Monday, May 4, 2009

MURABBIKU

Assalamualaikum... mulai 11/05/09, insya-Allah dasar pembelajaran Tingkatan 6 akan berubah. Aku akui perubahan dasar ini banyak mempengaruhi aku. Ramai cikgu2 aku yang tak dapat meneruskan 'perjuangan' mereka mendidik kami hingga ke STPM hujung tahun ini (tapi aku doakan mereka still boleh terus mengajar kami..). Sedihnyalah andai 'kejadian' ini benar2 berlaku. Namun, dasar masih belum 'sure' lagi macam mana perlaksanaannya. Tapi setakat ini, itulah maklumat yang aku terima dari guru2 kesayanganku. Tak sanggup aku untuk menghadapinya nanti. Puisi ini untuk guru2ku....


MURABBI YANG HILANG

Tika terkuak catatan diri,
Suaramu bergema kembali,
Dalam ruang kenangan yang penuh emosi,
Semalam,
Kau hadir menyuntik semangat,
Kau pernah menyungkil bakat,
Saat itu aku insan lemah,
Insan gagal yang putus harap,
Kehadiranmu meyakinkanku,
Kau tak putus menyalur hikmah,
Kata-katamu penuh rahmah,
Jadi pedoman hingga kini,
Bekalan hidup yang sangat bererti,.
Andai saja dirimu masih disini,
Pertemuan sudah pastiku nanti,
kerana dirimu, GURU SEJATI...

nukilanku saat sedih(02/05/09)
-Room 244-

No comments: