Salam mahabbah dalam kesegaran iman... Insya'Allah^^... alhamdulillah, subhanallah, Allahu akhbar!=)... Sekali lagi hari ini kita menikmati kehidupan yang best sebagai ladang di akhirat..insya'Allah...
Rasulullah berkata:
“Yang Aku takutkan dari umat-Ku, mereka banyak mengikuti hawa nafsu dan panjangnya
angan-angan".
Tapi macam mana nak buat kalau tak dimulakan dengan angan2? ... 'Akak... angan2 tu penting kak.. law takde, cmne saya nk nampak pe yang patut sy buat...' (kata seorang adik) ya memang jelas bahawa angan2 adalah lakaran minda yang membantu mencapai matlamat. Namun angan2 yang bagaimana sebenarnya yang mampu membawa kepada mencapai matlamat?... Jawapannya adalah angan2 yang mampu mendorong diri BERTINDAK ke arah mencapai matlamat. Dan angan2 inilah dipanggil imaginasi cemerlang. Bukan sekadar 'Aku nak....' tapi, 'Aku akan....' dan susulilah kata2 dengan tindakan... sesungguhnya tanpa tindakan tidak akan terhasillah sebarang keputusan. Maka dimana letaknya MATLAMAT yang ingin DICAPAI???... Hakikatnya, BERUSAHA DAHULU SEHABIS BAIK, Berjaya atau tidak, serahkan kepada yang lebih berhak menentukan.... kemudian percayalah natijah yang diperolehi itu sebenarnya adalah ITULAH YANG TERBAIK... namun kuncinya LAKUKAN KEMAHUAN DENGAN SEHABIS BAIK! BUKAN SEKADAR MAHU, TAPI SEIRING LAKU!
Contoh: Najihah nak makan nasi. Nasi tu nak nasi tomato, dengan air teh ais sebagai penyeri menu tengah hari... TAPI Najihah fikir je nak makan tanpa masak atau beli apa yang nak dimakan tu... apakah Najihah akan dapat menikmati keenakan makan tengah hari yang diidam2kan tu???
Akhir kata, impikan yang terbaik+Ubah life style dengan cara terbaik, seiring kemahuan = mga Allah izinkan untuk menggengam impian^^....
Ingatlah selalu janji-Nya: "Sesiapa yang bertaqwa kepada-Ku, nescaya Ku beri jalan keluar dari setiap urusannya dan Ku beri rezeki (pertolongan) dari tempat yang tak terduga. Dan sesiapa yang bertawakal kepada-Ku, nescaya akan Ku cukupi segala keperluannya."
(At-Thalaq) : 2-3)
“Dan Tuhanmu berfirman : “Berdoalah kepadaKu, nescaya akan ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
(Ghafir : ayat 60)
~salam kejayaaan dunia dan akhirat~
Nur Insan@Srikandi Nazira
~23 februari 2011@05:55pm~
1 comment:
assalamualaikum..
"Akhir kata, impikan yang terbaik+Ubah life style dengan cara terbaik, seiring kemahuan = mga Allah izinkan untuk menggengam impian^^...."
insya-Allah... doakan yg terbaik buat enti juga... :)
Post a Comment