Tuesday, May 5, 2015

Sem 1 (part 3)

alfatihah...

'Kerana semua adalah pinjaman dan sifatnya sementara.......'

Hari ahad (19.04.15), aku menghubungi Prof. Malek. Sebenarnya aku selalu memanggil prof dengan panggilan Dr. sebab dari semester satu degree dulu panggil Dr. jadi macam dah terlazim.. Hari tu aku menghubungi Dr. untuk mengatur perjumpaan bagi mengambil kuiz yang aku belum jawab sebab masuk hospital demam panas seminggu lepas kahwin ^^''... Alhamdulillah Prof. setuju untuk jumpa hari isnin (20.04.15).

Hari isnin tu aku pun pergi ke bilik prof. Prof nampak macam penat.. tapi Prof masih lagi senyum.
"Ha.. Nazira, kuiz yang mana kamu belum jawab hari tu?." 
Sememangnya setiap kali kelas, setiap kali tu kami perlu jawab kuiz.. huhu... bestkan! :p

"Psikoanalisis prof." aku jawab.
"Kamu demam ya hari tu.. urm.. ha.. yang ni.. dah sedia ke nak jawab?."
"InsyaAllah" aku mengambil kertas soalan yang dihulurkan. Pergh!! harap dapat jawab.. huahuahua.. 
"15 minit je ya."
"Ok prof." Maka aku pun duduk depan Prof dan menjawab. 

Lepas 15 minit

"Ok... dah ke Nazira?."
"Urmmm.. dah..."
Prof mengambil kertas jawapan tersebut.
"Ni.. nak saya tanda sekarang ke nanti?."
"Urmmm..."
dalam hati aku dah berkira-kira... ni kalau prof. tanda sekarang, dan ada kesalahan.. Habisssss larr aku.. huhu... tapi.. mulut hati macam kata.... urmm..
"Boleh lar prof.. tanda sekarang."
Opssss... dah terkeluar jawapan boleh!.
And... finally aku dan Prof berbincang setiap soalan dan jawapan...

"Nazira... nazira... urm.. macam mana ni...."
ngeeeee... aku hanya senyum bila memang aku tahu aku salah dan careless.. masa prof tanda barulah aku teringat balik semua yang prof ajar... nampaknya aku kena rakam suara2 prof ni... hati aku berbisik... but, seronok juga dapat belajar face to face dengan prof... macam tuisyen personal gitu..hehe.. :p
"Terima kasih prof."
aku ucapkan lepas semua perbincangan tamat.

****************************************************

Pada hari Khamis (23.04.2015) aku  menghadiri kelas seperti hari Khamis sebelumnya. Kelas bermula jam 3.00 petang. Aku datang awal sekitar jam 2.15 petang selepas menunaikan solat Zuhur.

           Aku mengambil tempat seperti biasa. Baris hadapan dan hujung sebelah kiri. Beberapa minit kemudian, aku terfikirkan sesuatu. Setelah hampir 9 minggu berkuliah, setiap minggu Prof. akan mengangkat meja dan kerusi kosong di sebelah aku untuk diletakkan di hadapan bagi kegunaannya sebelum memulakan kuliah. Aku sebenarnya rasa bersalah setiap kali melihat keadaan tu sebab meja dan kerusi tersebut benar-benar berada di sebelah aku, tapi aku malu nak bantu Prof. angkat meja dan kerusi tu... yelah... sebab Prof lelaki even dia Prof.. dan entahlah.. segan yang entah apa2 ^^''... Maka aku hanya memandang Prof. mengangkat meja dan kerusi tersebut...

            Hari itu, aku tekad. Aku sendiri akan mengalihkan kerusi dan meja kosong tersebut dan meletakkannya seperti kebiasaan yang Prof. lakukan sebelum kelas bermula. Aku juga tanamkan azam untuk terus melakukannya hingga kuliah semester ini selesai.

            Jam 2.45 petang, Prof. melangkah masuk ke dewan kuliah. Awal 15 minit. Prof. terkejut dengan meja dan kerusi yang berada di depan. Namun bersungguh aku tidak mahu mengaku bahawa aku yang meletakkan kerusi dan meja tersebut.

            Selepas menamatkan kuliah, aku mengucapkan terima kasih dalam keadaan tergesa-gesa kerana ingin segera pulang. Kebiasaannya saya akan menunggu sehingga Prof. siap berkemas untuk keluar kelas. Tapi tidak hari itu. aku keluar sebelum Prof. keluar dari kelas.


***********************************************

Sabtu (25.04.2015) . Jam 9.00 malam... Malam ni ada annual grand meeting cocap. Lepas kami solat maghrib, agendanya adalah slot pengisian sebelum solat isya' dan meeting... Beberapa tajuk dibincangkan..hinggalah tajuk yang terakhir... ketika itu hadek2 ni ada minta aku kongsi pengalaman selepas sudah 'berbaitul muslim'.. entah kenapa, aku teringat pada Prof... aku pun kongsikan dengan mereka... prof selalu menceritakan kerisauannya tentang anaknya yang masih belum mahu berkahwin... kata prof..
"Kamu yang perempuan ni.... janganlah ada fikiran untuk tidak mahu berkahwin..." 
dan kelas hari khamis hari tu.. Prof ada mention nama aku even dah berulang kali bagitahu aku dan berkahwin ^^'''....


Jam 10.30 malam..ketika meeting sedang berlangsung... aku terbuka wassup...ada noti dari group kelas dr.bazlan... aku pun buka dan baca... berulang kali aku baca message dari dr.bazlan... aku masih belum mampu mencerna message tersebut dengan baik... Allahu rabbi...

"Prof. Malek baru saja meninggal dunia."
Aku diam... akhirnya beberapa minit kemudian aku tak dapat juga nak tahan air mata ni dari jatuh... Ya Allah....

Semuanya macam mimpi... macam terdengar2 je suara Prof panggil nama aku... dan hanya Prof je lecture yang panggil aku Nazira....


            Aku ingat lagi pesan Prof. ‘Andai kita mudahkan urusan orang lain, nanti urusan kita akan dipermudahkan’. Ya, urusan Prof. telah pun dimudahkan Allah. Prof. pergi dalam keadaan yang cukup mudah. Prof. telah pun memulakan kehidupan baru di sana, dan kita perlu memperbaharui hidup di sini

And pengajaran buat aku... jangan bertanggung buat baik... see alhamdulillah aku sempat angkat meja dan kerusi tu walaupun hanya untuk sekali... Moga tiada lagi penyesalan akibat bertangguh buat baik dan tiada lagi tangisan kerana tidak menghargai...

Semester satu master kali ni...buat aku teringat masa semester satu degree dulu.. ayah pergi saat aku mula rasa stabil di universiti... dan prof.. pergi bila aku mula rasa stabil dan seronok untuk ke kelas.. dan sememangnya hanya kelas prof yang dinanti setiap minggu... jam 3-6 petang... dan entry semester 1 semuanya cerita tentang kelas prof... teori kaunseling...

masa pengebumian prof... aku sempat hadir dari awal hingga siap kebumi... akhirnya  aku dapat juga berjumpa dengan isteri prof. walaupun aku tak pernah terfikir pertemuan aku dengan isteri prof adalah disaat prof dah tak ada... 

Dalam kelas.. prof selalu cerita tentang isterinya.. cerita tentang nak beli periuk baru..huhu T_T.. cerita tentang penyakit kanser isterinya... cerita tentang nak ke sabah bersama isterinya.. cerita tentang prof takut isterinya merajuk.. cerita tentang bertapa dia sayang isterinya...And... banyaknya cerita tentang isterinya hingga buat aku rasa teringin nak jumpa since degree dulu... malah masa degree dulu aku pernah rasa cemburu bila prof cerita tentang isteri dia.. rasa untungnya isteri prof sebab ada suami macam prof... tapi masa tu tak kahwin lagi...huhu.. sekrang ni untung juga ada suami macam encik heaven.. (alamak.. ada juga perkataan 'juga'..haha.. :p I mean it's. deeply serious)

Prof juga selalu pesan setiap kali kelas... "tak ada gunanya bergaduh suami isteri..tengok.. saya dengan isteri saya tak pernah bergaduh..."... ayat ni selalu prof cakap.. sampai aku dah hafal.. and setiap kali kelas prof rasa macam pergi dengar seminar suami isteri.. hehe.. banyak pesan dan nasihat sebagai seorang ayah terhadap anak2nya... how nice...

now on... 
*tarik nafas*
alfatihah buat prof...
dan alfatihah juga buat ayah...

Moga mereka tenang disana...
jalan ni...
masih panjang..



nur insan
taman ilmu
05mei2015 (12.50pm)


No comments: