Friday, August 6, 2010

APA MAKNANYA BUAT DIRIMU?...




Assalamualaikum dan salam mahabbah buat semua dan teristimewa buat hawa yang diciptakan dengan ciri2 istimewa dalam dirinya. Syukur alhamdulillah kerana kita semua masih diberi kesempatan untuk merasai nikmat oksigen yang tidak dapat dilihat=)... Saat aku menulis entry ni sebenarnya seperti biasa dan kebiasaannya ditujukan khas buat peringatan diriku sendiri yang sering lupa dan leka, jua buat mereka2 yang ingin mengambil pengajaran darinya...

Sebenarnya sejak beberapa minggu ni, aku sering kali mendengar statement tentang 'seru' atau bahasa mudahnya, 'panggil' atau 'memanggil' atau 'dipanggil' atau seangkatan dengannyalah apabila berbicara mengenai aurat. Benarkah manusia belum lagi diberi seruan???... Benarkah hawa2 sekalian masih belum diseru untuk menutup aurat???... Benarkah???...

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [An-Nur (24):31]...




Agaknya apakah makna ayat-ayat cinta dari surah An-Nur tersebut???... fikir2kanlah, sesungguhnya kita telah diseru (jika tidak, apa makna ayat diatas???)... Hanya diri sahaja yang tidak mahu menerima ia sebagai suatu 'seruan' lantaran ke alpaan... Jadi jangan gunakan alasan "Belum mendapat seru" sebagai mekanisme bela diri...


Bukankah telah ditinggalkan kepada kita dua perkara, dan kita tidak akan sesat selagi mana berpegang pada keduanya iaitu Al-quran dan Sunnah...

1 comment:

zulkbo said...

salam berhari jumaat
al-mubarak..moga mendapat keberkatan
dan di murahkan rezeki...