Friday, September 17, 2010

KELAHIRAN ANAK SULUNGKU^^,...



(book mark CATATAN SANG MURABBI)



Salam mahabbah buat semua. Syukur alhamdulillah kerana kita masih diberi kesempatan untuk menarik nafas secara percuma dan masih bernyawa lagi... Mudah-mudahan kesempatan ini digunakan dengan sebaiknya sebagai bekalan untuk kita menuju ke destinasi abadi..insya'Allah...


Sebenarnya hari ini adalah antara hari yang menyeronokkan dalam hidupku^^,... Maka untuk berkongsi kegembiraan itu, aku menulis diteratak buruk ini. Nak tahu kenapa begitu teruja hari ini?, sebab anak 'sulungku' bakal menjengah dunia lagi 3 hari...huhu... Sebenarnya sudah lama aku menanti kelahirannya, namun baru kini aku benar2 memilikinya. Anak sulungku ini aku namakan 'CATATAN SANG MURABBI'^^,... Aku harap sangat agar kelahiran CATATAN SANG MURABBI ini lahir dengan isi yang sarat agar mampu memberi manfaat buat pembacanya kerana penghasilannya adalah demi menaikkan semangat mujahid dan mujahidah anak-anak2 didik ku kelak, agar tidak mudah putus asa dimedan perjuangan kehidupan ini terutamanya saat berada di ladang kebanggaan iaitu medan menuntut ilmu. Justeru, tema yang ku pilih bagi novel sulungku ini ialah 'Let mistakes be a keystone of your success'.

Namun hakikatnya, novel ini bukanlah untuk tujuan komersial, iainya tidak terdapat dipasaran kerana merupakan sebahagian dari tugasan assignment^^...



Sekalung ucapan Terima Kasih buat lecture ku Encik Mohd Nor kerana memberi kesempatan dan tugasan assignment menerbitkan novel buat kami pelajar BnK sem1, hingga akhirnya aku berjaya menghasilkan anak sulung ku sendiri yang telah sekian lama aku impikan...huhu^^,... Memang pengalaman yang menyeronokkan kerana aku berpeluang menjadi penulis, editor, pereka grafik dan akulah juga yang menjadi penerbitnya dibawah syarikat penerbitan khayalanku iaitu ENE's Publication Sdn. Bhd^^...




Sedikit renungan buat diriku dan sesiapa yang ingin berfikir tentangnya:








Dalam menempuh perjalanan ini ya Allah,

Terlalu banyak nikmat yang telah Engkau berikan buatku,

Cepat atau lambat, keinginanku akan Kau penuhi sesuai dengan peraturan-Mu,

Namun seandainya keinginan itu tidak aku perolehi,

Kau hadiahkan pula sesuatu yang lebih baik dari itu,

Namun sudah cukup bersyukurkah aku dengan nikmat-Mu itu,

Sudah ikhlaskah aku menerima takdir-Mu,

Justeru andai ada salah satu nikmat itu Kau ambil kembali dariku,

Layakkah aku untuk mempersoalnya pada-Mu,

Kerana itu, aku mohon keredhaan hati dari-Mu

atas segala ketetapan-Mu...







Salam kejayaan buatku^^,.... ila liqa' ma assalama...





6 comments:

eizan0406 said...

kajayaan itu hanya dimiliki andai tertanam niat untuk kita mengecapinya...mabruk ya ukhti

zulkbo said...

salam..
ermmm..TAHNIAH!!
nak order satu?
bagaimana erk?

...Nur iNsAn... said...

to kak eizan...

syukran kathir ya ukhti^^,...

...Nur iNsAn... said...

to akhi zulkbo:

syukrn jazilan ya akhi...^^

tpi asif jiddan, ana xniat untk m'jual 'anak sulung' ana ini utk bcaan umum^^... krn ianya b'tjuan memenuhi kehendk lec n insya'Allah utk ank2 didik ana kelak shaja... asif jiddan ala kulli hal...


tp insya'Allah jka ada rezeki, n dgn izin Allah andai ada 'ank kedua'... psti ana publish di teratak ini...^^,....

junaidiahmad said...

Tahniah!

abah aman said...

salam nur insan,
Tahniah! Abah pun belum ada anak...