Tuesday, February 9, 2010

ikhlas


Tiara memerhatikan 2 orang rakan sebiliknya yang baru pulang dari cafe (urm..makan apalah agaknya.. nasi goreng pattaya ke...fuh sedap..=)... "Lambatnya kris dan ien balik, singgah mana2 ke tadi?." "kitorang singgah kat pondok budiman tadi, ada masalah sikit nak bincang.." Kristal menjawab sambil tersenyum hambar...(berat sangat masalah yang dihadapi agaknya=)... "Hish, tak elok anak dara dok kat luar senja2 ni, lagipun dah dekat pukul 8 malam nih. Law kena something camne..." Tiara menegur keterlanjuran temannya dalam nada gurauan...hehe...(perkataan 'something' merujuk kepada sesuatu yang jangan pandang belakang..huhu)

Intan hanya memerhati gelagat teman2nya. "Ni..dah solat maghrib ke belum?" "Belum lagilah Ti..." Kristal kembali menjawab. "Ien cuti hari ni." Intan memberi alasan. Sambil tu Intan membuka loker miliknya.

"Habis tu, kenapa tak solat lagi nih, dah nak abeh waktu. Kalau ia pun ada masalah, tanggungjawab jangan dilupa." Tiara mengingatkan. "Alah... solat ni kena ikhlas. Jap agi r. Nak lepak dulu." Kristal melangkah laju ke arah katil. 'Wahhh, nampak best gilew tilam nih..hehe...'

Tiara menghampiri Kristal, "Urm..ikhlas yer... Kris tau tak ikhlas tu cmne? Bley terangkan kat Ti?" Tiara mengambil tempat di sebelah Kristal. "erm..cmne yerk?, hah...buat dengan rela hati tanpa dipaksa2.. Cmtulah. Lagipun skung ni tengah penatlah Ti, macam2 hal yang berlaku... Ti takleh paksa." "Siapa kata Ti paksa?, Ti tak paksa Kris solat. Ti cuma tanya IKHLAS tu macam mana. Tu jew. Ada nada paksaan ke?" Tiara tersenyum (Tiara memang macam ni, suka sangat tanya soalan yang mencabar emosi..huhu) "takdelah...erm.." Kristal mati akal.

"Sebenarnya ikhlas tu macam semut hitam, dimalam yang kelam di atas batu yang gelap. Lebih kurang cmtulah. Kita tak tahu sama ada kita ikhlas ataupun tak. Kris kata tadi nak tunggu kejap lagi, baru nak solat. Kris tahu ke yang kejap lagi memang Kris nak solat bukan disebabkan keadaan yang mendesak atau dalam erti kata lain ikhlas macam yang Kris kata tadi?. Entah2 kejap lagi Kris solat sebab nak kejar waktu yang dah nak habis. Macam tu jugak bila kita solat zohor awal waktu. Betul ke kita ikhlas, atau sebenarnya sebab kita nak tengok TV pukul 2?..huhu..." Cam perli jew... maklumlah Tasbih Cintakan pukul 2..hehe... "Tapi Kris, dalam ibadah memang kena ikhlas. Namun, kita juga harus menyedari bahawa ikhlas itu rahsia Allah, hanya Dia yang tahu." Tiara melihat jam ditangan, 'Fuh..kena stop nih... dah hampir waktu isyak'.. "Jadi Kris, Kris rasa sekarang 'feel' ikhlas tu dah ada dalam hati ke?" Tiara memandang Kristal.. "Urm...hehe..." Kristal lantas bangun menuju ke pintu toilet yang tidak jauh...

3 comments:

Duan said...

mm,
nak seribu daya..
tak nak seribu dalih..

ikhlas itu mmg penting..

time kasih nur...

Ahmad Zulfadhli Zulkefli said...

lakukanlah sesuatu pekerjaan tue dengan seikhlas hati.. jangan biarkan tanda2 musyrik tue berbekas dalam hati kita.. :)

Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli

Miliki buku2 ilmiah karya ikon2 popolar seperti Dr. Fadzilah Kamsah, Dr. Irfan Khairi, Ustaz Ismail Kamus, Ustazah Siti Nor Bahyah & lain2 di http://www.stormreaders.net/zulfadhli sekarang!

Ceria Sayang said...

usah jadi hamba kpd rasa tp jadilah hamba kps Allah. beribadat bkn ikut rasa2..keihlasan lahir dr keterpaksaan