BELAJAR DARI SIRAH |
moga ia jadi pengajaran...
Fudholah bin Umair mahu membunuh Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Dia mengambil peluang ketika Baginda sedang tawaf di Ka'bah. Hampir sahaja dia berpeluang mengangkat senjatanya, dia terkejut kerana Baginda memandangnya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bertanya sambil tersenyum: "Apa yang kamu sedang bicarakan di dalam hatimu wahai Fudholah?."
Fudholah segera menjawab: "Eh, tak de apa² wahai Rasulullah. Saya sedang berzikir kepada Allah & sedang melakukan tawaf."
Rasulullah diam dan meneruskan tawafnya. Fudholah pun mengikuti di belakang Baginda dari jarak dekat dengan tujuan asalnya iaitu MAHU MEMBUNUH BAGINDA صلى الله عليه وسلم.
Soalan & jawapan yang sama ini berlaku 3kali.
Masuk kali ke 3, Rasulullah صلى الله عليه وسلم menoleh kepada Fudholah dengan senyuman lagi & meletakkan tangannya yang mulia itu di atas dada Fudholah yang dipenuhi dengan kebencian & api kemarahan yang meluap².
Fudholah berkata: "Demi Allah di saat Rasulullah meletakkan tangannya di atas dadaku, tidak ada manusia yang PALING aku benci di atas muka bumi ini melebihi dirinya. Namun setelah tangan itu diangkat dari dadaku, tidak ada manusia yang PALING AKU CINTAI di atas muka bumi ini melebihi dirinya."
Allahu Allah, shollu a'la an-Nabiyy,
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
--------------------------------------------------------
Kesimpulan yang sangat terkesan daripada Murabbi; Habib Ali Al-Jufri;
◆ HARI INI di luar sana RAMAI yang berpewatakan seperti Fudholah. Hati & jiwa yang penuh dengan kebencian, kemarahan & dendam.
◆ Namun mereka yang mewarisi sikap seperti Fudholah ini sebenarnya SANGAT² MEMERLUKAN orang² yang mewarisi sikap & akhlak Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mereka perlukan orang yang dapat membantu mereka, menyelamatkan mereka & dapat membersihkan jiwa mereka dari penyakit² hati itu.
Sahabat, Habib Ali berkata: "mereka yang mewarisi sikap Fudholah itu MEMERLUKAN kalian yang mewarisi sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم." Allahu Allah :(
Inilah JIHAD yang perlu kita perjuangkan di zaman ini iaitu sabda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم: "KALIMAH yang BAIK itu SEDEKAH." Allahu akbar.
Di dunia ini ada BETUL & ada SALAH. Bukan mu'min yang sebenar jika yang salah dikatakan betul & yang betul dikatakan salah. Betul tetap betul & salah tetap salah.
✉ Jika BETUL <--- amp="amp" kita="kita" nbsp="nbsp" p="p" sokong.="sokong." terima="terima">
--->
✉ Manakala jika SALAH <--- amp="amp" kita="kita" nbsp="nbsp" p="p" tentang.="tentang." tolak="tolak">
--->
Namun tentanglah ia dengan hikmah, tentanglah ia dengan niat membetulkan, tentanglah ia dengan sikap Rasulullah صلى الله عليه وسلم & tentanglah ia dengan penjelasan yang berilmiah.
Bukan menentang dengan kebencian. SALAH tetap SALAH, namun CARA penolakan itu perlu berhikmah.
Sahabat, ISLAM itu AGAMA NASIHAT & PENUH MAHABBAH ツ.
الله الله الله
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصبحه وسلم
----------------------------------------------
::ya Allah bantulah kami agar sentiasa berhikmah::
nur insan
bachok, kelate ^_^
11 januari 2013 (06.47 pm)
No comments:
Post a Comment