"Bertuahlah apabila iman diuji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti..."
“Ibu… Alif nak asi krim.” Kanak-kanak tersebut berlari mendapatkan ibunya yang sedang berbual dengan ayahnya sambil bergelak ketawa dibawah pohonan yang rendang. Kelihatannya keluarga bahagia itu seperti sedang berkelah bagi mengisi hujung minggu bersama insane-insan tersayang. Kanak-kanak tersebut merengek mahukan ibu atau ayahnya membelikannya aiskrim yang terjual ditepi taman tersebut. Aisyah memandang dikejauhan kebahagiaan keluarga itu sambil tersenyum. Ah… semua orang impikan untuk membina sebuah mahligai baitul muslim yang bahagia. Sesiapa sahaja pasti punya angan-angan tersendiri untuk melengkapkan hidupnya dengan kehadiran pasangan suatu hari nanti. Hinggakan macam-macam tema raja sehari yang tercipta untuk setiap pasangan. Ada yang memilih untuk melangsungkan walimah dengan tema ‘garden wedding theme’, ada juga yang memilih tema ‘ala-ala kampung’ seperti Ning Baizura dan pasangannya =), dan tak kurang juga yang inginkan hari bahagia itu dengan keindahan dalam kesederhanaan. Namun zaman global kini, tak kurang juga yang memilih untuk ‘nikah free’ atau ‘kawin lari’. Malah yang lebih memilukan apabila terjadinya kes terlanjur dengan pasangan atau dengan kata lain, bukannya ‘terlanjur’ sebaliknya ‘selanjur’. Bukankah agama telah memberitahu bahawa lelaki dan wanita ajnabi (bukan mahram) itu tidak boleh berdua-duaan kerana yang ketiganya adalah syaitan???... maka kemudiannya terjadilah kes-kes susulan seperti pembuangan bayi di dalam tong-tong sampah ataupun ditepi-tepi jalan ibarat satu nyawa yang tidak bernilai. Bagaimana ya, seorang ibu sanggup menanggung azab melahirkan seorang bayi hingga mempertaruhkan nyawanya sendiri, kemudian sanggup pula membuang bayi tersebut tanpa simpati... Nauzubillah.
Sungguh wanita-wanita itu beruntung kerana mampu melahirkan zuriatnya sendiri. Sedangkan sesetengah dari kaum hawa itu, tidak diberi kesempatan untuk merasainya sakitnya melahirkan seorang permata apatah lagi untuk merasai gembiranya apabila mengetahui ada nadi lain berdenyut dikantung rahim, juga saat bayi tersebut diberi kesempatan melihat keindahan Tuhan. Subhanallah, beruntung dan bertapa ruginya wanita-wanita itu!. Beruntung kerana diberi kenikmatan dan berugi kerana tidak menggunakan nikmat dan kesempurnaan itu dengan sebaik-baiknya.
“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan”
Aisyah bangun dari duduknya sambil mengutip pen dan buku yang berada diatas meja tempat dia merehatkan mindanya petang itu. Jam saat itu telah menunjukkan angka 6.30 petang. ‘Erm… baliklah, esok datang semula.’ Aisyah lantas bangun dari duduknya kemudian melangkah pergi meninggalkan taman rekreasi tersebut dengan hatinya yang kembali goyah dengan permainan takdir.
*****
“… Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
Aisyah termenung dalam meneliti ayat-ayat cinta itu. ‘Harus apakah yang perlu aku lakukan untuk menerima semua ini sebagai yang terbaik untukku?. Harus bagaimana untuk aku kuatkan diriku untuk kembali menerima takdir ini?.’ Air mata kembali membasahi wajah mulus milik Aisyah. Bertahun-tahun dia telah berjanji untuk menerima semua ini sebagai yang terbaik, malah dia juga telah berjanji pada dirinya untuk tidak menangisi segala yang terjadi. Tapi saat ini, dia seakan-akan goyah untuk terus berpegang pada janji-janji lama. Bukan dia hendak mempersoalkan apa yang tertulis untuknya, tapi dia seakan-akan tidak bersedia untuk menghadapi masa-masa depan yang belum pasti. ‘Ya Allah kuatkan aku untuk menjadi hamba yang bersyukur kepada-Mu.’
“Aisyah… kak long sekeluarga dah sampai.” Umi meletakkan tangan diatas bahu Aisyah sambil duduk dibelakang tubuh kecil milik anak bongsunya itu. Aisyah berpaling menghadap uminya lalu memeluk tubuh insane yang banyak berjasa kepadanya. Sekali lagi airmata kembali tumpah. Umi menggosok-gosok belakang anaknya. Penderitaan yang dialami Aisyah seakan-akan turut meresapi jiwa tuanya. “Sabarlah… anak umikan kuat.” Umi memberi kata-kata semangat. Sedangkan bagi dirinya sendiri… Beberapa minit kemudian Aisyah kembali reda. “Umi turun dulu ye. Sekejap lagi Aisyah turun bawah. Aisyah nak siap-siap dulu.” Umi mengangguk lalu berjalan menuju ke pinta bilik dan menutup pintu tersebut.
******
“Kak long nak bawa umi sekali ni???, Aisyah tak apa-apa ke??.” Aisyah tersenyum geli hati. Dia bukan budak kecik lagi. “Kak long ni… hehe… mestilah boleh. Aisyah tak kisah pun. Lagipun dua minggu jekan. Bukan lama sangat.” Kak Long mempamerkan barisan gigi putih bersihnya. Adam dan Hawa yang sedang menjamu sarapan pagi kelihatannya seperti kurang bersemangat. Maklumlah umi mereka akan meninggalkan mereka selama 2 minggu. Pasti kerinduan sangat dirasa. Apatah lagi perpisahan itu adalah buat kali pertama. “Abang dengan adik jangan nakal-nakal tau. Tolong ibu apa yang patut. Kalau umi dapat tahu yang anak-anak umi nakal, siaplah umi kerjakan…” Huhu… kak Long memberikan amaran kepada anak-anaknya. Adam dan Hawa mengangguk serentak sambil mempamerkan wajah sedih. “Dah.. tak payah sedih-sedih… Ibukan ada, tak suka tinggal dengan ibu ke??? ” Aisyah bertanya sekadar untuk menghilangkan ketegangan perasaan anak-anak buahnya yang dianggap macam anak sendiri dan kerana itu panggilan ‘ibu’ digunakan bagi menggantikan panggilan ‘mak su’ untuknya. Adam dan hawa pantas memandang Aisyah sambil menggeleng-geleng kepala.
*****
Esok genap 2 minggu mereka tinggal dirumah Aisyah. Namun mereka tidak kemana-mana bagi menghabiskan cuti sekolah selama 2 minggu itu. Aisyah pula agak sibuk menanda kertas jawapan ujian bulanan pelajar-pelajarnya. “Ibu… adam nak bosanlah bu, cuti ni kita duduk je… Jom kita pergi jalan nak tak???” Adam bertanya dengan penuh berharap. Hawa juga seakan-akan mengharapkan sesuatu yang sama dari Aisyah. Aisyah memicit-micit kepalanya. Selepas menghidangkan nasi goreng lada hitam untuk mereka bersarapan pagi, terus dia merehatkan diri di dalam kamar. Kepalanya dirasakan berdenyut-denyut. Adam dan kembarnya Hawa turut sama mengikut dirinya merebahkan diri di atas katil miliknya. Selepas 1 jam Aisyah memejamkan mata dan 30 minit dia melayan perasaan sorang-sorang seolah-olah pasangan kembar itu tidak ada disampingnya, tiba-tiba Adam mengganngu lamunannya. “Adam… Hawa…. Hari ni kita lepak kat umah jelah yer. Kepala ibu sakitlah.” Hawa mendekati Aisyah. Tangan kecilnya telah mula memicit kepala Aisyah. “Ibu sakit ke??? Nak Hawa telefon Auntie Sarah???” Aisyah senyum dengan bibir pucatnya. “Takpelah sayang, Auntie Sarah mesti tengah sibuk dengan patience lain kat klinik. Ibu sakit sikit je. Anak ibu tolong picit ni, sat lagi oklah.” Hawa senyum senang. Adam pula telah menekan remote tv untuk menghilangkan kebosanannya. “Ibu… bila Adam nak ada adik lagi? Asyik tengok muka Hawa je, bosanlah bu.” Aisyah ketawa. Hawa mencebik. “Alah… ingat Hawa tak bosan tengok muka abang? Dahlah tak hansome.” Hehe… Hawa mentertawakan abangnya. “Kalau abang tak hansome, Hawa pun tak cantik!. Kitakan kembar. Betul tak ibu…haha.” Adam memulangkan paku buah keras. Aisyah senyum lagi. Sudah 6 tahun pasangan kembar ini membesar bersama. Bermain bersama, bergaduh bersama, belajar bersama, malah makan jua bersama. Baru hari ini dia mendengar persoalan ini dibangkitkan. Kadang-kadang budak-budak ni menyenangkan, namun ada kalanya turut menyakitkan.
Dahulu kak Long pernah kata,dia dan abang Long memang tidak merancang untuk mempunyai anak lain sehingga kembar ini memasuki alam persekolahan. Kata kak Long, mendidik anak kembar bukanlah satu perkara yang mudah. Kedua-duanya harus diberi perhatian yang seimbang dalam masa yang sama. Namun hendak membesarkannya sangat mudah, hanya beri makan dan suruh mereka tidur…hehe… itulah jawapan kak long dengan senda guraunya. Lagipun dalam masa yang sama kak long masih terasa betapa sakitnya melahirkan pasangan ini hingga ke hari ini. ‘Kak Long… umi…. Cepatlah pulang…. Aisyah tunggu kalian.’ Tiba-tiba Aisyah terasa rindu yang amat sangat pada insan yang amat disayanginya didunia dan insya-Allah diakhirat. “Mentari… tunggu aku esok hari…”
*****
Petang itu kira-kira jam 4.30, Aisyah menerima panggilan telefon dari Negara Timur Tengah. Umi bertanyakan khabar Aisyah dan cucu-cucu kesayangannya. Berebut pasangan kembar itu mahu menjawab panggilan dari Tok mereka hingga akhirnya kedua-duanya tidak dapat berbual dengan Tok dan Umi serta Abi mereka gara-gara ganggang telefon terjatuh lalu pecah berderai di ruang tamu. Aisyah naik berang. Jelas wajahnya sangat tegang. Baru sahaja menerima khabar yang ditunggu-tunggu sejak hampir 2 minggu iaitu mengenai kepulangan Umi dan Kak long serta Abang Long yang baru menyelesaikan umrah dan ziarah mereka ketempat-tempat menarik sekitar Negara arab tersebut , tiba-tiba pasangan ini membuat onar. Apa yang lebih menggeramkan dirinya apabila dia tidak sempat bertanya pukul berapa mereka akan tiba di KLIA.
Aisyah hanya mendiamkan diri selepas insiden tersebut hinggalah hampir sejam. Hendak dimarahi, tidak sanggup pula rasanya. Seharusnya hari-hari terakhir ini dia lebih bayak bersabar dengan kerenah kembar ini. Akhirnya air matanya tumpah juga bagi menggantikan perasaan yang bersarang. Adam dan Hawa mendekatkan diri mereka disisi Aisyah yang sedang berteleku diatas sofa diruang tamu selepas menunaikan solat asar sebentar tadi. Kedua-duanya berasa bersalah dengan tindakan mereka yang suka berebut. “Ibu… maafkan kami ya bu… kami saying ibu…” Adam dan Hawa lantas cuba memeluk Aisyah. Aisyah membalas pelukan tersebut dengan lebih erat. Apakah nanti dia masih boleh merasaai kehangatan pelukan anak-anak ini???. Air mata mengalir lebih deras.
Beberapa minit kemudian keadaan kembali reda. Aisyah memandang kedua-dua permata kesayangannya itu. “Nanti bila ibu tak ada, Adam dengan Hawa jangan gaduh-gaduh lagi tau. Janji dengan ibu supaya jadi anak yang baik, selalu dengar cakap umi dengan Tok, dan selalu doakan ibu ya saying…”… Adam dan Hawa mengangguk walau air mata masih bersisa. “Ibu nak pergi mana????.”
