Thursday, December 27, 2018

Methotrexate (MTX)

Image result for danbo hospital

Assalamualaikum.. ^_^
Hari ni nak share tentang pengalaman MTX shoot yang kita ambil untuk gugurkan ectopic pregnancy.
Ada beberapa orang yang message minta share pengalaman apa jadi bila ambil MTX ni...

Disclaimed: ini hanyalah catatan pengalaman aku... setiap orang kena rujuk doc masing2 untuk lebih tepat sebab badan kita tak sama.


Fisrt of all, bila kandungan berada diluar rahim ada 2 pilihan sama ada kita nak buat laparoscopic surgery atau cucuk MTX dekat muscle area... MTX ni ubat kemoterapi tapi dalam dose yang sangat sedikit menurut doc... untuk lebih info boleh baca info dekat intermountain healthcare ataupun North Bristol


Masa nak pilih ni mula2 confident nak surgery... tapi disebabkan banyak sangat tengok video laparoscopic surgery, makanya sis rasa macam tak sanggup nak hadapi yang namanya 'pembedahan'.. haha..dinasihatkan jangan tengok video orang buat laparoscopic kalau dah tekad nak buat...buat je... tapi untung bila pembedahan ni, sekali je (kot) pastu rehat dan sembuhkan luka (agaknya la.. bila baca dalam forum) seminggu je katanya....tak payah tunggu macam MTX.....


Tapi MTX ni.... untuk aku alhamdulillah hanya single dose dan lepas tu repeat blood test day 4, day 7 and repeat setiap seminggu sekali jika result BHCG  menurun dgn baik selepas hari ke-7 cucuk hingga mencapai result BHCG bawah 5. Bergantung pada individu, ada orang sehingga 3 bulan... ada yang ambil masa seminggu dah turun bacaan.

aku pula memang dah set dalam minda nak seminggu je repeat blood test.. tapi akhirnya 3 minggu juga ulang alik ambil darah dan jumpa doc...aku ambil darah setiap hari selasa dan jumpa doc hari rabu... disebabkan aku malas nak ambil darah dekat hospital sebab kena menunggu lama, jadi aku terus ke BP Lab every week untuk ambil darah dekat sana jam 7.30 pagi sebab nak result keluar awal pagi esoknya . Bayaran untuk ambil darah dan blood test tu RM36. Kalau ambil darah dekat hospital kena bayar RM25 sebab darah tu still pihak hospital akan hantar ke BP lab.. sebab dekat hospital ni tak ada (ke lambat) dapat result.. aku tak pasti..


Satu pengalaman yang tak best bila cucuk MTX  ni ialah bila kena repeat blood test untuk tahu bacaan BHCG.. memandangkan aku sejenis yang mempunyai urat kecil dan selalu urat hilang bila doc dah cucuk, maka setiap kali nak ambil darah kena cucuk sampai 7 kali padahal nak ambil darah sikit je T_T.. pastu lebam tangan, rasa nak pitam pun ada ^^''...huhu..


Antara benda yang aku selalu juga aku search kat internet adalah bacaan BHCG orang lain.. sebab aku nak tahu ada tak yang sama macam aku dan aku boleh expect result BCHG seterusnya berapa.. ni bacaan BHCG aku:


BHCG
15 nov - 3545 (bacaan BHCG kali pertama)
16 n0v- 3177 (bacaan kali kedua)
21nov- 2996 (first shot  MTX)
24nov-2143 (day 4)
27nov-1266 (day 7)
04dis-436.64 (every week)
11dis-32.89
18dis- <1 .20="" 1="" blood="" div="" last="" nbsp="" test="">


Selepas cucuk mtx.. bacaan hcg sepatutnya turun 15% dari hari ke-4 ke hari ke-7.. 
kalau tak turun 15% ada kemungkinan kena ambil second shoot...
Untuk mudahkan pengiraan, boleh ke laman web ni kira BHCG level masukkan je tarikh result bhcg dan berapa bacaanya, nanti website ni kirakan berapa %... 


Dalam pada menanti turunnya BHCG, aku alami juga turunnya darah... kalau baca entry sebelum ni aku start bleeding masa 30 November...

 tapi rupanya tu baru permulaan..

6 disember aku rasa sakit sangat perut, bangun pagi tu perut rasa mengeras sangat...aku agak aku masuk angin.. aku sapu la minyak panas la, en.heaven tolong keluarkan angin... rasa lega sikit.. tapi still rasa 'something' tak sedap dekat perut... last2 aku minum air halia+serai yang  direbus 30 minit... masa ni en.heaven tak ada dekat rumah, dia pergi beli bubur.. aku syak, kalau dia ada mesti dia tak bagi minum sebab bila dia balik dia tanya air apa dalam periuk tu sambil reaksi wajahnya yang..haha.. tapi aku tak tahan sangat nak minum juga air tu dengan harapan tak sakit dah... then alhamdulillah tak sakit dah.. tapi malam tu... 'seketul' keluar dengan jayanya...dan aku menjerit didalam bilik air serta muntah 2x.. pakej ^^''... tapi aku nasihatkan supaya mengelak dari apa2 tak diingini jangan minum lah air halia+serai tu (disclaimed siap2 ^^'')


Apa pun, alhamdulillah semuanya dah berakhir dengan jayanya untuk kali ini...
aku doakan aku tak alaminya lagi...
dan sesiapa pun yang alaminya moga terus kuatkan semangat...
aku juga doakan buat sahabatku yang masih menanti, 
moga kita sama2 sentiasa positif dan in sha'a Allah dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..
ameen.. in sha'a Allah... 


Di penghujung 2018 ni, 
diharapkan kita mampu melangkah ke 2019 dengan lebih bersemangat!
Apa pun, mudah2an kita semua bahagia dengan apa yang kita miliki...
^__^


“Aku tidak pernah mengkhuatirkan apakah doaku akan dimakbulkan oleh Allah atau tidak, 
kerana setiap kali Allah mengilhamkan hambaNya untuk berdoa, 
maka Dia sedang berkehendak untuk memberi karunia. 
Yang aku khawatirkan adalah jika aku tidak berdoa lagi.”
_Saidina Umar Ibn Al-Khattab


NOTA: 
Azam 2019 nak banyakkan entry review dan cerita tentang master journey lah
supaya habis cepat sikit.
Harapnya menjadilah..rasanya dah lama azam ni..haha
apa pun sayangnya dengan teratak ni, sebab dekat sini aku boleh menulis, menulis dan terus menulis
^_^



berjalan terus ke depan,
nur insan..
teratak kasih A&E
27.12.18(08.30pm)

.xoxo.

No comments: