Pelarian satu penyiksaan
Sinar matamu menggambarkan kepedihan itu
Kau asing dibumi sendiri
Namun saban hari keserasian mula menapak dihati...
Sedari kecil kau diasuh ilmu peritnya hidup,
Bukan ilmu manisnya kedamaian,
Puas kau tangisi semua ini
Tapi kau tabah harunginya
Kerana kau sedar penaklukan bukan keindahan
Kerana kau sedar fisabilillah tidak berkesudahan
Kau juga sedar janji Tuhan pasti tunaikan
Tapi apa kesudahan drama penderitaan
kematian atau itu peleraian terindah???
dengan sinar pengharapan, kau lesu menagih jawapan....

.......Benarkah penderitaan itu sekadar bermusim.......
adakala simpati datang bertimpa-timpa, namun bila sering disogok kematian yang mengerikan ianya jadi lali dimata....
suatu masa kehendak diri terlalu kuat menyatakan bantahan, namun disuatu saat yang lain mereka hilang dari ingatan....
kadangkala pula sibuk menghulur bantuan, namun bila dibuai kenikmatan dunia saudara sendiri dilupa...
"Ya Allah bantulah mereka menghadapi musuh-Mu... kuatkan mereka pertahankan agama-Mu... Kasihkan mereka sebagai hamba-Mu... Raikanlah mereka saat ajal dipanggil menghadap-Mu...amin ya rabb..."

1 comment:
best kata2 ni myentuh
Post a Comment