Monday, April 4, 2016

Myami's Hijab~





The Big Why??
========================

Kata sifu, nak mulakan sesuatu mesti kena ada BIG WHY!


29 Julai 2015.
Kg. Kalumpang,
Pitas Sabah.


Hari itu.. Penuh dengan debaran. Masing2 tidak sabar untuk tahu daerah penempatan. Line terlalu sibuk. Hingga menjengah selepas maghrib, aku masih tak dapat tengok keputusan daerah penempatan.

Namun hati tak putus2 berdoa.

'Allah, jadikanlah apa pun, adalah pilihan terbaik.'

Selepas isya', en.Aminuddin Mohamed ajak ke rumah jiran. Ada rumah terbuka sempena mood raya yang masih ada :)

Sedap sangat pecal yang dihidangkan.
Kata suami, itulah kali pertama dia jumpa pecal 😂😂

Masa makan, ada rakan2 sekerja suami yg bercerita tentang isu posting guru baharu.. Berdebar rasanya. Ada yang kata, 'Awak confirm dapat sabah'.

Sungguh, kata2 tu masih belum menyedapkan hati...

Lepas makan, kami terus minta izin meninggalkn majlis. Kami ke pekan, cari line internet.. Di sana, agak sukar untuk dapat line ketika itu.

Saat yang ditunggu.. Akhirnya keputusan berjaya juga untuk ditenung, dilihat, diamati dan difahami...


'Tak apa ..Allah tahu yang terbaik'

Gugur juga airmata.
Aku nanges dalam kereta..
Suami keluar kereta, nak tengok alam katanya.
Bulan memang cantik waktu tu.
Subhanallah!
😂😂

Masa tu juga dekat radio tiba2 keluar lagu 'Potret' by Hakim and majestrik.

Dramatik sungguh!
Haha
😂😂

Langkah terus ke depan.
Allah tahu yang terbaik.
Ke sabah, pahang.
Timur, barat.
Tak pernah salah alamat.
Tak pernah salah tempat.

Hari ni,
 4 april 2016.
Egtukar hari ke empat sesi kedua, 2016.

Usaha.
Doa.
Tawakal.

Allah tahu yang terbaik.
 Kan?
:)

2 bulan menjadi surirumah sepenuh masa di Pitas adalah masa yang Allah pinjamkan dan sangat bermakna.

😁

Nota:
Ermm..

Sekarang ni, ada yang aneh.. Ibu (mak mentua) selalu juga buat pecal.. Tapi @aminuddin baru pertama kali jumpa pecal di Sabah 😂

Apa2 je lah abang..
😁

Selamat posting ex-roomate Nur Aziemah..moga awak jumpa 'roomate' sepanjang hidup ditempat baru.. Hihi..

Selamat juga untuk rakan2 seperjuangan yang bakal IV. Buat yang terbaik..

Dan..
Moga Allah mudahkan semua urusan sahabat2 saya yang saya kasihi kerana Allah
😘


Myami's Hijab




1 comment:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

semoga segala2-nya dip'mudahkn. aminn..