Alhamdulillah ana diberi kesempatan untuk membaca buku Untukmu Wanita hasil tulisan Ustaz Zaharuddin. Buku ini merupakan sebuah buku yang memuatkan soal jawab isu2 kontemporari kaum wanita. (Sebenarnya belum habis baca lagi… baru sampai bahagian satu, bab 3). Namun, isu yang dibangkitkan dan hujah yang diberikan cukup menarik. Antaranya ‘Don’t Judge A Book By Its Cover’. Dalam buku ini, isu ini dikaitkan dengan tudung atau aurat wanita. Rasanya ungkapan ini agak familiar dengan kehidupan kita hari ini. Malah ungkapan ini juga sering menjadi bahan atau unsur penghujahan bagi insan yang tidak bertudung. Antara hujah yang sering diberikan oleh insan yang tidak bertudung ini ialah ‘yang penting hati baik’, ‘kami tak ganggu orang, kami tak mengumpat’, malah yang lebih ‘TER-kedepan’ lagi menggunakan hadis sahih riwayat Muslim “sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu.” Untuk menutup kesalahan sendiri lalu mengambil sebahagian islam mengikut kehendak nafsunya dan meninggalkan sebahagian yang lain.
Namun, ustaz Zaharuddin telah membawa kepada sebuah kisah tentang seorang pekerja yang sibuk bermain game semasa waktu kerja, sedangkan document yang diminta oleh bosnya masih belum disiapkan. Lalu majikan tersebut berkata “bagaimana kamu mahu menjadi pekerja cemerlang kalau sikap kamu sebegini???.” Lalu jawab si pekerja, “Saya luaran sahaja nampak main game, Tuan. Tapi hati saya ikhlas dan saya bekerja dengan cemerlang!.” … Secara logik akal, adakah kita fikir majikan tersebut boleh menerima alasan pekerjanya? Adakah Allah SWT boleh menganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintah-Nya?...
Hakikatnya sesuatu yang baik dan suci ditentukan mengikut neraca Allah dan rasul-Nya, bukan mengikut neraca kita semata2. Menurut neraca islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya, daripada tindak-tanduknya. Ertinya, apabila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang ditentukan islam, ia adalah tanda kekotoran hati. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak islam, maka adalah harus ia dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai. Adapun baik di peringkat kedua ialah sama ada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya…
Justeru , we can judge a book by its cover in certain cases iaitu apabila perkara asas islam dilanggar, maka sudah tentu that cover is reflecting what’s inside the heart of a person. Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan hadis riwayat Abu Daud, Tirmizi dan lain2; rujuk Naylul Awtar, 8/632, no. 3920… Hadis ini jelas menunjukkan seorang hakim dalam islam akan membuat hukum berdasarkan maklumat dan bukti zahir yang diberikan. Demikian juga dalam kes penutupan aurat. Tanpa menutupnya adalah tanda keingkaran hati terhadap arahan Allah. Mana mungkin hati begini boleh dianggap baik oleh islam.
Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatiNya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya adalah benar, syurga dan neraka juga adalah benar. Jika mempercayainya, maka mengapa tindakan kita masih seperti meraguinya???... tepuk dada, tanya iman.
Walaubagaimanapun, ana sarankan kepada semua wanita diluar sana yang mempunyai kesempatan untuk membaca dan mendapatkan buku ini, maka dapatkanlah segera. Masih banyak isu dan persoalan lain yang dibincangkan dalam buku Untukmu Wanita ini(ada 3 bahagian semuanya dalam 1 buku, b.1:wanita, aurat dan maruah… b.2: Wanita dan Munakahat... Dan b.3: wanita dan rumah tangga) dan ana yakin ianya sangat bermanfaat. Selamat menimba ilmu dan beramal…
3 comments:
buku Untukmu Wanita nie sesuai dibuat hantaran perkahwinan, hadiah harijadi dan untuk panduan sendiri.. mengandunig banyak panduan berkaitan agama khusus untuk wanita.. :)
Putera Melaka,
Blog - http://www.puteramelaka.co.cc/
e-Store StormReaders - http://www.stormreaders.net/zulfadhli
amat membantah kenyataan "tak bertudung yang penting hati baik"
tanggapan yang menidakkan hukum Tuhan.fahaman liberal.
kita ibaratkan saja manusia itu seperti buah rambutan.
ada isi.
dan ada kulit.
bagaimana isi dikatakan baik kalau kulitnya tidak ada?dan apakah impak terhadap isi kulit tersebut?
sama halnya macam tudung.
hati baik tapi kulit terdedah.
mampu tidak diratah secara sempurna kalaulah buah rambutan itu tidak berkulit?
kalau ada rakan wanita yg cakap macam itu.tanya dia macam ini.
aku bagi kau dua rambutan yang kedua-duanya isinya cantik dan segar tapi.
satu berkulit.satu tak berkulit.
kau akan ambil yang mana?;)
tengok mereka akan jawab macam mana.remaja skrg kena diberi perumpamaan baru mereka faham.kalau menyatakan hanya sekadar fakta, susah.
akak ada entry kenapa gadis bertudung.mungkin boleh kongsi dengan rakan-rakan.
hehe maaf panjang.:P
salam ukhuwah fillah
trima ksih kak ummi... idea akk mmg best;)... insya-Allah sy bce n3 npa gdis b'tudung tu...
p/s:tak ksh nk cmmnt pnjg2 mna pn(",)v...
salam ukhwah fillah kmbali...
Post a Comment