Friday, February 8, 2019

First In 2019!



Alhamdulillah untuk 2019!
Dah masuk bulan Februari pun..hehe
^____________^

Nak listkan azam tahun baru....
agaknya berjaya capai ke tidak ya?..
tak apa lah, capai ke tak..yang penting
 bak kata roosevelt:
"Believe you can and you're halfway there."



1. Nak ada buku kedua selepas 'AKU, DIA dan SEKOLAH'..
Haa..dah dapatkan ke belum buku ni?... diterbitkan oleh BUKU LONCATAN pada November 2018.
Kalau belum boleh beli sekarang tau. Tekan link ni BUKU AKU DIA DAN SEKOLAH. Beli jangan tak beli..hehe.. feedback ramai suruh menulis lagi, jadi kena tulis lagi ni.. ^_^


2. Nak tamatkan master T_T
Pleaseee.. *menangis untuk diri sendiri*.. Jelous sangat, 'budak UKM' dah dapat surat tamat pengajian dan konvo UKM kali ke -47.. kitewwww nak konvo jugakkkk T_T...

3. Nak kurus.. pleaseee... kenapa badan bagai dipam pam ni O.o ... kena kurus, sihat dan cantik *pengsan* target 50kg.. phewwww..hahaha

4. Nak baca buku target tahun ni habis 1 buah buku je kulit ke kulit. Haaaa... nampak sikit, tapi berat tu... ni kalau berjaya ni.. reward dia emas 1g.. haa.. hahaha :p

5. Nak simpan duit dan lebih berjimat cermat. target hujung disember 2019 berjaya saving RM4K... O.o... serius?.. agaknya ada yang baca ni simpanan setahun lebih dari ni.. tak apa lah...kita buat mana yang kita mampu... ok..kita tengok nanti.. kadang kita tengok orang seronok je banyak duit, tapi kita tahu macam mana 'sakitnya' dia saving.. jadi nak belajar 'sakit' saving duit.. phewww... berpeluh gini... harap berjaya lah...

tu je lah.. kang tulis banyak2 target to achieve last2 tak dapat apa pun..hahaha.. gelak untuk diri sendiri..
harap tahun ni lebih baik..

btw satu lagi yang nak dimasukkan dalam list..

6. anniversary tahun ni nak ke mana erk?.. hahaha... =p sebulan lagi ni... tahun pertama ke melaka ni betul2 cuti sambil 'larikan diri' ..hahahaha... tahun ke dua ke kelantan sambil attend wedding zati and adik ipar angah.. tahun ketiga ke UKM/ bangi, VIVA en.heaven.... tahun ke-4 ni... ermmm..selalu time anniversary sambut 'bersambil-sambil'.. tahun ni harap boleh tak sambil2..  penting ni..hahaha.. ke mana erk?


Okaylah.. malas dah nak menaip petang2 yang panas ni...lagipun tengah cari idea nak siapkan artikel... harap sempatlah siap sebelum 10 feb... supaya wishlist pertama tu berjaya dilaksanakan.


K. Tata...
Moga yang baik2 untuk kita sepanjang 2019 dan seterusnya.

fighting!

<3 p="">
nurinsan
teratak kasih A & E
8 Feb 2019 (04.00pm)



No comments: