Assalamualaikum dan salam mahabbah... sudah 4 minggu atau sebulan aku tidak meng-update blog ini. Terlalu banyak perkara yang telah berubah. Semalam rasanya aku baru je belajar merangkak, tapi rupanya hari ini aku telah hampir genap berusia 20 tahun.... Rasanya semalam, aku baru sahaja belajar ABC, tapi sekarang aku telah menganjak dewasa.... dan semalam rasanya baru sahaja aku berdegil tidak mahu mendengar kata AYAH yang tidak membenarkan aku berlari kerana takut diserang asthma, tapi kini aku tidak lagi seperti itu, malah perkataan asthma juga sudah hilang dari kamus hidupku... alhamdulillah...
Macam mana yer nak mulakan nukilan kali ini, terlalu banyak yang bermain difikiranku... Tanggal 21 ramadhan 1431 atau 31 ogos 2010 yang lalu jam 3.22 pagi, aku telah 'kehilangan' insan yang paling aku sayangi, yang memahami dan paling aku percayai iaitu AYAH ku setelah seminggu tidak sedarkan diri dan selepas seminggu itu, ayah kembali sedar dan kami sempat berbual sebelum kembali tidak sedar dan menghembuskan nafasnya yang terakhir disebabkan kegagalan pelbagai fungsi organ....
Aku akui, kehilangan itu menyebabkan jiwaku jua turut hilang walau mungkin aku cuba bersikap tenang.... Ucapan takziah dan perkataan 'sabar' yang diberikan kepadaku menambahkan lagi rasa sakit di jiwaku... namun syukran jazilan ya sodiqi wa sodiqoti atas keprihatinan kalian... Puas aku pujuk diriku sendiri... Sungguh Allah tidak akan menguji melampaui kemampuanmu!...
seperti kata Urwah b.Zubair, "... demi Allah kalaupun Dia mengambil sedikit dariku, Dia telah memberi kepadaku lebih banyak... Kalaupun Dia mengujiku sekali, Dia telah memberi keselamatan kepadaku berkali-kali."...
Sungguh, ramadhan yang ku nanti tahun ini terlalu istimewa buat kami sekeluarga... Tidak pernah terlintas perkara ini akan terjadi secepat ini.... semoga semangat ayah terus mengalir dalam jiwa kami dan Semoga AYAH ditempatkan dalam kalangan insan-insan soleh dan tenang disana... Al-Fatihah...
Buat EMAK, sanah helwah pada 1 september yang lalu iaitu sehari selepas pemergian AYAH... semoga EMAK lebih tabah... dan sungguh mahligai yang terbina hampir 30 tahun ini terlalu banyak kenangan yang tercipta....
;;..BUAT SEMUA PEMBACA, SALAM AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ANDAI ADA YANG TERGURIS DENGAN TULISAN-TULISAN DIBLOG INI... MOGA KITA SEMUA DISAYANGI ALLAH...::
:: Dan janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah (pula) kamu bersedih hati padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi(darjatnya) jika kamu orang-orang yang beriman...::
(ali-imran :139)
(ali-imran :139)
5 comments:
salam Ukhti..
semuga kalian sekeluarga
semuanya tabah di Aidifitri
tahun ini tanpa ayahanda tercinta
semoga roh arwah di kalangan solehin
Al-Fatihah..
salam a'laikum ukhti..
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.. Moga ayahanda ukhti ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Yang penting ukh,sering berdoa kesejahteraanya di alam sana. Selamat hari raya dan mohon maaf andai ada tersilap bahasa dan tingkah jua. Moga ketabahan sentiasa mengiringimu. Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar...
Salam lebaran,
Ina percaya, emy cukup kuat untuk hadapi semua ini...u r de bez!
with love n prayer...
assalamualaikum..
Innalillahi wainna ilaihi rajiun..Dia lebih mnyayangi arwah..truskan berjuang..yg pergi tetap pergi,kita yang hidup mesti menjalaninya dgn tabah..Allah xkan mnguji jika tahu hamba-Nya boleh mnghadapinya..
syukran jazilan buat semua... smga Allah merahmati kta semua dgn limpah kasih n syg-Nya^^,....
::“Katakanlah, ‘Sekali-kali tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan oleh Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan hanyalah kepada Allah orang-orang yang beriman harus bertawakal.” (at-Taubah: 51)::
Post a Comment