Showing posts with label NOKTAH. Show all posts
Showing posts with label NOKTAH. Show all posts

Saturday, August 15, 2015

NOKTAH #5


Gina melangkah menghampiri Dian. Dian memandang tanpa perasaan apabila melihat kehadiran Gina di tempat lepak keramat itu. Nampaknya sejak dari hari Gina dibawa ke rooftop tersebut seharusnya Dian tahu bahawa rooftop tersebut bukan lagi hak miliknya seorang.
            “Kau  tertinggal ini.” Gina menunjukkan handphone Dian yang berada ditangannya. Dian mengambil sambil mengucapkan terima kasih. Dah dua hari handphone tersebut ‘hilang’. Namun sebenarnya Dian tidak berharap agar handphone tersebut ditemukan semula. Langsung tidak.
            “35 receive message. Kau  tak nak tengok ke siapa yang bagi.” Gina bertanya apabila melihat Dian terus menyimpan handphone tersebut ke dalam beg galasnya.
            “Letih nak melayan.” Dian menjawab bersahaja. Mata Dian terus tertumpu pada buku A4 berwarna putih pink dan berkulit tebal miliknya.
            Gina duduk sebelah Dian. Sesekali Gina cuba mencuri membaca apa yang ditulis Dian. Tapi sayang, satu patah perkataan pun tak dapat dibaca dengan jelas. Kedekut.
            “Gina, kenapa kau  macam tak ada kawan?.” Dian bertanya tiba-tiba. Gina tersentak.
            “Kenapa kau  tanya tiba-tiba?.” Gina kehairanan.
            “Ye lah, aku tengok kau suka jalan sorang-sorang. Bukan baru hari ni tau. Tapi dari dulu dan ni dah sampai tahun akhir. Lepas tu, kadang-kadang kau menyibuk dekat aku.” Dian berkata selamba.
            Gina diam dan tersenyum. Kelat.
            “Tak semua orang terima aku.” Gina tarik nafas. Diam. Dian diburu rasa bersalah. Mulut aku laser sangat ke tanya macam tu?. Dian sempat mencuri pandang wajah Gina.
            “Maaf Gina. Aku tak maksud nak sakitkan hati kau .” Dian mula rasa bersalah.
            “Tak apa. Dah biasa. Kau sendiri pun susah terima aku kan walaupun kau tahu aku memang tak ada kawan.” Sekali lagi Gina senyum. Namun kenapa senyuman tu pahit?.
            “Kau beruntung. Kadang-kadang aku cemburukan kau Dian.” Gina menunduk. Cermin mata besar oldskol dibetulkan letaknya. Dian pula terhenti dari menulis sesuatu di buku catatannya.
            “Kau  ada bff. Aku, nak ada kawan pun susah. Macam kau kata, ni dah tahun akhir tapi aku masih macam dulu. Bff tak pernah ada.” Gina bersuara perlahan. Dian bagai tidak senang mendengar perkataan bff itu disebut-sebut oleh Gina. Hatinya sekeras-kerasnya menafikan hal tersebut.
            “Aku mana ada bff.” Dian menafikan.
            “Aku pernah baca satu quote, kalau kita ada kawan yang boleh bawa kita dekat dengan tuhan, kita patut hargai dia. Jangan sia-sia kan dia. Dan aku rasa kau  dah jumpa kawan macam tu.” Gina kelihatan seperti menahan perasaan.
            “Kau  rasa aku dah jumpa kawan macam tu ke?.”
            “Ayu.” Laju Gina menyebut nama itu. Dian diam. Kalau betul dia sahabat yang mendekatkan aku pada tuhan, kenapa dia bersikap macam tu pada aku?.
            “Tadi kau ada kata yang kau nak dapat kawan sorang pun susah. Kenapa?.” Dian bertanya.
            “Sebab aku kan ‘lain’. Aku tak macam korang. Aku banyak kelemahan. Aku tak pandai bergaul. Aku. Aku tak bertudung macam orang lain.” Gina menunduk. Suaranya kedengaran serak.
            “Aku pun bukan dilahirkan terus bertudung, kau tahu tu kan. Kau sendiri pernah tengok rambut menggerbang aku dalam kelas. Dan yang bertudung tu pun bukan semuanya baik.” Dian berkata sambil membetulkan duduknya. Gina berkerut dahi.
            “Tak… kau tak faham. Dari dulu keluarga aku sendiri susah terima aku. Dan dalam keriuhan orang ramai, aku sering dianggap tak wujud dalam kalangan diorang. Entahlah. Sejarah aku macam kabur.” Gina memandang kosong di langit. Mengingati peristiwa lalu. Sungguh ia menyakitkan.
            “Apa yang berlaku dalam hidup kau?.” Dian bertanya ingin tahu.
            “Biarlah. Nanti mungkin kau akan faham.” Gina bersuara perlahan dan memandang Dian.
            “Kau?. Apa yang dah berlaku dalam hidup kau?.” Gina bertanya pula.
            Dian mula berdiri. “Kau pernah kata kau cemburu pada aku kan?.” Dian memandang Gina yang cuba bangun dari duduknya.
            “Yup. Rasa tu masih ada.” Gina berkata sambil memandang suasana sekitar fakulti.
            “Kau tak tahu pun apa yang aku alami. Yang terzahir, terkadang tersimpan seribu cerita yang sukar untuk dilalui. Tapi hakikat manusia. Sering tertipu dengan pandangan sendiri. Sekarang, aku sedang menelan pahitnya pandangan mereka yang sedang tertipu dengan dunia.” Dian berkata penuh makna. Gina cuba memahaminya.
            “Betul. Kita selalu tertipu dan percaya pada apa yang kita lihat. Tapi sukar untuk menerima kebenaran yang terkadang tersembunyi.” Gina membuat kesimpulan.
            “Betul. Kalau sekarang aku cerita pada dunia apa yang aku tanggung. Mereka takkan percaya. Malah mungkin aku hanya akan memburukkan keadaan. Biarlah aku telan semua. Walau aku buruk pada pandangan mereka.” Dian menarik nafas.
            “Kau sedang bercakap tentang siapa?.” Gina cuba mencari kejelasan di sebalik apa yang mereka bualkan.
            “Tentang dunia. Dan kegilaannya.” Dian menjawab dengan tenang. Gina cuba membuat hipotesis sendiri. Mungkinkah serkapnya kali ini masih tepat seperti biasa?.
            “Kalau kau izinkan aku menjadi kawan kau, mungkin kita boleh berkongsi cerita. Tentang dunia.” Mata Gina tertangkap pada burung yang sedang cuba terbang ke angkasa. Bebas. Mungkinkah manusia boleh membebaskan sebuah rasa?.
            Dian hanya diam seribu bahasa. Sekali lagi, wujud ke istilah kawan dalam dunia?.


**********************
to be. cont.


NOKTAH #4


Suasana library kelihatan lengang. Sebaik sahaja tamat kelas sebentar tadi Dian terus ke library untuk mencari rujukan bagi menyiapkan tugasan individu. Hari ni juga tak fasal-fasal dia ditegur  sebab lewat ke kelas gara-gara Hawa yang marah-marah pagi buta. Simptom PMS kot. Uh!.
            Dian memilih meja yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pelajar-pelajar lain serta agak jauh juga dari buku-buku rujukan. Supaya dia boleh lebih fokus dan tidak diganggu. Kata orang bahagian belakang tu ‘keras’. Tapi lebih baik kena gangguan makhluk halus dari makhluk nyata yang menyakitkan.
            Selepas meletakkan semua barang miliknya di atas meja, Dian bangun dan berniat ke rak buku bagi mencari buku rujukan yang perlu. Ketika menghampiri rak buku yang menempatkan buku rujukan yang dicari, mata Dian menangkap kelibat Ayu yang baru sahaja menaiki tangga dan menuju ke sebuah meja yang kosong.       Dian menjeling tajam tanpa disedari oleh Ayu. Dia akhirnya meneruskan misi mencari buku rujukan yang perlu. Selesai mendapatkannya, Dian melangkah kembali ke mejanya.
            Heaven rasanya bila dirinya boleh fokus menyelesaikan tugas tanpa sebarang gangguan. Dian mula tenggelam dalam dunia tugasannya sendiri.
            “Assalamualaikum.” Dian tersentak. Tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba dirinya diganggu. Suara itu bagai biasa didengari. Dian menoleh.
            “Waalaikumussalam.” Dian kelihatan tegang. Suasana sunyi seketika. Masing-masing hilang kata.
            “Ayu… Ayu… Ayu harap Dian lupakan apa yang terjadi malam itu. Maaf mengganggu.” Ayu bersuara perlahan dan terus berlalu meninggalkan Dian.
            Dian diam. Dadanya sesak. Penuh!. Dirinya kembali menghadap laptop yang masih terpasang. Hilang semua fokus. Dian mengetap bibir kuat. Motif?. Perlu ke datang tak diundang dan talking nonsense macam tu?. Dian mula menahan perasaan.
            Tiba-tiba bahu Dian disentuh dari belakang. Dian terus menepisnya kuat tanpa menoleh. “Apa lagi yang kau  nak?!.” Dian bersuara keras.
            Gina tersentak. “Dian… ni aku. Gina.” Gina bersuara serba salah. Gina melihat bahu Dian mula terhinjut-hinjut.
            Dian menangis?. Gina menarik kerusi dan duduk di sebelah Dian walau tidak dipelawa.
            Dian mengelap air matanya dengan hujung tudung. Nasib baik pakai tudung. Nafas ditarik berat. Gina cuba memegang tangan Dian. Dian sekali lagi menepis. “Jangan sentuh aku.”
            Dian menutup laptopnya dan mula mengemas semua barang miliknya. Gina hanya memerhati hingga Dian akhirnya hilang dari pandangan.
            Gina menarik nafas. Salah ke kalau kau  anggap aku kawan kau  Dian?. Gina mula mengetap bibir. Tak apa. Bukan tak biasa. Akhirnya Gina bangun dari duduknya dan berniat menuju ke kaunter pinjaman.
            Ketika Gina ingin bangun, Gina merasakan ada getaran handphone di tempat Dian duduk sebentar tadi. Handphone Dian tertinggal. Gina mengambilnya. Sempat dilihat di skrin handphone tersebut 35 receive message.
            Mak ai. Banyaknya. Service center ke?. Gina lalu mengambil handphone tersebut dan menyimpannya. Ketika Gina menunggu giliran di kaunter pinjaman, Gina sempat terpandangkan Ilham yang cuba mendekati Ayu. Namun Ayu seakan mengelak. Gina kemudian terus memandang ke tempat lain. Malas campur tangan.
            Sejak Farish dikatakan menangguhkan pengajian, Ilham coursemate dan juga classmate mereka selalu juga cuba mendekati Ayu. Satu kampus tahu Ilham menyukai Ayu. Tapi Ayu sendiri. Entahlah. Gina sendiri tidak pasti. Apa yang pasti entah kenapa setiap kali ke library Gina pasti akan terserempak dengan adegan cinta Ilham yang seakan tidak kesampaian.

            Aduhai.



