Sunday, February 7, 2010

....no title...


Semalam sebuah perjalanan yang panjang. Tempat yang tidak pernah aku fikir akan jejaki, rupanya telah aku jejaki. Kami kira perjalanan malam hingga ke petang semalam tanpa dirancang, tapi rupanya Allah yang telah merancangnya untuk kami. Kami sangka semuanya akan berjalan dengan baik, tapi rupanya Allah takdirkan sebaliknya. Kami anggap bila kami sudah hampir separuh menyelesaikan perjalanan tersebut, kami sudah berjaya menyelesaikan baki perjalanan tersebut dengan baik sekali... namun Allah datangkan kesulitan buat kami. Kami dipaksa buat 2 pilihan (dan kedua2nya sulit untuk kami pilih), tapi Allah dah tentukan sebaik2 pilihan untuk kami dan Allah telah permudahkan segala kesulitan yang menimpa kami. Kami juga sangkakan kami tidak akan sampai ke destinasi sebenar, malah zudin juga telah putus harapan untuk meneruskan impian, tapi rupanya Allah dan pilih sebahagian kami untuk teruskan perjalanan tersebut walau kami ditimpa musibah.

Kami sedih tapi kami juga sedar dalam kejadian malam semalam, setiap kesulitan pasti adanya kemudahan. Dan sememangnya Allah telah permudahkan segalanya walaupun tidak berjalan seperti harapan kami kerana perancangan Allah itulah sebaik2 perancangan. Hari ini pula, perjalanan baru telah bermula.... insya-Allah zudin pun akan dihantar semula ke kem plkn walaupun dia berat hati nak masuk balik 'penjara' Sri Perkasa. Harap2 semuanya berjalan dengan baik...

2 comments:

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

boleh beritau x ape pilihan yang allah beri tue?

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seprti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Norbahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

...Nur Insan..... said...

erm.. rsenya xyah kot...lgi pn insya-Allah smua dh smkn m'baik..alhamdulillah=)...

p/s:trima ksh ats ksdian m'bce(",)v