Wednesday, April 8, 2020

RESEPI MUSHROOM SOUP


mushroom soup and bread

Semalam try buat mushroom soup😋
masa sebelum buat just tengok senarai bahan je
tak baca betul2 step dia...

Lepas tu..mula la was-was dengan resepi tu..
sebab tak faham..
tapi tapi..
hentam je la...buat2 faham step dia..
hahaha..
alhamdulillah jadiiii


BAHAN2:
500 ml susu segar
300 ml air
1/2  sudu lada hitam
1/2 sudu daun parsley (aku tak ada ni, ganti dengan mixed herb sebab tu je ada dekat rumah)
1/2 sudu garam
1 kiub pati ayam
1/2 mentega
1/2 cawan tepung gandum (ni bahan yang pelik dan buat aku confuse)
cendawan butang




ni cendawan butang yang dah dipotong potong dadu kecik2

campuran susu  dan air

CARA2:
masukkan susu segar dan air dalam periuk dan panas hingga mendidih.
Kemudian masukkan cendawan butang dan lada hitam. Kacau sebati.
Lepastu masuk kiub ayam, daun parsley (aku guna mix herb), mentega dan garam.

Kemudian bancuh tepung dengan air dan masukkan bancuhan tepung ini dalam periuk sup.
(step ni yang aku confuse, sebab dalam resepi tu tulis bancuh tepung dengan air lepas tu tapis.. jadi aku confuse nak masuk tepung ke nak masuk air yang ditapis tu.. atau sebenarnya tak payah tapis bancuh dan hancurkan je la tepung tu lepas tu masuk dalam sup..hahahaha.. aku keliru...hahaha.. then aku syak ni tujuan dia nak bagi pekat la kot)

Dan step terakhir biarkan mendidih hingga pekat...
Taraaaaaaaaaaaaaa... siap mushroom soup😘


RESEPI ROTI:
aku malas buat garlic bread. sebab malas cincang bawang putih..jadi aku buat
Sapu butter atas roti, then tabur mixed herb (patut guna parsley) then bakar roti...


Beza bila guna mixed herbs dan parsley ialah bau dan mungkin beza rasa sikit.. kalau guna parsley bau dia lagi perghhhhh... sedangkan guna mixed herbs pun dah sedapkan ini kan pula guna parsley sahaja.


sebagai penutup amati gambar dibawah


hahahahaha😆😆😆😆



teratak kasih A & E
nurinsan
08 april 2020 (10.20am)


UPDATE: Ya ampuuunnnn... kiub pati ayam lupa nak tulis,... harini aku buat sekali lagi resepi ni patut tak sedap, rupanya kiub ayam lupa letak.. 👀

2 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

normally, yg kita buat2 paham tu yg akn m'jadik. he3.. good job!

...Nur Insan..... said...

Tq areleez affendy 😍
btw resepi tu ada kurang satu ramuan penting iaitu kiub pati ayam😵😵😵

baru perasan harini sebab buat sekli lagi pagu tadi rasa lain bile tak letak kiub tu😅🤪