Doa ini adalah untuk menharapkan anak atau kenalan anda hilang rasa untuk melakukan maksiat dari Ustaz Zahazan Mohamed.... Letak tangan di dadanya, dan bacalah doa ini: (Jika sukar membaca, copy, pastekan di atas microsoft word anda dan besarkan saiz tulisan) اَللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ، وَطَهِّرْ قَلْبَهُ، وَحَصِّنْ فَرْجَهُ. Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah dosanya, bersihkan hatinya dan peliharalah kemaluannya” Riwayat Ahmad no.22265 Doa ini dipetik dari sebuah hadis daripada Abu Umamah r.a, ketika seorang pemuda mendatangi Rasulullah SAW untuk meminta izin berzina. Rasulullah SAW tidak terus memarahi dan melarangnya, namun Baginda SAW memberikan analogi untuk mengugat perasaan lelaki tersebut dengan memberikan soalan: “apakah kamu suka bila perzinaan itu dilakukan terhadap ibumu?” tentu saja dia menjawab tidak suka, manusia manakah yang mahu ibunya diperlakukan begitu. Lalu Rasulullah bertanya lagi secara berurutan, apakah ia suka bila dilakukan terhadap anak perempuannya, saudara perempuan dan makciknya. Pemuda tersebut kemudian sedar tentang impak buruk zina dalam masyarakat lalu terus bertaubat. Bagi yang ingin mendapatkan doa2 seperti ini sila dapatkan daripada buku 101 Doa drp hadis2 sahih Terbitan Telaga Biru sdn Bhd.
NIKMAT UJIAN...TERSENYUM DALAM KEPAYAHAN
Buat adik akak yang sedang diuji.... Saat mendengar luahan adik semalam, hati akak juga tersentuh... Akak juga pernah menghadapi hari2 sukar saat menghadapi peperiksaan SPM lantaran terpaksa mewujudkan "rumah kedua" dalam diary hidup ini...
BUAT HAWA: HARGA SEKUNTUM CINTA
Adalah suatu perkara yang sangat meyedihkan apabila mendapati sahabat dan saudara sejantina serta seagama, mempertaruhkan maruah diri semata2 kerana tidak mahu 'jual mahal'. Malah bagi diriku sendiri hal ini merupakan perlakuan yang sangat kejam buat diri sendiri.
MENCARI CINTA: COGITO ALLAH SUM
Semakin berjibaku wacana-wacana filsafat, aku semakin meragukan Hakikat Keberadaan Allah Hingga sempurnalah aku yang dulunya rajin ibadah kini enggan shalat, puasa, ngaji, suka maksiat, jago dugem, dan sebagainya.

















1 coretan:
TRIMA KASIH SMOGA ALLAH S.W.T. BLAS KBAIKAN KAMU INI
Post a Comment