****************
to be cont.

NOKTAH #3


Selepas selesai menunaikan solat maghrib, Dian bersiap untuk ke masjid universiti yang tidak jauh dari kolej kediamannya. Pintu bilik dikunci sebelum melangkah keluar. Sengaja mahu ke situ. Mencari ketenangan mungkin?. Atau sebenarnya mahu menggamit memori daun pisang tentang Ayu yang selalu bawa dia ke situ?. Eh, tolonglah!.
            Roomatenya Hawa keluar tidak tahu ke mana. Mungkin ke library menyelesaikan tugasan. Entah. Tidak pula dia bertanya.
            Ketika di masjid, tidak ramai mahasiswa di situ. Boleh kira dengan jari. Majoriti yang datang pun macam ‘geng-geng masjid’ je. Bukan ke masjid tu untuk semua?. Kenapa perlu ada istilah ‘geng-geng masjid’ pula ni?. Yelah, samalah dengan ‘geng-geng library’. Siapa yang kaki ke suatu tempat, maka dia jadi along kawasan tu. Tak gittew.
             Dian yang duduk sendirian tiba-tiba merasakan ada tangan yang menyentuh bahunya. Dian menoleh.
            Aisyah menghulurkan salam sambil mengambil tempat di sebelah Dian. “Lama rasanya tak berjumpa dengan Dian.” Aisyah memulakan bicara.
            Dian mula rasa terganggu. Namun mempamerkan riak senang di hadapan Aisyah dan mengangguk tanda bersetuju dengan apa yang Aisyah nyatakan sebentar tadi.
            “Dian seorang sahaja?, biasanya bersama Ayu.” Aisyah bertanya.
            Dian mula telan liur. Dah nampak aku sorang dekat sini. Takkan Ayu menyorok belakang aku kot. Tu pun nak tanya. Sengaja kan?.
            “Yup, sorang je.” Dian menjawab perlahan. Fikiran Dian mula menerawang memikirkan Ayu. Ayu lah sahabat yang dahulu mendekatkan dirinya dengan masjid dan program-program masjid. Malah Ayu lah yang banyak membantunya berubah ketika mereka bersama di semester pertama. Tapi sekarang. Tahun Akhir. Semuanya berubah. 360°. Salah aku ke?.
            “Lepas Isyak’ nanti kita balik sekali lah ya.” Aisyah mengajak dan mematikan perbualan. Dian sekadar mengangguk.
*****
Dian dan Aisyah berjalan beriringan keluar dari masjid. Ketika mereka mula meninggalkan perkarangan masjid universiti, masing-masing masih diam membisu.
            “Dian okay ke dengan Ayu sekarang?.” Akhirnya Aisyah memulakan kata. Dian mula rasa tidak senang dengan persoalan tersebut.
            “InsyaAllah. Semua akan okay.” Dian tersenyum kelat. Aisyah memandang Dian dari sisi.
            “Ayu ada bagi tahu Aisyah yang Dian dah tak tegur Ayu seminggu walaupun dalam kelas sejak Farish menghilang.” Aisyah berbicara lembut.
            Dian mula rasa tidak senang. Namun Dian cuba bersikap tenang. “Apa lagi yang Ayu cerita?.” Dian bertanya dengan nada bersahaja.
            “Itu je… Dian, tak baik tau kalau kita tak bertegur sapa atau marah dengan sahabat lebih dari tiga hari. Apatah lagi kalau benda tu ada kena mengena dengan….” Aisyah tiba-tiba berhenti dari berbicara lanjut.
            Gelojak hati Dian mula mendidih. Namun sedaya mungkin Dian cuba menenangkan dirinya.
            “Maksud Aisyah ada kena mengena dengan Farish ke?. Itu ke yang Aisyah nak kata?.” Dian serkap jarang. Rasanya memang tepat pun. Tak perlu berselindung. Straight to the point kan senang!.
            “Dian, Aisyah mungkin tak tahu dan tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Tapi maafkanlah Ayu. Jangan diputus persahabatan yang kalian bina. Tak mengapa kalau kita letak ego kita di tepi demi kebaikan bersama.” Aisyah masih berbicara lembut. Tapi kata-kata itu bagai pisau tajam yang sedang menghiris dan menyiat-nyiat sekeping hati milik Dian.
            “Ego?. Dian ego kata Aisyah?.” Entah kenapa air matanya terasa ingin gugur saat itu. Namun sedaya mungkin ditahan.
            Akhirnya Dian tersenyum pahit.
            “Terpulang apa penilaian Aisyah pada Dian. Dian juga tak sempurna.” Dian melangkah laju meninggalkan Aisyah sendirian.
            Aisyah hanya menggelingkan kepala. Ternyata ego Dian masih seperti dulu. Aisyah membuat kesimpulan.
            Sebaik tiba di bilik, Dian menghempas pintu dan menangis dalam gelap. Mujur roomatenya belum pulang.
            Dian menangis semahunya. Siapa yang mahu persahabatan yang dibina sejak dari semester satu putus begitu sahaja?. Namun rasa dikhianati dan sakit itu masih ada. Aisyah tidak berada di tempatnya, tak mungkin Aisyah faham. Tak mungkin!.
            Andai diberi peluang untuk memutarkan masa. Dian mungkin memilih untuk tidak mengenali Ayu. Walaupun diakui, Ayu banyak membantunya untuk berubah menjadi lebih baik. Tapi mungkin juga perubahan itu semata-mata kerana mahu sama level dengan Ayu. Kononnya.
            Tapi ternyata masa tak mungkin dapat di undur. Sejarah tak mungkin dapat di ubah melainkan mengubah masa depan dengan mengambil sejarah sebagai pengajaran.

            Maka keputusan yang lebih baik harus dibuat. Melupakan segala!. Ya. Kalaulah ada suis yang boleh off memory untuk ingat dan lupa, dah lama aku beli dekat kedai. Tahu?. 



**********
to be cont.

NOKTAH #2



Suasana di kafe saat itu lengang. Dian mengerling jam di tangan. Patutlah baru jam 11.30 pagi. Kalau tak, mahu tak ada orang macam ni. Semua macam pirana kelaparan.

            Hari ini Dian tidak mempunyai sebarang kelas atau aktiviti lain. Oleh itu masa yang ada hari ini mahu digunakan sehabis baik dengan melakukan aktiviti kesukaannya. Habis satu kampus dijelajah bermula jam 7 pagi tadi. Sengaja berjalan dan menikmati keindahan kampus yang banyak mengajar erti sebuah kehidupan dan kematangan.

            Selepas membeli minuman, Dian melangkah laju keluar dari kafe fakulti. Hari ini hatinya sangat ingin ke rooftop dan menulis sesuatu. Sudah seminggu peristiwa itu berlaku, dan selama seminggu itu juga dia tidak lagi bertegur sapa dengan Ayu. Salah aku ke?.

            Ketika Dian mendaki tangga, dia terserempak dengan Gina. Gina memandang buku bersaiz A4 berkulit tebal berwarna putih pink dan minuman di tangan Dian. “Kau  nak ke mana Dian?.” Gina kehairanan.

            Apasal lah mana-mana aku pergi dia ni ada?. Serabutlah. Entahlah, cuba untuk mendekati Gina, namun hatinya berkeras tidak boleh. Mungkin perlu masa. Dian kemudiannya tidak menjawab soalan Gina. Sebaliknya mengembalikan semula soalan tersebut.

            “Aku dari bilik Puan Rohayu tadi.” Gina berkata perlahan dan satu keluhan kedengaran.
            “Mengeluh ke?. Kenapa, ada masalah ke?.” Dian bertanya. Hilang keserabutan dirinya apabila melihat keserabutan Gina.

            “Aku nak lepak dengan kau  boleh?.” Gina memandang dengan harapan. Dian serba salah. Nak kata ya, aku pun tengah serabut. Nak kata tidak, kesian pulak.
            “Jomlah.” Dian bersuara sambil melangkah mendaki anak tangga seterusnya. Gina tersenyum senang.
            “Eh. Tapi kita nak pergi mana?.”

*****

Hampir 10 minit mereka berada di atas rooftop bangunan 5 tingkat fakulti mereka. Namun, Dian dari tadi hanya membisu. Gina pula seolah-olah membebel dan bercakap seorang sambil memuji keindahan pemandangan yang kelihatan dari tingkat 5 tersebut.

            “Gina, kau  boleh duduk tak. Jangan berdiri. Nanti pak guard nampak, dah tak boleh lepak sini dah tau. Pandang langit dahlah.” Dian mengingatkan dan memberi amaran.

            Sebenarnya tiada siapa pernah tahu bahawa dirinya suka menghabiskan masa di rooftop tersebut. Namun entah kenapa hari ini dia membawa Gina bersama. Ayu sendiri tidak pernah tahu tempat ini. Argh!. Nama itu lagi yang aku nak sebut.

            Gina akhirnya duduk di sebelah Dian. Kaki mereka berdua melunjur ke depan. Dian nampak sangat cantik walaupun hanya dengan T-shirt Muslimah dan seluar slack hitam miliknya.

            “Dian, comel stoking kau. Warna-warni. Kau  beli dekat mana ya?.” Gina bertanya.

           Dian memandang kakinya yang berstoking dan bersandal hitam itu. Kemudian matanya berlari memandang kaki Gina.

            “Ada orang bagi.” Dian menjawab ringkas.
            “Mesti Ayu kan?.” Gina meneka. Tekaan Gina tepat dan tiada syak wasangka lagi.
            Dian menarik nafas. Panjang. Gina tersenyum kelat. Masih ingin bertanya sesuatu. Namun bagai terhenti apabila melihat raut wajah Dian.

            “Kenapa kau  mengeluh tadi lepas jumpa Puan Rohayu?.” Dian cuba menukar topik. Gina perasan akan hal itu.
            “Sebab sebenarnya aku geram dengan partner assignment aku. Assignment tadi sebenarnya dah lepas due date. Tapi disebabkan partner tak bagi kerjasama, jadi siap lambat dan kena sound dengan Puan Rohayu. Benci betul!. Rasa macam nak je bagi tahu yang partner tu tak bagi kerjasama dan sebenarnya aku buat sendiri assignment tu.” Gina meluahkan rasa dihatinya. Nampak sangat dia memang marah. Sambil cerita, mukanya merah.

            “Kau  dah hantar lamakan?. Senanglah sebab dapat partner yang memang bff.” Gina menyambung lagi. Dian termenung. Tak sangka Gina punya perasaan marah. Eh?, Gina pun manusia. Bukan alien.
            Nasib baik assignment tu kami buat cepat sebelum krisis melanda. Kalau tak. Tak tahulah macam mana aku nak kerjasama lagi dengan Ayu.

            “Weh!.” Gina menyiku Dian. Menyedarkan Dian dari lamunan.
            “Kau  ni mesti ada masalah dengan Ayu kan?.” Gina serkap jarang. Adoi. Gina ni.
           “Dian, kau  ceritalah. Mungkin aku boleh bantu.” Gina berkata sambil cuba memujuk Dian agar berkongsi dengannya. Tiba-tiba Gina terpandangkan buku A4 berkulit tebal dan berwarna putih pink di tangan Dian.

            “Hah!. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau  tengah fikir.” Dian mula mengalihkan buku tersebut dan meletakkannya di belakang duduknya.

            Dian tersenyum geli hati. Ada hati nak ambik buku aku. Tolonglah Gina ni. Urm… rasanya dah lama aku tak ketawa senang hati.

            “Hahaha… alah, kau  ni Dian. Kau  tak anggap aku kawan kau  ke?.” Gina sekali lagi mencuba. Namun tidak mengharapkan apa-apa. Mungkin dia sememangnya dilahirkan untuk tidak punya kawan. Uh.

            “Aku anggap. Tapi aku dah tak percaya pada sesiapa.” Dian menoktahkan kata.
            Gina terdiam.

            “Dian, kenapa Farish tiba-tiba tangguhkan pengajian?.” Gina bertanya tiba-tiba. Dian tersentak. Sudah lama tidak mendengar nama itu disebut.

            Soalan luar alam. Mungkin boleh minta star wars yang jawabkan. Eheh.
          Disebabkan soalan  yang luar alam masa tu, maka peristiwa malam itu tiba-tiba tergambar jelas di ruang mindanya buat entah ke berapa kali. Boleh gila dibuatnya.


            Pergilah Farish. Aku pun dah tak sanggup nak jumpa kau!.




***************
to be cont. 
:)

'NOKTAHKAN. SUPAYA KAU TAK SAKIT!.'


_hasil tulisan yang telah lama diperam.
nur insan.
burn town.
15Ogos2015 (12.26pm)


Monday, June 8, 2015

NOKTAH #1


           Dian melangkah laju menuju ke pintu masuk dewan kelas. Jeritan Ayu yang memanggil namanya sengaja tidak diendahkan. Rasakan!.
            Hatinya berbisik geram. Ingin menjauhkan diri dari Ayu dan semua yang berkaitan dengan Ayu. Ayu yang memandang dari jauh mula berasa hampa. Kesal dengan apa yang berlaku.
            Akhirnya Dian masuk ke dewan kuliah dan memilih tempat duduknya seperti biasa. Barisan hadapan dan di tengah-tengah. Buku nota diletakkan di atas meja. Hampir ke semua pelajar telah memenuhi ruang dewan kelas.
            Di pintu masuk Dian nampak Ayu mula melangkah perlahan. Namun Dian sengaja tidak mahu memandang wajah Ayu dan sibuk memerhatikan telefon bimbitnya. Ayu yang menyedari situasi itu, akhirnya bertindak memilih untuk duduk di belakang Dian yang kebetulan masih kosong.
            “Dian, Ayu mana?.” Gina yang baru sahaja mengambil tempat di sebelah Dian bertanya laju. Kebiasaannya Dian dan Ayu akan duduk sebelah menyebelah. Namun hari ini Ayu tidak kelihatan.
            Buta ke apa Gina yang tak nampak Ayu di belakang Dian.
            “Entah.” Dian menjawab ringkas. Apa kau ingat aku ni bodyguard dia yang 24 jam asyik dengan dia je?.” 
                  Tolonglah jangan sebut lagi nama tu depan aku. Please!. Gerutu hati Dian.
            Ayu di belakang hanya tersenyum pahit mendengar jawapan Dian yang seakan menganggap dirinya tidak wujud. Namun segala-galanya telah berlaku. Ingin di undur. Masakan mampu?.
            Gina memandang hairan. Tangan Gina lincah mengeluarkan lecture note dan juga sebatang pen merah dan diletakkan di atas meja miliknya. “Aish!. Takkan bergaduh kot?. Korangkan bff.” Gina tersenyum. Membayangkan seandainya dia juga mempunyai seorang sahabat yang boleh dianggap bff. Best friend forever.
            Tolong jangan sebut lagi ‘bff’ ya. Geli!. Sekali lagi hati Dian marah berapi. Namun jeritan hatinya tidak didengari sesiapa.
            “Kau ni kan Gina, kenapa mesti nak duduk sebelah aku?.” Dian bertanya sambil matanya memandang lecture note di atas mejanya.
            “Mana ada aku ‘mesti’ nak duduk sebelah kau. Tapi memang tempat ni strategik.” Gina membela diri. Dirinya kelihatan serba tak kena tiba-tiba. Membetulkan duduknya dan membetulkan baju kurung hijau lembut dan cermin mata besar oldskol miliknya. Pelik, memang tengok sahaja budak ni tak ada perkataan lain yang sesuai selain ‘pelik’.
            Dian senyum nipis. Macam aku tak tahu yang kau selalu je nak duduk dekat dengan aku. Dian sebenarnya tak kisah pun, mungkin dengan macam tu Dian boleh mendekati Gina dan bantu Gina berubah. Dian dulu pun macam Gina. Dian dapat merasakan yang Gina sebenarnya ingin berkawan dengannya sejak dahulu lagi.
            Tapi entah, bila melihat Gina macam tak confident dengan diri sendiri dari dulu sampailah ke hari ini ditambah pula dengan extra value ‘kepelikan’ mungkin itu menjadi sebab Dian rasa ‘tak suka’ bila melihat Gina. Entah, apa salah dia pada aku?. Soalan Dian untuk dirinya sendiri.
            Mungkinkah kerana cermin mata besar oldskol tu buat Gina nampak macam ‘pelik’ atau mata di sebalik cermin mata itu yang menceritakan peribadi Gina yang ‘pelik’. Dian masih lagi menganalisis.
            Namun Dian akhirnya akui, disebabkan sikap Gina yang kadangkala gelabah dan ‘pelik’ itulah Dian merasakan tidak mampu untuk berkawan baik dengan Gina. Malah kadang-kadang rasa ‘tak suka’. Pelik sungguh!. Ada ke orang yang dilahirkan untuk dibenci?.
            Entah kenapa tiba-tiba Dian teringat dirinya yang dahulu yang berbeza dengan dirinya sekarang. Takdir buat dia berubah kerana sebuah pertemuan. Pertemuan dengan seseorang yang pernah dianggap sahabat. Tapi sekarang?. Layakkah hubungan itu digelar hubungan persahabatan?.
            Fikiran Dian masih lagi melayang jauh. Mengingati peristiwa malam dia perlu mendengar pengakuan cinta dan perlu pula rasa sakit hati dan kecewa. Malam itu ternyata titik mula rasa dikhianati. Gila!. Apabila menyedari bahawa Ayu berada di belakangnya, Dian mula rasa tidak selesa. Lantaklah malas dah nak fikir pasal kau.
            Kenyataan dan takdir Tuhan. Kadangkala sukar untuk memahami makna sesuatu takdir. Benarlah setiap yang berlaku ada hikmah. Namun untuk situasi yang dihadapinya kini, tidak tahu bagaimana untuk melihat mananya hikmah.
            Kelas hari itu berlangsung seperti biasa. Subjek Puan Rohayu. Get focus!.



***************
to be cont. 
:)

'NOKTAHKAN. SUPAYA KAU TAK SAKIT!.'


_hasil tulisan yang telah lama diperam.
nur insan.
burn town.
08jun2015 (11.36am)