Drama Nur 2 dah start tayangan semalam..
Tengok teaser dia, rasa 'bimbang' betul dengan scene yang rasanya hanya untuk kontroversi.
Tak perlu kot scene tu... tak ada scene tu pun rakyat Malaysia memang menanti tayangan Nur 2.
Terimbau pula kisah tahun lepas,
Haritu aku sekali lagi dapat kelas ganti untuk pelajar tingkatan satu. Seperti biasa setiap awal waktu persekolahan aku perlu merancang aktiviti yang sesuai dengan kelas ganti yang aku dapat, kemudian menyusun jadual waktu serta temujanji yang ada.
Sebaik loceng berbunyi, aku melangkah ke kelas tingkatan satu itu. Mereka sangat teruja melihatku. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu dikelas mereka. Lagi pula, seperti biasa aku akan ada hadiah misteri untuk yang berjaya membuat aktiviti yang aku minta dengan baik. Rasanya mana-mana pelajar walaupun tingkatan lima sekalipun pasti suka jika diberi hadiah kan. Cikgu pun suka kalau dapat hadiah kan?
“Okay kelas, semua dah dapat sehelai kertas A4 yang cikgu bagi ya?” Aku bertanya sambil melihat semua pelajar dihadapanku.
Mereka mengangguk.
“Okay bagus. Boleh cikgu tanya satu soalan?”
“Boleh!” Mereka menjawab serentak dengan nada teruja.
“Apa pekerjaan yang awak tahu ada dekat sekolah ni?” Aku bertanya sambil tersenyum.
“Cikgu!” Beberapa orang pelajar menjawab.
“Lagi?” Soalku, mahu mereka terus berfikir.
“Pengawal keselamatan”
“Bagus!” Aku memberikan pujian. Dia tersenyum bangga.
“Okay, jadi harini aktiviti yang cikgu nak awak buat adalah pertama sekali tulis nama dan kelas awak pada kertas yang cikgu bagi.”
Mereka mula menulis nama dan kelas masing-masing.
“Dah cikgu!” Beberapa orang berkata serentak. Aku lihat semua sudah merenungku menanti arahan seterusnya, bermakna semua sudah siap menulis nama dan kelas.
“Okay, sekarang cikgu nak awak senaraikan semua pekerjaan yang awak tahu yang ada dalam dunia ni.”
Mereka mula berfikir.
“Berapa-berapa ke cikgu?”
“Ya, seberapa banyak yang awak dapat. Mesti lebih 20 pekerjaan.” Kataku.
Mereka mula menulis, aku membenarkan mereka berbincang dan merujuk mana-mana buku yang dirasakan sesuai.
“Cikgu jurutera boleh ke?”
“Awak rasa jurutera tu pekerjaan tak?”
Dia mengangguk.
“Jadi boleh tulis.” Aku menjawab.
“Pelacur cikgu?” Tiba-tiba seorang murid bertanya.
Aku tersentak. (...baca sambungannya didalam buku AKU, DIA dan Sekolah)
Hari ini, walaupun kita cuba menafikan dengan mewujudkan helah bela diri 'ada message yang ingin disampaikan'... tapi ketahuilah ia tidak seharusnya dilakonkan hingga ke tahap itu.
Nota: Sungguh aku juga antara yang 'terkesan' dengan drama ini. Tapi kerisauan turut hadir bersama dengannya!
Tetap Kamu
Amylea X Megat
Komposer : Farouk Roman
Lirik: Amylea
Benarkah yang derita
Sulit untuk aku bertahan
Ada hati yang tersimpan
Menginginmu
Ternyata dan teruntuk
Buat diriku hanya kamu
Yang tak mudah meruntuhkan
Setia ku
Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut
Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bukah
Terangi ku
Mungkinkah jalan kita
Kan terpisah dan berlalu
Ku janji akan selalu
Merindumu haa
Janjikan aku
Tak pernah kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut
Janjikan aku
Takkan pernah menjauh
Bagai larutnya malam
Pekat menghidupkan bulan
Terangi ku
Janjikan aku
Tak kehilangan mu
Biar beribu jalan
Menghapus semua rasaku
Takkan hanyut
Nurinsan,
Teratak kasih A&E
03 April 2019 (09.12pm)
No comments:
Post a Comment