Saturday, October 23, 2010

PAKAIAN MUSLIMAH????

Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua... Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita diberi kesempatan untuk menghirup udara yang segar dengan nikmat islam dan iman yang masih teguh dihati... alhamdulillah... Erm.. dah beberapa ketika blog ini dibiar sepi... tapi hari ini terasa ingin berkongsi sesuatu diteratak ini...

Semalam aku diberi kesempatan dan dipilih oleh Allah untuk menyertai perbincangan halaqah bersama Kak Yan selaku naqibah untuk kumpulan Rakan Penggerak Ad-Din (RPA) UPSI. Seronok sangat rasanya... terasa hati yang ketandusan ilmu sedikit sebanyak terisi dengan pengisian yang disampaikan oleh kak yan... Alhamdulillah=)... Ada beberapa isu yang menarik kami bincangkan, namun yang ingin aku kongsikan disini ialah mengenai Festival Fesyen Muslimah atau Festival Fesyen Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) 2010... Walaupun kejadian malang ini berlaku pada tarikh 09 okt. yang lalu, namun tempiasnya masih terasa hingga ke hari ini... Malu rasanya melihat wanita2 yang mempergayakan busana dengan nama 'busana muslimah' namun tidak nampak ciri2 ke-muslimah-an nya...

Semasa membicarakan isu ini, jelas rata2 sahabat halaqah dan kak yan juga menyatakan ketidaksenangan dengan apa yang telah berlaku... entahlah, susah nak comment panjang kat teratak buruk dan usang ini.... namun, sebagai manusia yang diciptakan dengan sebaik2 kejadian dan masih diberi pinjaman akal yang sihat dan masih menikmati keindahan iman dan islam, maka kita sendiri mampu menilai sesuatu itu sama ada baik atau sebaliknya.

Adakalanya kita cuba untuk bersikap terbuka dan menaikkan martabat Islam di mata dunia. Namun dalam keterbukaan kita, tetaplah ingat prinsip yang kita ada. Bukan tidak boleh mengikuti perkembangan arus modenisasi cuma berhati-hati.Berikut adalah gambar-gambar busana yang diiktiraf sebagai busana muslimah semasa program islamic fashion festival di KL baru-baru ini. Adakah ia benar-benar layak buatmu muslimah???




Perhatikan tulisan ditengah2 baju tersebut..








camni ke muslimah?






Ada ciri2 baju muslimah?








Tutup aurat ke cmni?



Rujuk surah An-Nurr ayat 31:

" dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya"





Diingatkan buat diriku sendiri dan yang ingin mengambil pengajaran darinya, adakala tanpa kita sedari setiap perilaku baik dari segi pengucapan, pergerakan dan sebagainya, walaupun kita menganggap perkara tersebut adalah perkara remeh, namun tidak mustahil ada yang menjadikannya ikutan. Apakah yang akan berlaku andai yang menjadi ikutan itu sebenarnya adalah perkara batil???, dan apakah pula yang akan terjadi andai perkara batil itu telah membuatkan sesetengah pihak membuat judgmental pula???....erm...



Ayuwah... jom renung2kan dan selamat menduduki imtihan hidup yang penuh ranjau dan duri... ila liqa' ma'a salamah....



2 comments:

♥ Nur Hazlina Binti Mohd Fisol ♥ said...

salam, kita boleh menilai semua ini, bukan? moga diambil pengajaran :)

Ina juga terpanggil utk bdislusi isu ini.

Anonymous said...

salam saudara!

emm,rse nyer ni bukan kerja org2 islam..
ni mesti kerja2 org bukan islam..
saper??
hehe..tgok la sekeliling kita yang bukan islam..anda pasti dapat menekanya..
yang paling penting kita xbuka aurat!
insyallah!