Wednesday, October 18, 2017

RESEPI SHEPHERD'S PIE SIMPLE!

Image result for shepherd's pie DANBO
gambar ehsan google.. sebab gambar aku tak secantik ini..hahaha


Hai hai holla!
^______^
excited sangat hari ni nak share resepi yang baru je aku try minggu lepas..
tapi baru hari ni sempat nak update..haha


Siapa pernah makan shepherd pie?
rasa dia sedappppppppp sangat!
first aku makan dekat sidin cafe temerloh pahang.
lepas tu asyik teringat je..haha..over betul!


jadi aku pun google resepi kaedah nak buat sheperd pie ni..
yang aku makan masa di sidin cafe temerloh tu kambing inti dia..
kalau tak silap.. kali ni aku try buat guna daging lembu jenama ramly..
resepi aku tiru sebijik sebijik macam dalam ana suzana blog's ni..


BAHAN PIE:
===================================
1. Ubi kentang 7 biji (kalau nak tebal pie dia.. tambah lagi kuantiti)
2. susu segar 100 ml (aku beli yang kotak kecik 300 ml tu je..sebab memang guna sikit je)
3. 2 sudu besar butter yang tak beku
4. 1 sudu teh serbuk lada sulah (rasa aku guna lebih ni, sebab ikut selera tekak aku je..haha )
5. garam secukup rasa
6. Mazarella cheese untuk topping diatas


CARA2:
===================================
1.Rebus kentang dalam air sambil lembut (rasanya 20 min-30min juga masanya)
2.Tos kan air rebusan tadi.
3. Lenyekkan kentang sampai tak ada yang berketul
4. masukkan susu sikit demi sedikit. Sebab susu tu nak bagi tekstur dia lembut je. Jangan sampai cair pula kentang tu. Bila dah lembut jangan tuang susu dah nanti pie jadi lembik... tak sedap pula kan..
5. Masukkan butter 2 sudu. Kacau sebati
6. Masukkan lada sulah secukup rasa
7. Masukkan garam secukup rasa
8. Gaul rata semua bahan. Masa gaul ni, aroma dia sedap yang amat! enak dimakan begitu sahaja.. haha!


kentang yang direbus 

susu goodday paling kecik 300ml.. tu pun guna tak habis

buttercup yang memang dah ada dirumah. nak guna 2 sudu je

ni gambar masa nak lenyekkan ubi kentang

ni hasil bila dah campur semua bahan.
tekstur dia akan jadi macam ni.
bau dia sedap sangat
makan pun sedap!



BAHAN INTI SHEPHERD'S PIE VERSI LASAGNA
=======================================
1. BAWANG HOLLAND 1 BIJI ((POTONG DADU))
2. DAGING KISAR RAMLY 400G
3. SOS PREGO
5. SERBUK LADA HITAM


CARA2
=====================================
1. Panaskan minyak
2. Masukkan bawang dan goreng sampai layu
3. Masukkan daging dan masak hingga tukar warna
4. Tutup api dan buang minyak yang digunakan untuk masak daging dan bawang ni supaya hasilnya tidaklah berminyak yang amat pie tu nanti.. (tapi masa aku buat, lupa buang minyak. menyesal sangat sebab aku tak suka juga makan yang sangat berminyak ni.. ermmm)
5. Buka semula api perlahan. Dalam kuali yang sama goreng bawang dan daging tadi, masukkan sos prego. kacau sebati. kemudian masukkan serbuk lada hitam. jangan lupa rasa okay ke tak. kalau tak okay, tambah sikit garam pun boleh. ikutlah citarasa memasing.
6. lepas tu siap.

bawang holland 1 biji
                                
bawang + daging dimasak 


bawang+ daging+ sos + lada hitam=
jangan lupa buang minyak dulu sebelum tambah sos




CARA BUAT SHEPERD'S PIE
=======================
1. Masukkan pie (ubi kentang yang sudah digaul) tadi ke dalam acuan/ bekas yang kita nak guna.
(aku guna bekas aluminium yang biasa orang buat lasagna tu). Ratakan ubi kentang tu menutupi lapisan bekas
2. Masukkan inti pie diatas permukaan kentang/ pie yang dah diratakan
3. Lapiskan sekali lagi ubi kentang menutupi daging yang berada ditengah2 tadi.
4. Taburkan mozarella cheese diatas
5. Masuk dalam oven dan bakar suhu 180 dalam masa 10-15 minit.


ni hasil sebelum masak.
lapisan bawah: bahan pie
lapisan tengah: bahan inti
lapisan atas: bahan pie dan tabur cheese

ni gambar masa baru keluar oven.
bau dia!
perghhh!!!
>.<
menarik tak?
haha..
kalau tak faham apa yang aku tulis ni..
boleh pergi ke blog ana suzana sebab aku ambik sebijik cara dia buat shepherd pie ni..
maklum la first time cuba kan.. hehehe
nanti rajin, aku upgrade resepi ni guna kari kambing..
haha


okay!
tata.
selamat mencuba.


nurinsan
teratak kasih A&E
181017. 12:12pm





No comments: