Saturday, August 15, 2015

NOKTAH #4


Suasana library kelihatan lengang. Sebaik sahaja tamat kelas sebentar tadi Dian terus ke library untuk mencari rujukan bagi menyiapkan tugasan individu. Hari ni juga tak fasal-fasal dia ditegur  sebab lewat ke kelas gara-gara Hawa yang marah-marah pagi buta. Simptom PMS kot. Uh!.
            Dian memilih meja yang terletak di bahagian belakang dan jauh dari pelajar-pelajar lain serta agak jauh juga dari buku-buku rujukan. Supaya dia boleh lebih fokus dan tidak diganggu. Kata orang bahagian belakang tu ‘keras’. Tapi lebih baik kena gangguan makhluk halus dari makhluk nyata yang menyakitkan.
            Selepas meletakkan semua barang miliknya di atas meja, Dian bangun dan berniat ke rak buku bagi mencari buku rujukan yang perlu. Ketika menghampiri rak buku yang menempatkan buku rujukan yang dicari, mata Dian menangkap kelibat Ayu yang baru sahaja menaiki tangga dan menuju ke sebuah meja yang kosong.       Dian menjeling tajam tanpa disedari oleh Ayu. Dia akhirnya meneruskan misi mencari buku rujukan yang perlu. Selesai mendapatkannya, Dian melangkah kembali ke mejanya.
            Heaven rasanya bila dirinya boleh fokus menyelesaikan tugas tanpa sebarang gangguan. Dian mula tenggelam dalam dunia tugasannya sendiri.
            “Assalamualaikum.” Dian tersentak. Tengah khusyuk buat kerja tiba-tiba dirinya diganggu. Suara itu bagai biasa didengari. Dian menoleh.
            “Waalaikumussalam.” Dian kelihatan tegang. Suasana sunyi seketika. Masing-masing hilang kata.
            “Ayu… Ayu… Ayu harap Dian lupakan apa yang terjadi malam itu. Maaf mengganggu.” Ayu bersuara perlahan dan terus berlalu meninggalkan Dian.
            Dian diam. Dadanya sesak. Penuh!. Dirinya kembali menghadap laptop yang masih terpasang. Hilang semua fokus. Dian mengetap bibir kuat. Motif?. Perlu ke datang tak diundang dan talking nonsense macam tu?. Dian mula menahan perasaan.
            Tiba-tiba bahu Dian disentuh dari belakang. Dian terus menepisnya kuat tanpa menoleh. “Apa lagi yang kau  nak?!.” Dian bersuara keras.
            Gina tersentak. “Dian… ni aku. Gina.” Gina bersuara serba salah. Gina melihat bahu Dian mula terhinjut-hinjut.
            Dian menangis?. Gina menarik kerusi dan duduk di sebelah Dian walau tidak dipelawa.
            Dian mengelap air matanya dengan hujung tudung. Nasib baik pakai tudung. Nafas ditarik berat. Gina cuba memegang tangan Dian. Dian sekali lagi menepis. “Jangan sentuh aku.”
            Dian menutup laptopnya dan mula mengemas semua barang miliknya. Gina hanya memerhati hingga Dian akhirnya hilang dari pandangan.
            Gina menarik nafas. Salah ke kalau kau  anggap aku kawan kau  Dian?. Gina mula mengetap bibir. Tak apa. Bukan tak biasa. Akhirnya Gina bangun dari duduknya dan berniat menuju ke kaunter pinjaman.
            Ketika Gina ingin bangun, Gina merasakan ada getaran handphone di tempat Dian duduk sebentar tadi. Handphone Dian tertinggal. Gina mengambilnya. Sempat dilihat di skrin handphone tersebut 35 receive message.
            Mak ai. Banyaknya. Service center ke?. Gina lalu mengambil handphone tersebut dan menyimpannya. Ketika Gina menunggu giliran di kaunter pinjaman, Gina sempat terpandangkan Ilham yang cuba mendekati Ayu. Namun Ayu seakan mengelak. Gina kemudian terus memandang ke tempat lain. Malas campur tangan.
            Sejak Farish dikatakan menangguhkan pengajian, Ilham coursemate dan juga classmate mereka selalu juga cuba mendekati Ayu. Satu kampus tahu Ilham menyukai Ayu. Tapi Ayu sendiri. Entahlah. Gina sendiri tidak pasti. Apa yang pasti entah kenapa setiap kali ke library Gina pasti akan terserempak dengan adegan cinta Ilham yang seakan tidak kesampaian.

            Aduhai.



****************
to be cont.

No comments: