Kerana malu…
Aku menunduk pandangan,
Aku takut andai mataku menjadi punca penzinaan,
Aku khuatir andai mataku adalah titik permulaan yang menggetarkan jiwamu,
Aku bimbang andai mataku membawa aku ke lembah penghinaan lantaran melihat diluar batasan
Aku cuba melindungi mataku lantaran aku tahu keindahan penciptaannya….
Aku cuba mengawal mataku kerana aku tahu perintah-Mu…
Moga Allah mengampunkan dosa-dosaku…
Moga aku lebih berhati-hati dengannya…
Kerana malu…
Aku jarang bersuara
Madahku hanya terdengar bila perlu,
Kerana aku takut bicara tanpa tulang dari lidahku adalah musibah buat diriku,
Aku khuatir andai bibirku menjadi saksi diakhirat yang merugikanku,
Namun diamku bukan bermakna aku setuju secara tuli,
Diamku juga tidak bererti aku gentar,
Diamku juga tidak pula membawa maksud aku rela tanpa hujah,
Cuma aku bimbang andai suaraku lahir dari hati yang sakit,
Kerana suara hati itu lebih tajam dari pena yang menikam…
Hakikatnya, bicaraku 'ingin' sekali penuh hikmah…
Kerana malu,
Aku sering sembunyikan wajahku…
Kata mereka malu itu biarlah bertempat,
Memang benar aku lebih suka menundukkan wajahku,
Namun aku tahu bila mana ianya perlu,
Bila bertemu mujahid sejati,
Maluku bertambah lagi,
Hingga akhirnya wajahku tersembunyi sendiri,
Jangan kerana sering melihatku begitu, maka dirimu berandaian jumud terhadapku…
Kerana malu,
Aku lebih suka kemana-mana dengan mahramku,
Bukan kerana manja atau kerana tidak mampu berdiri di kaki sendiri,
Tapi andai tempat itu sememangnya butuh teman untuk mendamping,
Mengapa aku harus menolak kehadirannya,
Aku hanya ingin melindungi diriku dari fitnah,
Aku hanya ingin menyelubungi diriku dengan kemuliaan seorang wanita,
Kerana setiap kali wanita itu keluar dari rumah, itu maknanya syaitan memerhatikannya…
Kerana malu,
Aku melabuhkan tudungku,
Aku gagahkan diriku mengikut syariat,
Memang benar syariat itu bermula dengan mujahadah yang panjang,
Melawan keinginan nafsu yang sering meminta aku mempamerkan keindahan ciptaan-Nya,
Namun akhirnya malu itu membawa aku agar teguhkan pendirianku,
dan kerana malu, aku semakin melabuhkannya…
Kerana malu,
Aku sering menghabiskan waktu dirumahku,
Bukan aku tidak mahu keluar bersiar-siar diwaktu senggangku
Namun rumah itu adalah tempat terbaik buatku
Dan aku pasti akan keluar, andai keperluan memerlukan aku berbuat begitu…
Kerana malu,
Aku sering menyembunyikan rahsia hatiku,
Aku bimbang andai hatiku tidak dibalut rasa malu,
Maka aku akan bertindak melulu,
Aku juga bimbang andai hati memaksa aku untuk memilih mengikut kehendakku, dan bukannya keperluanku..
Bukankah itu akan mendatangkan kekecewaan buat diriku…
Kerana itu,
aku cuba merendahkan hatiku, serendah dasar lautan…
Dan ku pasakkan setinggi tekad dihujung jalan….
Kerana malu,
Aku cuba tanamkan sifat hamba dalam diriku,
Malu ku kerana cintaku,
Malu ku kerana kasihku,
Malu ku kerana keindahan-Mu,
Malu ku kerana kekuranganku,
Malu ku kerana keagungan-Mu,
Maafkan aku ya Rabb, kerana malu ku sebenarnya belum cukup mampu menghalang dosa-dosaku…
"Malu dan amanah adalah perkara yang mula-mula sekali hilang dari dunia ini, sebab itu mintalah dengan Allah untuk kedua-duanya” (Riwayat Bukhari)
Nur Insan @ Srikandi Nazira
KHAR,
UPSI
~23 Januari 2011~
4 comments:
moga malu itu menjadi perisai org2 beriman....
Amin!~
nice poem.. :D
salam ziarah sahabat!
rindunya padamu, apatah lagi membaca bait2 kata di atas. meruntun hati :) teringin mahu berjumpa dan bersemuka insan sehebat emy...moga ada kesempatan untuk itu!
alhamdulillah, muhasabah bersama!persoalan malu, ranting Iman...dan seperkara yang ina mahu kongsikan, Ina cukup malu untuk datang lewat ke kelas...apatah lagi kelas yang menggunakan dewan besar...datang lambat pastilah jadi tontonan umum :) dan angkara malu itulah membuatkan ina sentiasa bergegas 30 minit awal untuk pastikan sampai dengan selamat sebelum kuliah bermula!sekadar berkongsi... sharing is caring :))
Waalaikumussalam...
rindu juga mendengar khabar ina^^...
mga sntasa di bawah rahmt-Nya...
syukrn jaziln ats p'kngsian...insya'Allah mga sma2 b'oleh keberkatan ilmu=)...
Post a Comment