Indahnya Persaudaraan^^…
‘Indahnya ukhwah ini ! Di kala lupa ada yang mengingati… Di kala tersilap ada yang menasihati… Di dunia jasad dan hatinya menemani, dikubur pasti doanya mengiring… Kita tidak mencari sekelumit kasih manusia, yang dicari seinfiniti redha Allah dan kasih-Nya…’
‘Indahnya ukhwah ini ! Di kala lupa ada yang mengingati… Di kala tersilap ada yang menasihati… Di dunia jasad dan hatinya menemani, dikubur pasti doanya mengiring… Kita tidak mencari sekelumit kasih manusia, yang dicari seinfiniti redha Allah dan kasih-Nya…’
~ sahabatku di SEMKA dunia & akhirat insya’Allah~.
Dahulu pernah hadir dalam hidupku sahabiah yang sering menasihati disaat tersilap dan mengingatkanku disaat terlupa. Mereka sahabiah yang hebat bagiku, kerana saat itu perjalanan di medan ilmu sangat sukar tanpa kekuatan diri apatah lagi andai diri dirasakan berkeseorangan berjuang. Sungguh bersatunya hati-hati kami demi mengajak kearah kebaikan dan berlumba-lumba ke arahnya adalah rahmat Allah yang tidak ternilai. Dan kini, walau masa telah banyak mengubah segala [aku mohon pada Allah moga perubahan itu membawa kami lebih dekat pada-Nya, dan andai ada hati yang lalai dari-Nya, Allahu rabbi kembalikanlah hati itu pada-Mu], namun pentarbiyyahan yang ku terima saat bersama mereka tidak mungkin hilang di telan peredaran waktu. Merekalah sahabiah ku, insya’Allah di dunia dan akhirat…
[Semua Teman2ku di SEMKA~ tempat pertama yang mentarbiyyahku .. serta semua teman2 yang banyak mengajarku erti hidup dengan ukhwah yang terjalin, Jua Sahabatku yang satu ini~ dirimu tahu ini untukmu~]
[Semua Teman2ku di SEMKA~ tempat pertama yang mentarbiyyahku .. serta semua teman2 yang banyak mengajarku erti hidup dengan ukhwah yang terjalin, Jua Sahabatku yang satu ini~ dirimu tahu ini untukmu~]
Bagaimana indahnya ukhwah itu???... Kunci keindahan itu adalah ‘KAMI’ dan KAMI itu paksinya IMAN… IMAN yang terletak didalam hati dengan rasa CINTA pada saudara seagamanya kerana Allah… HATI yang padanya sedar akan tanggungjawab bersahabat… Jua DIRI yang padanya punya rasa menerima baik jua buruk sahabatnya… SESUNGGUHNYA KELEBIHANMU DIRAI, KEKURANGANMU DINASIHATI!.. Hingga akhirnya ukhwah itu membenarkan setiap apa yang menjadi makananmu, itulah jua makanan KAMI… airmatamu ya, juga menerbitkan airmata dan meresahkan jiwa kami...Setiap ilmumu, itulah yang DIKONGSI… setiap nasihatmu itulah PEDOMAN KAMI... Setiap doa, diiringi pengharapan bersama… andai ada waktu yang terluang, pengisian rohani memenuhi…walau sedikit ilmu yang dimiliki, namun sudah memadai… memberi tidak pernah diminta balasnya… Namun hati yang bersatu, sentiasa tahu untuk MENGHARGAI pemberian…. Kerana padanya itulah persaudaraan… dan disitu wujudnya keindahan…
[ inilah yang aku pelajari saat mula2 aku diperkenalkan dengan indahnya ukhwah…manisnya, hingga kini masih terasa…urmmm=)…]
Saat diri lemah, ukhwah itu datang memberi kekuatan… Saat diri terjatuh, ukhwah itu sambut menepuk bahu… Bila kejayaan itu dikecapi, kegembiraan dirai tanpa hasad dengki atau iri hati… Saat kegagalan, hati yang bersaudara itu menunjukkan jalan agar bangun meneruskan perjuangan… Tak pernah terasa sendiri di medan ini… kerana Ukhwah sentiasa menemani… Hingga akhirnya tarbiyyah ukhwah itu menyubur didalam diri…
Dan kini sahabiah itu punya kehidupan sendiri, walau kami sudah tidak bersua muka, namun persaudaraan kami masih seperti itu… Malah bertambah kuat, apatah lagi saat berkongsi kegembiraan atas kejayaan kehidupan baru=)… Tahniah Sahabat2ku yang disayangi… kalian memang terbaik!^^… Dan buat sahabatku yang sedang mengharungi kepayahan, ketahuilah bahawa selepas kepayahan itu, pasti akan ada kenikmatan yang tidak ternilai… senyumlah dalam payah, kerana itu pengubat lelah…
Itulah kisah sahabiahku dahulu, kini dan insya’Allah selamanya… Sesungguhnya mesra kami ukhwahfillah, bermusuh kami nauzubillah!. Dan kini aku dibumi Universiti Pentarbiyyahan Syuhada Islam!... Universiti idamanku sejak sekian lama… Benar, universiti ini sangat MENTARBIYYAHKU !... dan tarbiyyah itu PAYAH !... Baru beberapa bulan aku dibumi ini, terlalu banyak yang aku pelajari… Terlalu banyak peristiwa yang adakalanya seakan melemahkan langkahku… dan disinilah jua aku kehilangan murabbiku… Sungguh, kehilangan itu cukup besar dalam hidupku… apatah lagi saat itu aku sendiri masih belum cukup kuat untuk terus berada dibumi pentarbiyyahan ini… namun takdirnya mengatasi segala… sebagai hamba-Nya, aku hanya mengharapkan keredhaan dan rahmat dari-Nya…
[Al-fatihah untuk ayah, murabbiku]… Moga aku lebih kuat dengan tarbiyyah yang satu ini…
Disini [bumi ku berpijak kini] dan detik ini, aku ingin sekali belajar ber-‘ukhwah’… aku ingin sekali menyuburkan ikatan persaudaraan dengan semua yang ku kenali… Aku akui, aku bukanlah yang terbaik, namun aku pasti boleh lakukannya andai ada yang mengajarku tentang TERBAIK, walau tidak terbaik untuk semua, namun cukuplah andai ianya mampu memberi yang terbaik buat diriku sendiri… Aku ingin sekali menjadi sahabat yang mampu menerima teguran sahabatnya, dan mampu pula menasihati sahabatnya yang lain andai terlupa… Aku ingin menjadi sahabat yang mengambil berat akan keberadaan sahabatnya, namun itu tidak bermakna aku ingin mengawal setiap tingkah laku sahabatku… cukuplah andai tingkah itu masih tidak melanggar syariat-Nya… aku ingin sekali menjadi yang disenangi, kekuranganku dinasihati, kelebihanku jangan pula disegani… sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, dan yang buruk itu dari kelemahanku sendiri dengan izin Allah… dan aku… masih perlu belajar banyak perkara…
Adakah ini hanya sekadar khayalan yang tidak mampu aku realisasikan ???... Sungguh ukhwah itu terlalu indah hingga kehilangannya dihadapan mata membuahkan rindu dijiwa… Namun kehidupan ini yang lebih penting adalah menghargai masa yang masih tersisa…
‘Yang Paling jauh bukannya bintang, mentari dan rembulan… Tapi adalah masa yang telah berlalu dan tidak mungkin akan kembali… Kelmarin yang luput menjadi kenangan, kelmarin yang terluput mengukir sesalan… Yang ada hanya hari ini dan akan datang… gunakan hari ini sebaik mungkin, kerana esok belum pasti milik kita, sedangkan semalam telah pergi buat selama-lamanya…’~ Imam Asy-Syafie~
Sahabat2ku, sesungguhnya diri ini terlalu banyak kekurangan, ajarkan aku agar mengubati segala kekurangan, dan terimalah aku apa adanya… dan aku perlu dirimu dalam menunjukkan jalan…. Kerana dirimu adalah persekitaranku yang mampu membentuk peribadiku
“Ya Allah… hamba-Mu hanyalah insan kerdil yang mengharapkan secebis kasih dari-Mu… Anugerahkan aku sahabat yang baik, agar aku boleh turut serta dalam kebaikannya… dan syukurkan aku atas pemberian-Mu… dan Ya Allah, seandainya sahabat yang hadir dalam hidupku berada dalam jurang kemurkaan-Mu… tunjukkanlah kami jalan yang terbaik dalam memperoleh keampunan dan keredhaan-Mu… Peliharalah kami dari kemurkaan-Mu ya Allah… sesungguhnya kami berlindung dengan-Mu dari segala bisikan syaitan yang direjam…”
Diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Sungguhnya Allah itu mempunyai hamba yang kelak di hari kiamat disediakan untuk mereka mimbar. Mereka adalah kaum yang pakaiannya bercahaya dan wajahnya bersinar. Mereka bukan pada nabi dan syuhada. Bahkan para nabi dan syuhada iri hati pada mereka. Maka para sahabat bertanya, ‘Rasulullah, siapakah mereka itu?,.’ Nabi menjawab, ‘Mereka adalah orang-orang yang berkasih sayang kerana Allah, selalu mengunjungi kerana Allah dan bergaul dengan baik kerana Allah…”
Pesanan seorang sahabatku:
“Dari sahabat untuk sahabat… aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku. Sahabat yang baik adalah seiring denganku…. Ku hulurkan salam perkenalan kepada sahabatku kerana aku akan merasa senang. Aku selalu berharap untuk mendapat sahabat sejati yang tak luntur baiknya dalam suka dan duka. Jika aku dapat, aku ingin setia padanya sepanjang hayatku…”
~ ummu~
Syukran jazilan ya sodiqoti atas huluran tanganmu tanda persahabatan…hanya Allah yang mampu membalas segala kebaikan… syukran jazilan juga buat semua sahabiahku yang telah menjadi sebahagian nadi perjuanganku… kalian akan ku kenang dalam setiap doaku… perjuangan kita masih belum selesai, walau kini adakala terasa asing dimedan perjuangan, namun Allah sentiasa ada dalam setiap langkah… dan ukhwah yang telah mentarbiyyah diri ini sentiasa mekar dihati… moga kasih kita dalam rahmat Allah, dan berpisah kita dalam keredhaan-Nya… Moga terus success, dan moga kita semua dikurniakan sahabat yang lebih baik demi kebaikan dunia dan akhirat…amin… insya’Allah…..
~khas untuk sahabat2ku yang mengenali diri ini baik dahulu, kini, dan insya’Allah dihari depan…moga ukhuwah terus subur dalam diri dan moga ikatan akan terjalin dengan izin Allah ~
^^nukilan saat diri merindui masa2 silam yang indah...^^
p/s:paksikan keikhlasan dalam diri dalam menerima dan memberi
4 comments:
salam ziarah,
manisnya nikmat ukhwah tu, emy :)
emy sgt beruntung!
sangat merindui sahabat2 lampau, kini makin menjauh bersama laluan masing2...namun, alhamdulillah masih ada yang setia...
:: tapi kini...kutercari-cari sahabat dalam himpunan kaca dan permata, di sini...di bumi ini ::
salam ina^^...
alhamdulillah, smuanya itu anugerah Allah yg tak ternilai...
Mga Allah ,menemukan kita dgn permata yg dicri dlm kilauan kaca di bumi pntrbiyyahan kini..insya'Allah...
salam ukhuwah Emy
sukarnya mengenali permata
di celah kilauan deraian kaca
bila diri teruji
diuji musibah bertali temali
barulah kan kita kenali
siapa ukhuwah sejati
siapa ukhuwah plastik
dan doa tetap mengiringi
perjalanan seorang sahabat
meski terpisah oleh masa
dan jarak..
akak tersentuh dengan entry ini
salam ukhwah kembali ummu...
Terasa terharu krn ummu sudi meninggalkn jejak di teratak yg tdk seberapa ini...
Moga ummu dan keluarga dlm rahmat n kasih syg Allah...
Post a Comment