******
“Umi… doakan Aisyah selalu… maafkan Aisyah…. sebab Aisyah selalu menyusahkan umi. …Halalkan makan minum Aisyah selama ni….” Dengan nada suara tersekat-sekat Aisyah memohon ampun dari Uminya. Wayar yang berbelit-belit dikiri dan kanan Aisyah sangat menyiksakan mata Umi yang memandang. Kak long sudah tersedu-sedan dibahu abang Long. Adam dan Hawa yang tidak memahami situasi sebenar turut merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku pada ibu mereka. “Umi sentiasa doakan Aisyah. Walau apa sekalipun, Aisyah anak Umi….” Airmata Umi berderai juga akhirnya. Selama ini jika Umi berhadapan Aisyah, airmata itu pasti diselindung dari dilihat oleh Aisyah. “Allahu akhbar… “ berulang kali lafaz itu diucapkan Aisyah. Umi pasrah, Kak Long redha, Abang Long bertahmid dan kembar menangis. Akhirnya segalanya gelap…. Saat itu Halim dan keluarganya baru tiba dihospital. Dan Aisyah tidak sempat memohon maaf terhadap Halim diatas segala yang berlaku.
*****
Umi menyelak helaian-helaian yang ditinggalkan anak bongsunya.
14 April 2007
Dear diary, Hari ni aku dapat keputusan blood test aritu…dr. Sarah. sarankan aku buat test ni demi masa depanku… ternyata aku bukanlah sempurna seperti wanita2 lain didunia ini… ya Allah… nampaknya aku tidak mampu melaksanakn impian untuk mengasuh mujahid dan mujahidah yang hadir kedunia ini dari rahimku sendiri.. aku sedih ya Allah… tapi aku yakin ada hikmahnya… mungkin aku sememang tidak mampu melaksanakan tanggungjwb seorg ibu???... atau mungkin aku tidak mampu menjdi sesabr umi mendidikku yg sejak kecil sering didatangi ujian sakit yang pelbagai….. namun sakit yang satu ini tidak tahu bagaimana untuk aku depani…. Umi maafkan Syah sebab susahkn umi…
Berderai airmata sang Umi membaca helaian tersebut dalam diari milik Aisyah… ‘Aisyah tak pernah sekalipun susahkan Umi….’ Umi lantas menyelak halaman seterusnya…
22 Sept 2009
Dear kesayanganku… aku tidak tahu bagaimana meluahkan rasa dengan tutur kata. Mungkinkah cinta yang selama ini aku tunggu telah hadir menghiasi ruang hatiku=)…. Aku gembira dengan kehadirannya. Sebenarnya aku telah lama menanti dirinya. Sejak kami dibangku sekolah lagi… Tapi tak pernah sekali aku tunjukkn rsa itu… mungkin sebb malu kot..huhu..lgipn dia llki soleh.. rsenya tdk layak utkku, tp kini insan istimewa ini telah hadir… dia melamarku..ah!!! b’thun aku mennti… malah aku pernah b’jnji andai bkn dia milikku… aku rsakn aku tdk lgi akn mmbina baitul muslim krn diriku telah tercemar dgn cinta palsu rekaanku sndri… kasihan suamiku…. Tp akhrnya dia….hepynya(“,)v… ssungghnya aku mencintai dirinya krn agama yg ada pdnya, jika hilang agama dri dlm drinya, aku tdk akn t’agk2 untuk memutuskn ikatan ini!... Allah mmg tdk akn m’sia2kn hamba-Nya yg b’sabar=)…
Umi tersenyum senang dengan helaian tersebut… ternyata perasaan itu cukup cermat Aisyah menyimpannya. Umi sendiri tidak tahu bahawa Aisyah sememangnya menyintai Halim sejak dahulu.
25 Sept 2009
Dearrrr…. Aku lupa akan sakitku dlu… aku lupa sejenak tentang ketidaksemournaanku krn kegembiraanku… aku tidak sanggup mengecewakan lelaki sbaik Halim demi kepentinganku sndri!.. aku akn lepaskn dia pergi mencari suri hidup yg lebih baik dari diriku… ya Allah, sakitnya rasa ini…
Nukilan tambahan: aku dah berterus terang dgn fmly halim hari ni(26/9)… Alhamdulillah keluarganya menerima kekuranganku(“,)v… kalau mmg tulang rusuknya pdku… apa boleh buat..hehe.. sujud sykur pada-Mu ya Rabb…
Umi senyum mengingati saat Aisyah kembali tersenyum senang apabila Keluarga lelaki menerima diri anaknya seadanya. Saat itu kelihatan Aisyah kembali berseri-seri.
