Produk type: Chimney hood
Brand: Fotile
Model: JQG9009
Features
- 90cm wide tempered glass surface
- Intelligent Air management
- Auto turbo system
- Illuminated 'O' touch screen
- 2- speed fan control
- Delay - off function
- Removeable filter & Easy to dismantle and clean
- Low noise level
Okay hari ni aku nak review produk seperti yang tertulis diatas..
sebenarnya aku bukanlah expert bab2 barang elektrik rumah ni..
pada aku janji ada...
beza dengan housemate aku a.k.a my husband
Dia sensitif sikit bab2 nak beli barang elektrik ni..
so review ni based on pengamatan aku pada apa yang dia buat dan apa yang aku rasa as a pengguna...
gitewww...
Ok first..
kenapa fotile jqg9009?
berdasarkan review ramai pembeli didalam forum lowyat (forum on9 yang banyak berbincang macam2 isu... type je kat google kay) ramai yang kata produk ni terbaik... lepas tu tengok Youtube produk ni macam mana rupanya... JQG9009... memang modern la... sebab touch screen kan..
Lepas survey online..
kami pergi kedai fotile untuk tengok sendiri function dia... sebenarnya unexpected pun ada kedai fotile dekat area sini.. rupanya ada 2 kedai kat sini... bila tengok sendiri dan compare dengan semua brand yang ada dekat kedai tu, memang fotile JQG9009 ni angin dia kuat tapi bunyinya tak menyakitkan telinga... jadi selesa la kalau nak masak kan..
Tapi bila pergi kedai harga dia around RM4K uolsss... mahal yang amat...huhu..tapi siap dengan built-in gas hob dan free installment... kami nak beli chimney hood je.. sebab kami dah guna rinnai hob... bila survey dalam lazada pula tengok harga around RM3K .. pun rasa cam mahal kot...huhu..
ni harga di lazada |
Last2 bila buka semula forum lowyat.. dalam tu ada yang share promo Fotile sempena Home Love Exhibition 2017 di Mid Valley... tapi yang bestnya tak pergi mid valley pun boleh dapat harga tu sepanjang tempoh exhibition ni.. maknanya tempah online dan akan dibuat penghantaraan... Harga dia RM2800 dan free 1 deep frying pans sempena promo.. tapi pemasangan sendiri la ea... tak sampai seminggu dah sampai barang depan pintu.. so boleh aku katakan, kalau ada peluang pergi home love ni, mesti best!
Bab installment pula, senang je... semua en.H settlekan setelah tengok youtube dan dia ada bagi panduan (ceh.. aku cakap je..memang la senang..haha)... kita cuma tinggal nak lekat pada dinding je...yang ni jela kena tebuk sikit lubang untuk terombong asap keluar..
Gerudi untuk tebuk lubang asap |
yang ada plastik hijau tu la lubang yang ditebuk... gigih betul balik kerja tak tukar baju tengok dapur ^^'' |
kesimpulannya produk JQG9009S ni:
- Mudah dipasang
- Senang digunakan
- Bunyi tak bising
- Mudah dibersihkan
- Angin kuat
- Reka bentuk cantik dan modern
lepas ada chimney hood ni tak adalah asap bila memasak tu penuh satu rumah... lepas tu minyak atau apa sahaja yang kita masak tu pun akan disedut... ouh, btw nak bersihkan minyak yang ditarik tu pun senang je.. sebab buka kat bahagian tray tu je lepas tu lap.. nak buka tu just tarik je.. tak perlu pakai screw driver ke apa.. lagi satu semut pun susah nak cari makanan bila sisa2 kita masak tu kot2 ada terlekat kat dinding dapur...
Haaa... ni jela review aku mampu buat.. yang lain2 tu,... sila lah ke forum lowyat.. perbincangan hangat diperkatakan disitu... ;)
_nurinsan
Teratak Kasih A&E
070917 @ 8.00pm
No comments:
Post a Comment