Friday, November 30, 2018

Kitab Cintaku#6: My Ectopic Pregnancy Journey

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..
Dah lama tak menulis disini...
Hari ni terasa ingin menulis sesuatu sebagai kenangan dan ingatan...
Catatan hari-hari yang telah berlalu dan sedang menanti..


April 2018.
Entah kenapa, tahun ni  hati nak sangat to have 'little junior' :) ...
sebelum ni, macam tak rasa sangat walau kami dah pun berkahwin 3 tahun lebih...
Mungkin sebab belum masanya :)

Lagipun setiap orang punya timeline tersendiri, kan?

Bermula April, secara serius dan adakala agak culas juga untuk ber-TTC..
persediaan mental, fizikal dan emosi...
setiap orang ada cara tersendiri untuk TTC...


Mei - September 2018
4 cycle percubaan..
Tapi belum berjaya dan banyak juga cabarannya..
alhamdulillah aku dikurniakan pasangan yang selalu positif dan tak pernah stress soal anak..
dan akhirnya  pada September, rasa perlu berehat sebentar dan menunggu cycle seterusnya untuk percubaan kelima.. (apa pun just have fun with what u have ^_^ ) 



Oktober 2018.
Aku rasa lain. Ada beberapa tanda yang buat aku syak, aku pregnant. Sebenarnya, walaupun since 2015-2017 aku belum betul2 serius untuk TTC, but I read a lot about pregnancy. Tanda2 pregnant, jenis2 preganancy, dll.. ya, banyak benda aku belajar..mungkin dengan cara tu aku rasa akan buat aku lebih bersedia.... 23-25 Oktober aku ke Terengganu.. masa dalam perjalanan, aku doa kalau betul apa aku rasa sebelum appoinment Doc, akan  naik double line. *doa musafir tu mustajab*



26 Oktober 2018 (Jumaat)
Pagi sebelum ke hospital, aku buat UPT. Buat pertama kalinya naik double line. Berdebar juga masa tu..
Betul ke tak apa aku nampak ni....  then, aku ke hospital untuk appoinment, Doc minta buat UPT. Untuk pertama kali hospital minta buat UPT...

Masa tu nurse bawa ke bilik prosedur dan minta untuk check urine.
"Eh... macam nak naik double line." 
Nurse yang check macam bagi harapan. 

"Eh.. ouh... tak naik..."
Nurse sekali lagi maklumkan. Aku masa tu redha je walaupun ada rasa macam tak puas hati.

"Tapi kita still akan hantar formal check."
Aku anggukkan sahaja.

Balik tu aku terus text en.heaven. Aku katakan aku tak puas hati sebab pagi tadi aku buat positif..
I need something like clear blue. UPT kit paling mahal..haha...




27 Oktober 2018
 Pagi sebelum subuh aku check sekali lagu UPT. Untuk puaskan hati aku memang guna CB Digital yang harga dekat RM40...aku beli CB ni since mei haritu, ni baru confident nak guna. Masa check tu..
Alhamdulillah! It work great! ^__^


I'll sent picture to en.heaven.. padahal dia ada kat sebelah..hehe..
Tapi we are not so excited, sebab takut entah2 salah ke kan.. 
so, selagi tak jumpa doc to confirm, selagi tu kena sabar tunggu...




30 Oktober 2018
Kami pergi scan, 
"Saya rasa kandungan puan masih kecil, jadi tak nampak lagi... Puan jangan risau, nanti lagi dua minggu datang semula. Kita scan ya." 
Hati aku rasa macam tak sedap..tapi en.heaven kata, tak apa tunggu lagi dua minggu... kan abang kata kecik lagi.... confident en.heaven..haha... aku senyum je la...sambil tu hati berbisik... 'anak ummi baik2 je kan?' :)



10 November 2018
Harini aku tekad nak try sekali lagi UPT cb digital... cari dekat watson semalam out of stock..nasib ada kat guardian.. so, pagi ni sekali lagi aku test... kalau betul, sepatutnya mesti naik 3+ dan aku janji, aku takkan test lagi dah lepas ni... dan yes! it was 3+ .. alhamdulillah ^_____^ nampak tak CB sampai 2 jenis.. satu lagi jenama biasa...






12 November 2018
Aku rasa belakang aku sakit sangat lepas balik dari KL semalam..
Malam tu, aku ajak en.heaven ke klinik.. sebab aku ingat something related with sakit belakang ni..
Kali ni aku sekali lagi minta scan dan sekali lagi doc minta buat check UPT.

