Salam mahabbah buat semua sahabat2ku terutama dirimu yang sedang bersedih hati... Tidak tahu kata2 apa yang terbaik mampu aku berikan untukmu bila mana mendengar tangismu yang jauh dariku kerana kesulitan bertimpa-timpa yang sedang dirimu hadapi...
Sesungguhnya bila mana ikatan ukhwahfillah itu terjalin, maka yang menyatukan kita adalah hati2 yang beriman kepada-Nya... Justeru tidak hairan andai kesedihanmu adalah kesedihanku seperti mana senyummu yang turut mengundang senyumku...
Sahabat, ketahuilah olehmu bahawa seandainya semua manusia itu tidak diuji dengan kesulitan, pasti bertambah sedikit manusia yang bertawakal sepenuhnya pada Allah... Mari aku ingatkan kembali padamu sebuah kisah mengenai seorang pemuda Mesir bernama Abbas Asisi...
Suatu hari, Abbas Asisi ingin mengunjungi sekaligus menjalinkan silaturrahim dengan Syaikh Hasan Al-Banna. Keduanya berbual2 dan Syaikh Hasan al-Banna bertanya tentang perancangan Abbas Asisi selepas ini. Abbas Asisi yang baru menyudahkan pengajian menengahnya, menyatakan rancangannya. Lalu Al-Banna bertanya lanjut, "Mengapa kamu tidak cuba memasuki bidang ketenteraan???."
Jawab Abbas Asisi, "Saya punya masalah dengan mata dan saya rasa saya tidak boleh lulus ujian menembak."
"Tidak mengapa, bertawakallah kepada Allah." Kata Syaikh Hasan al-Banna.
"Bagaimana saya akan bertawakal kepada Allah sementara saya mengetahui saya ada masalah dengan mata saya?"
"Justeru itu, bertawakallah kepada Allah. Jika matamu sihat, mungkin dirimu akan bertawakal pada matamu."
Abbas Asisi lalu mengikuti saranan al-Banna. Dia membuat permohonan bagi memasuki bidang ketenteraan. Di saat menjalani ujian menembak, hatinya kembali diliputi keresahan. Namun dia ingat pesan gurunya itu. Maka dia pun berusaha gigih dan menyerahkan kesudahannya pada Allah. Ternyata dia lulus cemerlang dan menjadi peserta terbaik dalam ujian menembak...
Lihatlah pengajaran yang mampu diambil dari kisah ini sahabat. Jika sahaja kita manusia tanpa diuji dengan kekurangan atau kesulitan, mungkin sahaja kita lupa bahawa Allah itu berkuasa dalam mengatur segala ... Jika sahaja kita sempurna, boleh jadi kita orang2 yang lalai dengan nikmat-Nya...kerana beranggapan bahawa kita mampu melaksanakan semuanya tanpa bertawakal kepada-Nya, sedangkan hakikatnya kemampuan kita sangat terbatas... Dan kerana itu Syaikh Hasan al-Banna menyatakan, "bertawakallah kepada Allah dan bukan pada mata" milik Allah yang dipinjamkan kepada Abbas Asisi...
Lagi pula sahabat, ujian yang menimpa diri bukanlah pencetus rasa putus asa dalam hidup... Sesungguhnya tidak ada satu sebab pun yang sepatutnya menjadi alasan untuk berputus asa seperti mana kata2 Urwah b.Zubair, "... demi Allah kalaupun Dia mengambil sedikit dariku, Dia telah memberi kepadaku lebih banyak... Kalaupun Dia mengujiku sekali, Dia telah memberi keselamatan kepadaku berkali-kali."
Sahabat, aku tahu dirimu sebenarnya insan yang hebat... Cuma saat ini kesedihan itu terlalu mengawal rasionalmu... Namun jangan dirimu tertewas wahai sahabatku!... Dahulu dirimu pencetus semangat, namun kini mana pergi dirimu yang kuat???... Senyumlah dalam kesulitan kerana disitu adanya ketenangan... Pandanglah musibah itu sebagai rahmat, pasti dirimu kembali kuat... Sesungguhnya Allah ada untukmu, begitu jua sahabat2mu yang lain disini...
Ya Allah, jika kami gentar berdepan ujian hidup ini, tiupkanlah roh semangat kepada kami bahawa Engkau sentiasa bersama kami... Jika hati kami takut berdepan dengan kegagalan, yakinkan kami bahawa keajaiban-Mu sentiasa mengiringi kami... Jika kami rasa terbeban dengan taklifan yang telah Engkau tetapkan ke atas kami, Engkau kuatkanlah kami supaya kami tak tercicir dari jalan yang telah Engkau tetapkan ini...
::Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman (al-imran:139)::
(buat mu sahabatku U.M.A.A yang jauh dimata... ssnghnya dirimu tahu ini untukmu dan jua buat diriku dan sesiapa yang ingin mengambil pengajaran darinya...)
2 comments:
salam ukhti Nur
entri yang menarik
terima kasih berkongsi
kuatkan iman kita byk
dugaan di mana-mana
salam Nur
sunguh hati yang terikat keranaNya pasti tersentuh dengan kedukaan sahabatnya meski terpisah jauh..moga Allah merahmati kasih sayang yg dibina kerana Allah
Post a Comment