Segala puji dan puji hanya buat Allah, Tuhan seluruh alamraya dan selawat serta salam buat Nabi dan RasulNya Muhammad dan kaum keluarganya dan para sahabat.
Insya'Allah sahabat2 sekalian, pada 12 rabiul awal 1432 atau 15 februari 2011 (selasa), kita akan bersama kembali mengenang kelahiran junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad s.a.w.. Moga2 hari tersebut
membawa satu lembaran baru buat kita dalam menyemai benih cinta kepada Rasulullah s.a.w...
Membesarkan Maulidurrasul sebenarnya samalah seperti kita membesarkan Islam kerana Rasulullah (s.a.w) umpama simbol bagi agama Islam. Imam Mutawalli Sha'rawi telah menuli didalam kitab beliau, Ma'idat al-Fikr al-Islamiyya (ms. 295),"Jika setiap kejadian yang tidak bernyawa sekalipun, bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w) dan semua tumbuh-tumbuhan pun bergembira malahan semua binatang pun bergembira dan semua malaikat pun bergembira dan semua jinn Islam bergembira diatas kelahiran baginda (s.a.w), kenapa kamu menghalang kami daripada bergembira dengan kelahiran baginda (s.a.w)?"...
Namun sahabat2 sekalian, adalah menjadi sesuatu yg sangat mengkhuatirkn! apabila virus menyambut hari 'menebalkan buku catatan kiri' atau lebih dikenali sebagai Valentine's Day akn b'laku sehari sblm tanggal 15 feb 2011@12 rabiul awal 1432 itu..(nauzubillahi min zalik, mga kte dilindungi dri kejahatan n kemungkaran)...
Jadi sahabat2 sekalian, apa kata kita saling ingat mengingati n tegur menegur antara satu sma lain demi mengelakkn kita dari terjebak dgn kegiatan yg tidak mencerminkan peribadi muslim ini...
Sedikit perkongsian mengenai hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”
Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32
Sebagai penutup sahabat2 sekalian, kita semua sudah sekian lama dikhabarkn mengenai Valentine's (14 feb) bukan budaya atau perayaan ISLAM dan seorang muslim... bukalah hati n minda untuk memasakkan dalam diri bahawa kita ISLAM dan MAHU HIDUP SEBAGAI ISLAM, MUSLIM DAN INSYA'ALLAH MUKMIN SEJATI... JOM SEMAIKAN BENIH CINTA KEPADA ALLAH DAN RASUL-NYA...MOGA ALLAH REDHA DENGAN KELAHIRAN KITA SEBAGAI KHALIFAH MATA RANTAI PERJUANGAN RASULULLAH S.A.W ...
Wassalam...
BERSAMA OPSSS BENCI VALENTINE'S!, SAYANG ISLAM...
TAKBIR!!!... ALLAHU AKHBAR!!!
Akhirul Kalam moga kita terhindar dari masalah kebenjatan sosial ini...
Nur Insan@Srikandi Nazira,
Bumi Pentarbiyahan Syuhada Islam,
~12.34 pm @ 10 februari 2011~
No comments:
Post a Comment