"Tahniah..puan pregnant." Doc berkata sambil tersenyum.

"Tapi... ..Sepatutnya puan dah 8 minggu... tapi.. saya tak nampak apa2 dalam uterus... dan saya takut kalau itu maksudnya ectopic pregnancy."


Lain yang aku agak...lain rupanya yang jadi...
Doc ask us immidiately  to go emergency department (ED). 4 kali dia ulang, puan kena pergi malam ni juga...
Aku masa tu tak boleh nak cerna.. seriuosly?.....
Bila ectopic...
Aku tahu, aku harus bersedia untuk kehilangan...

Tapi confirm sakit belakang tu tak ada kena mengena dengan ectopic pregnancy. 
Tu cuma aku tersalah duduk dalam tempoh yang lama. 
Kami ke ED.. Masa kat ED aku confident bagitahu doc yang UPT negatif masa aku check kat hospital 26 oktober.. Then Doc buka history patient... sekali doc bagitahu..
"Eh.. no lah... its positive..."

Aku terkejut...?...

"Kenapa nurse tak call you semula ya?"
Aku pun cakap aku tak tahu... dan aku agak nurse pun memang syak negatif so tak check semula formal result...
Dan malam tu sadisnya aku terpaksa admit wad lepas 3 orang doc  scan and they see nothing  T_T



13 November 2018
Doc benarkan aku pulang dengan MC sampai jumaat. Aku boleh balik sebab tak ada pendarahan dan tak sakit perut. Tapi walaupun macam tu, aku kena datang klinik O&G 15 Oktober dan 16 Oktober untuk review blood test dan buat blood test sekali lagi.


15 November 2018
My BHCG on first day 3545. Tinggi dan sepatutnya memang boleh nampak something on uterus. Tapi still scan tak nampak apa2. Dua orang Doc yang check untuk confirm...


16 November 2018
My HCG drop sikit jadi 3177. Kali ni sekali lagi doc minta masuk wad sebab memang suspect ectopic pregnancy.  HCG drop atau naik bukan sekali ganda tu salah satu tanda2 ectopic... Tapi masa tu aku terfikir juga macam mana kalau tu vanishing twin symptoms yang menyebabkan hcg drop?... huhu.. emy pleasee.. kadang2 boleh tak stop fikir yang baik2...sangat mustahil okay! ^^''



17 November 2018
Sekali lagi doc scan dan bagi conclusion PUL (pregnancy unknown location dan suspect ectopic). Kali ni doc bagi dua option. Pilih untuk laparoscopy atau MTX... Aku masa tu still tak boleh nak hadam semua ni..  Ditambah lagi dengan soalan2 dari orang sekeliling.. entah lah...emosi tak stabil..huhu... 



18 November 2018
HCG sekali lagi turun 2996... Masih turun tapi terlalu sikit. Sekali lagi doc sebut tentang kerisauan dia. Kalau tunggu takut pecah dekat tube, jadi nanti memang kena buang tube.. kalau tak tunggu, takut dia still kecil.. Kalau doc dalam dilema, aku apatah lagi... 

Petang tu, datang seorang nurse.. saje borak2 dan nurse tu cerita tentang seorang patient yang pernah jadi kes macam aku. Dia pilih untuk cucuk MTX dan bila scan sekali lagi. Baby in uterus. Tapi masa tu dah ambil MTX... dan nurse tu tak tahu apa kesudahan kes tu... ada dua kemungkinan, kalau baby still survive, baby akan ada banyak komplikasi... kalau baby tak kuat, memang akan keguguran.

Aku diam.. Entah.. aku tahu kemungkinan aku pun boleh jadi macam tu. Aku sempat baca jarang PUL (pregnancy unknown location) dan final result ectopic, tapi still ada kes.  Minggu2 yang sangat stress buat kami.. endup satu je cara untuk tenangkan hati... istikharah...


19 November 2018
Entah kali ke berapa doc asyik ulang benda yang sama. Puan nak pilih yang mana...
Aku tanya, what if we wait untill I feel pain on somewhere.
Tapi jawapan doc, kalau puan sakit kemungkinan dia dah pecah dan tu bahayakan nyawa puan..

Lepas asar, seorang doc perempuan menghampiri aku. We discuss pro dan contra. Kali ni hanya aku dan doc tu... Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku pilih untuk MTX...

"Kandungan puan akan mengecut dan puan mungkin akan alami pertumpahan darah...."
Aku hanya senyum dan mengangguk.

Bila doc berlalu, entah kenapa terasa air mata ni terlalu banyak untuk disimpan...
dan buat kesekian kalinya, mata ni bengkak untuk tangisan yang dah ke berapa puluh kali...



20 November 2018
Sebelum prosedur untuk MTX aku minta untuk scan dulu. Then Doc yang baik hati tunaikan permintaan aku. Kali ni aku minta sangat2.. pleasee..pleasee see something... supaya aku lebih puas hati... 

"Kalau tengok pada scan ni, uterus puan memang menunjukkan uterus memang hamil.. tapi uterus empty... and kalau tengok pada tube kanan.. saya agak, there it is...sebab tube kanan membengkak... cuma bengkak tu tak besar sgt...."

At least aku lega dengan penjelasan tu...


Jam 12 tengahri, doc datang dekat aku dan cucuk MTX...
Lepas cucuk aku rasa lebih tenang...
Aku berdoa moga Allah redha dan mudahkan urusan kami...

Kecewa ke aku?
Dia berhak memberi, Dia juga berhak mengambilnya kembali...
kan?
Sekuat mana pun, airmata tetap ada...

Malam tu we spent time together with burger kat dalam wad 😂
*eleh..cakap je la rindu..sebab tu sanggup datang 2x semata2 nak bawak burger nak makan sama2 kan?😋😝*



21 November 2018
Aku discharge. Kalau keluar darah atau sakit perut, aku kena cepat2 datang emergency.
Aku dapat MC sehingga cuti sekolah. Aku tanya, biasanya bila darah akan keluar lepas cucuk?... Doc kata, bergantung pada orang... ada orang tak keluar pun darah.. I hope I was one of them, no blood...






24 November 2018
Hari ni aku ke hospital untuk buat blood test untuk check HCG level hari ke empat lepas shot MTX.
Result hari ni turun lagi.. Alhamdulillah.. 2143.. Tapi doc kata, macam turun tak cukup tinggi. Aku sangat risau kalau kena masuk wad. Aku cakap "kita patut tunggu hari ke-7 kan doc?"..
Aku ada baca protokol selepas MTX shot.. darah akan diambil hari ke-4 dan ke-7.. Jadi ni salah satu cara juga untuk elak masuk wad sebenarnya.. sebab aku tak rasa sakit.. heeee.. Lepas doc discuss dengan pakar, Yes, tunggu result hari ke-7.


28 November 2018
Hari ni aku ambil result darah hari semalam.. Ya, semalam aku dah pergi cucuk ambik darah.
Memandangkan hari rabu klinik o&g sepatutnya tutup, jadi tak ramai orang pun. Aku seorang je rasanya yang duduk menunggu di kerusi. Doc nampak aku, terus panggil masuk bilik.

"Alhamdulillah HCG level menurun lebih 15%, 1266... puan confirm ya tak rasa sakit?.. tak ada darah?.."
Aku senyum dan mengangguk.

Kalau macam tu next week aku perlu ambil darah lagi, seminggu sekali sehingga 0% HCG.



29 November 2018
"Macam mana harini?..dah keluar ke?..ada rasa sakit?"

sekali lagi Kak M bertanya.
dan buat ke sekian kalinya, aku katakan..

"Belum dan memang berdoa supaya tak sakit."

Aku ingin dia hilang, perlahan dan pergi.

Dan malam ni,
Ternyata dia memberi tanda telah bersedia untuk 'pergi'...

Ketika itu, En. Heaven ajak solat isya',
Aku ke toilet dan check ada macam lendir warna coklat.

Alhamdulillah, Allah mudahkan.
Tanpa sakit!



30 November 2018
Hari ini, lepas kami pergi makan petang tadi... balik tu keluar lendiri coktat kehitaman + bleeding. Dan hari ini adalah hari ke-10 selepas MTX shot. Tapi aku still tak rasa sakit dan bleeding tak banyak. Setakat yang aku baca, jika pad perlu ditukar banyak kali tak sampai 2 jam, tu memang perlu segera ke hospital. So, I just wait and see... for a better tomorrow...

.
.
.
Finally,
You will come out slowly this evening my dear...

The day I'm waiting for..
And the day I really didn't want it to be happens..
But it does..

After 10 days of MTX shot.

.
.
.