15 Jan 2010
Hari ini… aku menghitung hari wahai dairy… hidupku belum pasti akan bertemu matahri pagi esok hari … aku sakit…. Aku sangkakan episod hidupku yang selalu sakit sejak kecik akn b’akhir ssudh p’kbrn yg ku terima bbrapa tahun yg lalu tntng ketdk smpurnaanku… Lalu didtgkn kegembiraan utk aku mlayari bahtera b’sama insan yg kuhrp m’jdi jmbatanku diakhrt selain umi n arwah abi .. tpi rupanya Allah menjnjikn sesuatu yg lebih pasti utukku… halim bkn t’cpta utkku… mujahid n mujahidah tdk akn lahir dari rahimku… aku dilamar oleh sakit yang m’jnnjikn kepastian setiap yg hidup… aku agk kesal, apath lagi ianya b’pnca dri kesilapan teknikal bbrpa thun lalu, cma kesannya bru diketahui kini… tpi kesalkah aku??? kesal pd siapa??? Bknkah Allah yg mnntukn sgalanya???...
aku harus akui, sgla nkmat pnjamn Ilahi semata. Aku hanya hamba yg dipnjam segala kenikmtn utk seketika…. Kuatkn aku utk menerima takdir yg t’tulis… walimah yg dijangka akn b’lngsung lgi 4 minggu, telah aku batalkan ats kerelaanku demi melihat insan yg aku nnti sekian lama tdk menderita dgn kehilanganku nnti… maafkan aku… aku hanya insan lemah yg sering diuji… tapi Allah sahaja yang mengetahui perasaan itu dalam hati ini… Aku redha ya Allah… ini yang terbaik.
Diary milik Aisyah telah dibasahi airmata… Namun Umi masih ingin membaca helaian seterusnya…
1o mac 2010
Aku ditaman kini… melihat pasangan bahagia disamping permata hati yang menyejuk dijiwa… aku tumpang gembira… biarlah segala cintaku tertumpah untuk Ilahi dan berbakti buat umi serta kak Long sekeluarga… sungguh aku bahagia disamping kalian… dan Adam n Hawalah anugrah utkku=)… Sesungguhnya Allah sedang berbicara erti sabar pada diriku…
Umi menutup dairy tersebut... Membaca helaian2 yang sarat seribu rasa, turut mengundang gejolak dijiwa... Namun Umi pasti, Aisyah redha dengan ketentuan itu... Cuma sebagai manusia biasa hati kecil Aisyah juga turut merasakan sakit menanggung kesakitan fizikal dan perasaan… Dan sesungguhnya sakit menanggung perasaan itu lebih menderita berbanding HIV yang dihidapi akibat kecuaian insan lain… Namin Aisyah telah menyerahkan hidup serta matinya hanya pada Yang Satu... Allahu akhbar… Dialah pemilik segala-galanya…!
“Bisik cinta pada takdir…
Hanya insan berjiwa hamba menyatakan takdir itu cinta-Nya…
Hanya syukur meredhakan segala ketentuan…
Hanya munajah menenangkan hati-hati insan yang dilanda kegusaran…
Hanya sabar yang membuat kita mengenali diri…
Sesungguhnya, bisikan cinta-Nya ada pada takdir yang ditentukan…
Dengannya, insya-Allah jauhnya syurga pasti mampu dijejaki…”
p/s: Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, dan setiap manusia mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang liku2 hidup... Andai sahaja manusia memandang semua kesulitan itu adalah nikmat dan peluang serta ruang, pasti setiap yang berlaku ke atas dirinya adalah nikmat yang tidak terhingga...
::copy right reserved... ask the owner first before anything::
Hanya insan berjiwa hamba menyatakan takdir itu cinta-Nya…
Hanya syukur meredhakan segala ketentuan…
Hanya munajah menenangkan hati-hati insan yang dilanda kegusaran…
Hanya sabar yang membuat kita mengenali diri…
Sesungguhnya, bisikan cinta-Nya ada pada takdir yang ditentukan…
Dengannya, insya-Allah jauhnya syurga pasti mampu dijejaki…”
p/s: Hidup ini penuh dugaan dan cabaran, dan setiap manusia mempunyai sudut pandangan yang berbeza tentang liku2 hidup... Andai sahaja manusia memandang semua kesulitan itu adalah nikmat dan peluang serta ruang, pasti setiap yang berlaku ke atas dirinya adalah nikmat yang tidak terhingga...
::copy right reserved... ask the owner first before anything::
No comments:
Post a Comment