Sunday, December 12, 2010

...Renungan Cinta...


Hari ini…

Sekali lagi Aku mendengar kisah seorang sufi yang aku kagumi sejak kecil,

Pernah aku bermimpi menjadi bidadari dunia sepertinya,

Yang Hidupnya demi kecintaan yang membara terhadap Pencipta-Nya,

Tangisnya kerana cinta dan rindu untuk bertemu dengan-Nya,

Setiap perbuatannya adalah bukti kecintaan demi Tuhannya,

Rindunya adalah dendam terindah yang hanya mampu terbalas dengan sujud patuh pada-Nya,

Memberi tanpa syarat dan hanya meletakkan cinta sebagai penguat,

Aku merenung diri…

Pernah juga aku dikhabarkan kisah mengenai syurga kerana si alis mata

Begitu indah pengakhiran husnul khatimah…

Itulah bukti ketaatan seorang hamba...

Moga sahaja diri ini bangkit dari kelalaian

Masamu semakin singkat, kesempatan hari ini belum tentu masih wujud hari esok…

Mentari tidak selamanya bersinar… kerana bulan menunggu waktu menggantikannya….

No comments: