Saturday, September 1, 2012

TRAVELOG DIRI 3 (JADI BAIK???)




“Semoga kita sama2 mengislahkan diri dan mengajak orang lain untuk sama2 islahkan diri….”…

Syukran ukhti wana untuk kata2 tu…

Dua tiga minggu ni aku banyak berfikir… tentang ‘jadi baik’… islah tu maknanya memperbaiki diri… ya, baiki diri dalam madrasah ramadhan aritu…  Memang ya, bukan bulan ramadhan je tempat atau point untuk perbaki diri… tapi tak salah kalau kita nak jadikan ramadhan tu sebagai turning point… aku sebenarnya nak berkongsi kisah mengenai sahabat2 yang pernah bersama2 denganku dan aku kenali mereka sejak aku di bangku sekolah lagi…. Dia yang pernah sama2 study bawah pokok denganku…  Dia pula yang pernah menangis dan ketawa denganku di surau masa kat asrama dulu... dan mereka...SAHABATku....

Kisah Dia 1:
Aku kenal dia dari tadika… dah lamakan… semua sifat aku dia tahu... dia tahu aku suka apa, dan tak suka apa…. dia tahu gurau atau seriusnya aku… dia tahu… betapa sukarnya nak kawan dengan aku dan betapa sukarnya berkawan dengan aku…. dan dia banyak sabar dengan aku… Alhamdulillah…terima kasih ya Allah sebab hadiahkan aku sahabat macam dia… dialah kawan yang setianya macam pantai.... Aku jumpa dia baru ni… dia kata… ‘semua kawan2 kita dah berubah…’ dah jadi lebih baik dari dulu… riak wajahnya sedih… aku kata… ‘kita pun boleh =)…’….


Kisah Dia 2:
Baru ni aku balik kampung… sebelum puasa… dia datang rumah aku… subhanallah… dia dah jumpa turning point dia…. sekarang dia dah jadi business women berjaya dengan perniagaan family dia.. dia dah jauh berubah… bukan nk citer sal business yg semakin maju, tapi seronok aku dengar cerita life dia… dia ada join usrah…urm…. dia dah sangat2 berubah… aku bahagia tengok dia senyum gembira…wajahnya dah makin berseri2… seronok dengar cerita dirimu sahabat… macam mana hidayah tu sampai pada dia dan fmly dia kat kampung… ceritanya, di kampungnya ada sebuah madrasah… di madrasah tu lah dia banyak belajar… menghadiri majlis ilmu… berkenalan dengan insan2 soleh dan solehah…alhamdulllah… sahabat, aku turut gembira dengan apa yang telah kau temui…


Kisah Sahabat 3:
Dia ni baik sangat2…lemah lembut… cantik sangat2… dia sahabat^^… aku sayang dia lebih dari dia sayang aku… tapi dia selalu cakap dia sayang aku lebih lagi…hehehe… baru ni dia cakap ‘awak….doakan saya pakai semula handsock yang mak awak bagi saya…saya simpan lagi tau=)..’ aku terdiam sekejap.. ada erk mak bagi dia handsock???... aku pun dah lupa.. insya’Allah… saya selalu doa untuk awak =)…  sahabat…. saya sayang awak lebih dari awak sayang sayaa….


Jadi ceritanya… semua orang macam mana sekalipun akan ada turning point and back to fitrah…. aku pun selalu Tanya orang, macam mana nak jadi baik… baru2 ni aku Tanya seorang kenalan… dia kata… ‘jaga hubungan baik dengan Allah dan jaga hubungan baik dengan manusia…’ hablul minallah wa habblu minan nas… warghhhh… susahnya… aku dah lah jiwa brutal…eh...silap..senget sikit... kadang2 bila senget tu mai.... urm…

aku pernah jumpa jawapan cara nak jadi baik ialah dengan buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang… mula2 dulu rasa cam senang nak ikut skema ni… tapi lama2 rasa cam berat juga nak buat apa yang Allah suruh… contohnya.. kat kolej kalau ada masa terluang sepatutnya sambil2 tu dengar la ceramah ustaz azhar idrus ke… dengar suara merdu saad al-ghamidi ke…. ni x… anime44 jugak yang aku cari… siap bookmark…adoiii… apa nak jadi???... (k...dah delete)....ya Allah…. dah lah masa tu asyik berlari je..sampai jenuh na kejar…ni masa tengah berjalan… aku pulak dok melenggang cam xhargai je… cam mana???...


tulah… nak didik jiwa bukan mudah… nak didik hati pun susah… memang betul macam cerita versus Hlovate tu… bukan mudah nak tinggalkan benda yang dah sebati dalam diri… aku akui… aku memangla tak macam Ed’Sassin  atau AO dalam Versus tu… siap ada join clan2 la bagai… aku taklah sampai ke tahap tu…cuma ada geng zaman teletubies dulu tu je… tu pun lepas masuk sekolah menengah aku dah start cari turning point sebab tercampak dekat tanah asing tu… tapi aku syukur, sebab ‘tanah asing’ tulah yang banyak ajar aku…  tu pun susah juga nak jadi lebih baik….


Tapi malam sebelum raya aritu… aku dapat skema jawapan daripada mak… kaunselor terbaik untuk anak mak yang degil macam aku… ’nak jadi baik..jangan buat jahat…’…. senangnya…(bunyi macam senang)…. betul jugakkan… mungkin for the beginning aku bleh start dengan ‘jangan buat jahat’…. hakikatnya memangla,.. skema ni sama je dengan skema ‘buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang allah larang’… tapi skema nak jadi baik, jangan buat jahat’… bunyinya lebih mudah… ya untuk orang yang macam aku… yang dah berapa jauh aku berjalan… tapi still macam ni jugak… (mungkin sebab impian aku yang satu tu tak capai lagi kot… tapi masa tak sesuai langsung untuk aku tunaikan apa yang aku nak dan pergi tempat tu… tapi bukan tempat yang mengubah kita… kalau betul nak berubah… jangan tunggu tempat atau masa… nanti decide nak mati jam 12… tgok2 jam 11 dah dicabut nyawa… baru tau…astaghfirullah al a’zim… moga mati dalam hepy ending…)… see… dalam diri pun ada versus paling sukar nak lawan…..iaitu MONOLOG DALAM DIRI... VERSUS...


entahla…apa2 pun travelog ni masih jauh… depan tu tak tahu lagi ada apa… sekurang2nya aku bersyukur sebab at least aku mash punya rasa nak cari turning point… tu tandanya iman masih ada dalam diri walaupun iman tu nipis sangat2… awak yang baca ni kalau rasa macam saya… Alhamdulillah… sebab kita masih ada kesempatan… jadi cepatlah berubah cik NUR INSAN…. saya sayang awak… awak diri saya yang Allah bagi pinjam kat dunia ni….  (sayangi diri dan orang lain…)
Sungguh…allah dah bagi banyak peluang untuk aku… jadi, nikmat mana lagi yang nak aku dustakan???...




Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)." 
Ali Imran:7






::al-fatihah buat ayah (murabbiku...) : 31 ogos 2010 (22 ramadhan 1431h, 3:22am)
   selamat hari lahir mak (psychologistku...): 01 september 1961 ....::



with love and being a good girl...insya'Allah,
nur insan
kayangan
01 september 2012 (2.20am)

No comments: