Thursday, June 16, 2011

BERTATIH TANPA LETIH....


Salam mahabbah^^... tidak ada mukaddimah yang panjang, cuma ada doa dan harapan agar sahabat2 sekalian sentiasa dalam rahmat Allah... insya'Allah...

Beberapa hari yang lalu, aku menerima khabar dari FB yang sangat menyenangkan hatiku dan turut mengundang sayu sebenarnya... (mungkin berlaku percanggahan...huhu...namun itulah yang aku rasa...) berita tersebut adalah mengenai anakku Rabiatul Najiha....




Teruja aku membaca status dari kak eizan utk aku dan adikku... saat itu rasa gembira hadir kerana Najiha berjaya, dan sedih kerana aku tidak berada ditempat kejadian untuk melihat sendiri anak pertamaku meniarap...huhu... (nampak simple, tapi bermakna!)... terimbau kembali beberapa minggu yang lalu saat aku pulang ke rumah untuk menghabiskan cuti selama seminggu...


USAHA NAJIHA
ketika berada di rumah, Najiha sering menangis. Aku hairan, kenapa Najiha tidak seperti kebiasaannya... Biasanya Najiha tidak suka menangis, sebaliknya suka senyum.. cuma adakala dia suka memasamkan mukanya... (mungkin terikut2 umi kandung (kak long) atau ayah dia kot (abang long)..hehe... law senyum tu, sebab ikut ibu dia..hehe^^..peaceeee....)....

Rupa2nya, kak long kata Najiha tension sebab tak dapat meniarap..huhu... ciannye ank ibu... masa tu aku lihat Najiha bersungguh-sungguh nak meniarap. Aku yang duduk disisinya memberi moral support... 'Boleh Jiha! Boleh Jiha!... cepat... cepat...! anak ibu boleh!...arghhhh!!!" selepas beberapa kali percubaan masih tidak berjaya... akhirnya kedengaran bunyi.... 'uwekkkkkk...uwekkkkkk'... anak ibu nangis... jadi umi dialah yang kena handle part2 ni...huhu... aku lari dulu...hehe...

Macam tulah hampir saban waktu bila Najiha berlatih untuk meniarap... Kata mak, 'bila anak nak meniarap, jangan support badan dia. Biar dia buat sendiri... supaya nanti dia tak selalu mengharap bantuan orang."... aku mengangguk... erm... tapi aku rasa tak sanggup sebenarnya tengok Najiha nangis2 cmtu bila dia tak berjaya...http://www.emocutez.com

Namun akhirnya, bila kak eizan bagitau yang jieha dan bleh meniarap.... zuppp... ada satu rasa dalam hati.. yesss!! anak ibu boleh buat...huhu... (ceh... ni baru sorang anak sedara... pasni law bertambah lagi anak, cmnelah erk...huhu...)


NATIJAH KISAH NAJIHA

Bilaku lihat kesungguhan Najiha dan ku dengar kejayaannya, terdetik dihatiku... Aku harus sedar, aku juga perlu jadi seperti itu... aku juga harus lebih sedar bahawa saat aku dibesarkan oleh emak dan arwah ayah, pasti ada harapan dan doa mereka yang mengalir agar anak mereka ini jadi yang terbaik...!Begitu juga dengan semua insan diluar sana... Setiap satu nafas yang bertambah di atmosfera hasil ibu yang melahirkan, pasti ada doa dan harapan agar anak2 ini menjadi khalifah yang terbaik... jika tidak terbaik untuk semua, maka cukuplah yang terbaik untuk diri sendiri...!

Maknanya, kita perlu lebih berusaha ke arah yang terbaik!...

Wahai diri ku sayang... ketahuilah, taklifan ini harus kau galas dengan sebaiknya dalam suka atau duka... harus dirimu sematkan dalam diri bahawa ianya juga adalah proses belajar dan proses belajar ini adalah proses bertatih tanpa letih... Memang sukar untuk bertatih, namun akhirnya dirimu mampu berlari sekuat hati!... dan semua itu bermula dengan tatih yang kau latih tanpa letih!

Ya, bertatih tanpa letih... jika ada rasa letih, bimbang ia akan membuang semangatmu dan menghancurkan kefahamanmu...

Hari ini, mungkin tatihmu tidak sebaik yang lain... namun, bilamana ia adalah proses belajar, gunakanlah masa ini dengan sebaiknya... Yakin dan percaya pada diri bahawa kau juga adalah permata yang bermakna...!

Sungguh, manisnya perjuangan kerana mehnah yang tersedia buat mujahid dan mujahidahnya... Tewas itu sungguhnya tiada dalam kamus perjuangan, kerana usaha itu sendiri adalah kejayaan walau dilihat kegagalan oleh mata-mata insan...

Buat Najiha anak ibu, terima kasih sebab bagi pengajaran pada ibu... Ibu doakan Najiha jadi anak yang solehah.... Tidak perlu menjadi ustazah pilihan, tapi jadilah muslimah srikandi harapan... kerana ustazah pilihan belum tentu mampu menggalas amanah perjuangan, tapi srikandi harapan insya'Allah penegak keadilan....




~Matahari,
penyedar kepada masa,
penentu kepada arah,
sungguh manusia memerlukannya,
baik dilangit mahupun di bumi,
Matahari di langit tinggi sudah kita ketahui,
Maka siapa yang bergerak menjadi matahari di bumi,
menyedarkan sekalian manusia?~
~Hilal Asyraf~



~Senyumlah dalam payah kerana ia pengubat lelah~

~Nur Insan @ Srikandi Nazira~
KHAR, Bumi Murabbi...
~8.00 pagi @ 16 jun 2011~

No comments: