhu.. aku memang xbawak duiT..
jadi sedekahkah senyuman n doa jelah...
*sayangnyaTakdapaTsumbang*
lepas Tu kami pun paTah balik ke resToran...
menikmaTi hidangan... mak belanja..huhu...
sebab tu xbawak duet... ^______^


bila Tengok siTuasi di CTH, aku rasa... konsep 1 Malaysia memang berjaya...
SYABAS DAN TAHNIAH PEMIMPIN MALAYSIA ^__________^
moga yang MENANG akan MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB DENGAN AMANAH DAN LEBIH TELUS... 

Pesan buat diri:  
"Kalau Allah hendak memberi kemenangan kepada kita Dia boleh memberi sekelip mata, tapi Allah menguji kita. Kesabaran kita serta istiqamah kita."
~insyaAllah, moga dengan ini aku akan lebih thabat dalam perjuangan~
perjuangan ini masih panjang... dan perjuangan iu bukan atas dasar semangat...
tapi berjuangan kerana Allah...
moga islam tertegak dalam diri ini, keluarga dan masyarakat
"Hasbunallah wa nikmal wakil, Nikmal maula wa Nikman Nasir"

Kalah.
Bukannya tak biasa.
Kalah bukan bermakna rebah.
Bukan bererti mengalah.
Bukan bererti menyerah.
Cuma akur adanya hikmah.

Peti undi baru sampai.
Electrik blackout.
Peti undi hilang.
sejarah 050513 yang akan aku kenang~
my first time....

next GE14, insya'Allah 90's generation will arise ^_____^

nur insan
presint 5
07 mei 2013 (07:17am)

Wednesday, May 1, 2013

37 WONDERS ^__^


anak-anak ^__^... kanda dinda... 

Tak pernah terlintas di benakku 
Saat pertama kita bertemu 
Sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah 
Harum dan merekah
Tulus hatimu buka mataku 
Tegar jiwamu hapus raguku 
Memboncah di hati harapan dan suci 
Menyatukan janji

Mengharungi samudera mahligai nan suci
Penuh gelombang silih berganti
Semua adalah ujian penguat cinta
Bila hati bicara
Kekadang tak perlu terucap kata kata
Untuk selami dalamnya hatimu
Susah senangmu jadi bahgian hidupku
Karena hati bicara

Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Akan ku renang lautan yang berapi
Membuktikan kehebatannya cinta ini
Tetapi jikala kau meninggalkan aku
Terhiris hati ini
Terguris jiwa ini
Menangis tak berlagu

Harapan
Harapan menjadi layu
Ingin ku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya
Kita harus tabah dan bersedia
Cekal hadapi kemungkinan yang tiba
Kadangkala yang berlaku
Di luar kemahuan kau dan aku

perlukah kami ditinggalkan
perlukah engkau melupakan kami
perlukah ada rasa kesangsian
perlukah ada rasa rindu
-lagu kita-


nanti aku continue...=.=''

nur insan
presint 5
01 mei 2013 (02:33am)

Tuesday, April 23, 2013

DENAI INI...


ku lihat hijau... subhanallah... cantik!

"Inilah denai terbaik!"

"Apa kau pernah lalu denai-denai lain?"

"Tidak."

"Bagaimana kau tahu ini yang terbaik?"

"Aku rasa."

"Aku tak pakai rasa, apatah rasa kau."

"Eh mahu ke mana?"

"Bikin denai sendiri. Mungkin jalan. Boleh jadi lebuh raya."
-matlutfi90-



*for evergreen*
::jom doakan kemenangan islam seluruh dunia::
a.m.a.n


nur insan
90 generation
presint 5
23 april 2013 (03:04am)

Sunday, March 24, 2013

IZINKAN DIRI DAN HATIMU...

in memory: 19 mac 2013

“Jalan (perjuangan) ini tidak dihamparkan dengan permaidani merah, 
tetapi ianya dibentangkan dengan onak dan duri.
 Ingatlah, kita adalah salah satu mata rantai daripada rantaian dakwah yang panjang.
 Bukanlah kita yang memulakan, juga bukan kita yang menamatkan perjuangan ini. 
Kalau kita hidup hanya untuk diri kita, maka hidup kita pendek dan singkat. 
Tapi kalau kita hidup kerana perjuangan, hidup kita penuh makna dan panjang.“

