Sunday, August 30, 2009

salam ramadhan...


mungkin agak lewat ucapan ini...namun aku doakan semoga ramadhan kali disambut dengan penuh makna... ahlan wa sahlan ya ramadhan... buat sahabatku UMMU, tahniah kerana ramadhan kali ini digunakan untuk melakukan hijrah terbesar dalam hidupmu.. gembira saat mendengar perkhabaran darimu itu... semoga perubahan yang dilakukan berkekalan...amin.. dan buat teman2ku yang lain, sesungguhnya ramadhan kali ini memberi kita peluang untuk menambahkan amal ibadat kepadaNya...



Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

1 comment:

Ceria Sayang said...

salam ramadhan ya ukhti...