My Pregnancy.
2 months journey.
Will end soon.
Hope for the strongest soul..
💘

Kamus istilah:
1. Ectopic Pregnancy:  Kandungan luar rahim. Kandungan akan datang juga punya potensi yang sama.

2. HCG: The hormone Human Chorionic Gonadotropin (hCG) is produced during pregnancy.

3. MTX: Methotrexate is a type of Chemotherapy shot that is used for an ectopic pregnancy. Kalau badan respond dengan baik (hcg drop more 15%), bermakna tak perlu second shot.

Penulisan ini hanya catatan pengalaman dan bukan rujukan perubatan. 
====================================================================

the date. stop when i shot mtx :)
Untuk tempoh ini,
Aku mohon kekuatan hati...
Orang melihat aku sihat, boleh ke sana dan ke mari..
Adakala tika bertemu dengan mereka yang ku kenali,
Tak putus mereka mendoakan kami dikurniakan zuriat...
Alhamdulillah.. Thanks for the prayers...
Ameen in sha'a Allah for the next time...
Tanpa mereka tahu, 
hakikat sakitnya menanti saat2 keguguran tika ini.....

.
.
Setelah hampir 4 tahun...
Dan akhirnya kau terpaksa memilih untuk menggugurkan dia..
Ia bukan satu saat yang mudah untuk dilalui..
Kadangkala terasa macam trauma...
Untuk itu, aku mohon doakan kekuatan hati untuk aku dan suami...
.
.

Dua bulan yang bermakna....
Walau pun pengakhirannya tak seperti yang diharapkan,
Tapi Allah tahu yang terbaik dan apa yang kita perlu..
Kadang kita rasa sudah punya perancangan yang baik..
Tapi rupanya, Allah juga sedang merancang yang terbaik untuk kita...


Satu pengajaran yang bermakna buat aku,
Anak tu anugerah yang Allah beri..
Walaupun kita berusaha, kalau Allah kata belum tiba masa..
Maka kita harus akur.. dan kadangkala Allah beri tanpa kita jangka..
dan tidak mustahil Allah ambil bila tiba masanya...


Untuk Dua bulan ni..
Walaupun dia hadir tanpa kita duga,
Tapi kehadiran dia sangat bermakna dan memberi erti kesabaran yang sebenar...
Alhamdulillah...
:' )

Benarlah...
Semakin aku mencari ikhlas...
Semakin aku diuji dengan keikhlasan...

Yang masih belajar tentang ikhlas...
_nurinsan
Teratak kasih  A and E
30 Nov 2018 (9.00pm)



Nota:
The A.E.I.O.U family's ... soon hope so to have I. O and U.. and maybe others letter to :)

Bak kata orang..
"Alaaa...awak muda lagi.."
Okay saya akan kekal muda dan cantik =P




'Dia yang memberi... bukankah Dia juga berhak untuk mengambilnya kembali...'
...Alhamdulillah untuk nikmat yang pernah dan masih lagi diberi...
...kita berhak untuk sedih atas kehilangan, tapi bukan meratapi suratan...

life. well.
^_^


I: Abang.. kalau Allah uji, tu tanda Allah sayang atau sebab dosa2 kita?

S: Kita mesti bersangka baik dengan Allah.

:)


Iman membawa maksud mengaku dengan lidah, membenarkan dengan hati dan mengamalkannya dengan anggota.
Dalam erti kata lain bahawa seseorang yang mengaku dengan lidahnya mengenai keesaan dan kekuasaan Allah, mestilah membenarkannya dengan hati dan melaksanakan segala perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya.



.xoxo.

2 comments:

Ina Nailofar said...

Assalamualaikum, salam ziarah sahabatku Emy.

Mula baca entri nak dengar sangat berita gembira tu tapi jadi yang sebaliknya. Sangat faham Emy.. Ina pun usia perkahwinan sudah mencecah 4 tahun dan belum ada sebarang tanda-tanda.

Emy bertuah tau...dapat juga merasa.
Ina doakan Emy diberikan sejuta ketabahan & kekuatan untuk menghadapi semua ni. Jaga diri.

Doa dari jauh,
Ina Nailofar.

...Nur Insan..... said...

waalaikumussalam..

Ameen ya rabbal alamin... tqsm ina utk doanya..sgt hargai kata2 dari Ina...moga doa yg baik2 itu juga utk ina..

moga kita juga sama2 diberi kekuatan dan kekal positif serta lebih menghargai apa yang kita ada...

:)

.
with lots of love
and beautiful prayers for ina.
Take care :)