Sebuah kisah :
Pada suatu hari,  Abi Abdullah Khabbab bin al Arat Ra telah datang bertemu dan mengadu kepada Rasulullah saw. 
Rasulullah saw pada waktu itu sedang berbaring di bawah naungan Kaabah berbantalkan serban . Maka beliau bertanya kepada Nabi saw :   
“Wahai Rasulullah, apakah tuan tidak berdoa memohon kemenangan bagi pihak kita ? Adakah tuan tidak berdoa bagi pihak kita? 
Lalu berkata Rasulullah saw : 
“Sesungguhnya orang-orang sebelum kamu , ditangkap seorang lelaki lantas digali lubang lalu ia ditanam di dalamnya , kemudian dibawa datang gergaji lalu digergaji kepalanya sehingga terbelah dua dan disikat badannya dengan sikat besi sehingga meluruhkan daging dan tulangnya , namun demikian perkara itu tidak memalingkan mereka dari agamanya. Demi Allah, nescaya Allah menyempurnakan urusan agama ini(Islam) sehingga musafir dari sana’a ke Hadrat Maut tidak lagi takut melainkan hanya kepada Allah, akan tetapi kamu adalah golongan yang gopoh.”  
[riwayat Imam Bukhari]

Yang bertanya ialah khabbab al Arat ...
Khabab adalah salah seorang insan yang berjuang hingga disalai oleh musyrikin di atas bara api dan dikelar jasadnya dengan besi panas sehingga masak dan luluh daging jasadnya.

Yang bertanya ini adalah insan yang berjuang, malah menghadapi penyeksaan yang dahsyat dari musuh. Yang bertanya ialah sahabat yang sanggup mempertaruhkan nyawa untuk mempertahankan prinsip agama. Yang bertanya ialah sahabat yang telah mewaqafkan dirinya untuk Islam dan perjuangan. 

Tiba-tiba Nabi saw membalas bahawa orang yang terdahulu lebih teruk ujian dan penyeksaannya. Maka kamu datang meminta-minta agar di doakan kemenangan, walaulaupun kamu dizalimi dan diseksa oleh musuh, kamu adalah golongan yang gopoh dan tidak sabar menanti kemenangan yang dijanjikan Allah swt.

Allahu rabbi...
Jika dibandingkan perjuangan dahulu dan kini...
Jauh..teramat jauh bezanya..
Derita dahulu dengan derita kini... 
Terlalu jauh perbandingannya...

Dik...
dalam kesusahan ada kemanisan...
manis itu yang akan dirindui...
susah itu adalah tarbiyah...
tarbiyah bukanlah segalanya, tapi segalanya bermula dengan tarbiyah...
ketahuilah dalam susah dan tarbiyah itu tersimpan banyak kemanisan...
tersembunyi sebuah kerinduan yang pasti akan disebut oleh mu selalu...

Izinkan diri dan hatimu untuk ikhlas merasai tarbiyah ini...
Izinkan diri dan hatimu untuk turut serta dalam gerabak ini...
kerana sesungguhnya islam tidak memerlukan kita, tapi kita yang memerlukan islam... 
~moga Allah permudahkan urusan ini dan tetapkan hati2 kita~

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."


saranghae lillah...
buatmu ukhti2 ku sayang...

nur insan
bumi tarbiyah syuhada islam
presint 5
24 mac 2013 (04:59am)

Monday, March 18, 2013

~YA, SAYA CEMBURU!!~

tunjukkan jalan yang lurus
cemburu.
terima kasih untuk kisah mujahid muda itu.
saya salah... sebab banyak mengeluh lebih dari usaha.
saya tahu saya tak usaha sungguh2.
saya cemburukan dia yang awak cerita.
saya cemburukan awak juga yang mengenali dia.
saya tahu awak juga macam dia.
 kematianmu telah menghidupkan ribuan, malah mungkin jutaan kehidupan.
Tidurmu telah membangkitkan banyak jiwa-jiwa yang lena di luar sana.
Dan rehatmu telah menggerakkan ramai sosok-sosok yang bermalas-malas sebelum ini!
Pergimu tidak sia-sia wahai saudaraku. Pergimu menjadikan kami lebih bersemangat untuk berlari lebih laju mengejarmu! ~angel pakai gucci~
ya Allah...
*potong bawang laju2*
betulkanlah niatku.
lembutkanlah hatiku.
ikhlaskanlah amalku.
lapangkanlah hatiku.
kuatkanlah langkahku.
ampunkanlah dosa2ku.
bantu aku laksanakan percakapanku.
jangan biarkan aku tangisi takdir, kerana i2 sifir putus asa.

"Dan berpegang teguhlah kamu semuanya pada tali Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (di masa jahiliyyah) bermusuhan, lalu Allah mempersatukan hatimu, sehingga dengan kurniaNya kamu menjadi bersaudara, sedangkan (ketika itu) kamu berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari sana. Demikianlah, Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu agar kamu mendapat petunjuk." 
[ali-Imraan, 3:103]


~andai aku jatuh ke jurang itu, aku mohon sambutlah aku dengan kasih sayang-Mu, tuhanku~


inche H: ko nangeh?
aku: sebab aku  tak tahu buat apa... 
inche H: ko putus asa.
aku: tak. 
inche H: kalau ko tak tahu buat apa, maknanya ko putus asa. law tak, mesti ko masih berfikir. bila nangeh, maknanya ko tak fikir. ko hanya nak lepaskan apa yang ko rasa.
aku: ko memang.....!


"Katakanlah :"Hai,hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri , janganlah kamu terputus asa dari Rahmat Allah . Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya . Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang."
(QS.Az-Zumar :53)

I juz miz u...
*dah terkena bawang sampai tak boleh tido*
alhamdulillah, terima kasih ya Allah.
untuk rahmat-Mu buat kesekian kali.

maaf untuk segala-galanya.

nur insan
presint 5
18 mac 2013 (05:16 am)

Sunday, March 10, 2013

DAKWAH IS OSEM

dakwah itu osem
dakwah tu osem...
seronok sangat...
andai dirimu memahami bahawa
Jalan Mencari Keredhaan itu terbuka luas...
pasti kau gunakan apa yang kau ada dengan sebaiknya...
walau siapa pun dirimu...
walau apa pun dirimu..
walau ke mana pun kau berada...
kerana ia osem...
perasaan ini pun osem untuk melakukannya =)
saranghae unnie...


#catatan untuk hari muka#

nur insan
presint 5
10 mac 2013 (01:28pm)

Friday, February 15, 2013

KISAH PAYUNG...

berjalan tanpa henti
kadang2 kita minta hujan...
tapi kita lupa nak sediakan payung...
urm...
think of that...


failure to plan is planning to fail
nur insan
tg.malim
15 feb 2013 (1.49am)

Thursday, January 17, 2013

TITIPKAN KAMI KESABARAN....

kurniakan kami kesabaran ya Allah...
"Dan Kami jadikan dari kalangan mereka beberapa pemimpin, yang membimbing kaum masing-masing kepada hukum agama Kami, selama mereka bersikap sabar (dalam menjalankan tugas itu) serta mereka tetap yakin akan ayat-ayat keterangan Kami."
(As-Sajdah: 24)


Sabar itu hakikatnya bukanlah bermaksud sanggup menerima segalanya...
tapi sejauh mana kita bersabar dalam mencari penyelesaian setiap masalah yang ada...

Jelas daripada ayat dari surah as-sajdah: 24 tersebut bahawa Allah menjadikan kepimpinan pada dunia dan agama memerlukan kepada dua perkara iaitu sabar dan yakin. Sabar dalam mengislah individu, keluarga dan masyarakat dan yakin pada Allah. 

Sesungguhnya nikmat kesabaran ini tidak akan dapat dirasai melainkan buat mereka yang mengecapinya dan kemenangan tidak akan terhasil melainkan bersamanya kesabaran....

Moga kita dikurniakan kesabaran dalam setiap perkara...

"ya Allah, ku titipkan doa agar Kau menjadikan kami orang2 yang bersabar...
sabarkan hati kami untuk mengislah diri, keluarga dan masyarakat...
yakinkan kami dengan-Mu ya Allah...
Kau lembutkanlah hati kami ketika berdepan dengan semua kebaikan...
dan Kau tegaskanlah hati kami tatkala ia adalah kebatilan...
amin... ya Rabb"


nur insan
teratak kasih 244
17 januari 2013 (01.23am)