Salam Maulidur Rasul untuk semua... semoga Baginda Rasulullah s.a.w akan menjadi mentor kita semua dalam kehidupan yang fana ini demi mencari keredhaan-Nya....
Dah berhabuk blog ni, fuh fuh...... sebenarnya banyak sangat kekangan yang memaksa aku untuk stop blogging jap, tapi insya-Allah lepas ni dah kurang sikit kot halangan tu...
Apa2 pun TAHNIAH!!! untuk semua adik beradik dan sahabat seperjuanganku yang meduduki STPM tahun 2009... mudah2an terbayar segala penat lelah dan usaha gigih kita semua selama ini... dan jangan lupa redha dan bersyukurlah dengan segala kenyataan(peringatan untuk diri sendiri yang sering lupa)...okay alhamdulillah... mudah2an ini adalah permulaan kita untuk melakar sebuah kejayaan yang lebih bermakna...
Sepanjang seminggu sebelum keputusan atau bahasa melayunya 'result' diumumkan, macam2 hal yang berlaku. Tapi yang paling menarik ialah tentang 'kedesakan' yang mendesakan keadaan hingga membuat manusia itu kembali mengingati Tuhan yang sering dilupakan... Betapa manusia ini sering berlaku zalim pada diri sendiri... teringat artikel yang pernah aku kongsi bersama didalam blog ni tahun lepas (PEMBERIAN YANG TIDAK DIREDHAI)... memang tak berbaloi2... Jadi mari kita renungkan sebagai muhasabah dipagi yang mulia 12 rabiul awal ni... jika benar dirasakan anugerah yang dimiliki adalah hasil KEBERKATAN usaha, TAHNIAH BERGANDA2, namun jika tidak apa kata kita muhasah diri dan menjadikan ini adalah permulaan dalam mendekatkan kita dengan Maha Pencipta... jangan pula kerana nakkan keputusan yang cemerlang didunia, maka kita berbaik2 dengan Allah dan selepas memperolehnya kita kembali lupa padanya... sesungguhnya Dia lah yang berkuasa keatas tiap2 sesuatu...
Kepada sahabatku, aku tahu dirimu telah berusaha sehabis baik... sesungguhnya hanya Allah yang lebih mengetahui setiap kejadian yang berlaku dan aku pasti Allah bakal menghadiahkan sesuatu yang lebih baik dari yang dirimu impikan... insya-Allah...
Walau bagaimanapun, TAHNIAH untuk semua kerana kita berjaya menghabiskan alam persekolahan hingga tidak ada satupun tingkatan dan darjah yang tidak dijejaki ... dan sesungguhnya walaupun payah untuk menghabiskan 1 setengah tahun bergelar pelajar tingkatan 6, tapi kita semua berjaya juga..bukan semua orang nak masuk form6... jadi sebagai insan2 terpilih kita harus berbangga dan bersyukur...
Ayuwah, insya-Allah selamat maju jaya dan terus berusaha sahabat2 sekalian... dan sesungguhnya kenangan form6 sentiasa dalam ingatan...
p/s:trima kasih cikgu n semua sahabat...
SATU PERJUANGAN...brother
Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara
Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa
Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan
Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya....
....ZiBk's
Syukur Pada Yang Esa
Rahmat PemberianNya
Persaudaraan, Keharmonian Jalinkan Kasih Sayang
Hulurkanlah Bantuan
Kepada Yang Memerlukannya Mari Kita Bina Satu Ummah Majujaya
Mula Diri, Keluarga, Sahabat
Masyarakat Dan Negara
Dengan Satu Perjuangan
Satu Arah Tujuan
Di Bawah Rahmat Yang Esa
Kita Melangkah Seiringan
Satu Perjuangan
Rintangan Pasti Melanda
Jangan Undur Walau Selangkah
Teruskan Perjuangan
Hingga Ke Akhirnya
Andai Kau Gugur
Andai Kau Syahid
Kau DiredhaiNya....
....ZiBk's
3 comments:
Kata Dr Ali Shariati( w/p sy petik kata0kata tokoh syiah namun sy ahli sunnah ye)"Nabi dan rasul diutus bukab hanya utk mengajar berzikir dan berdoa semata-mata. tetapi membawa bersama agenda pembebasan." Jadi bebaskan hidup dan kehidupan kita dari 'penjajahan' kepada sunnahnya.
Salam ukhwah fillah kerana Allah :)
Segala pujian kita sandarkan kepada Allah SWT.
Saya setuju dgn pdpt saudari, x suma org sanggup masuk form six...jadi bersyukur sgt2 kita dapat menghabiskan pengajian dgn jayanya! :)
apapun result yg telah kita terima, itu semua hasil usaha kita!
Sesuatu yang pasti, Allah SWT sentiasa bersama dengan hmba2-Nya yang berusaha...
Moga kita berjaya tempat di IPTA pula...mudah2an InsyaAllah :)
salam ukhwah kembali ina... insya-Allah smga salah sebuah IPTA tempat kita(",)v..aminn
Post a Comment