Pagi tadi time tengah kemas2 rumah 'tertengok' MHI (malaysia hari ini), tajuk yang menjadi perbualan adalah tajuk utama harian metro hari ini (16/12/2009) mengenai seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di 'kenduri' (bahasa yang digunakan akhbar tersebut) oleh 5 orang lelaki.Perkara ini hanya diketahui oleh bapa remaja tersebut selepas dikatakan handset tersebut 'terlepas' ke tangan seorang ahli keluarga yang kemudiannya membuat pemeriksaan pada fail rakamanannya. Apa yang menyedihkan, remaja tersebut langsung tidak mempunyai apa2 perasaan selepas melakukan MAKSIAT tersebut! (apa agaknya yang remaja ni fikirkan???) Pelbagai respon yang diterima dari pemanggil studio MHI. Kebanyakannya melahirkan perasaan gusar melalui 'intonasi' suara yang dilemparkan.Namun yang paling terkesan adalah panggilan pertama dari seorang guru dalam keadaan sebak. Memang sedih. Ramai juga yang menyatakan soal pemantauan yang harus dilakukan terhadap anak2, namun tak kurang juga yang membangkitkan soal 'dimana tanggungjawab seorang lelaki?' yang sepatutnya melindungi wanita...
Apabila isu ini dibangkitkan, teringat aku pada tajuk debat kelas Pn. Nor Hana (tahun lepas)tajuknya 'Masalah sosial dalam kalangan remaja.Ibubapakah yang harus dipersalahkan'... macam2 hujah yang diutarakan... kesimpulan yang aku dapat hasil debat tu, walau macam mana sekalipun semuanya terletak pada diri kita sendiri... kadangkala ibubapa dah berusaha untuk dapatkan yang terbaik buat kita, tapi kita sendiri sebagai anak2 yang tak pernah nak kenang jasa dan pengorbanan mereka... Kata2 seorang adik padaku 'Saya tahu mak sedih tengok saya macam ni kak, saya tahu diorang tak nak saya jadi macam ni...tapi kak pengaruh rakan terlalu kuat'... sebenarnya bagiku, kalau kita sendiri juga kuat untuk melawan kehendak rakan dan nafsu sendiri, pasti kita takkan terjebak dengan perkara2 yang aku sifatkan sebagai perkara 'kiri' ini (sopan sikit bunyinya)...
Memang benar, ibubapa yang sibuk dengan material dunia (hingga tidak punya waktu untuk anak2) turut menjadi penyumbang kebenjatan sosial ini... oleh kerana itu, akal anugerah Allah ini kunci segalanya. Gunalah akal dalm menimbang baik dan buruk sesuatu perkara itu...Kalau kita boleh sedar bahawa kejayaan itu boleh diraih hasil usaha sendiri dengan bantuan Allah, kenapa kita tidak boleh sedar bahawa masalah sosial ini juga bergantung pada diri sendiri???...hah jawab jangan tak jawab...(membidas kata2 seseorang)..hakikatnya kejayaan atas usaha sendiri dan bantuan Allah..ingat tu!!!
Kesimpulannya, melalui pemerhatian dan pengalaman insan2 yang pernah melalui zaman gelapnya...aku dapati segalanya terletak pada diri sendiri...Persekitaran memang benar mampu mempengaruhi, namun disitulah letaknya sejauhmana kekuatan diri... Justeru dengan kemudahan yang ada hari ini, seharusnya kita manfaatkan dengan sebaiknya... Namun sejauhmana remaja mampu menilai baik dan buruk sesuatau perkara, segalanya bergantung pada diri sendiri. Sudah tiba masanya kita menyedari bahawa hidup ini adalah sejauh mana kebergantungan kita pada keupayaan diri sendiri dan kekuasaan Allah yang mencipta siapa diri kita...Jadi soal menyalahkan ibubapa atau yang lebih tak relevannya menyalahkan pihak sekolah bukanlah isu penting dalam kegawatan akhlak kini, sebaliknya usaha untuk menanganinya yang lebih menjadi pokok dan asas perbincangan...

Namun timbul pula persoalan, sejauhmana remaja sedar akan kegawatan akhlak ini???? hah..itu yang kita kena ambik tahu...apa2 pun HIDUP ADALAH DIATAS KAKI SENDIRI, DAN ALLAH TEMPAT MENYERAH DIRI...
p/s: teringat waktu b'jalan dekat BB buat pertama kalinya(insya-Allah yg t'akhr), mana satu llki n mna satu prmpn, mna satu islam mna satu bukan..xtaulah mcm ne nak cam????...
No comments:
Post a Comment