Friday, October 15, 2010

BATASAN WAKTU DAN PERJUANGAN...


Assalamulaikum dan salam mahabbah buat semua.... Sudah terlalu lama diri ini tidak menjengah teratak kesayanganku ini, medan untuk ku melakarkan sesuatu dan merupakan antara medan buatku menuntut ilmu... Sedar tidak sedar, sudah 4 bulan lebih aku dibumi Universiti Pentarbiahan Syuhada Islam (UPSI)... Pelbagai perkara yang aku pelajari dalam berjuang, macam-macam ragam yang ku temui... Benarlah universiti itu tempat pentarbiahan, dan tarbiah itu payah...

Alhamdulillah, sepanjang aku disini... aku ditemukan dengan insan yang baik...aku kira itu adalah anugerah Allah buatku... Disini juga aku berpeluang menimba pelbagai pengalaman baru... aku turut berkira-kira bahawa pengalaman itu juga adalah peluang buatku sebagai persediaan sebelum menempuh alam mendidik jiwa anak-anak yang menuntut pentarbiahan diriku sendiri terlebih dahulu...

Mungkin kerana ada amanah lain yang lebih menuntut keberadaanku, maka sekali lagi teratak ini ku tinggalkan dengan sawang-sawang yang semakin memenuhi ruang=)... Teringat aku pada kisah lama suatu masa dahulu, saat itu aku masih berkain biru. Meninggalkan jejak diteratak memang menjadi hobi dan kesukaan, hingga aku sering menegur kakandaku tercinta iaitu ukhti Eizan agar meng-update blognya yang sering dipenuhi sawang. Namun ukhti Eizan sering memberi alasan kekangan waktu yang menghalangnya untuk meng-update blog selalu. Aku lalu mencebik... Aku katakan padanya, andai dicari waktu dan menjaganya sebaik mungkin pasti akan ada... kerana saat itu, aku lihat blog saudara Hilal Asyraf (Langit Ilahi) sering diupdate, sedangkan penulisnya aku kira juga sangat sibuk dengan kehidupan sebagai seorang pelajar. Malah bukan sekadar menulis diblog, sempat pula menyiapkan buku-buku yang sangat bermanfaat buat pembacanya... Erm.. aku mula merenung diri... sekarang aku telah pun duduk ditempat Ukhti Eizan.... benar waktu itu adakala terlalu singkat dirasakan, sedangkan taklifan lain masih belum mampu dijalankan dengan sebaiknya... justeru menulis di teratak, harus aku ketepikan... makanya terciptalah sawang-sawang yang berjuntai-juntai disini...

Dikesempatan ini ingin sekali seruanku laungkan buat semua agar menjaga masa dengan sebaiknya... lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
"Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang. Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu...."


Buat sahabat-sahabatku sekalian, diri ini terlalu banyak kekurangan... Tegurlah diriku andai ianya baik untukku... Sesungguhnya menjadi pemimpin itu lebih sukar berbanding dipimpin... amanahnya juga lebih berat... Justeru itu, teguran kalian sangat bermakna demi sebuah kejayaan bersama... Moga Allah mengampunkan segala khilaf atas kedaifan diri sendiri... amin ya Rabb... dan moga Allah membukakan jalannya demi memudahkan segala urusan...










ila liQa' wa ma'a salama ^^,v.... salam mahabbah buat semua dibatasan waktu dan perjuangan...

1 comment:

zulkbo said...

salam..
di harap anda selalu
sihat sejahtera di sana
di permudahkan segala urusan