Saturday, June 25, 2016

2 telinga 1 mulut




Manusia dikurniakan 2 telinga dan 1 mulut.
Telinga, sinonimnya dengan deria pendengaran.
Mulut, dikaitkan dengan petuturan.

Allah anugerahkan kita lebih banyak telinga berbanding mulut.
Kan?

Sebenarnya, beberapa hari lalu ada pelajar menemui saya.
Katanya,
'Cikgu, saya ada something nak bagitahu pada ayah. Tapi saya takut. Tapi, saya tak boleh simpan. Saya dah tak tahan. Ayah selalu pesan, hal keluarga jangan bagitahu pada sesiapa melainkan keluarga kita sendiri. Tapi, kalau saya bagitahu ayah tentang apa yang saya rasa, ayah mesti marah.'

Dia menangis.

=========================================================

Saya rasa, semua orang tahu dan mahu merahsiakan hal atau masalah keluarga tanpa pengetahuan sesiapa melainkan ahli keluarganya sendiri. Tapi, sejauhmana sebenarnya kita meletakkan 'telinga' untuk mendengar masalah keluarga sebelum kita memilih 'mulut' untuk menilai masalah yang berlaku, Secara tidak sedar, kadangkala kita lebih mudah memarahi berbanding memilih untuk mendengar dahulu. Hingga akhirnya, seorang manusia yang sifatnya ingin didengari mungkin juga suatu saat akan memilih orang lain untuk berkongsi dan alangkah sedihnya kerana orang itu bukan kita (darah dagingnya).

Kes ini bukan kes pertama.

Bila difikirkan, sebenarnya ada banyak kebimbangan dan kemungkinan yang mungkin terjadi hanya kerana kita memilih untuk tidak mendengar. Misalnya dalam kes ini, pelajar saya telah pun terfikir untuk lari dari rumah dan punya perasaan untuk menamatkan hidupnya.

Isunya hanya sikit, sekadar bergaduh dengan ayah kerana berbeza pendapat hingga menyebabkan dia rasa tersisih dirumah. Isunya nampak kecil, tapi kesannya sangat besar.

Kenapa besar?

kerana penerimaan seseorang terhadap isu itu berbeza-beza. Ia bukan besar atau kecilnya isu, tapi ia tentang bagaimana kita sendiri melihat isu itu besar atau kecil.

Pinjamkanlah telinga untuk mendengar walaupun sedikit.
Once kita sudah mendengar,
penerimaan kita pada sesuatu mungkin sahaja boleh berubah.




_nur insan
teratak bonda.
25 jun 2016 @3.47pm




No comments: