Thursday, August 25, 2011

PELAYARAN KEHIDUPAN^^


Aku ingin belayar meredah samudera...
Aku ingin melihat dan meneroka apa yang aku rasakan aku perlu untuk lakukan...
Namun, aku bimbang andai pelayaranku telah meneroboh sebuah daerah yang bukan hak ku untuk ku redah...
Dan ternyata kebimbanganku ada asasnya....



Semalam... aku dapat rasakan, keikhlasanku semakin teruji... benarlah perjalanan ini tidak semudah yang disangka... Allah benar2 sedang menguji keikhlasanku... benar bukan mudah untuk ikhlas... malah ikhlas itu sendiri bukanlah sesuatu yang mudah untuk dimengertikan... dan aku harus belajar erti syukur... syukur atas kesempatan yang diberikan... syukur atas jalan2 yang disediakan buatku... alhamdulillah.. terima kasih ya Allah kerana sediakan ujian 'ikhlas' ini buatku...

Aku mulai semakin sedar, mengapa jalan ini yang tersedia buatku... walau mungkin jawapan ini hanya untuk memuhasabahkan diriku, namun aku puas... kerana aku belajar sesuatu darinya... walau mungkin sukar untuk mereka menerima... namun cukuplah ia menjadi salah satu ibrah hidupku yang sememangnya penuh dengan warna-warna pelangi^^... (indah anehnya hidup)

Teringat cerita ustazah hafizah... cerita tentang seorang pelajar perempuan, ibunya dan cheese kek... kisahnya begini...
Ada seorang pelajar perempuan yang sudah jatuh ditimpa tangga dan terkena pula tahi ayam... (sadisnya kisah perempuan ini)... dia gagal exam, tak dapat biasiswa dan putus pula dengan pacarnya... dan semuanya berlaku pada hari yang sama... alangkah sedihnya dia...

Akhirnya dia pulang ke rumah berjumpa ibunya dalam keadaan yang cukup sedih dan menyayat hati (ayat exaggerated..huhu..)
... ibunya lalu menghidangkan sepotong cheesecake yang sangat sedap..yummy^^...

Setelah habis kek itu dimakan, si ibu memberi tepung cap cempaka kepada anak dan meminta anaknya memakan tepung tersebut... anak tersebut bertanya
'takkan nak makan tepung je bu... kan tak sedap..'...
si ibu kemudian memberikan gula. si anak bertanya soalan yang sama... si ibu kemudiannya masih terus menunjukkan satu per satu bahan2 untuk membuat cheesecake kepada si anak...dan meminta si anak untuk makan bahan2 tersebut... namun setiap kali itu, si anak akan menjawab "takkan nak makan bu.. kan tak sedap..."

Akhirnya si ibu mula berbicara... "Wahai anakku, begitulah hidup... kita tidak boleh melihat pada satu persatu yang terjadi... tapi kita perlu lihat pada keseluruhan hidup ini... macam cheesecake... cheesecake sedap bila dia dah jadi kek... tapi law kita makan tepung, gula, cheese dan sebagainya satu persatu, kan tak sedap..."

Macam tulah hidup... mungkin hari ini kita merasa pahit dalam melalui setiap lorong dan jalan yang tersedia buat kita... namun hakikatnya manis pasti akan kita temui dihujung jalan... Simboliknya, kertas yang berwarna-warni lebih indah berbanding dengan kertas yang hanya berwarna putih semata-mata (erm.. selalu betul aku guna ayat nih...^^) ... dan beruntunglah jika hidup dipenuhi dengan warna warna kehidupan... dan hanya yang merasai akan memahami...

Apa pun... aku akan terus belajar untuk memberi selagi aku termampu... dan maaf jika pemberianku bukanlah seperti mahumu... dan aku sendiri pun masih perlu banyak belajar dan belum puas untuk belajar... Harapanku, moga aku dah tak keliru lagi... moga fitnah itu jauh dariku...amin...

Alhamdulillah... syukur ya Allah dengan nikmat pemberianMu...

Walau mungkin pelayaranku ini sedikit tempang...
Namun aku berharap moga penghujungnya aku tidak lagi tersilap pulau^^...

::hakikatnya aku semakin ingin melupakannya, namun setiap kali itu... pasti ada yang membawa aku kembali ke daerah itu... ya Tuhan... cheesecake ini masih dalam pembikinan... moga aku sabar menanti dan kek yang terhasil tak hangus!...hehe... husnuzon wahai diri... walau kau sendiri dah pasti dengan jawapan dan kau sendiri telah menerka apa yang ada didepan::



p/s: tulisan ini mungkin sukar difahami... namun harapnya ada sesuatu yang boleh diambil darinya^^... selamat beribadah dihujung2 keindahan Ramadhan...^^....

Cuti sempena raya aidilfitri...
Teratak ibunda peninggalan ayahanda tercinta...
25 ogos 2011 (Khamis)
05:30 pm

1 comment:

eizan0406 said...

mudah bagiku memahami lisanmu..setiap bicaramu itu ada sesuatu yang telah dikau tahu tersedia buatmu. sabarlah mengharungi samudera kerana pasti yang pahit perlu ditempuhi sebelum dikau menikmati manisnya nnt....