Friday, September 11, 2009

solat minta petunjuk...


Assalamualaikum...alhamdulillah hari ni (jumaat) merupakan hari terakhir imtihan trial untuk tahun ini (paper sejarah malaysia dan asia)... sehari sebelum paper terakhir ni, class aku takde paper... jadi masa yang terluang mamberi kami peluang untuk study last minute bersama2.

Setelah penat 'menelaah', mulalah keluar cerita2 'merepek' dari teman2 seperjuanganku.Kisah soalan bocor melalui khidmat bomoh!... aku sedar mereka hanya bergurau bagi melepaskan tekanan. Cerita 'merepek' diorang memang lawak, aku yang mendengar memang 'terhibur' lah dengan cerita tersebut. Lebih2 lagi tukang karutnya adalah Syahir (rakan sekelasku). Bagaimana mereka membayangkan betapa susahnya 'bomoh' (yang diupah oleh teman2ku) melakukan amalan2 ritual untuk melihat soalan peperiksaan yang bakal dijawab oleh kami. Bermacam cara dilakukan termasuklah menyediakan 'ayam' hutan, kemenyan, pulut kuning dan seangkatan dengannya. Memang suka mengarut.

Akhirnya, kisah 'karut' yang telah melarut mereka berakhir apabila diingatkan tentang jalan 'short-cut'. Jalan tersebut adalah Solat Istikharah! Mereka terdiam. "Buat apalah bersusah payah cari bomoh dan pengeras. Yang Diatas selalu ada untuk kita, tak perlu susah payah dicaridan mencari"....
Allah telah memudahkan urusan hamba-Nya, namun hamba-Nya sendiri yang memilih untuk sukar. Namun memang itulah hakikat kehidupan manusia.

Saat aku menulis entry ni, teringat pada sabda Nabi s.a.w "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusan: dan dianatara kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat istikharah daripada Allah dalam segala urusan"

Namun berapa ramai yang menjadikan solat ini sebagai alternatif dalam memilih? kita lebih senang mendengar pandangan orang ramai tentang kehidupan, berbanding meminta pandangan Allah yang mengatur dan merencana kehidupan (termasuklah yang menulis entry ni). Justeru aku mula terfikir, dimana letaknya kepercayaan yang penuh tentang kehidupan kita ditangan Allah?

Apabila ditanya, "sebelum memilih dah solat ke belum?" ramai yang menjawab, "takutlah..." (terutama soal jodoh). Takut? takut apa?, bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tapi disebabkan khuatir pilihan dan ketentuan Allah tidak sama dengan kehendak hati, maka kita pun meninggalkan solat yang digalakkan oleh Nabi saw. Saat diri dilanda masalah dengan pilihan yang telah dibuat, mulalah terfikir "ruginya aku tak minta petunjuk Allah terlebih dahulu"... Itualah yang dikatakan, dalam keadaan kesenangan kita sering lupa pada-Nya, namun bila kesusahan melanda, hanya Dialah tempat kita bergantung harap. Kejamnya kita... Jadi sebenarnya dimana keyakinan kita terhadap Allah swt?...alhamdulillah andai kalian bukanlah tergolong dalam golongan ini.

Namun selagi kita berkesempatan apa kata kita mengamalkan solat ini. Insya-Allah kebahagiaan akan megiringi langkah. Insya-Allah juga, setelah aku sendiri mengingatkan diriku, maka aku akan cuba mengamalkan solat ini dalam urusan kehidupan...


Cara Solat Istikharah
Lafaz niat solat Istikharah:
"Sahaja aku solat sunat istikharah 2 rakaat kerana Allah Taala"

Cara Mudah Solat Istikharah:
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat pertama, baca surah Al-Kafiruun (1 kali)
Selepas itu, pada rakaat ke-2, baca surah Al-Ikhlas (1 kali)
Selepas memberi salam, bacalah doa berikut...

Doa Solat Istikharah:
"Ya Allah sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmuMu, aku minta kekuatan dari-Mu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara2 ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku, untuk agamaku, duniaku serta kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang, maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku. Jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku, dan duniaku serta kesudahan urusanku buat masa ini dan masa akan datang, maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada. Sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu,"

3 comments:

Ceria Sayang said...

nice my sis..
entry yg menarik dan memberikan ana celik akal..
smg enti menjadi perjuang agama Allah yg tak gentar di medan bukan sekadar dibibir

Anonymous said...

betul2 ikut cara ni. alhamdulillah dapat petunjuk mlm tu jgk. terima kasih byk2.

...Nur Insan..... said...

sesungguhnya petunjuk yg baik itu dtgnya dri Allah swt... Dialh yg menggerakkn hati2 hamba-Nya...