Apakah dia istidraj itu?
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s. a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi). Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian didunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam,bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja,bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasasahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumurhidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah,kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah.Bila kita tanya, apa kamu takut mati?
Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai.Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, NabiSulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli,sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadatpun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong. " Sebenarnya, kadang-kadang Allahmemberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakansemut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasai bulæIbad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap,anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap) , dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin puntidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapidengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Diabegitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkanseekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahajakena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangkaAllah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah.Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?....
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj.Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orangyang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukanistidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat,hidup kita mesti ada pegangan.Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidupkita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya.Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha danikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yangdiperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuanhidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di duniadan akhirat.
Wallahualam."Dari Abdullah bin 'Amr R. A, Rasulullah S. A. W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat.."...
(artikel ini dipetik dari emel yang dikirimkan oleh seorang sahabat)

2 comments:
erm..bru taw...pasni bley dijdikn hjah tuk knln fs ku..tq
narnya artikel 2 pn dpt dri seorg kenalan..mga ia m'beri manfaat..
Post a Comment