Friday, November 9, 2012

KERANA KITA SALING MEMERLUKAN...

hikmah pertemuan





 segenggam lidi, ada yang panjang dan pendek. Yang panjang biasa kena sampah setiap kali disapu. Apatah lagi jika ia berada dibahagian luar dari ikatan. Maka yang untung tentulah lidi pendek dan berada di bahagian dalam ikatan pula. 

Kalau difikir baik buang saja yang pendek dan berada di dalam pula. Tahukah anda bahawa lidi pendek bukan diguna untuk menyapu sampah sebaliknya ia untuk menguatkan ikatan lidi seluruhnya. Andai semua lidi kecil dibuang, ia akan melonggarkan ikatan lidi seluruhnya. 

Begitulah dalam jemaah. Kita saling berperanan dalam kemampuan masing- masing.

~Dato' Tuan Ibrahim~



Saya... 
awak...
kita berjumpa dalam sebuah perjalanan yang sama...
awak, mungkin tinggi dari saya...
dan saya rendah dari awak...
tapi...
masing-masing ada kelebihan...
dan masing-masing juga punya kekurangan...
saya...
sayang awak...
kalau lah awak tahu saya perlukan awak....
sebagaimana sebenarnya awak juga perlukan saya...




untuk awak... yang saya sayang...
saya mohon agar saya masih sempat untuk hargai awak...
yang masih saya miliki...





hikmah pertemuan,
nur insan
kayangan
09 nov 2012 (6.13 am)

No comments: